Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Mungkin ada sesetengah dari kita malu nak tanya atau mencari kaedah untuk merawat ‘peta’2 yg bercorak dibadan muka dan lain2 tempat . Di sini ada sedikit petua dan cara-cara merawat panau secara traditional untuk dikongsikan. Memang banyak kaedah2 lain untuk berubat selain dari beli ubat di farmasi kita juga boleh berubat dengan cara traditional.
Pokok Diatas Tu Namanya Lengkuas Genting . Caranya nak gunakanya ada di bawah .
Baiklah cara merawat kurap dan panau dengan tumbuhan ini seperti berikut;
  1. Ambil akar pokok lengkuas genting dalam segenggam.
  2. Bersihkan akar tu dulu sebelum diparut dan diperah.
  3. Tujuan memarut dan memerah akar tu adalah untuk mendapatkan airnya.
  4. Air tersebut kemudiannya boleh disapu atau alirkan saja pada bahagian yang mengalami kurap ataupun panau.
  5. Ulang petua ini beberapa kali sehinggalah panau ataupun kurap pada kulit anda hilang sepenuhnya.
Selain akarnya yang boleh dibuat ubat panau dan ubat kurap, daun beserta akar pokok ini juga boleh digunakan bagi mengatasi sakit urat dan sakit tulang.
Begini caranya;
  1. Ambil beberapa helai daun dan akar lengkuas genting.
  2. Bersihkan daun serta akar tadi.
  3. Tumbuk lumat kesemua bahan di atas.
  4. Rebuskan bahan yang telah ditumbuk lumat sampai mendidih.
  5. Setelah mendidih, suamkan air rebusan tadi.
  6. Kemudian, barulah sapukan air rebusan pada bahagian yang terasa sakit.
  7. Sapu lagi selepas beberapa jam hinggalah rasa sakit urat ataupun sakit tulang berkurangan dan kembali lega seperti sediakala.
Banyak lagi daun2 yg boleh kita jadikan ubat untuk mengelak panau dan kurap ni . Kongsilah bersama , jangan kedekut illmu!
Seorang Jutawan Digelar Blogger Bapa Ayam Ditahan! Pihak berkuasa China menahan seorang jutawan blogger yang melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran
BEIJING – CHINA. Pihak berkuasa China menahan seorang jutawan blogger berketurunan China-Amerika yang didakwa melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran di Beijing, kelmarin.
Charles Xue, yang mempunyai 12 juta pengikut di laman blognya, Venture capitalis Xue, ditahan susulan peningkatan kawalan pengguna laman web sejak minggu lalu.
“Beliau didakwa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan pelacur,” kata polis. – AFP

Petua Dan Cara Merawat Buasir
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Faktor-Faktor Penyebab Buasir
  1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
  2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
  3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan.
  4. Dan faktor- faktor lain seperti tekanan semasa membuang, sembelit, berat badan yang berlebihan dan boleh terjadi semas mengandung.

Untuk mengelakkan dari buasir, amalkan cara-cara berikut:

  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam.
  • Hembuskan nafas keluar ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, anda mengalami SEMBELIT. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. elakkan sembelit.

Petua Merawat Buasir

  1. Dapatkan kulit manggis dan basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.
  2. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh ( Bersihkan ). Selepas itu, masak/rebus dengan 2 cawan air, tunggu hingga air tinggal anggaran 1 cawan dan sejukkan hingga agak2 suam. Bila dah sejuk, boleh lah diminum.

kutu kepala
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Antara Tanda-tanda Ada Kutu Di Kepala Anda Adalah:
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Apa yang perlu di lakukan?
  1. Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  2. Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  3. Basuh cadar dsb dengan air panas.
  4. Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  5. Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Antara ubat-ubatan yang boleh menghilangka kutu ini adalah Crotamiton, Benzene hexachloride dan Malathion. Anda bolehlah dapatkan ubat-ubatan ini di farmasi ataupun di klinik.
Cara merawat
  1. Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  2. Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  3. Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

Petua Hilangkan Kutu Di Kepala Anda

Jika anda mahu hilangkan kutu secara tradisional atau tanpa ubat-ubatan, anda bolehlah mencuba petua yang Puteri sediakan ini. Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.
Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

BEIJING - Seorang lelaki China memenuhi hasratnya untuk hidup tenang  yang ekstrem dengan hidup sebagai petapa di sebuah goa selama 20 tahun terakhir. Lelaki bernama Feng Mingshan (54 tahun) itu harus memanjat tebing menegak setinggi 50 meter untuk mencapai pintu masuk rumahnya yang tidak biasa. Di sebuah goa batu di ketinggian seperti itu, ia bahkan telah membuat sebuah pintu masuk dan memasang tirai.


Feng hijrah dari Kota Gaoba, di Wilayah Shaanxi, China barat laut, tahun 1993, kerana ia tidak mahu berada di dekat orang-orang lain. Sekarang dia tinggal terpencil dan menjauhkan diri dari hampir setiap kemudahan moden, bahkan pakaian. Sejumlah foto menunjukkan petapa itu mendaki dalam keadaan telanjang saat keluar dan masuk goa sambil membawa seikat kayu.

Suadara Feng, iaitu Fen Xueming, berkata, "Saudara saya punya keperibadian yang aneh. Dia tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain."

Selama 20 tahun terakhir, dia memperbesar bahagian dalam goanya dan telah memahat pegangan di bahagian luar goa untuk membantu dia memanjat batu-batu curam itu.

Media tempatan melaporkan, Feng awalnya mencari goa itu saat dia masih anak-anak. "Ini sebuah goa kecil ketika saya menemuinya, dan saya memperluasnya sehingga menjadi seukuran sekarang dengan menggunakan palu," katanya sebagai dikutip The Mirror. Dia menambah, "Saya juga membersihkan jalan melalui jurang. Saat musim panas di sini sejuk dan itu bagus."

Warga di kampung-kampung berdekatan mengatakan ia biasanya meninggalkan goa pada malam hari, tetapi ia boleh melakukan pendakian di tebing curam itu dengan mudah.

Walau penduduk setempat terkesan dengan kemahiran mendaki dan mencari makan, kerajaan mahu meletakkan dia ke rumah penjagaan. Dia dilaporkan didiagnosis menderita intermittent psychosis (sebentuk gangguan mental yang membuat orang kehilangan kenalan dengan realiti) dan pernah mendapat rawatan singkat.

Wali Bandar Xu Min yang dikutip The Mirror berkata, mereka terus memantau Feng dan akan cuba memujuknya untuk tinggal di sebuah rumah yang lebih konvensional.

Madrid: Sebuah bangunan setinggi 200 meter, InTempo, yang dibina di Benidorm, dianggap sebagai ‘wawasan masa depan’ dan menjadi simbol pemulihan Sepanyol daripada krisis kewangan.

Bangunan kediaman 47 tingkat itu juga dianggap sebagai menara apartmen paling tinggi di Eropah.Tetapi, dengan hanya beberapa bulan sebelum ia dapat disiapkan, kontraktor menyedari mereka berdepan dengan masalah. Mereka terlupa membina lif.

Bangunan itu mulanya direka untuk ketinggian 20 tingkat saja. Bagaimanapun, pemajunya yang bercita-cita tinggi mengambil keputusan menggandakan ketinggiannya pertengahan jalan
Lif yang ada hanya untuk 20 tingkat pertama sementara hanya terdapat tangga untuk menaiki tingkat lebih atas.

Menurut laporan akhbar tempatan, El Pais, tidak ada ruang lagi untuk menempatkan satu lagi lif.

Ia antara beberapa masalah yang dihadapi projek itu.

Menurut laporan itu, pekerja binaan yang tidak dibayar gaji selama empat bulan pada 2010 sebelum projek itu dihentikan, terpaksa naik dan turun tangga selama beberapa bulan kerana ketiadaan lif perkhidmatan. 

Lif yang dipasang sehingga 23 tingkat pertama pula runtuh pada Julai 2011. 
mayat, berita, mati, bunuh,jenayah,jelebu,

Jelebu – Keseronokan dua beradik mengutip buah rambutan berhampiran sebuah kebun getah di Jalan Simpang Pertang-Pasoh di sini bertukar pilu apabila terjumpa mayat bapa saudara mereka, pagi semalam. Mangsa, Alit Sidek, 50, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap berhampiran pondok di kebun itu. 

Saudara terdekat mangsa, Jamaludin Yahya, 57, berkata, dua anak saudaranya yang berumur 14 dan 18 tahun datang ke kebun berkenaan bersama seekor anjing peliharaan untuk mengutip buah rambutan kira-kira jam 11 pagi.

“Sebelum mengutip buah rambutan, mereka agak hairan kerana kelibat Alit tidak kelihatan, yang ada cuma basikalnya. Biasanya dia akan tidur di pondok dalam kebun itu agar mudah untuk menoreh getah keesokan harinya. “Anjing yang mereka bawa juga kelihatan resah dan hanya mundarmandir di kawasan berhampiran. Mereka terkejut apabila ternampak sekujur tubuh tidak bernyawa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jamaludin berkata, kedua-dua remaja itu kemudian bergegas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan mereka segera membuat laporan di Balai Polis Simpang Pertang. Sementara itu, sumber polis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang dua hari. 

“Mangsa merupakan masyarakat Orang Asli yang menetap di Kampung Asli Batu 17, Simpang Pertang di sini. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Klawang, Jelebu untuk bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih belum diketahui,” katanya. 

Sinar Harian difahamkan, mangsa belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Sumber : Sinar Harian Online

astro awani, pembaca berita, berita, dalam negara,

Agak kelakar juga bunyi tajuk di atas kan. Apatah lagi ia berlaku ke atas pembaca berita Astro Awani. Takkanlah pembaca berita tak pakai bra kut. hmmm… apa apa pun, anda lihat gambar-gambar berikut dan nilaikan sendiri.

astro awani, pembaca berita, berita, dalam negara,

Pandangan kami, kami rasa ia adalah disebabkan lipatan atau design baju tersebut pada bahagian dada pembaca berita tersebut. Mungkin kerana lipatan itu begitu menonjol di tempat yang tidak sepatutnya hingga menimbulkan kontroversi. Mungkin lepas ni mereka perlu lebih sensitif dalam pemilihan jenis baju.


Sumber : mediapopular.blogspot.com

cerita, maksiat,

Suami Layan Teman FB, Isteri Terlanjur Dengan Kekasih Lama 

Saya terlanjur dengan bekas teman lelaki kerana kurang kasih sayang serta layanan suami. Hubungan kami tambah dingin sejak dua tahun lalu. Lebih dikesali, suami lebih senang melayan mesej lucah dengan wanita lain di laman sosial.

Akibatnya apabila bertemu kekasih lama, kami terlanjur. Lebih mencemaskan, saya tidak datang bulan dan bimbang mengandung.

Saya benar-benar buntu kerana masih sayangkan suami, tetapi saya tidak mahu menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.

Ketika ini saya rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap suami. Meskipun suami melayan wanita lain menerusi mesej lucah, saya tidak sepatutnya membalas kesilapannya dengan menjalin hubungan sulit.

YANTI
Tanah Merah, Kelantan

Hubungan suram serta dingin dalam perkahwinan menyebabkan puan terleka dengan godaan luar. Disebabkan dahagakan kasih suami, puan sanggup mencari ruang persinggahan sehingga terlajak tanpa ada ruang berundur.

Biarpun puan mencipta 1,001 alasan atas kesilapan, hubungan orang ketiga masih menjadi kesalahan. Baik puan serta suami, kedua-duanya ada masalah.

Puan serta suami tergamak ‘makan luar’ sedangkan nikmat halal terbentang luas di depan mata. Jalan terbaik, puan dan suami perlu mencari kesepakatan mengenai situasi rumah tangga.

Mengenai kemungkinan mengandung, puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor. Andai tidak benar, jalan untuk memperbaiki rumah tangga dipermudahkan dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Namun, jika sebaliknya, teruskan amalan meminta ampun serta meminta kekuatan supaya puan dapat melaluinya dengan tenang.

Sumber : hmetro.com.my
Nampak gayanya cuba keluar dari kepompong wanita jelita yang lemah lembut dan bersopan santun. Jika dilihat dari gambar-gambar yang dikongsikan di akaun Instagramnya, memang ada gaya serikandi. 

Cuma kalau sebut serikandi ni nampak kesopanannya, tapi hot mama ni nampak lain plak.. Seksi!

Baguslah kalau wanita-wanita zaman sekarang ni mempelajari ilmu mempertahankan diri, nanti tak payah terjerit-jerit minta tolong kalau ada penyangak mengacau, sepak tendang dua tiga kali, baru la cari pertolongan.

Oklah, enjoy la gambar-gambar 'kehebatan' Nora Danish yang sedang berpeluh-peluh berlatih menumbuk dan menyepak!


