Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Gambar Hiasan

Nota Editor: Kisah menarik tentang Puan Liana dan pasangannya ini telah dikongsikan di FB Wall Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah. Semoga kisah ini memberi inspirasi untuk anda juga turut berminat dalam pelaburan hartanah. Inilah namanya ‘menangguh kepuasan’.
SURAT KEKAL PAKAI KANCIL UNTUK BELI 5 HARTANAH
Saya rasa cerita saya ni lain sikit dari orang lain. Saya berkahwin semasa umur 22 tahun. Betul-betul baru habis belajar masa tu. Kahwin sebulan lepas tu konvo. Tapi masa saya kahwin, suami dah beli rumah dulu.
Sebab jarak umur kami agak berbeza dalam masa 5 tahun kahwin kami cuba habiskan hutang rumah pertama ni.
Alhamdulillah 5 tahun umur perkahwinan hutang rumah pertama sudah settle. Tahun ke 6 berkahwin umur saya 28 tahun kami beli 2 unit apartment di hot area (seorang sebiji) hasil duit simpanan masing-masing dan part time job. Somasa umur saya 28 tahun, kami berjaya memiliki 3 property (1 landed, 2apartment medium cost).
2 tahun kemudian iaitu tahun ini (2015) alhamdulillah kami berjaya lagi membeli 2 unit commercial lot di prime area (undercon). So total propertykami dalam masa 8 tahun ni sebanyak 5 biji.
Saya mula menabung sejak umur 22 tahun. ASB loan 200k. Dapat dividen hujung tahun buat settle hutang rumah dan buat modal beli rumah  baru disamping tu saya ada buat bisnes part time untuk mempercepatkan modal untuk tambah property.
Jenis kediaman yang telah dibeli sehingga kini :
1. Landed 2 storey – 1 biji
2. Apartment – 2 biji
3. Shop lot – 2 biji

Harga kediaman pertama masa umur 21 tahun- masa beli 250k, harga pasaran sekarang 650k.
Apa yang menjadi inspirasi untuk beli rumah di masa muda.
Inspirasi saya nak memiliki sekurang-kurangnya 20 biji property sebelum umur 40 tahun atau nak jadi jutawan masa umur 40 tahun dan hasil daripada rumah tersebut boleh buat duit pencen, hehe.
Cabaran dan kesukaran membeli kediaman pertama – menahan nafsu untuk membeli kereta baru.
Saya pakai kancil sejak belajar sampai kahwin. 7 tahun baru tukar kereta baru tu pun kereta kecil juga.

Secara umum, kita mengetahui Android dan Apple adalah pesaing di dalam industri platform telefon pintar. Tetapi kami tidak sangka sejauh ini ia terjadi.

Pihak Google tidak tahu bagaimana imej maskot Android kencing di atas logo Apple terpapar di Google Maps. Ia berada di lokasi Rawalpindi, Pakistan.
Menurut jurucakap Google, imej tersebut ditambah dengan menggunakan perisian MapMaker dan kebiasaannya memerlukan reviu dari pengguna sebelum diluluskan. Tetapi lain pula berlaku pada imej ini apabila ia mendapat pengesahan dan diluluskan tanpa pengetahuan pihak Google.

Sekarang Google sedang membaikinya semula.
Sumber: HypeBeast



Gambar yang dirakam secara kandid di Jalan Petaling, Kuala Lumpur memperlihatkan pelakon Syanie Hisham, 30, makin sihat dan bertenaga. Malah tubuhnya juga kelihatan kurang berisi berbanding sebelum ini. 

Bersamanya ialah Nadi Putera Mohd Zainol, 28, suami Syanie yang sering menjaga isteri kesayanganhya itu.

Bagi yang tidak tahu, pelakon itu sebelum ini telah melakukan pembedahan gastric bypass bagi menguruskan badan. Berat badan Syanie khabarnya pernah turun mendadak sebanyak 77kg.

Syabas Syanie! 




Semua tahu, salah satu watak superhero yang dicipta dalam siri komik Marvel, Captain America merupakan individu yang bersedia mempertahankan negaranya, Amerika dari rancangan jahat musuh.
Malah, dalam filem terbaru Avengers – Age Of Ultron yang mula menjengah panggung minggu lalu, Captain America dan rakannya seperti Thor, Iron Man, Black Widow dan Hulk berganding bersama-sama berhadapan dengan lawan mereka.
Nampaknya, individu yang mengenakan sut superhero tersebut berjaya menarik perhatian ramai pihak sekitar bandar Johor Bharu.

Ada segelintir pihak yang membuat andaian bahawa si empunya diri mungkin seorang pekerja Universal Studios yang terletak di negara seberang, Singapura.
Atau, mungkin juga si empunya diri sememangnya muncul di Johor bagi menghapuskan musuh di situ, siapa tahu kan…
– MYNEWSHUB.CC