Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Kuala Lipis – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Tanjung Sekawin, Kuala Lanar, dekat sini, ketika menjala ikan bersama rakannya Sabtu lalu, ditemui pagi tadi.
Mayat Marzuki Mat, 34, yang berasal dari Taman Sri Maulana, dekat Pekan dan bekerja di kantin Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, ditemui lengkap berpakaian kira-kira 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mayat mangsa ditemui oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
“Pasukan penyelamat tidak menghadapi sebarang masalah untuk membawa naik mayat mangsa yang ditemui masih lengkap berpakaian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, susulan penemuan mayat mangsa, polis sudah menutup bilik gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah sebaliknya mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
Dalam kejadian Sabtu lalu itu, Marzuki dilaporkan terjatuh ketika menjala ikan bersama rakannya di kawasan berkenaan pada 7.35 malam.
Isu Semasa
Masalah tandas tersumbat yang dialami satu keluarga di Kelantan rupa-rupanya membawa kepada penemuan satu tengkorak dan serpihan tulang manusia di rumah mereka.
Kesemua objek itu ditemui di dalam sebuah tangki kumbahan sedalam lapan meter di rumah mereka Pintu Geng, Kota Bharu, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi itu disedari selepas kerja menyedut sisa kumbahan yang dilakukan sebuah syarikat selesai, memetik laporan Harian Metro.
“Saya memanggil mereka menyedut sisa kumbahan itu selepas tandas di rumah tersumbat sejak beberapa hari lalu.
“Tidak lama kemudian, pekerja syarikat yang menjalankan kerja menyedut sisa kumbahan itu memaklumkan menemui tengkorak dan tulang manusia di dalam tangki sebelum saya terus menghubungi polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Isu Semasa
KETIKA heboh diperkatakan mengenai insiden seorang wanita membuang air besar di Stesen MRT Holland Village, Singapura pada 13 Ogos lepas, rata-rata menuduh ia perbuatan warga China yang bekerja di republik itu.
Namun ‘misteri’ wanita itu terlerai apabila polis mengesahkan wanita berkenaan adalah warga Singapura sendiri yang berusia 34 tahun.
Kejadian itu berlaku pada 1.40 petang namun wanita tersebut telah meninggalkan stesen itu sewaktu anggota polis tiba.
Sementara itu Naib Presiden Komunikasi Korporat MRT, Patrick Nathan berkata, pihaknya telah membersihkan kawasan tersebut sebaik sahaja menerima aduan daripada orang ramai.
Pelbagai
PETALING JAYA – Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak
mengulas berhubung dakwaan dia bersama kekasihnya, Emma Maembong telah
menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Jepun baru-baru ini.
Zizan berkata, dia berpendirian demikian kerana menyifatkan perkara itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.
“Perkara itu (sesi fotografi pra perkahwinan) satu benda yang sangat peribadi buat saya.
“Jadi tak perlulah saya bercerita lanjut. Dah sampai masanya nanti
baru saya kongsikan berita gembira ini,” katanya kepada mStar Online.
Baru-baru ini Zizan ke Jepun bersama Emma bagi menjalani penggambaran program pelancongan di negara itu.
Kunjungan ke negara matahari terbit itu dikatakan turut membuatkan mereka mengambil kesempatan merakamkan foto pra perkahwinan.
Difahamkan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.
Bagaimanapun, Zizan menafikan mereka berkahwin pada bulan tersebut.
“Tarikh itu (Januari) adalah kata orang. Sebetulnya tarikh perkahwinan kami masih lagi dalam perbincangan.
“Nantilah apabila sudah hampir tarikhnya, kami akan berkongsi berita
gembira ini. Sekarang ini, semuanya dalam perancangan lagi,” tuturnya. - mStar Online
Hiburan
BENTONG – Kekeliruan dan kegelisahan seorang suri rumah di Kampung
Perting, di sini, yang sering kehilangan pakaian dalam yang disidai di
ampaian belakang rumahnya akhirnya terjawab.
Semalam, sekitar jam 1 pagi, seorang lelaki berjaya ditangkap suri rumah terbabit bersama suami dan rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata,
ketika kejadian, mangsa dan suami yang sedang menonton televisyen
dikejutkan dengan bunyi seperti ada orang di belakang rumah mereka.
Tambahnya, mangsa dan suami kemudiannya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di belakang rumah.
“Melalui CCTV terbabit, mangsa dan suaminya melihat kelibat seorang
lelaki menaiki basikal telah mengambil sebatang kayu dan kemudiannya
mencuri pakaian dalam milik mangsa yang disidai di ampaian.
“Mangsa dan suami kemudiannya bertindak pergi ke arah belakang rumah
dan sebaik menyedari kehadiran mereka, suspek bertindak melarikan diri,”
katanya.
Tambahnya, suami mangsa kemudiannya telah mengejar suspek bersama rakan-rakannya dan berjaya menahan suspek di Taman Harmoni.
“Sebaik sahaja suspek berjaya ditahan, suami mangsa telah meminta
suspek memulangkan sebungkus plastik berwarna merah yang mengandungi
pakaian dalam milik mangsa.
“Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk
siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan,”
katanya.
Difahamkan kejadian kehilangan pakaian dalam milik mangsa terbabit
telah kerap kali berlaku sehingga menyebabkan mangsa dan suami bertindak
memasang CCTV di belakang rumah mereka. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
KES cincin tersekat di jari adalah sesuatu yang biasa didengar.
Kebiasaannya, dalam situasi kritikal, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bertindak memotong cincin tersebut.
Bagaimanapun, lain pula dengan kes terbaru yang dikongsikan menerusi akaun Twitter BOMBA, hari ini.
Mereka terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa yang tidak dimaklumkan jantinanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.
Setakat ini, tiada maklumat lain yang disertakan di akaun tersebut.
Apapun, nasihat kami, elakkan daripada melakukan aksi seks yang terlalu ekstrem.
Nanti tak pasal-pasal dapat pakej ‘malu dan sakit’…
Isu Panas
MUAR – Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumahtangga pada 30
Ogos ini terbunuh apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di
Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh, Ahad.
Kemalangan itu berlaku ketika Amirah Abdul Rahim, 25, dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, kira-kira 7 pagi.
Ketua Polis Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.
Sementara itu bapa mangsa, Abdul Rahim Sobri, 48, berkata dia sedih dengan nasib yang menimpa anaknya yang meninggal dunia ketika majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan hujung minggu depan.
“Saya tahu (anak meninggal dunia) apabila tiba di lokasi kejadian melihat satu jasad terbujur kaku ditutup dengan kain,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambi, Rengit petang ini. – BERNAMA
Isu Semasa
TERASA bagai drama pula apabila membaca kisah pelakon kacak Fahrin Ahmad menerusi Berita Harian, hari ini.
Alkisahnya, seorang makcik yang berasal dari Terengganu sanggup
bertemunya beberapa kali semata-mata mahu menjodohkan pelakon itu dengan
anaknya.
Antaranya termasuklah di Perlis ketika Fahrin menjadi hos sukan
SUKMA, di Jom Heboh Kelantan dan juga di Terengganu semasa rakaman
sebuah program.
Menurutnya, makcik itu sanggup menunggunya selama lima jam dan
beratur panjang sewaktu program Jom Heboh tersebut semata-mata mahu
bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.
Terharu dengan usaha wanita itu, Fahrin bagaimanapun sedar ia agak mustahil untuk ditunaikan.
“Dalam ada yang memandang saya negatif dengan pelbagai
tanggapan dek cinta lalu (dengan beberapa artis), ada juga yang berminat
menjadikan saya calon menantu mereka. Wanita berusia itu sedikit
sebanyak memberi kepercayaan untuk saya meneruskan kehidupan.
“Sejujurnya anak kepada wanita itu ada berinteraksi dengan
saya menerusi telefon bimbit. Anaknya sudah ada pilihan sendiri dan
tidak mahu ibunya terus-terusan cuba menjodohkannya dengan saya. Saya
faham situasi anaknya itu,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Fahrin berkata, dia sebenarnya tidak tertekan soal jodoh.
“Saya percaya jodoh saya itu ada dan saya sering bersangka
baik soal takdir. Ibu saya sendiri setiap kali habis berborak dengannya
terutama di corong telefon, ibu selalu doakan saya untuk dipercepatkan
jodoh. Pendek kata, kalau minta doa daripada ibu, memang doa bab jodoh
yang dimintanya,” tambahnya.
Memang kuat sungguh aura si Fahrin ini sehingga ramai ibu yang memasang angan untuk bermenantukannya.
Agaknya, kalau Fahrin menerima ‘pinangan’ makcik tersebut, kami yakin dia akan menjadi menantu yang paling disayangi, tak gitu?
Hiburan
EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar ni?
Gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Wikipedia Rakyat ini dikatakan dirakam di Ipoh, Perak.
Tidak dapat dipastikan sama ada ia dilakukan untuk tujuan suka-suka atau mempunyai tujuan tertentu.
Apapun, ia tidak manis untuk dilakukan di khalayak ramai terutamanya di negara ini.
Kalau nak buat sekalipun, pilihlah tempat yang lebih tertutup.
Nanti tak pasal-pasal ada yang langgar tiang lampu gara-gara terlalu leka ‘cuci mata’…
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments