Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu terselamat ketika menjadi pengacara pada parti pra-Anugerah Muzik Video MTV.
Namun dalam kejadian itu, tiga orang tercedera termasuk seorang penerbit muzik, Suge Knight, 49.
Knight terkena dua das tembakan dan cedera di bahagian perut dan lengan.
Dia kemudian dibawa ke hospital Cedars Sinai untuk menjalani pembedahan ekoran cedera parah.
Sementara itu, model dan pelakon, Tyson Beckford dan ahli kumpulan Black Eyed Peas, Apple De Ap yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka mendengar empat das tembakan sekitar pukul 1.30 pagi semalam.
Turut hadir dalam majlis itu ialah penyanyi terkenal, Justin Bieber serta penyanyi rap, The Game atau nama sebenarnya Jayceon Terrell Taylor.
"Ia amat mengecewakan kerana kami sebagai satu masyarakat tidak boleh bergembira tanpa sebarang pergaduhan," kata Brown dalam akaun Twitternya.
Polis bagaimanapun dikatakan telah berjaya menahan seorang lelaki bersenjata selain menutup jalan-jalan di sekitar kelab malam itu dan menyoal siasat beberapa pengunjung.
– AGENSI
Hiburan
Lelaki itu, Richard Gibson, 58, yang juga seorang pelabur minyak pada mulanya hanya menyimpan kukunya yang dipotong dalam kotak rawatan kuku dan tidak membuang ke dalam tong sampah seperti orang lain.
"Saya mula menyimpannya sedikit demi sedikit untuk melihat berapa lama masa yang diambil untuk ia memenuhi kotak," katanya yang mengambil masa selama dua tahun mengumpul kuku dalam kotak rawatan kuku sebelum memindahkannya dalam balang kaca.
Menurut Gibson, bekas isterinya selalu memaksanya menyembunyikan balang kaca itu di tempat lain jika ada tetamu datang ke rumahnya.
Koleksi kuku milik Gibson pernah disiarkan dalam rancangan popular Ripley's Believe It Or Not yang menghimpunkan lebih 70,000 fakta pelik lain melibatkan individu seluruh dunia.
– AGENSI
Global
Foto: Pullthemetal.com |
LONDON - Seorang artis di
sini menghasilkan lukisan kompleks dengan hanya menggunakan mesin taip
tanpa sebarang bantuan peralatan lukisan, lapor portal berita Metro.uk kelmarin.
Wanita tersebut, Keira Rathbone berkata, dia mula mendapat idea untuk menghasilkan pelbagai lukisan dengan menggunakan mesin taip selepas bosan menulis menggunakan peralatan berkenaan.
"Idea untuk melukis menggunakan mesin taip timbul beberapa tahun lalu ketika saya duduk berseorangan di dalam bilik.
"Saya kemudiannya mengambil sekeping kertas dan mula menekan setiap huruf yang ada pada mesin taip untuk menghasilkan pelbagai objek," katanya.
Rathbone kini sudah menjual beberapa lukisan di seluruh dunia melalui internet dan lukisan unik wanita itu turut dijual di pasar raya Selfridges.
- AGENSI

PETALING JAYA: Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika
gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27,
mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.
Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.
"Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.
"Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.
Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.
Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.
Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.
"Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.
"Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar," tuturnya.
Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.

KUALA LUMPUR: Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana
dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah
apabila kedua-dua mereka putus cinta.
Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.
"Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.
"Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama," jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.
Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.

Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.
"Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan," ujarnya.
Sementara itu, Kamal, 28, yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu.
Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.
"Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.
"Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.

Cusco (Peru): Seorang guru wanita nyaris maut dibaham seekor singa apabila cuba membuktikan haiwan itu tidak berbahaya.
Dalam satu lawatan sambil belajar, guru terbabit, Roxana Guevera
Huaraca yang membawa muridnya mengunjungi Sarkas Monaco di sini, masuk
ke kandang seekor singa.
Tindakannya itu bermula dengan tenang, tetapi berubah menjadi cemas tidak lama selepas itu.
Pelajar yang ketakutan melihat singa itu yang duduk di atas tangga kecil - menerkam guru mereka, dan mengheretnya mengelilingi kandang.
Pelajar yang ketakutan melihat singa itu yang duduk di atas tangga kecil - menerkam guru mereka, dan mengheretnya mengelilingi kandang.
Kejadian menakutkan itu berakhir kira-kira 30 saat kemudian apabila
seorang pekerja berjaya memaksa singa itu melepaskan Roxana.
Guru itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran dan keadaannya dilapor stabil.
Keluarganya berkata, dia cedera di leher akibat digigit haiwan itu dan mungkin perlu menjalani pembedahan.
Pemilik sarkas enggan bertanggungjawab, sebaliknya berkata singa itu tergelincir, bukan menerkam mangsa.
“Ia kemalangan biasa. Singa itu sungguh jinak,” kata pemilik berkenaan.
Keluarga Roxana bercadang mengambil tindakan terhadap sarkas itu. - Agensi
Global
Johor Bahru: “Saya seronok kerana boleh bertutur dalam empat bahasa
utama kerana saya sendiri adalah anak hasil perkahwinan Cina dan India,”
kata Nur Adilah Nuha Abdullah, 40.
Menurut Nuha, antara kelebihan anak hasil perkahwinan campur adalah
seseorang itu boleh mempelajari pelbagai budaya termasuk bahasa sekali
gus nilai tambah dalam diri untuk berjaya dalam hidup.
Katanya, meskipun lahir dalam sebuah keluarga kahwin campur, dia tidak
berasa kekok malah berbangga kerana ia bukti keharmonian pelbagai kaum
yang hidup bersama dalam negara bertuah ini.
“Malah saya dan adik lelaki turut memilih perkahwinan campur kerana jodoh kami adalah dengan orang Melayu. Perkahwinan campur bukanlah perkara asing kerana secara tradisi ia diamalkan sejak zaman nenek moyang saya yang juga kaum peranakan Baba dan Nyonya dari Melaka.

“Dalam sejarah sendiri tercatit masyarakat Baba atau peranakan berbeza
kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan
mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. HM
Isu Semasa
Kadar peletakan jawatan di Syarikat Penerbangan Pesawat Malaysia
Airlines (MAS) yang kurang daripada lima peratus adalah angka peratusan
yang rendah.
Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, pihaknya mengakui
telah menerima banyak permohonan peletakan jawatan dari kakitangannya
selepas tragedi yang menimpa pesawat penerbangan MH17, namun setelah
bantuan kaunseling diberikan kepada kakitangan berkenaan, bilangan
permohonan peletakan jawatan yang diterima telah berkurangan.
“Berikutan kejadian MH17, terdapat permintaan mendadak dari anak-anak kapal pesawat MAS untuk meletak jawatan.
“Ramai kakitangan menjadikan tekanan dari keluarga sebagai alasan
untuk meletak jawatan kerana MH17 dan MH370 tragedi, tetapi bilangan itu
menurun kepada tahap yang boleh diterima dan rutin yang dijangkakan,”
katanya.
Ditanya mengenai laporan sesetengah media luar dan tempatan yang
mendakwa seramai 200 kakitangan MAS telah meletakkan jawatan susulan
tragedi yang menimpa ke atas dua pesawat milik syarikat tersebut, pihak
MAS berkata, angka tersebut merupakan angka tersebut direkodkan sejak
awal tahun ini dan bukannya sejak insiden MH370 bermula.
“Jumlah peletakan jawatan anak kapal Malaysia Airlines adalah
berjumlah sebanyak 186. Namun ia merupakan rekod dari Januari sehingga
Julai 2014,” katanya lagi.
Detik hitam bagi syarikat penerbangan itu bermula sejak 8 Mac lalu
apabila ditimpa insiden membabitkan kehilangan pesawat MH370 yang
membawa 239 penumpang bersama anak kapal dari Kuala Lumpur menuju
Beijing dilapor lenyap dari radar dan tidak dapat dikesan hingga ke hari
ini.
Belum pun reda dengan kemelut yang melanda, syarikat tersebut sekali
lagi terpaksa berhadapan dengan tragedi hitam membabitkan pesawat MH17
yang membawa 298 penumpang dan krew penerbangan disahkan ditembak jatuh
berhampiran sempadan Ukraine ketika menuju ke Kuala Lumpur dan
mengorbankan kesemua nyawa di atas penerbangan tersebut.
Tegas pihak MAS, sebagai majikan, pihaknya bertanggungjawab dalam
memberikan sokongan dari segi emosi kepada semua anak-anak kapal sejak
tragedi MH370.
“MAS telah mengadakan solat khas sebagai sokongan rohani untuk kakitangan dalam menghadapi tempoh yang sukar ini.
“Minggu lalu, satu ceramah khas diberikan kepada ‘Wacana Eksklusif –
MH370 dan MH17 dari perspektif Islam untuk semua kakitangan Muslim bagi
membantu mereka menghadapi situasi ini,” jelasnya.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments