Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Pangkat lapan Ketua Polis Daerah (OCPD) di Sabah dinaikkan kepada Superintenden (Supt) dan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP).
Pangkat bagi Ketua Polis Daerah Lahad Datu dinaikkan daripada Supt kepada ACP manakala pangkat bagi Ketua Polis Daerah Kunak, Kota Marudu, Kota Belud, Semporna, Kudat, Beluran dan Kinabatangan masing-masing dinaikkan daripada Timbalan Penguasa Polis (DSP) kepada Supt. 

Majlis pemakaian pangkat baru kepada lapan Ketua Polis Daerah berkenaan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di sini hari ini.

Ia disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Shamsudin Mat kini berpangkat ACP daripada Supt manakala M Radzali Mahmud Ketua Polis Daerah Kunak, Mohd Isa Yusof (Kota Marudu), Mohan S/O Nadasen (Kota Belud), Mazlan Mohamed Lazim (Semporna), Dawi Bin Ossen (Kudat), Shivananthan A/L R Velautham (Beluran) dan A Sahak Rahmat (Kinabatangan) kini masing-masing berpangkat Supt daripada DSP. 

Hamzah berkata, ini adalah sejarah bagi Sabah kerana tidak pernah begitu ramai OCPD dinaikkan pangkat.

Nama Adnan Januzaj saat ini sedang heboh-hebohnya menjadi pembicaraan publik sepakbola setelah penampilan istimewanya bersama Manchester United meski usianya baru menginjak angka 18 tahun.
Selain penampilan impresifnya, Januzaj juga menjadi perbincangan ketika dirinya digosipkan berpacaran dengan Tulisa Contostavlos yang merupakan penyanyi seksi asal Inggris.
Wanita yang sempat menjadi buah bibir karena skandal video seks penyanyi yang pernah menjadi juri The X Factor tersebut tersebar luas di dunia maya. Kini Tulisa kembali menjadi bahan perbincangan karena telah digosipkan sudah berpacaran dengan Januzaj yang mana keduanya memiliki perbedaan usia yang cukup jauh, yakni 7 tahun.
Tulisa yang kini berusia 25 tahun masih aktif dalam dunia hiburan, khususnya di bagian tarik suara. Sedangkan Adnan Januzaj sendiri masih memfokuskan diri untuk meningkatkan peformanya bersama Manchester United demi mendapat panggilan untuk memperkuat Timnas Inggris di Piala Dunia 2014 mendatang.









Ramai wartawan, jurugambar dan kru televisyen yang mengikut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), dilaporkan mengalami mabuk laut.

Mengikut laporan akhbar The Malay Mail, seramai 13 anggota media telah dibawa menaiki bot menyusuri kira-kira 25 batu nautika lautan dari pantai Tok Bali, Kelantan semalam.
Bagaimanapun baru 10 minit ikut serta, beberapa anggota media mula berasa pening dan loya. Keadaan diburukkan lagi oleh gelombang kuat disebabkan air pasang.

Tidak lama kemudian, sebilangannya mulai muntah ke dalam beg plastik. Namun seorang jurugambar dikatakan terlalu lemah hingga termuntah ke atas pakaiannya sendiri.
Melihat keadaan ini, wakil APMM segera memindahkan pihak media ke atas dek kapal.
Juru cakap APMM turut memberi tip, salah satu cara anggota maritim mengelak mabuk laut adalah menyibukkan diri mereka di atas dek.

Sepanjang operasi yang memakan masa empat jam semalam, pihak media telah didedahkan tentang cara bagaimana operasi SAR dijalankan di lautan.
Antara yang ditunjukkan termasuklah penggunaan binokular bagi mengesan sebarang petanda berkaitan pesawat MH370.

Suasana dikatakan sempat kecoh seketika apabila salah seorang anggota media mendakwa ternampak objek menyerupai rakit atau jaket keselamatan namun selepas diperiksa, ia rupa-rupanya cuma kotak terbuang.

Ada segelintir masyarakat kita ini kadang-kala terlalu fanatik pasal agama sehingga memalukan agama kita sendiri.



Lihat printscreen di atas, tanpa usul periksa, tanpa tahu hujung pangkal, main hujah kepada anak gadis salah seorang anak kapal MH370 untuk pakai tudung sedangkan dia bukan seorang yang beragama Islam.

Gambar Maira Dan Ayahnya


Cara menegur punyalah kasar… siap nak buat si gadis itu rasa bersalah yang bapak dia tanggung dosa pasal dia tak tutup aurat… tanpa ambik tahu dulu dia muslim atau tidak. Dah dua silap kat situ… satu bahasa yang pada penulis adalah kasar, keduanya tidak melakukan sebarang usul periksa dahulu apa agamanya.

Sangat biadap dan memalukan sikap pemilik akuan twitter yang membuat teguran itu.

Faham tak wahai bahalol yang menegur… dah la dia mesti tengah runsing dan sedih dengan kehilangan bapanya… kau zahirkan kebodohan kau dengan tetiba bagi ceramah salah saluran.
Terpaksa guna istilah bahalol supaya yang guna akaun @xxAZRIxx sedar dari kebodohan dan lain kali tak perlu fanatik sangat.

Nanti orang kata Islam ni agama yang main sondol aje tanpa menghormati perasaan dan situasi orang lain berada.

Jangan nak cerita niat kau baiklah bila kau tanpa usul periksa siap bagitahu dosa Gorgxous ditanggung bapanya…pandai-pandai terus jatuh hukum.
Tolonglah jangan fanatik sangat… tolong la ok… lain kali usul periksa betul-betul sebelum buat teguran. 
 


http://www.blogbahni.com/

http://www.blogbahni.com/


 


Ipoh: Seorang murid tahun tiga sebuah sekolah di sini mendakwa dipukul guru pendidikan moral yang juga guru kelasnya dengan rotan sehingga menyebabkan lengan kanannya lebam dan berbekas.



Ibu murid lelaki, G.Neelalaawathi, 32, mendakwa, kejadian berlaku ketika anaknya sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral di dewan sekolah itu dan diajak oleh rakannya bermain namun dia menolaknya kerana bimbang dipukul guru berkenaan yang ketika itu belum memasuki kelas. 

Katanya, selepas itu guru berkenaan tiba dan terus merotan anaknya sehingga menyebabkan lengan anaknya lebam dan berbekas.
"Apabila saya berjumpa guru berkenaan dan bertanyakan sebab dia memukul anak saya, guru itu memberikan alasan yang dia berbuat demikian hanya untuk melepaskan geram.  

"Selepas membuat laporan polis semalam, guru berkenaan menelefon suami saya pagi tadi serta memaklumkan dia mahu berbincang dan sanggup membayar berapa saja yang diinginkan," katanya dalam sidang media di Pejabat Pusat Aduan Barisan Nasional (BN) Ipoh, di sini.

Imej-imej berikut adalah sukar untuk di percayai, tetapi ia menunjukkan realiti penurunan berat badan yang melampau. Ksenia Bubenko seorang gadis 20 tahun wanita daripada Yekaterinburg (Rusia), yang mahu menurunkan berat badan, tetapi selepas penurunan beberapa kilogram dia menjadi taksub dengan penurunan berat badan.











PHILADELPHIA – Lebih 150 penumpang dipindahkan dari pesawat US Airways selepas bahagian depan kapal terbang itu tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia.

Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 320 itu hendak berlepas menuju Ford Lauderdale, Florida.

Ia membawa 149 penumpang bersama lima anak kapal.
Susulan itu, semua penumpang dipindahkan ke terminal dan penerbangan mereka dijadualkan semula.

Tiga daripada empat landasan lapangan terbang itu dibuka semula selepas beberapa jam kemalangan berlaku.

Seorang penumpanng memaklumkan angin bertiup dengan kuat sebelum pesawat itu secara tiba-tiba terhempas di atas landasan. – ABNXCESS.COM

Tahniah kepada pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal yang baru sahaja selamat bergelar suami isteri yang sah pada jam 10.50 pagi tadi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang, Selangor.

Rombongan pengantin lelaki memberikan sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7,000 dan dibalas pula 11 dulang oleh pihak perempuan.

Antara selebriti yang turut hadir di majlis pernikahan pasangan itu ialah pasangan kekasih Nora Danish dan Nedim, Safee Sali dan Sharul Shiro.

-CKK







Siapa sangka, di sebalik kes kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh negara ada perkara lain yang tiba-tiba mengalih tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia.
Gara-gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA tempoh hari ketika media asing turut berada di sana, perkataan “bomoh” menjadi trending seluruh dunia apabila ia ditwit lebih daripada 200,000 kali.



Bagaimanapun menurut laporan BBC, kebanyakan status Twitter mengenai bomoh memperkatakan tentang tindakan itu telah memalukan Malaysia.

Twit-twit berkenaan merupakan respon terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang muncul sebanyak dua kali di KLIA, selepas mendakwa dirinya dijemput individu tertentu untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Antara aksi Ibrahim yang mendapat tumpuan ramai adalah mengenakan jampi menggunakan kelapa, teropong buluh dan bubu yang didakwanya  dapat mengesan kedudukan pesawat. Tak cukup dengan itu, Ibrahim kembali muncul dengan ‘tikar terbang’ dan buah kelapa dua hari kemudiannya.

Susulan liputan meluas tentang Ibrahim, banyak aksi parodi mula muncul di laman siber bagi mengejek perbuatannya.

Bukan itu sahaja, sebuah laman web parodi Bomoh Gadgets Malaysia yang menjual peralatan berbomohan turut diwujudkan.
Antara yang ‘dijual’ di situ adalah tikar terbang berharga RM99,900 selain bubu, payung dan rotan buluh.





Erm, kalau bab-bab parodi ni memang gigih sungguh rakyat Malaysia kan.
Apa pun, diharapkan perkara sebegini tidak melencongkan tumpuan kita terhadap nasib pesawat MH370 yang masih memerlukan doa seluruh rakyat Malaysia untuk ditemui semula.




Inilah band metal yang paling hard core. Band yang dikenali sebagai INNALILLAHI berasal dari Surabaya, Indonesia.

Sebelum start main, member-member dia akan usung vokalis, konon-konon baru ambik jenazah dari tanah kubur








KAJIAN mendapati individu yang bekerja mengikut giliran syif berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, diabetes, strok serta masalah mental.

Kajian itu juga menunjukkan bekerja pada syif malam meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga tiga kali ganda.

Pakar penyelidik dari Pusat Penyelidikan Tidur di University of Surrey, England, Profesor Derk-Jan Dijk berkata, bekerja secara syif dikatakan dapat memusnahkan sehingga 1,500 gen dalam tubuh manusia. Tubuh manusia mempunyai kira-kira 24,000 gen.

Menurutnya, gangguan terhadap kitaran 24 jam semula jadi badan akan secara tidak langsung mengubah pola irama gen.

Untuk menilai kesan ke atas tubuh, penyelidik menempatkan 22 orang responden mengikut jadual 28 jam sehari tanpa kitaran cahaya gelap semula jadi.

Hasil kajian mendapati, kitaran tidur-jaga mereka tertangguh sehingga empat jam setiap hari menyebabkan mereka tidur 12 jam berbeza daripada hari normal.

Sampel darah juga menunjukkan pengurangan enam kali ganda dalam bilangan gen dalam tempoh kira-kira 24 jam.

Pengurangan gen itu dipercayai mempengaruhi kitaran tubuh dalam jangka masa panjang sekali gus mengakibatkan masalah kesihatan.

Sumber: Kosmo!

Seperti yang dijangkakan. Dari soal penginapan hinggalah ke makanan, semua nak yang 'class A' punya layanan. Family di mainland China ini memang akan ambil kesempatan kaw². Berbuat baik, dibalas pula dengan saman.

Baca laporan di bawah di petik dari akhbar online KOSMO!:



BEIJING - Sebilangan saudara-mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan, lapor agensi berita Reuters semalam.

Mereka juga mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui.

Sekarang, slogan "Apa Lagi Cina Mau" amat relevan ditujukan kepada si cina itu. Hidup mereka berkiblatkan duit, so duitlah jawabnya. 

Kita tahu mereka sedang tertekan dan stress melampau-lampau. Bukan mereka saja, orang ramai pun stress dan risau juga walaupun tiada kena mengena atau tiada saudara mara dalam pesawat itu sebab tiada jawapan yang diberikan.

Nak saman? Bukan salah Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia serta dengan bantuan beberapa buah negara yang lain termasuklah negara besar seperti America juga telah sedaya upaya mencari pesawat MH370. Habis segala aset ketenteraan dikeluarkan untuk SEARCH and RESCUE. Bukannya Kerajaan Malaysia hanya berdiam diri and minta bomoh teropong or buah nyior yang cari. Jelas dan nyata di sini, mereka hanya mahukan duit. Mungkin nyawa sudah tidak bernilai bagi mereka.

Untuk pengetahuan, selagi pesawat MH370 tidak ditemui, nak saman pun tak boleh kerana tiada bukti kehilangan pesawat MH370 adalah kecuaian Malaysia Airlines (MAS).

Tidak hairanlah bilamana berlakunya kemalangan di negara itu, ramai rakyatnya buat tak tahu je. Bila ditolong, disamannya pula. Baru-baru ini ada kes seorang lelaki di negara CHINA bunuh diri akibat tertekan bilamana dia disaman oleh keluarga mangsa kemalangan kononnya dialah penyebab kemalangan itu sedangkan niat dia cuma menolong mangsa yang secara kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Mungkin bagi mereka, pasukan SAR saja-saja nak meronda berbatu-batu, berjemur dengan panas laut. Tindakan 'membabi-buta' mereka ini hanya akan membuatkan orang dari rasa simpati timbul pula rasa benci.

Kalau mereka tekad nak saman, mohon saman sekali US, Vietnam, China, Thailand, Filipina, Brunei, India, Singapura dan negara-negara lain yang terlibat sebab gagal cari pesawat MH370.

Inna Savova sorang blogger bulgaria.. Dia menetap kat bandung ni dah lama. Dalam 3 tahun lebih. Sepanjang dia duk kat bandung, totally dia mengatakan penduduk kat situ sangat pengotor dan menjadikan alasan miskin untuk hidup dalam kekotoran. Then Inna mengklasifikan bandung sebagai sebuah bandar babi. Dia merujuk kekotoran tu setaraf dengan babi. Maybe sebab kandang babi pun kotor..


Bila miskin, kenapa perlu kotor. Semua terletak atas kita sendiri samada nak jadi pembersih or pengotor tahap babi.







Putrajaya: Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan kerana hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu kini tergolong antara makanan paling tinggi kandungan garam, sekali gus berisiko tinggi menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar.




Tiga hidangan itu adalah antara 10 makanan tinggi garam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan selain ikan goreng, kicap soya, sos tomato dan cili, ikan bilis, kari ikan, kari lembu dan kambing, bebola ikan dan udang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan mengenai hidangan tinggi garam itu dibuat dalam satu kajian rintis oleh Institut Kesihatan Umum pada 2011 hingga Februari 2012 yang dilakukan dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia.

Beliau berkata, hasil analisis menunjukkan purata pengambilan garam dalam kalangan anggota kesihatan adalah 8.7 gram (g) sehari atau bersamaan 3,405 miligram sodium sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.

“Seseorang yang mengambil paras natrium (sodium) yang tinggi dalam darah berisiko untuk menghidap hipertensi seterusnya berisiko mendapat serangan jantung dan strok.

“Berdasarkan Kajian Beban Penyakit di Malaysia, penyakit jantung dan strok adalah di antara lapan penyakit utama yang membebankan negara kita dari segi kewangan dan kualiti gaya hidup rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-7, di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata, kajian juga mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas kini menghidap penyakit hipertensi dipercayai akibat pengambilan garam berlebihan setiap hari.

Beliau berkata, kajian sama juga menunjukkan kicap soya adalah antara makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam tinggi.

Menurutnya, golongan lelaki didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.

“Bagaimanapun, pihak industri makanan di Malaysia turut menyokong usaha kementerian untuk mengurangkan kandungan garam dalam produk keluaran masing-masing.

“Hasilnya, sejak 2011 hingga 2013, sebanyak 30 jenis makanan di pasaran tempatan yang mempunyai kandungan garam tinggi dikurangkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal,” katanya.

Katanya, antara makanan berkenaan termasuk biskut, kicap, mi segera, makanan ringan, daging beku, perasa tiruan dan sapuan roti


Dalam pada kekecohan cerita mengenai isu bercinta dengan suami orang, tiba-tiba timbul pula nama si pengacara cantik, Hanis Zalikha yang dikatakan terkena tempiasnya.
Pelik juga OHBULAN! apabila menerima berita ini kerana setahu kami, gadis ini khabarnya ‘rapat’ dengan seorang aktor kacak berstatus bujang.
Bukan sekadar khabar angin, berita itu disahkan sendiri oleh tuan empunya badan menerusi sekeping foto screenshot artikel yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.

Rupa-rupanya, akibat kecuaian yang mungkin tidak disengajakan, sebuah blog hiburan telah tersalah meletakkan nama dalam artikel tersebut. Artikel yang sepatutnya ditulis nama Hanis Zalikha telah tertukar menjadi Hanis Suraya.


Susulan itu, Hanis Zalikha telah menerima kritikan daripada peminat menerusi akaun Twitter yang mengaitkan dirinya dengan pelakon kontroversi, Hanez Suraya.

Alahai. Tak pasal-pasal orang lain pula yang terkena tempiasnya ya? Apapun, perkara ini seharusnya dijadikan peringatan buat semua media dan blog, termasuk juga kepada OHBULAN! supaya lebih berhati-hati dalam fakta penulisan masing-masing.

-Ohbulan-