Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tips Untuk korang Tetap bergaya Di Musim Hujan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Musim tengkujuh atau musim hujan bukanlah penghalang untuk bergaya. Dengan pilihan pakaian yang tepat dengan warna yang betul, anda masih boleh kelihatan anggun. Mari lihat pakaian apa yang boleh dipakai untuk mengelakkan kesuraman sewaktu hujan. 

Jangan pakai kasut kulit
Elakkan daripada memakai kasut kulit atau suede kerana kasut boleh menjadi kembang jika terkena air. Kasut jenis kulit memang cepat rosak sekiranya terdedah kepada kelembapan. Jika anda mempunyai kasut crocs, inilah masa terbaik untuk anda menggayakannya. Kasut crocs telah direka dengan bentuk yang lebih kontemporari dan tahan lasak walaupun terkena hujan. 


Elakkan rambut dari terurai
Perkara buruk yang sering berlaku ketika hujan adalah rambut akan menjadi tidak terurus kerana kelembapan. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba menutup rambut dengan skarf kerana ia mampu mengelakkan rambut anda menjadi lembap dan merosakkan gaya rambut. Biarkan rambut anda bebas dari sebarang semburan atau gel sewaktu cuaca buruk. 

Pakai kardigan
Walaupun cuaca sering berubah-ubah, kadangkala terlalu sejuk atau panas, pejabat selalunya akan sentiasa memasang penghawa dingin dan ini memberikan anda peluang yang baik untuk menggayakan kardigan. Padankan kardigan tersebut dengan kemeja t berkolar untuk menaikkan suhu badan anda. 

Tambahkan warna pada pakaian! 
Warna terang sering dikaitkan dengan musim panas, namun anda boleh memakai aksesori berwarna terang seperti memakai kasut berwarna kuning untuk menampakkan keceriaan walaupun ketika berjalan di dalam hujan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments