Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Buat masa ini, pihak media masih tidak memaparkan lagi gambar-gambar majlis perkahwinan yang berlangsung di Cherating namun forum kuat gosip mak jemah di forum cari sudah mula membincangkan siapakah gadis yang menawan hati Bade itu.
Gambar sudah mulai tersebar di forum dan kini semakin menjadi hangat.
Hiburan
"Headphobe Ladobi merupakan alat pendengar yang direka khusus untuk menonton filem porno. Memiliki alat ini membuat anda mengurangkan interaksi sosial apapun," menurut syarikat pembuat Ladobi, seperti dikutip Metro, Khamis (29/5/2014).
Menurut Focus Taiwan, headphone ini membuat suara perempuan lebih menyenangkan dan tidak tajam. Sementara suara lelaki akan lebih bulat dan membuat anda serasa melihat di sebuah home-teater.
Meskipun headphone ini meningkatkan kualiti suara, menurut syarikat tersebut alat pendengar ini boleh menghilangkan kesempatan untuk mendapatkan gadis impian anda.
Sumber: okezone.com
Pelbagai
Miri: Seorang lelaki tempatan berusia 20-an maut, manakala seorang tekong sebuah kapal nelayan parah selepas terbabit dengan pergaduhan membabitkan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah kapal dalam kejadian di Perairan Miri, di sini, sebentar tadi.
Kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku akibat salah faham antara mangsa dan warga Indonesia berkenaan sebelum suspek bertindak menyerangnya menggunakan sebilah parang.
Tekong kapal yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan itu, namun turut diserang suspek terbabit sekali gus menyebabkan tekong kapal berkenaan parah di leher dan kepala sebelum terjatuh ke laut.
Tekong kapal yang cedera dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan, manakala polis masih di lokasi kejadian meneruskan siasatan.
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Demi nafsu, segolongan wanita dan lelaki sanggup mendapatkan bantuan bomoh untuk memasukkan susuk ‘power’ pada bahagian sulit masing-masing, malah sesetengah daripada mereka membiarkan diri ditusuk puluhan jarum supaya tampil lebih hebat di ranjang.
Bagi golongan wanita terbabit, mereka percaya dengan kuasa yang ada pada susuk itu mampu menghasilkan kekuatan ekstra, manakala bagi lelaki pula dapat bertahan lebih lama ketika bersama.
Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata pemakaiansusuk kini bukan hanya untuk tujuan kecantikan, mendapatkan pengaruh di mata umum dan menjadi kebal, malah didorong kepuasan seksual.
Katanya, kebanyakan golongan yang memakai susuk pada anggota sulit membabitkan pelayan pelanggan(GRO), dengan tujuan menambat hati lelaki yang melanggani mereka.
“Bagi lelaki susuk pada anggota sulit supaya tahan lama dan lambat lebam, manakala di kalangan wanita untuk mendapatkan kemutan, malah ada juga wanita yang memasukkan susuk pada bahagian buah dada untuk kelihatan lebih tegang.
“Apabila benda itu dimasukkan pada bahagian sulit, keinginan seksual menjadi kuat, mahu bersama sehingga lima atau enam jam, terutama di kalangan GRO yang ramai memakainya,” katanya, yang pernah mengeluarkan susuk daripada bahagian sulit golongan terbabit.
Menurutnya, beliau juga ada menemui satu kes seorang wanita yang memakai 40 susuk, termasuk tujuh di muka dan tujuh di dada manakala 20 jarum pada anggota sulit.
“Gara-gara memakai susuk pada alat sulit juga saya menemui kes seorang wanita terpaksa bersuami sehingga 70 lelaki kerana tidak mendapat kepuasan nafsunya.
“Wanita terbabit akhirnya bertemu seorang lelaki yang juga memakai susuk pada anggota sulit dan barulah dia dapat hidup sebumbung sampai hari ini,” katanya.
Beliau menyediakan perkhidmatan membuang susuk dan gangguan makhluk halus di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, sentiasa menerima kehadiran orang ramai dari seluruh negara termasuk Singapura yang mahu mendapatkan bantuan membuang bahan kotor terbabit.
Ketika berdepan dengan pemakai yang ingin membuang susuk, beliau terlebih dulu akan menerangkan kaedah rawatan yang bakal dilakukan seperti tiga kali rawatan bagi susuk emas dan teknik menarik susuk dengan air zamzam.
Sharhan berkata, biasanya susuk yang dimasukkan itu berbentuk jarum emas yang halus dan sebelum dimasukkan kepada si pemakai, ia direndam terlebih dulu, malah ada antaranya direndam dalam darah babi selama 21 hari supaya benar-benar ‘power’.
“Ini semua supaya susuk itu benar-benar mujarab dan jin penunggu melekat pada pemakai. Disebabkan angkara jin ini yang menjadi duta di dalam badan, wajah si pemakai menjadi tegang, lebih cantik dan kuat kemutan, semuanya kerja jin,” katanya.
Pemakai susuk katanya, bukan setakat orang Melayu, bahkan ramai juga di kalangan kaum lain tanpa mengira perbezaan usia dan agama, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), ahli politik dan selebriti untuk pelbagai tujuan.
Beliau berkata, susuk walaupun dari segi luaran mendatang beberapa keistimewaan yang sukar ditandingi kepada pemakainya, sebenarnya ia membawa banyak kesan buruk terutama bagi orang Islam terpesong dari segi akidah kerana mempercayai pada benda terbabit adalah syirik.
“Pemakai susuk ialah mereka yang mahu mengubah kejadian Allah, kerana tidak dapat menerima ketetapan Allah yang mencipta setiap manusia dengan sebaik-baik kejadian.
“Mereka hendak mengubah rupa mengikut citarasa sendiri apabila mengatakan diri hodoh dan mahu lebih cantik lagi.
“Akhirnya dengan susuk itu juga diri merana, kerana apabila sampai usia tua, 70 atau 80 tahun, mulalah badan berasa sakit.
“Mereka yang memakai susuk juga terpaksa alah kepada banyak pantang larang, seperti tidak boleh melalui bawah ampaian, tidak boleh makan sate dan pisang emas,” katanya.
Katanya, masyarakat perlu sedar bukan semua jenis susuk boleh dibuang apabila dimasukkan pada anggota badan.
Susuk diraja katanya, sangat sukar untuk dibuang kerana ia mempunyai kata kunci yang ditetapkan bomoh terbabit.
“Bagi susuk diraja, bomoh menggunakan kata kunci mengikut keinginan masing-masing, malah ada yang menyalahgunakan ayat al-Quran seperti menyatakan sebutan rabbuka sebagai niat buka kunci terbabit,” katanya.
Pelbagai
HA, jangan disangka pelawak-pelawak di Malaysia tak berduit ya!
Tengok saja Tauke Jambu yang sanggup membeli sepasang kasut dengan harga RM6,390.
Kami sendiri tidak pasti dari mana sumber gambar resit ini, namun ia sudah mula dikongsi oleh ramai pengguna di laman sosial Facebook.
Agak-agaknya, berapa banyak kasut yang boleh anda beli dengan harga itu?
Apapun, kami rasa tidak perlulah sesiapa mempersoalkan perlu atau tidak Tauke berbelanja besar semata-mata untuk sepasang kasut.
Sebabnya, kami yakin jika anda punya wang yang cukup banyak, pasti anda juga melakukan perkara yang sama, tak gitu?
Hiburan
TELUK INTAN – Seorang bapa bertindak memukul anak lelakinya berusia lima tahun dengan tali pinggang hingga cedera di beberapa bahagian badan hanya kerana wajah kanak-kanak berkenaan mirip ibunya.
Lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan bertindak demikian setelah berang isterinya lari meninggalkan rumah mereka di Estern Garden, Jalan Sungai Nibong sejak tiga tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, pengadu yang juga ibu saudara mangsa berusia 31 tahun memaklumkan ketika sedang bekerja, dia menerima panggilan jiran menyatakan terdengar bunyi bising dari rumahnya.
Menurutnya, jiran pengadu mengesyaki mangsa dipukul menyebabkan pengadu bergegas pulang ke rumah dan mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan calar serta lebam di badan.
“Kejadian itu disaksikan sendiri empat anak pengadu yang berada di rumah tersebut.
“Pengadu kemudiannya mengejutkan suspek yang tidur selepas memukul mangsa dan bertanyakan mengapa memukul anaknya. Suspek memberi alasan mangsa adalah anaknya dan dia boleh buat apa sahaja,” katanya.
Kok Liang berkata, pengadu kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa mengalami banyak kesan lebam di belakang badan, muka, bahu dan kaki sebelum satu laporan polis dibuat.
“Berdasarkan laporan polis itu, pihaknya telah pergi ke rumah suspek namun lelaki itu tiada di rumah malahan pengadu dan serta ahli keluarga tidak tahu ke mana suspek pergi,” katanya.
Beliau berkata, kira-kira jam 10 pagi kelmarin, polis berjaya menahan suspek berhampiran di Kampung Banjar dan telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut mendapati, mangsa merupakan anak kandung suspek dan pengadu telah menjaga mangsa sejak ibu mangsa menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Suspek dipercayai tidak sukakan mangsa kerana anaknya itu memiliki raut wajah mirip isterinya dan suspek dikatakan sering memukul mangsa tanpa sebab sejak lelaki itu tinggal serumah dengan pengadu kira-kira tujuh bulan lalu,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
Seorang gadis Pakistan, Saba Maqsood, 18, terselamat walaupun telah ditembak sebanyak dua kali oleh ahli keluarganya selepas mereka membantah keputusannya berkahwin dengan jejaka pilihannya.
Selepas ditembak, ahli keluarga Saba termasuk ayahnya, abang, pakcik dan makciknya kemudian mencampanya ke sebuah terusan.
Seorang jurucakap polis, Ali Akbar berkata tindakan ahli keluarga Saba itu sebagai mengajar anak mereka supaya tidak mengingkari perintah mereka yang menghalang Saba daripada mengahwini jejaka yang dicintainya yang tidak mendapat restu daripada keluarga Saba.
Menurutnya lagi, mangsa telah mengahwini jirannya, Muhammad Qaiser lima hari lalu yang mana menentang kemahuan kedua ibu bapanya.
Selepas keluarga Saba mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Saba telah dibawa ke sebuah daerah Hafizabad, ditembak sebanyak dua kali, diikat dalam sebuah guni dan kemudiannya dicampak ke sebuah terusan kerana mereka menyangkakan Saba sudah mati ketika ditembak.
Saba kemudiannya telah diselamatkan oleh orang yang lalu lalang di terusan tersebut dan akibat perbuatan kejam ahli keluarganya, Saba dilaporkan cedera di bahagian pipi dan tangan kanannya. –
Global
PASAR SENI – Satu mayat ditemui di bahagian longkang Kuala Lumpur River Art Gallery, berhampiran Stesen LRT Pasar Seni semalam.
Sehingga kini tiada maklumat mengenai kejadian dan dipercayai mangsa bertindak membunuh diri dengan terjun dari laluan LRT Pasar Seni.
Nampaknya, kes bunuh diri semakin kerap terjadi. Apakah ini menandakan rakyat Malaysia terlalu stress? Admin pun stress nak buat liputan pasal kes bunuh diri. – MyMediaHub
Laporan penuh menyusul.
Isu Panas
JOHOR BAHRU – Tindakan seorang buruh binaan menyerahkan bayinya yang baharu berusia sebulan kepada seorang wanita untuk dijadikan anak angkat, membawa padah apabila individu terbabit menghilangkan diri sejak enam bulan lalu.
Yap Chan Hwa, 34, berkata, dia terpaksa menyerahkan bayi perempuannya hasil perkahwinan kedua bersama wanita warga Vietnam kepada orang lain selepas mengalami masalah kewangan.
Dia dan isterinya yang berumur 25 tahun itu khuatir jika anak mereka dieksploitasi oleh sindiket penjualan bayi walaupun mereka berniat menyerahkannya kepada keluarga angkat.
“Saya dikenalkan dengan wanita yang dikenali Pipi Go seorang pengurus kilang simen oleh seorang rakan yang memaklumkan dia berhasrat memelihara anak saya.
“Seminggu kemudian kami bertemu dan saya menyerahkan bayi kami di sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, di sini, Disember tahun lalu.
“Pipi dan seorang lelaki yang didakwa suaminya bersetuju dan ingin membawa bayi kami untuk ke hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.
“Selepas itu mereka berjanji ingin memulangkan semula dan menghantarnya ke rumah,” katanya ketika ditemui media, di Kelab Media Cina Johor Selatan, di sini semalam.
Chan Hwa berkata, hatinya berasa sedikit lega apabila wanita berusia 32 tahun itu menghubunginya dan berjanji ingin memulangkan semula bayi terbabit kerana hasil pemeriksaan mendapati anaknya mengalami masalah sindrom down.
“Selepas menghubungi kami, Pipi terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga kini. Kami berasa tidak sedap hati dan bimbang terhadap keselamatan anak kami. Saya dan isteri nekad membuat laporan di Balai Polis Permas Jaya selang empat hari kemudian (15 Disember 2013).
“Hasil semakan melalui nombor telefon bimbit Pipi, kami berjaya mengesan kediaman wanita berkenaan di Pontian, namun malangnya dia tidak tinggal di situ.
“Malah bapanya memaklumkan hubungan Pipi dan lelaki terbabit adalah sebagai kekasih, bukan suami isteri,” katanya.
Katanya, paling mengejutkan apabila bapa wanita terbabit memaklumkan anaknya dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.
“Kami berdua bingung selepas kejadian itu. Walaupun enam bulan berlalu, namun kami tidak berputus asa mencarinya.
“Baru sebulan menatap wajah anak kami, saya juga tidak sempat mendaftarkan anak kami,” katanya.
Perkahwinan pertama Chan Hwa dikurniakan tiga cahaya mata berumur tujuh hingga 13 tahun.
Selepas bercerai dia berkahwin kali kedua dengan wanita Vietnam tersebut, namun tidak didaftarkan dan hanya menjalani upacara mengikut adat.
Walaupun berhasrat menyerahkan anak mereka kepada orang lain, Chan Hwa dan isteri berharap keluarga angkat itu dapat memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka seperti zuriat sendiri.
Selepas anaknya gagal dijumpai, pasangan terbabit membuat aduan kepada Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Johor, Kuo Song Tuck.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan daripada bapa bayi terbabit manakala kes disiasat mengikut Seksyen 369 Kanun Keseksaan kerana melarikan kanak-kanak berumur kurang 10 tahun.
Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung laporan terbabit. -Sinar
Isu Semasa
GARA-GARA terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.
Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet.
Pasangan itu berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.
Kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik.
“Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.
Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri.
Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otakny
Pelbagai
Seperti yang kita sedia maklumkan, lapangan terbang KLIA 2 bakal memulakan operasi pada hari ini berkuatkuasa 2 Mei 2014. Pembukaan KLIA 2 pada mulanya mencetuskan kurang rasa senang oleh pihak Air Asia kerana membimbangkan faktor keselamatan kakitangan dan penumpangnya. Bagaimanapun mereka tetap perlu berpindah ke sini yang dijadualkan pada awal bulan Mei ini juga. KLIA 2 juga merupakan lapangan terbang yang dilihat mempunyai kapasiti pengunjung yang mampu memberikan keselesaan berbanding di LCCT. Tambahan lagi di LCCT ruang menunggu juga terhad malah tempat letak kereta juga tidak mencukupi. Jom layan gambar di bawah ini.
Terminal klia2 adalah seluas sekurang-kurangnya 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu pelepasan, 8 remote stands, 80 aerobridges, ditambah dengan ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung lebih 225 kedai runcit termasuklah butik dan restoran.
Pelbagai
SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.
Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.
Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar "berpelukan dan bercumbuan" sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.
Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.
Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang 'kanak-kanak' di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.
Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.
Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: "Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.
"Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.
"Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia," katanya.
Global
Kuala Lumpur: Seorang lelaki nyaris putus tangan kanan apabila ditetak berulang kali menggunakan parang oleh sekumpulan lima perompak yang menyerangnya di Jinjang Selatan di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, mangsa Teh Kok Leng, 41, yang bekerja sebagai mekanik dikatakan sedang menghantar kereta model Nissan Sentra milik pelanggan yang tinggal di kawasan terbabit selepas siap dibaiki.
Menurutnya, dua motosikal dinaiki empat lelaki bersenjatakan parang mengepung dan menyerangnya sebaik dia membuka pintu kereta.
“Saya yang terkejut cuba menahan dengan tangan kanan menyebabkan tangan cedera terkena libasan parang.
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya tidak sempat berbuat apa-apa apabila seorang lagi suspek turut menyerang dan menetak kepala saya beberapa kali menyebabkan saya menjerit kesakitan,” katanya.
Teh berkata, dalam pergelutan itu dia turut tercampak ke dalam longkang sebelum suspek melarikan diri.
“Ketika itu badan dan kepala saya berlumuran darah dan terpaksa memanjat naik ke tebing longkang sebelum meminta bantuan orang ramai.
“Saya kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan terpaksa menerima 10 jahitan di kepala, tangan serta punggung akibat diserang mereka,” katanya.
Menurutnya, dia tidak mengetahui punca diserang namun tidak menolak kemungkinan penjenayah mahu menyamunnya.
Bimbang kejadian sama berulang, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Isu Semasa
Singapura: Kerajaan semalam mendedahkan Kedutaan Singapura menerima banyak ‘permintaan pelik’ dan tidak berkenaan dengan bidang tugas yang ditetapkan.
Menteri Luar K Shanmugam berkata, antara ‘masalah’ yang dirujuk kepada kedutaan ialah mengenai khidmat seks yang tidak memuaskan.
“Ada seorang lelaki cuba mendapatkan bantuan kedutaan kami untuk mendapatkan pulangan bayaran atas khidmat seks yang tidak digemarinya,” katanya.
Justeru, Shanmugam menyeru rakyat Singapura di luar negara agar tidak menyalahgunakan khidmat di kedutaan mereka.
Katanya, jumlah warga Singapura yang melancong keluar negara mencecah tujuh juta orang pada 2013 berbanding 3.6 juta 10 tahun lalu.
“Kami mengendalikan lebih 3,000 kes yang dilaporkan di kedutaan tahun lalu dan kebanyakannya adalah benar, tetapi kadang-kala kami mendapat permintaan yang pelik..
“Dia tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterimanya dan di sini saya tegaskan, kami tidak dapat membantu dalam hal itu!,” katanya.
Shanmugam juga menyatakan mereka terpaksa menolak permintaan seorang lelaki untuk menyiasat dakwaan ‘diskriminasi kaum’ yang terjadi di luar negara.
Lelaki berkenaan mendakwa dia menerima kepingan ayam yang lebih kecil di sebuah restoran makanan segera berbanding kepingan yang diberikan kepada masyarakat tempatan.
“Dia mahu kedutaan menyiasat perkara ini dan mendapatkan keadilan di negara berkenaan atas layanan berat sebelah diberikan,” katanya.
- AFP
Global
Kyle Jones baru berusia 31 dan sepatutnya dia tidak menghadapi masalah berpacaran dengan gadis muda.
Namun, Jones mempunyai selera sendiri.
Dia memilih seorang nenek berusia 91 tahun ketika usia ibunya sendiri baru 50 tahun.
Keanehan cita rasa Jones itu segera mengundang tanda tanya ramai, malah dia turut mendapat gelaran ‘pucuk muda’ sebelum ini kerana beberapa kali menjadi kekasih kepada wanita warga emas.
Sepanjang tempoh lima tahun lalu pemuda dari Florida berkenaan menjadi buah hati Marjorie McCool, 91, dan mereka mendakwa tidak boleh berenggang antara satu sama lain.
Mereka juga mendakwa melalui kehidupan seks yang aktif.
Kata Jones, otak manusia berfungsi secara berbeza antara seseorang.
Justeru, katanya, ada lelaki yang menggemari wanita berambut perang, manakala sebahagian lagi suka kepada warna rambut hitam.
“Saya menggemari wanita tua dan meluat melihat wanita yang mendapatkan kecantikan melalui pembedahan plastik,” katanya.
Untuk mencari pacar, Jones menggunakan kemudahan laman sesawang dan menghubungi wanita berusia antara 60 hingga 80 tahun.
“Apabila saya mula bercakap dengan wanita begitu, reaksi pertama mereka ialah terkejut kerana usia saya terlalu muda,” katanya.
Namun, kata Jones, dia akan cuba meyakinkan wanita terbabit bahawa perbezaan usia akan menjadikan hubungan mereka sesuatu yang menyeronokkan.
Jones bertemu Marjorie kali pertama pada 2009.
Ketika itu Marjorie yang membujang selama 37 tahun bekerja di sebuah kedai buku.
Jones kemudian bertemu dengannya dan meminta nombor telefon.
Sejak itu Marjorie bersetuju keluar bersama Jones.
Global
Ipoh: “Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.
“Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.
Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.
Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.
Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments