Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


LULUH hati pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan mereka dipandang sinis oleh orang ramai.
Honey-Rae yang berusia 18 bulan dilahirkan dengan tanda lahir kekal yang agak banyak di bahagian tubuh sebelah kanannya.
Tidak mahu anak mereka berasa tersisih dengan keadaan dirinya, pasangan itu membuat keputusan yang cukup luar biasa iaitu mencacah tatu yang hampir serupa dengan tanda lahir anak mereka.
Menurut Tanya, pengalamannya membawa Honey-Rae keluar bersiar-siar tanpa menutup tanda lahir di kakinya begitu mengecewakan apabila orang ramai memandang dan berbisik tatkala melihat bayinya.
“Biarpun ramai yang mengatakan tindakan kami agak ekstrem, tetapi kami perlu lakukan sesuatu agar Honey-Rae tahu bahawa dia amat disayangi meskipun berbeza daripada orang lain,” ujarnya, memetik laporan Mirror.
Walaupun Tanya mengakui pada mulanya kulit mereka mengalami kesakitan dan bengkak akibat tatu tersebut, dia tetap yakin bahawa itulah keputusan terbaik demi anak mereka.

RUSIA - Apa perasaan anda sekiranya salah satu organ badan anda hilang selepas bangun dari tidur?
Ia tentu menakutkan tetapi itu yang dialami seorang pelakon, Dmitry Nikolaev, 30, yang mendapati buah zakarnya hilang dengan tiba-tiba.
Kejadian berlaku dalam sekelip mata, selepas dia bertemu seorang wanita yang cantik.
Mereka menghabiskan masa berpoya-poya dengan minum di bar sebelum mandi sauna. Namun selepas itu Nikolaev, yang telah berkahwin itu, tidak sedarkan diri.
Keesokan harinya, Nikolaev mendapati dia berada di tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluarnya pula dipenuhi darah.
Selepas dikejarkan ke hospital, Nikolaev dimaklumkan oleh doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dan proses itu melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh seseorang yang pakar dalam perubatan.
Polis juga percaya Nikolaev diberi dadah sebelum dia tidak sedarkan diri.
Pada mulanya, pelakon itu berasa malu untuk menerangkan perkara berkenaan kepada isterinya namun akhirnya dia tiada pilihan.
Susulan itu polis kini sedang memburu sindiket berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ berkenaan di pasaran gelap.

TAIWAN – Sedih dan luluh hati seorang bapa apabila anak lelaki kesayangannya yang juga seorang penuntut sebuah kolej sanggup membakar diri sendiri hanya semata-mata kerana ditegur akibat ketagih bermain game melalui dalam talian.
Lelaki itu, Liu, 48, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu, Hsueh Jun-Chen, 22, sanggup mengambil tindakan bodoh itu.
Lebih menyedihkan apabila Liu sendiri yang menemui mayat anaknya dalam keadaan rentung, kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
“Anak saya sememangnya ketagih dengan game dalam talian dan dia boleh menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik.
“Pada hari kejadian, saya telah memintanya berhenti main game dan masuk tidur kerana pengajian di kolej akan bermula, justeru dia memerlukan rehat yang mencukupi,’’ katanya.
Bagaimanapun selepas ditegur oleh Liu, kedua-dua beranak itu kemudiannya bergaduh.
Keesokan harinya, Liu mendapati Jun-Chen hilang dari rumah. Dia kemudiannya mendapati motosikal anaknya masih berada di dalam garaj namun hatinya mulai cuak apabila mendapati dua tin minyak tanah hilang.
“Saya mula berasa tidak sedap hati lalu saya mencari Jun-Chen di luar rumah. Saya sama sekali tidak menyangka akan menemui mayat anaknya saya dalam keadaan rentung,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu, Jun-Chen kemungkinan mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dengan pengajiannya di kolej, dan pada masa sama bimbang dengan masa depannya.

Hati-hati kepada pemilik blog di Blogger, milik syarikat gergasi Google, yang mengandungi imej atau video berunsur lucah.

Dalam tempoh sebulan, sehingga 23 Mac, blog lucah tidak boleh diakses oleh orang lain jika pengendali gagal mematuhi peraturan baru ini.

Google tidak akan membuang kandungan tersebut tetapi ia hanya boleh dicapai oleh pengendali blog di Blogger, lapor portal The Independent.

Sebelum ini, syarikat itu membenarkan kandungan lucah di Blogger dengan memberi satu halaman amaran sebelum diakses pelayar Internet.

Google hanya melarang kandungan lucah yang sumbernya tidak sah atau dikongsikan tanpa kebenaran mereka yang dipaparkan.

Bagaimanapun pengguna mempertikaikan keputusan mendadak itu dengan mendakwa Google tidak berlaku adil, lapor portal itu lagi.



Washington: Pendakwa Chicago semalam berkata, seorang pelajar kolej melakukan serangan seksual selepas mendapat ilham daripada filem Fifty Shades of Grey.

Kata Sarah Karr, Mohammad Hossain mengaku melakonkan semula adegan daripada filem itu bersama mangsa di bilik asramanya Ahad lalu.
“Dia menyuruh wanita terbabit menanggalkan pakaian sebelum mengikatnya.

“Matanya ditutup dengan topi dan seluar dalamnya ditanggalkan manakala tali leher disumbat ke dalam mulutnya. Mohammad kemudian memukulnya menggunakan tali pinggang,” katanya.
Ketika ini Mohammad, 19, ditahan selepas hadir di mahkamah pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie terkilan dengan tindakan isterinya, Rozana Misbun yang membawa lari dua anak mereka ketika kanak-kanak itu berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.

"Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah.



"Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.

"Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui pada sidang media pelancaran album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya dan Aplikasi Telefon Pintar 'Wings Mobile Web' di Istana Budaya di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Awie turut mempertikaikan tindakan Rozana yang tidak menghantar dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Puteri Qasseh Antasha, 5, ke sekolah sejak membawa lari mereka pada 9 Februari lalu.


Kata Awie, pihak sekolah memaklumkan perkara itu kepadanya dan berharap wanita berkenaan akan kembali menghantar mereka ke sekolah demi kepentingan pelajaran mereka.

"Bawa mereka lari satu hal malah tidak hantar mereka ke sekolah. Saya membayar yuran mereka bukan untuk disia-siakan begitu sahaja dan berasa pelik dengan tindakan anehnya," jelas Awie.

Seorang lagi anak Awie, Putra Ahmad Merrah, 8, kini berada di bawah jagaannya termasuk dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Sementara itu, Awie berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah pada 24 Februari lalu berhubung penjagaan sementara anak-anaknya berikutan hak tersebut diperoleh Rozana.

Awie memberitahu keputusan kes berkenaan hanya akan diketahui pada Mei depan.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur memberi hak penjagaan sementara tiga anak Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

mStar Online difahamkan langkah Rozana menjaga anak-anaknya itu adalah mematuhi peraturan undang-undang atas kebenaran mahkamah berbanding Awie yang hanya mendapat hak melawat mereka sahaja.

Mstar


PENYANYI Lady Gaga dan tunangnya Taylor Kinney dilaporkan akan segera melangsungkan perkahwinan selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Februari lalu.

Daily Mail melaporkan pasangan tersebut merancang untuk mengadakan majlis berkenaan di kediaman mewah milik Gaga di Malibu dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat.

Malah Gaga dikatakan bakal mengundang penyanyi legenda Tony Bennett untuk menyanyikan lagu duet mereka iaitu Cheek To Cheek pada majlis tersebut.

"Perkahwinan itu nanti akan menjadi majlis yang luar biasa tambahan pula kediaman Gaga terletak di atas bukit di Malibu dan dikelilingi oleh pergunungan dengan pemandangan indah," kata sumber terdekat pasangan berkenaan.

Selain Tony, Gaga juga akan menjemput pereka fesyen, Donatella Versace dan Kelly Osbourne pada hari bahagiannya nanti.

Bagaimanapun masih belum ada tarikh tetap untuk majlis itu.


PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.

Mstar

Mentaliti orang kita yang selalu memandang rendah kepada orang yang kelihatan selekeh dan tidak berpakaian kemas adalah satu masalah yang sering berlaku di mana-mana.

Masalah ini juga sering berlaku di kedai barangan dan pakaian yang berjenama di ibu kota. Menurut pengalaman seorang Doktor, beliau pernah masuk ke kedai jam berjenama terkenal dengan pakaian selekeh dan berselipar jepun dan apa yang membuatkan beliau kecewa adalah pekerja di kedai itu langsung tidak melayannya dan hanya memandang sebelah mata.

Lain pula layanan yang diterima apabila Doktor itu masuk ke kedai itu dengan berpakaian kemas dan bergaya, beliau disambut mesra oleh pekerja kedai jam itu.

Disini kita dapat simpulkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang hanya menilai orang dari segi luaran sahaja. Seperti kata-kata orang putih “don’t judge a book by its cover”. Mungkin orang yang selekeh itu lebih kaya dari orang yang berpakaian kemas.

Ikuti kisah seorang makcik yang dilayan sombong oleh kerani bank:

Seorang wanita telah pergi ke kaunter bank bagi mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Akan tetapi kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM5000 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit.”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini.” 

Kerani bank yang berlagak itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 juta!

Dengan lemah lembut dan penuh sopan santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu.

Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji. Makcik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut.

Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan.

Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja. Mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299, 500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya.

LUAR biasa sungguh citarasa yang dimiliki anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim ini.
Tunku Jalil yang memuat naik naik gambar haiwan peliharaan barunya iaitu sejenis buaya yang dikongsi menerusi Instagram miliknya menarik perhatian netizen.
Hinggakan ada pengguna sosial yang beranggapan ianya adalah buaya palsu.
Buaya betul ke palsu, tidaklah dapat kami pastikan…
Namun, dalam kapsyen Tunku ada memberitahu haiwan ini adalah buaya kesayangannya yang diberi nama Azlee.
Pun begitu, kagum pula melihat aksi berani Tunku bergambar bersama-sama buaya sepanjang 1 meter ini.
Sedangkan haiwan reptilia ini terkenal dengan sifat ganasnya.
Oh yer, sebelum ini pun Tunku pernah berkongsi gambar tapir yang diberi nama Lucy.

Mynewshub.my

Terkedu seketika kami melihat gambar yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter@thezulfo ini.
Tak tahulah sama ada individu ini sedar atau tidak maksud perkataan ‘I Masturbate’ yang membawa maksud ‘Saya Melancap’ pada T-shirt yang dipakainya.
Lebih ‘menarik’, dipakainya pula untuk menunaikan solat di masjid! Aduh…
Kami bukanlah ahli agama, tapi setahu kami umat Islam disarankan memakai pakaian yang sopan dan tidak melambangkan sebarang unsur keganasan dan kekufuran, apatah lagi kemaksiatan.
Kalau diteliti lagi gambar tersebut, T-shirt individu itu juga singkat sehingga menampakkanboxer yang dipakainya.

HARROGATE, Britain – Majlis perkahwinan seorang penyampai radio di sini baru-baru ini berlangsung penuh meriah apabila dia dan pasangannya diiringi oleh 130 orang pengapit sekali gus mencatat rekod dalam Guinness World Records.
Penyampai radio stesen All Star FM itu, Alex Simmons, 32, dan isterinya, Amy Ewing, 26, mengadakan majlis perkahwinan mereka di Taman Rudding, Harrogate, utara Yorkshire.
Sebelum ini, rekod pengapit paling ramai dipegang oleh pasangan dari Sri Lanka yang memiliki 126 pengapit ketika melangsungkan perkahwinan.
“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk memujuk Amy supaya menerima lamaran saya walaupun kami baru sahaja berkenalan,” kata Simmons.
Berkenalan pada tahun 2014, Simmons dan Ewing juga berjaya memenangi hadiah berjumlah £110,000 (RM618,318) dalam satu pertandingan merancang majlis perkahwinan di laman sosial Facebook. - Agensi


KLANG – Misteri kehilangan coli dan seluar dalam wanita di sekitar Taman Seri Bahagia di sini terungkai selepas polis menahan seorang lelaki berstatus duda dan menemui pelbagai pakaian dalam itu di rumah suspek di Jalan Temeggung 20, Off Jalan Sungai Jati, Taman Seri Bahagia di sini pukul 11 malam, Isnin lalu.
Perbuatan pelik dan tidak bermoral duda berusia 35 tahun itu terbongkar selepas jirannya membuat laporan kehilangan pelbagai peralatan rumah bernilai RM5,000 pada 19 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehilangan peralatan elektrik daripada seorang pengadu di Taman Seri Bahagia di sini.
Katanya, antara barangan yang dilaporkan hilang adalah set televisyen, cerek elektrik, kasut jenama Adidas, beg, kamera, mesin jahit, mesin pencetak, seterika, kipas meja dan banyak lagi de­ngan jumlah kerugian RM5,000.
“Bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah rumah di taman tersebut pukul 11 malam pada Isnin lalu dan menahan seorang duda yang berasal dari Perak.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia juga merupakan jiran pengadu dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman memberitahu, pemeriksaan dalam rumah suspek mendapati, barang-barang milik pengadu yang hilang ditemui di rumah duda berkenaan.
Menurutnya, turut ditemui adalah pel­bagai baju dan seluar dalam wanita de­ngan jumlah yang banyak dalam rumah terbabit.
“Kita syak, suspek telah mencuri seluar dan coli di ampaian lebih kurang 50 buah rumah di sekitar Taman Seri Bahagia ini.
“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek yang bertindak berseorangan mencuri seluar dan coli tersebut adalah untuk bahan koleksi sahaja,” ujarnya.
Bagaimanapun kata beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek turut terlibat dengan kes pecah rumah dan lelaki itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam.


Kosmo Online

Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.
Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.

Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.
“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.
Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.

“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.
“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.
Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.


Hmetro Online 

Apa Sudah Jadi? Seperti yang anda sudah tahu, Sabah merupakan salah satu negeri TERKAYA dengan sumber asli tapi lihat gambar dibawah ini. Pasti ramai yang terkejut apabila membaca artikel yang diterbit oleh Daily Express "Where buffaloes help send the sick to hospital" ... Sudah 2015 tetapi situasi memalukan seperti ini masih wujud di Malaysia yang hanya 5 tahun lagi nak jadi negara maju. 





Sairah Fitri Tifanus

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh.
Ia susulan laporan bedah siasat yang menemui dua tikaman di bahagian tulang rusuk mangsa.
Bedah siasat dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu turut menemui kesan lebam di beberapa bahagian muka dan badan gadis terbabit, dipercayai akibat terhantuk pada objek tumpul, selain tusukan kecil di dada kanan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata polis kini berusaha menjejaki suspek bagi membantu merungkai kematian mangsa dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan, namun polis mempergiatkan usaha menjejaki suspek dan mengenalpasti motif pembunuhan. "Kita juga sudah menjalankan siasatan rapi termasuk mendapatkan keterangan rakan karib mangsa serta ahli keluarga terdekat bagi membantu siasatan," katanya di sini.
Sairah yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Petaling Jaya, Selangor, menjalani latihan industri di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak bulan lalu.
Beliau ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dalam tandas di tingkat dua bangunan berkenaan pada kira-kira jam 8.30 pagi.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kampung Durok, dekat sini, memulakan tugas seperti biasa pada jam 8 pagi sebelum pergi ke tandas sendirian.

Bharian Online


Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya.

Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit di dalam penerbangan bukan?
Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.



Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang? Berikut adalah penjelasannya.

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang.
Selama ini, tidak pernah ada lagi kes dimana gangguan elektromagnetik daripada peranti elektronik mudah alih berjaya menjatuhkan sebuah kapal terbang komersial atau menjadi punca dalam kemalangan.

Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, "Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah."



"Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi."

"Satu masalah kecil yang disebabkan oleh peranti elektronik boleh mengalihkan perhatian juruterbang, pada masa yang sama mengurangkan tahap keselamatan kapal terbang dan menjejaskan keselesaan para penumpang di dalamnya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini
Juruterbang sebelum ini telah melaporkan beberapa kes gangguan yang berpunca daripada peranti elektronik.

Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan.

Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?

Telefon bimbit tidak semestinya melumpuhkan radio juruterbang atau memutarbelitkan sistem dalam kapal terbang sehingga menyebabkan bencana. Senario itu dianggap tidak mungkin.

Tetapi pegawai-pegawai keselamatan bimbang bahawa peranti elektronik mudah alih boleh menyumbang kepada kemalangan.



Apa sebabnya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih.
Hari ini, pengguna kapal terbang dilengkapi dengan telefon pintar dan tablet, WiFi dan e-book, teknologi Bluetooth dan macam-macam lagi fungsi.

Sementara itu, sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat moden masa kini dibina dengan peranti elektronik mudah alih dalam fikiran. Kapal terbang baru adalah lebih "kebal" berhadapan dengan gangguan elektromagnet, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna masa depan.

Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik - gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah.

Nasihat kami, untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. - Says.com,


INGATKAN Instagram Rich Kids je ada…tak sangka pulak wujud ‘Rich Dogs Of Instagram’!
Jika sebelum ini heboh mengenai Instagram yang memaparkan gambar-gambar kehidupan mewah anak-anak jutawan sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara, tup-tup ada pihak tertentu telah membuat akaun Instagram yang memaparkan kehidupan anjing mewah milik jutawan.
Seperti diketahui ramai, anjing sememangnya antara binatang peliharaan yang menjadi pilihan ramai (bukan muslim).
Tak hairanlah, ada individu tertentu sanggup berbelanja besar dan berhabis bagi binatang kesayangan mereka ini.
Pun begitu, kehidupan mewah anjing yang dipaparkan dalam akaun ini bakal membuatkan anda ternganga cemburu!
Lihatlah bagaimana anjing-anjing diatas ‘dimanjakan’ dengan barangan jenama mewah, melancong ke luar negara dan menaiki jet persendirian…kau mampu?
Haihh… rasa-rasanya tahap mewah sesetengah anjing ini dah boleh mengalahkan gaya hidup anak jutawan dah. Itulah jadinya bila duit dah berlambak sangat sampai tak tahu nak buat apa agaknya.
Cuma malang sekali, di saat ramai lagi manusia di dunia ini yang memerlukan makanan dan keperluan asas lain termasuk selimut kerana dihimpit kemiskinan, ada pihak ‘membakar’ duit dengan cara membazir kepada binatang kesayangan mereka yang sepatutnya tidak memerlukan pakaian pun..





WALAUPUN baharu sahaja pulang ke tanah air sebaik sahaja menamatkan pengajian peringkat ijazah di Amerika Syarikat, ternyata nama Juliana Evans masih lagi mendapat tempat di hati peminat tempatan.
Buktinya, dia terus disambar sebuah produksi tv untuk mengacarakan sebuah program hiburan dan sering kali wajah cantiknya dioles indah untuk diabadikan di majalah-majalah yang pastinya dapat menarik pembaca untuk membeli naskhah tersebut.

Baru-baru ini juga Juliana, 26, dan rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Kaka Azraff, 26, telah menjalani penggambaran bersama-sama dengan sebuah majalah urban nombor satu negara.
Yang menariknya, menerusi gambar yang diambil itu menampakkan sisi nakal dan liar Juliana atau lebih dikenali sebagai Jue apabila dia berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sedikit bahagian dadanya.

COLOMBIA: Tidakkan pengotor seorang tukang masak tentera, Victor Gamboa, 27, yang menjadikan  periuk besar yang digunakan untuk memasak sup sebagai tab mandi telah tersebar di laman sosial.

Kerana tindakan bodohnya itu pihak tentera Colombia telah melakukan siasatan dan kemungkinan tindakan disiplin akan dikenakan terhadapnya.

Video dia sedang membuka baju dirakam dan dilihat dia telah memanjat periuk tersebut dan berendam selepas penuh diisi dengan air.

Menurut rakannya, Juan Camargo Cubillos, Gamboa memanjat periuk yang penuh dengan air yang digunakan untuk memasak sup untuk seluruh tentera di kem itu.

“Mula-mula dia membasuh rambut dan kemudiannya membasuh kaki dan alat sulitnya.

“Ia amat menjijikkan dan saya tidak percaya apa yang saya nampak.

“Apabila saya bertanya kepadanya apa yang dilakukan itu, dia hanya ketawa dan memaklumkan bahawa saya tidak perlu risau mengenainya,’’ kata Cubillos.

Kejadian itu berlaku sejak tahun lepas lagi iaitu pada bulan Julai dan beliau sudah menyuruh mereka memadam gambar tersebut.

Dengan tersebarnya gambar berkenaan, maka ramai yang tidak terkejut apabila tempat memasak itu telah diarahkan ditutup selepas mendapat arahan daripada Sekretariat Kesihatan. -

INDIA:  Seorang kanak-kanak Verdant Joshi, 4 tahun yang mempunyai kekai besar sebelah hidup dalam keadaan agak tertekan kerana sering dibuli, diejek dan dimalukan.

Beliau mempunyai tepak kaki sepanjang 11 inci dan seberat 5.4 kilogram namun masih mampun untuk berlari dan berjalan seperti orang lain.

Penyakit yang dialaminya ini sehingga sekarang menjadi misteri dikalangan pelopor bidang perubatan dan kajian mengenai penyakitnya ini masih dijalankan.

Malah ramai doktor yang mencadangkan supaya kaki budak itu dipotong manakala sebahagian yang lain pula menyatakan keadaan budak berkenaan tidak mengancam nyawanya.

“Doktor dari Amerika juga tidak dapat memberitahu apa silapnya, Ada yang kata hormonnya tidak seimbang, ada yang kata darah tidak mengalir dengan sempurna serta takungan air,’’ katanya.

Dalam pada itu, Verdant pula berkata, keadaan tapak kakinya yang besar itu menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas dan sering diketawakan oleh rakan sebaya yang lain.

“Mereka tidak benarkan saya bermain kriket atau bola sepak. Saya juga mahu ke sekolah tetapi guru tidak benarkan,’’ kata Verdant.

Keadaan ini memaksa Verdant bermain dengan adiknya, Vrisha yang baru berusia setahun di rumah dua bilik mereka sahaja.