Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



ALOR SETAR: Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Februari lepas meninggal dunia petang Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata Rosniza Fadzil, 30, meninggal pada pukul 4.06 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Beliau berkata kes tersebut akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kepala Batas dekat sini koma akibat cedera di kepala dan badan dalam kejadian di Bukit Pinang.


Dia dikatakan sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya sebelum dilanggar dari belakang oleh bekas suaminya sebelum dia ditarik masuk ke dalam kereta tersebut.


Mangsa yang cuba melepaskan diri dikatakan melompat keluar sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Pihak polis menahan bekas suaminya di Baling tiga hari lepas.

Menurut kakak mangsa, Rosliza, 35, adiknya kerap digangu bekas suaminya selepas mereka bercerai buat kali ketiga akhir tahun lepas.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Bukit Pinang awal pagi Selasa.

Mangsa mempunyai dua orang anak lelaki berumur lima dan 11 tahun.

Mstar Online


Kota Kendari, Sulawesi Tenggara: Tindakan seorang ustaz berkhutbah secara melampau - sehingga memanjat mimbar - mengundang kritikan ramai, termasuk di media sosial.
Aksi Nur Maulana yang terkenal dengan gimik “jemaah, oh jemaah” itu dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan situasi semasa.

Melalui gambar yang disebar di media sosial, Nur Maulana dilihat sedang berceramah di Masjid Agung Khairah Ummah di Kolaka.
Berdasarkan keterangan pada gambar, kejadian berlaku pada 26 Februari lalu.
Seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar Nur Maulana berkata, ketika itu ustaz terbabit menyeru pendengar supaya beristighfar.

Namun pengguna lain dikenali dengan nama Yayuk Hannan memberi komen di bawah gambar itu: “Ya Tuhan, ini terlalu berlebihan dan seolah-olah ahli sarkas.”
Siti Fatimah pula menulis: “Tiada lain kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu. Semoga Tuhan memberikan petunjuk dan taufik hidayah kepada ustaz, serta menghilangkan segala keburukannya. Semoga ustaz kembali ke jalan lurus dan diredai.”
Nur Maulana, 40, adalah pendakwah kelahiran Makassar yang disenangi ramai kerana sering menggunakan bahasa biasa ketika berceramah.

Dia mendapat pendudukan di Pondok Pesantren an-Nahdah di Makassar pada 1994.
Selain berceramah, dia juga mengajar di sebuah sekolah rendah Islam di situ.
Sementara itu, seorang ustaz pula menegur Nur Maulana secara sindiran.

Abduh Zulfidar Akaha berkata, aksi itu sangat bahaya dan berharap tiada mana-mana pihak menirunya.
“Itu aksi khusus untuk pelaku lagak ngeri profesional,” katanya.



Pontiac (Amerika Syarikat): Mayat seorang wanita dijumpai mereput di dalam kereta di rumahnya selama lima tahun dan kematiannya hanya disedari selepas rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.

Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakannya kerana dia memang suka menyendiri.
Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.

Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.
Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.
Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan hanya dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.
Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.
Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.

Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.
Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.
Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.

“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.
Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak. - Agensi


Ranchi (India): Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan di sini dianggap sebagai antara kanak-kanak seusianya yang paling berat di dunia apabila memiliki berat badan mencecah lebih 17 kilogram.
Bayi itu, Aliya Saleem dilahirkan dengan berat empat kilogram tetapi berat badannya naik mendadak selepas berusia empat bulan.
Ketika ini Aliya mempunyai berat badan yang hampir menyamai berat badan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.
Keadaan itu menyebabkan ibu bapa Aliya bimbang dengan kesihatan anaknya selepas seorang lagi anak mereka meninggal dunia ketika berusia setahun enam bulan akibat mengalami masalah berat badan berlebihan.
Ibu Aliya, Shabana Parveen, 25, berkata, beberapa bulan selepas dilahirkan berat badan anaknya itu meningkat dengan mendadak.


Padawan: Lebih 1,000 penduduk daripada 260 keluarga terputus hubungan selepas Jambatan Sungai Merah menghubungkan empat kampung di Annah Rais di sini, runtuh, semalam.
Jambatan kayu itu dikatakan runtuh ketika dilalui sebuah lori lima tan, namun pemandu berusia 56 tahun bernasib baik kerana tidak cedera selepas menyelamatkan diri.
Kejadian itu menyebabkan lori mangsa terjatuh dan terbalik dalam sungai berkenaan.
Kampung terjejas ialah Kampung Sadir dan Kampung Simuti, masing-masing membabitkan 80 keluarga dan Kampung Sibuang dan Kampung Sebekar yang membabitkan 50 keluarga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, ketika ini, ada penduduk pergi ke kampung mereka dengan berjalan di sebalik runtuhan jambatan.