Video
Seperti satu dunia maklum, peperangan yang melanda Syria kini melibatkan jenayah perang antarabangsa apabila senjata kimia atau gas beracun dilepaskan untuk membunuh.
Antaranya insiden pada Rabu lepas di Dimasyq, bila mana hampir 2000 orang terbunuh dalam serangan senjata kimia di saat dunia sedang memberikan tumpuan pada Mesir.
Mangsa yang paling terjejas dalam serangan ini adalah golongan wanita dan kanak-kanak yang jauh lebih lemah berbanding lelaki, hinggakan ramai menjadi korban serta merta.
Meskipun media tempatan Syria dan Barat mendakwa serangan dilakukan rakyat yang ingin menggulingkan rejim Basyar manakala rakyat pula mendakwa sebaliknya, peperangan sentiasa sinonim dengan kesedihan dan penderitaan akibat kehilangan orang tersayang.
Video ini memaparkan bagaimana seorang bapa meraung apabila melihat dua anaknya yang masih kecil kaku tidak bernyawa kerana menjadi mangsa dalam serangan gas beracun tersebut.
Sangat meruntun hati namun apakan daya, kita di sini hanya mampu mendoakan semoga peperangan segera berakhir dengan kemenangan tertegak di pihak yang benar.
Ragut
Kita memang memuji dan memberi penghargaan kepada orang ramai yang membantu anggota polis membanteras jenayah jalanan paling utama, jenayah ragut.
Agak sukar untuk anggota polis memantau keseluruhan kawasan memandangan kejadian ragut biasanya terjadi di kawasan terpencil dan kesanggupan orang ramai membahayakan diri mengejar dan memberkas penyamun dan peragut.
Tetapi!!
Lelaki di video yang dimuatnaik oleh Malaysia Crime Awareness Campaign di laman Facebooknya ini tidak wajar dicontohi sebaliknya silap-silap dia pulak di belasah.
Menurut keterangan video, seorang peragut telah berjaya di berkas Taman Desa Jaya, Kepong pada 26 Ogos lalu berhampiran Maybank.
Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dimaklumkan.
Cuba perhatikan seorang lelaki yang memegang helmet dan tersenyum macam “kera kena belacan” di depan kamera yang dipegang rakan-rakannya.
Keji kan perbuatan dia, cuba memastikan visual dia menendang dan membelasah peragut tu dapat dirakam dan direkodkan untuk menunjukkan dia konon-konon hero lah.
Peragut itu juga manusia, sesudah diberkas serahkan sahaja kepada pihak polis mematuhi undang-undang yang digunapakai dalam negara kita untuk mendakwa peragut itu.
Jika mangsa yang mencuri memukul peragut, saya boleh faham kerana si mangsa marah apabila barang miliknya dicuri tetapi apabila entah siapa-siapa dari mana masuk campur dan membelasah peragut tu lebih teruk kadangkala ada sampai mati, kenapa?
Kenapa perkara itu menjadi budaya di negara kita. Jadilah manusia yang bertamadun kerana kita sudah hampir sampai menuju taraf negara maju.
Kepada lelaki yang jantan di luar sana, jadilah orang yang mematuhi undang-undang janganlah meletakkan undang-undang yang ada di tangan kamu sendiri.
Bukan macam lelaki ini.
Shiha
Walaupun kerjaya seni penyanyi kelahiran program realiti Mentor, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir ini dilihat suram jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain, namun dia sesekali tidak akan berputus asa dalam bidang yang dicintainya itu.
Mengakui berasa sedikit kecewa dengan perjalanan seninya namun penyanyi kecil molek ini tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.
“Saya berharap dapat terus bertahan di dalam industri ini walapun sedar ia bukan sesuatu yang mudah kerana semuanya terletak pada nasib seseorang artis itu.
“Mungkin bukan rezeki saya untuk terus kekal popular biar pun sudah kerap menyertai pertandingan nyanyian namun saya berharap masih ada pihak di luar sana yang memberi saya peluang dan kesempatan supaya dapat bertahan di dalam bidang ini,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Sementara itu, Shiha kini sedang proses mencari material bagi single terbarunya selepas kali terakhir mengeluarkan single pada Ogos tahun lalu.
Posh Spice
NEW YORK – Selebriti Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia mempunyai rancangan hebat untuk mengembangkan jenama fesyennya, eponymous.
Victoria merupakan antara pereka fesyen paling berpengaruh dalam Minggu Fesyen New York yang diadakan pada setiap tahun di sini.
“Saya mahu jenama saya berkembang dan berkembang. Sudah pasti saya mahu mendirikan empayar fesyen sendiri,” kata Victoria.
Impian tersebut dikongsi oleh bekas ahli kumpulan Spice Girls itu dalam temu bual bersama majalah New York Times menjelang pelancaran koleksi musim bunga dan musim panas 2014 eponymous pada 5 September depan.
Victoria yang terkenal dengan gelaran Posh Spice dan isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham mula mencipta nama dalam dunia fesyen menerusi pertunjukan fesyen sulungnya di sini pada 2008.
Tambahnya, dia mereka pakaian yang akan dipakai olehnya sendiri berdasarkan gaya fesyen terkini termasuk dres, kot, skirt dan seluar panjang.
Victoria, 39, turut menghasilkan aksesori seperti cermin mata hitam, beg tangan dan denim dengan jenama utamanya ‘Victoria Beckham’.
Jenama tersebut semakin pesat berkembang, terutamanya di rantau Asia.
Dalam pada itu, beliau turut mencipta fesyen pakaian baharu dengan meletakkan harga berpatutan serta warna yang lebih kasual untuk pasaran orang muda.
“Saya ingin lebih ramai wanita di luar sana menggunakan pakaian yang direka oleh saya,” katanya.
Terdahulu, ibu kepada empat orang anak itu yang telah berpindah dari Los Angeles ke London memberitahu, dia merindui cuaca, keterbukaan dan etika kerja di Los Angeles.
Victoria turut mendedahkan bahawa dirinya lebih sesuai tinggal di Amerika Syarikat. – AFP
Seludup Dadah
Putrajaya – Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.
Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.
“Jika dadah yang diseludup bernilai RM200,000, mereka diberi hadiah senjata lebih canggih termasuk yang dilengkapi teropong khas,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu. – myMetro Online
Shila
Tak lama dahulu, Shila Amzah antara artis yang kerap ‘berperang’ dengan peminat di laman sosial termasuk Twitter dan Instagram.
Semua ini biasanya berlaku apabila penyanyi bersuara merdu ini dikritik oleh peminat tidak kira melibatkan isu peribadi mahu pun pemakaian.
Antaranya, apabila dia pernah ditegur kerana memakai baju sukan yang ketat.
Terbaru, Shila sekali lagi ditegur kerana memakai pakaian ketat yang dirasakan peminatnya kurang kena memandangkan dia mengenakan tudung.
shilaamzahbajuketat
shilaamzahbajuketat2
Komen-komen itu diberikan pada gambar yang dipos Shila di laman Instagram miliknya.
Selain soal baju ketat, Shila turut ditegur kerana bergambar dalam jarat rapat dengan lelaki bukan muhrim termasuk penyanyi legenda, Lionel Ritchie dan seorang lelaki yang diperkenalkan Shila sebagai kawan seislam dan peserta Top 12 Chinese Idol.
shilaamzahgambarrapat
shilaamzahgambarrapat2
shilaamzahgambarrapat2
Bagaimanapun hingga sekarang, belum ada tanda-tanda Shila mahu melayan kritikan peminatnya. Mungkin, dia sudah semakin matang selepas belajar dari kes-kes silam.
Hm, sabarlah Shila ye. Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi artis. Sesetengah yang menegur mungkin cuba nak jadi polis moral tapi ada juga yang menegur sebab betul-betul ikhlas sayangkan anda. 
TUXPAN, Mexico – Tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat akibat Ribut Tropika Fernand mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dalam negeri Veracruz, kata pihak berkuasa kelmarin.
Jurucakap pentadbiran negeri, Javier Duarte berkata, sembilan orang maut di bandar Yecuatla, tiga di bandar ini dan seorang lagi di bandar Atzalan.
Tanah runtuh membawa batu-batan dan lumpur merosakkan empat rumah di kampung Roca de Oro di Yecuatla dan mengorbankan mangsa yang sedang tidur.
“Kami sentiasa berwaspada kerana hujan masih turun,” kata Duarte.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sekurang-kurangnya 10 bandar terputus hubungan ekoran laluan terhalang akibat 16 kejadian tanah runtuh.
Menurutnya, lebih 400 orang ditempatkan di pusat perlindungan yang disediakan oleh pemerintah.
Sementara itu, di kawasan bandar metropolitan Veracruz dan Boca del Rio, para pekerja memulihkan bekalan elektrik yang menjejaskan 40 peratus penduduk di wilayah berkenaan.
Pihak berkuasa di sini menasihatkan agar 7.7 juta penduduk di situ tinggal di rumah dan sesi persekolahan turut digantung.
Fernand berpusat sekitar 125 kilometer (km) ke barat daya Tuxpan dan bergerak menuju ke arah barat laut dengan kelajuan angin sekitar 15 kilometer sejam. – AP
Jangan Bandingkan Filem 'The Art of Vikingdom'
PENGARAH filem Yusry Abdul Halim tidak mahu filem terbaharunya iaitu The Art of Vikingdom diperbandingkan dengan mana-mana filem epik atau mempunyai persamaan dengan mana-mana cerita berdasarkan peristiwa sejarah.
Yusry, 38, berkata, filem ini merupakan filem fantasi sejarah dan aksi yang mempunyai jalan cerita tersendiri.
“Filem ini tidak boleh disamakan dengan mana-mana filem epik atau sejarah yang benar-benar berlaku.
“Setiap watak dalam filem ini adalah mengikut skrip asal dan diubahsuai mengikut apa yang saya fikirkan sesuai,” katanya pada majlis forum The Art of Vikingdom, di sini Selasa.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan.
Jelasnya, beberapa watak dalam filem ini seperti Thor yang diambil dari Marvel Comic juga mempunyai karakter berbeza.
“Biasanya Thor adalah adiwira yang baik dan berambut kuning tapi dalam cerita ini saya jadikan dia berwatak antagonis dan berambut perang, tidak seperti cerita biasa,” katanya.
Tambah Yusry, filem yang menelan belanja hampir RM20 juta itu menjalani proses penggambaran dan penyuntingan dengan perancangan teliti.
“Kita bukan buat penggambaran ikut suka hati, kita sudah buat perancangan yang sangat teliti. Untuk penggambaran sahaja ia ambil masa hampir 60 hari manakala penyuntingan mengambil masa hampir setahun.
“Segala peralatan, kostum atau pelakon aksi ngeri perlu disediakan awal sebelum pelakon-pelakon utama di bawa ke Malaysia.
“Pihak kami cuma ada masa dua minggu sahaja untuk penggambaran bersama pelakon-pelakon utama,” katanya.
Dalam pada itu, cabaran utamanya adalah ketika di lokasi penggambaran yang dilakukan di beberapa kawasan di negara ini.
“Penggambaran adalah seratus peratus di Malaysia, cabaran utama ialah mencari kawasan yang hampir sama dengan luar negara.
“Akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Bagaimanapun cuaca sepanjang penggambaran terlalu panas. Selain itu kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie’d Castle di Perak serta di Filem Negara,” katanya.
Selain itu, katanya, pencarian pelakon tambahan berbangsa asing, set penggambaran yang direka khas dan kostum juga menjadi cabaran penting dalam proses pembikinan filem tersebut.
Sementara itu, ditanya mengapa mengambil konsep filem fiksyen antarabangsa, Yusry berkata ia adalah sebagai percubaan KRU Studio memasuki pasaran luar negara.
“Kami cuba buat filem yang lebih umum yang mana jika di sini, semua kaum boleh datang tengok dan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja.
“Kami juga fokus untuk tembusi pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kebanyakan negara luar mahu filem menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.
Antara ahli panel yang menghadiri forum tersebut adalah Produser, Norman Abdul Halim, Pengarah Kreatif, David Tang, Jurusolek, Monica Lee dan Pereka Kostum, Rosada Abdul Hamid.
Filem ini membariskan beberapa pelakon popular antarabangsa iaitu Dominic Purcell, Natassia Malthe, John Foo, Craig Fairbras dan Conan Stevens.
Filem The Art of Vikingdom akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 September depan. – mStar
Buru Pati
PUTRAJAYA – Ahad ini, pihak berkuasa akan memburu kira-kira 500,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) di seluruh negara menjadikan ia operasi pemutihan terbesar untuk menghantar pulang mereka kembali ke negara asal.
Operasi berkenaan melibatkan 135,000 pegawai daripada Jabatan Imgigresen, Angakatan Tentera, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak berkuasa tempatan.
Jabatan Imigresen akan mengetuai semua agensi tersebut.
Pihak berkuasa akan mengadakan serbuan di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan Pati.
Sebaik sahaja ditahan, mereka akan dideportasi secepat mungkin kerana Jabatan Imgigresen tidak mahu berlaku kesesakan di semua 12 pusat tahanan seluruh negara, kerana ia hanya mampu menampung kapasiti 1,000 orang pada satu-satu masa.
Majikan yang didapati mengambil pekerja asing tanpa izin akan didakwa di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata jabatan berkenaan akan mendapatkan kerjasama daripada kedutaan asing melalui Wisma Putra untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada Pati bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka. - mStar Online
Khalwat
BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.
“Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.
“Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.
“Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
“Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini,” katanya. –Sinar Harian Online
Kongsi Isteri
Nairobi – Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.
Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.
Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.
Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.
“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.
Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.
“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.
Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi