Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Pada Sabtu lalu, kira-kira jam 2.18 petang pengacara Primadona, Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.

Lebih menarik lagi, foto-foto bayi sulung Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin telah dikongsi sebaik sahaja bayi comelnya dilahirkan.

Selepas Zain memuat naik foto puteri sulungnya di akaun Instagram, para peminat telah memuji kecomelan wajah bayi tersebut.

Malah kakak kepada Zain, Sasha Saidin turut memuat naik sekeping foto dengan meletakkan wajahnya semasa bayi bersebelahan anak saudaranya yang baru dilahirkan itu.

Menerusi foto tersebut, Sasha menulis kapsyen "LADIES AND GENTLEMAN...INTRODUCING TO YOU...PRINCESS SAYANG & PRINCESS LOVE. ON THE LEFT IS ME AND CUTE LIL BABY ON THE RIGHT IS MY GORGEOUS BEAUTIFUL ADORABLE NEW NIECE...GOOD JOB @THEREALZAINSAIDIN & @ROZITACHEWAN1."





Selain Sasha, seorang pemilik akaun Instagram yang menggunakan identiti 'ammaratrin' pula menunjukkan persamaan wajah Zain dan anak sulungnya, bersama kapyen"Wahh, muka Zain Saidin masa kecik samalah dengan muka anak dia. Comel sangat. Welcome to the world baby."

Ternyata kecomelan bayi perempuan Zain dan Che Ta mempunyai iras bapanya semasa kecil tetapi masih mewarisi kecantikan ibunya.

Che Ta telah melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram itu secara normal di Pusat Perubatan Ampang Puteri.

Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi, selepas menerima nasihat doktor walaupun tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin.

Bagaimanapun Zain dan Che Ta masih belum mengumumkan nama bayi mereka yang comel itu.

Astro Gempak juga ingin kongsikan beberapa keping foto bayi comel Che Ta dan Zain untuk tatapan anda semua. 

Antara yang paling menarik perhatian Astro Gempak ialah, foto anak sulung pasangan Che Ta dan Zain Saidin tersenyum manis ketika dipangku penyanyi Dafi.








Sejak kebelakangan ini nama penyanyi dangdut popular sekitar tahun 1990-an Amelina menjadi bualan hangat di laman-laman sosial.

Ia berikutan beberapa keping foto penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Dangdut itu mula disebarkan menerusi beberapa buah blog hiburan, sejak Isnin (semalam).

Menerusi sebuah blog hiburan, wanita yang didakwa Amelina itu ditemui ketika sedang bertemu janji dengan penyanyi Maya di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.

Pertemuan di antara Amelina dan Maya kemudiannya telah ‘diabadikan’ oleh seorang ‘peminat’ yang kemudiannya bertindak menyebarkan foto yang dirakam untuk kenang-kenangan tersebut kepada sebuah blog.

Astro Gempak bagaimanapun tidak pasti sama ada foto tersebut merupakan yang terbaru atau koleksi lama, kerana wanita yang dikatakan seiras Amelina itu tidak memakai tudung sedangkan Amelina yang kita kenal mula berhijab selepas mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Astro Gempak turut mendengar ura-ura mengenai Amelina yang akan kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Nama Amelina melonjak naik sekitar tahun 90-an menerusi lagu hitnya ‘Rindu Ah Ah’ dan sering berganding dengan penyanyi dangdut Iwan.

Album terakhir Amelina berjudul ‘Cinta Oh Cinta’ pada tahun 1998 sebelum berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Reduan Mahmood, pada 26 Mei 1999.

Malah berita perkahwinannya juga menjadi hangat apabila dia dan suaminya, Reduan Mahmood didenda RM600 setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kangar kerana berkahwin di Songkhla, Thailand tanpa kebenaran.

Lebih hangat, apabila mereka berdua pernah diusir oleh pemilik rumah yang mendapat perintah mahkamah atas dakwaan gagal menjelaskan sewa sejumlah RM2,700 sebulan. 

Beberapa keping foto yang dirakam secara 'candid' dan telah tersebar di laman-laman sosial:

 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan dakwaan magnet pelekat peti ais boleh menyebabkan kanser seperti yang disebarkan di media sosial.

AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.


Sumber: Sinar Harian



Zhejiang – Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.

Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. – Agensi


JAKARTA – Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.

Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya. – AGENSI

New Delhi – Seorang bapa didakwa mempelawa lelaki yang merogol anak perempuannya untuk makan malam di rumah mereka sebelum menyeksanya hingga mati.

Lelaki berkenaan mengajak perogol berusia 45 tahun itu makan pada Jumaat lalu, sebelum mengikatnya pada kerusi dan membakar kemaluannya.

Si bapa yang berumur 36 tahun itu kemudian mencekik mangsa hingga mati dalam tindakan yang dilihat memang sengaja dirancang sejak anak perempuannya berusia 14 tahun diperkosa dua bulan lalu.

Kejadian berlaku di kawasan Khajuri Khas, timur laut Delhi.

Selepas membunuh perogol terbabit, si bapa pergi ke balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu dengan menceritakan secara terperinci bagaimana ia mendera mangsa.

Lelaki itu ditahan dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.

Menurutnya, dia bertindak membunuh perogol berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan siasatan polis berkait dengan kes anaknya. – Agensi