Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.

Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.

Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.

Memetik dari laporan myMetro yang bertarikh 4 Oktober lalu, dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.

Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.

“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..

Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.

Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.

“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.

Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).

Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.

Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.

Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.

Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.

Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.

Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.

Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.

Nota: Bukankah dalam islam hukuman bagi peminum arak dan penzina yang belum berkahwin adalah ROTAN.

Dengan bertambahnya ilmu pada hari ini, kebenaran ajaran islam semakin terserlah.


Sebenarnya Islam telah menemui kaedah ini beribu tahun lalu, dan kaedah inilah yang diberi nama hukuman HUDUD.

SEORANG tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.
Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.
Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.
Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.
Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. – Agensi

RABAT: Seorang pelancong British yang dihukum penjara selama empat bulan di sini kerana kecenderungan homoseksualnya telah kembali ke Britain pada Selasa.
Ray Cole, 70,  ditahan di sebuah perhentian bas di Marrakech di sini bersama-sama seorang lelaki tempatan berusia 20-an.
Cole memberitahu para pemberita yang dia berasa lega selepas pesawat yang membawanya pulang selamat mendarat di London.
Cole dibebaskan tanpa menjalani hukuman penjara empat bulan itu selepas peguamnya berjaya membuat rayuan kepada kerajaan Magribi.
“Kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada kerajaan Magribi kerana menunjukkan belas kasihan mereka kepada Cole,” demikian menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh keluarganya.
Bagaimanapun lelaki yang ditahan bersama-sama Cole masih lagi dipenjarakan.
Kedua-dua mereka telah menafikan melakukan hubungan intim tetapi imej yang ditemui di dalam telefon bimbit mereka menceritakan sebaliknya.
Itu yang menjadi punca mengapa mereka dipenjarakan.
Kedua-dua mereka mula berkawan menerusi laman Facebook, dan Cole ditahan dalam lawatan keduanya ke Magribi untuk bertemu rakannya itu.
Perbuatan homoseksual adalah menjadi satu kesalahan di Magribi dan boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.
Penahanan Cole telah mendapat perhatian dunia barat yang kini melancarkan kempen untuk pelancong memboikot Magribi. – mStar

KARACHI – PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan semalam mengesahkan kematian seramai 21 orang di kawasan kejiranan miskin di selatan negara itu adalah disebabkan oleh keracunan minuman keras buatan sendiri.
Menurut AFP, kejadian berlaku di wilayah Landhi dan Korangi selain kebanyakan mangsa adalah lelaki dewasa.
Difahamkan, kesemua mangsa meminum arak tersebut dalam satu majlis keraian.
Doktor di Hospital Jinnah, Seemi Jamali memaklumkan, pihaknya sedang berusaha merawat 22 lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri.
Jamali memberitahu, keadaan semua mangsa adalah serius.
Penjualan alkohol secara umum diharamkan di Pakistan, namun ramai yang menghasilkan sendiri minuman keras murah di rumah secara tersembunyi.
Pada Julai tahun lalu, sekurang-kurangnya 18 orang mati dan 18 lagi menderita komplikasi serius selepas meminum minuman keras bertoksik dalam dua buah acara keramaian di Bandar Faisalabad. – AFP


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 adalah belanjawan 'pro-rakyat' dan meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup.

Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"BR1M akan diteruskan kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto. Ia adalah sebahagian daripada rasionalisasi subsidi.

"Dengan mengalihkan subsidi menyeluruh kepada sokongan lebih bersasar, kami akan memperoleh nilai wang yang lebih baik," katanya.

Najib juga menegaskan mengenai pentingnya meneruskan langkah mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan bajet seimbang dicapai pada 2020.

Beliau menambah bahawa kerajaan kini dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi sasaran defisit fiskal, yang meliputi pengurangan defisit kepada 3.5 peratus menjelang akhir tahun dan tiga peratus pada akhir 2015. - BH Online


Baru-baru ini, satu gambar yang menunjukkan keratan berita mengenai kenaikan tarif elektrik telah tersebar secara meluas terutamanya di aplikasi Whatsapp.

Setelah disiasat, ternyata gambar tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu menandakan khabar angin tersebut adalah palsu.

Perubahan yang dikesan pada gambar tersebut hanyalah pada tarikh dan gambar yang telah ditambah oleh pihak berkenaan bagi mengelirukan umum. Dengan meletakkan tarikh 5/10/2014, orang ramai mungkin terkeliru dengan menafsir tarif elektrik bakal naik mulai Januari 2015 walhal berita asal memberitahu kenaikan bermula pada Januari 2014.




Berita asal yang bertarikh pada Disember 2013 itu dipercayai diambil dari portal berita Malaysia Insider dan mula disebarkan pada minggu lalu. Petikan berita di dalam keratan gambar palsu itu juga langsung tidak diubah menguatkan lagi kepalsuan gambar tersebut.

Diharap agar orang ramai berhenti berkongsi khabar angin palsu ini kerana khuatir boleh menimbulkan fitnah. - SiakapKeli.com