Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Selepas melangsungkan majlis akad nikah di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia pada 21 Disember lalu, sebentar tadi telah diadakan majlis resepsi perkahwinan Safee Sali dan Sasha di Kg Dato Kamaruddin Tambahan, Bidor, Perak.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis persandingan pasangan ini. Kedua-dua mereka kelihatan ceria dan tersenyum sepanjang majlis berlangsung.

CP: Disini










Untuk makluman kepada penduduk di kawasan Borneo, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan telah mengesan satu kejadian gempa bumi berukuran 5.2 Ritcher baru sahaja berlaku di timur laut Kinabatangan, Sabah.


Lokasi sebenar kejadian gempa bumi itu berlaku ialah di kawasan Pulau Mariana kira-kira 6.23 petang tadi, 28 Disember 2013, pada latitud 20.8 Utara dan 146.7 Timur, pada jarak 1,751km dari Selatan Yokosuka, Japan dan 3,509km dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Bagaimanapun, tiada serangan tsunami dikesan setakat ini. Baca kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) di bawah untuk maklumat lanjut.





PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.


Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.


Sumber sinarharian

Jarang sekali sebenarnya mereka pergi bercuti tanpa membawa anak-anak. Apatahlagi kalau bercuti ke luar negara. Namun kali ini, pelawak terkenal, Johan bersama isterinya, pelakon Ozlynn terpaksa meninggalkan ketiga-tiga anak mereka di rumah sementara mereka akan bercuti ke Vietnam pada pertengahan Februari depan.
Begitupun percutian tersebut bukanlah hanya mereka berdua tetapi khas bersama peminat-peminat. Menerusi pakej Jom Melancong Bersama Selebriti yang dianjurkan oleh AFS Pictures Sdn Bhd dan Al-Hijrah Vacation Sdn Bhd, pasangan suami isteri ini merancang mahu membawa kira-kira 70 orang peminat mereka.
"Kali ni kami pergi bercuti tak bawa anak-anak. Kami memang betul-betul nak luangkan masa bersama peminat. Nanti kalau bawa anak-anak, dah kita sibuk layan kerenah anak-anak pula. Lagipun mereka bersekolah, jadi saya tinggalkan mereka dengan ibu mertua saya.
"Saya pilih Vietnam sebab kos perbelanjaan untuk bercuti di negara ni tak lah besar Lagipun nilai mata wangnya kecil. Saya tahu yang peminat-peminat saya terdiri daripada golongan sederhana, jadi tak lah membebankan mereka yang nak ikuti percutian ni", kata Johan ketika ditemui pada sidang media pelancaran program tersebut bertempat di hotel De Palma, baru-baru ini.
Luar Negara Lebih Privasi
Dalam pada itu Johan memberitahu sesibuk mana pun beliau pada kerja, pasti akan ada masa untuk dia sekeluarga akan pergi bercuti dan destinasi luar negara menjadi pilihan mereka. Bukan tidak mahu menikmati tempat-tempat menarik di negara sendiri tetapi akui Johan, susah untuknya bercuti di dalam negara kerana seringkali beliau didatangi peminat.
"Kalau nak cuti, kami sekeluarga pilih luar negara sebab lebih privasi. Berbanding di sini, selalunya akan terserempak dengan peminat-peminat. Mereka semua minta nak bergambar.
"Saya kasihan dengan anak-anak saya sebab kalau ada peminat datang nak bergambar dengan saya, anak-anak terpaksa lah tunggu saya. Pernah mereka tunggu saya sampai lebih sejam dan mereka jadi tak selesa", katanya.
Sementara itu Ozlynn yang duduk di sebelah Johan spontan berkata, " Kalau misalnya nak bawa anak-anak jalan-jalan atau ke tempat macam pusat membeli belah atau taman tema, kena pilih hari bukan hujung minggu sebab kurang sikit orang.
"Kalau kami rancang nak bercuti, kena ikut masa Johan maksudnya, tengok bila dia boleh bercuti. Itu yang kadang-kadang terpaksalah anak-anak ponteng sekolah", tuturnya.
Walaupun begitu kata Johan, beliau tidak menyalahkan peminat-peminat sebaliknya menyedari dirinya sebagai seorang figura umum, beliau akan memberi layanan sebaik mungkin setiap kali didatangi peminat.

Malah menganggap layanannya sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya atas sokongan yang diberikan selama ini. Namun, beliau perlu juga menjaga hati anak-anaknya dan kerana itu menyebabkan mereka sekeluarga sering 'lari' ke luar negara untuk bercuti.
Sementara itu bagi yang berminat untuk pergi bercuti bersama Johan dan Ozlynn ke Vietnam, untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian 03-9286 6565 atau hotline 010-365 2335, 010-435 4871 atau 016-369 2236.

Aktres Izara Aishah belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya disebabkan beberapa syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya jika mereka mendirikan rumah tangga.
Memetik kenyataan di mStar online, gadis berusia 21 ini berkata, mereka masih berbincang tentang perkara dan syarat-syarat tersebut termasuklah dia perlu kurangkan kemunculannya di televisyen sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.
"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja," ujarnya.
Kata pelakon Oh My English ini, disebabkan syarat-syarat itu, dia meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga.
Izara turut tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.
"Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.
"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
Izara turut bersyukur lelaki yang dikenali sejak tujuh tahun itu sentiasa memberi sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.

sumber : mStar online 

ANAK tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.
Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.
Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.
Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.
Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.
Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.




KUALA LUMPUR: “Isteri tak tahu....pandai makan pandai simpan dik (adik). Pandai-pandailah kita nak lepaskan diri. Saya selalu cakap ada mesyuarat dan kadang kala nak berjumpa rakan di kedai mamak atau menonton bola (sepak).
“Macam-macam alasan boleh guna...janji dapat datang sini. Tapi kena pandailah buat mereka (isteri) percaya,” kata seorang lelaki separuh umur pelanggan sebuah kelab dangdut di ibu negara yang diibaratkan ‘syurga’ buat mereka untuk berhibur selain menagih belaian manja pelayan wanita di premis berkenaan.
Dia yang memperkenalkan dirinya sebagai Rosli, 54, ketika berbual dengan wartawan berkata, setiap hujung minggu dia pasti datang ke pusat berkenaan tanpa pengetahuan isterinya.
“Saya datang berhibur, sebab saya suka menari. Jadi, di sinilah tempat terbaik buat saya dan golongan sebaya yang lain. Harga minuman pun murah...layanan wanita (pelayan) juga baik,” katanya sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, ala watak Pak Maun yang dilakonkan oleh Allahyarham Mahmud June, dalam filem Nasib Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, tanpa menjelaskan lanjut jenis layanan diberikan wanita di pusat hiburan itu.
Rosli terdiam seketika apabila wartawan bertanya adakah isterinya tahu kedatangannya di tempat berkenaan sebelum berkata, dia sudah ‘menguruskan’ wanita (isteri) itu dengan baik sebelum mengakhiri perbualan.


-Harian Metro
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Goyangbukansebaranggoyang_/Article

GAYO LUES (Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya.
Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng.
Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa.
“Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,” kata Asrijul.
Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.
“Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu,” kata Asrijul.
Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental.


Nampaknya, kes bunuh diri di Malaysia semakin merungsingkan tatkala peratusan jenayah didakwa semakin berkurangan. Apa yang peliknya, bangunan Berjaya Times Square merupakan salah satu tempat kegemaran individu yang ingin bunuh diri.

Terbaru, seorang lelaki berusia 21 tahun terjun dari tingkat 9 bangunan Berjaya Times Square kira-kira 7.10 petang semalam, 27 Disember 2013 dan maut serta-merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.



Menariknya, kejadian bunuh diri ini adalah kes kedua untuk tahun 2013 di mana kejadian bunuh diri pertama berlaku pada 14 Februari lalu dan melibatkan seorang gadis cina berusia 20-an.

Berikut ialah empat keping gambar sekitar kawasan bunuh diri semalam. Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.









Kaupoa - Hawaii biasanya terkenal dengan pantainya yang selalu mempesona mata . Tapi siapa sangka , kepulauan di AS juga punya pantai sepi , tak berpenghuni , dan ... berhantu .

Adalah Kaupoa di Pulau Molokai , nama pantai cantik namun berhantu di Hawaii . Tidak seperti pantai lain di Hawaii , pantai ini sepi pengunjung . Hanya ombak , pasir dan semilir angin yang mengisi Kaupoa .



Dari Huffington Post , Jumaat ( 27/12/2013 ) bukan tanpa alasan tempat ini begitu sepi pengunjung . Cerita mistik berada di balik itu semua .

Pada awalnya , Pantai Kaupoa sangat ramai pengunjung, ramai pelancong yang menghabiskan masa bercuti dengan berjemur di bawah sinar matahari .

Namun keceriaan di pantai ini berakhir apabila seorang pengunjung berteriak . Sebuah ayunan yang tak dinaiki bergoyang sendiri . Tak sekali , buaian tua ini bergoyang berkali - kali dan kencang seperti buaian yang diduduki orang .



Ternyata penduduk tempatan percaya ayunan tersebut digerakkan oleh hantu orang yang terdahulu menduduki pantai .

Mereka adalah sekumpulan orang yang disebut pemberontak yang dianggap melawan hukum adat di Hawaii . Dulunya , antara tahun 1300 dan 1500 ada 100 orang menduduki pantai ini .



Mereka mencari hidup di kampung ini melalui memancing ikan . Terdapat kuil dan bekas ladang di sana . Hingga pada akhirnya , kumpulan ini meninggal dan dikebumikan di situ.

Pada tahun 1800 , Pantai Kaupoa pun kosong sehinggalah pada tahun 1990an rumah penginapan dibina di sini untuk menarik pengunjung . Namun , dengan alasan yang sama , yakni berhantu , tak ada pengunjung yang betah berlama - lama di sana .



Suasana pantai juga cukup mencengkam . Banyak bangunan lama mengisi pantai . Deretan batang pokok kelapa tanpa daun di bahagian atas menambah kesan seram pantai .


Sumber: travel.detik.com

 1 . Flatiron Building , USA

Fuller Building atau ketika ini lebih dikenali dengan Flatiron Building , merupakan bangunan nipis di Amerika Syarikat terletak di kawasan 175 fifth Avenue , Manhattan . 

Bangunan yang selesai dibina pada 1902 , merupakan bangunan tertinggi di kawasan Manhattan . Keunikan bangunan  Flatiron adalah hampir yang tepat berada dipertigaan antara East 22nd Street , 23rd Street dan Broadway.


2 . Icon Building , USA 

Bukan hanya Flatiron saja yang menjadi bangunan nipis di Manhattan , New York , kerana terdapat bangunan sama iaitu Icon Building . Bangunan yang mempunyai 43 tingkat , mempunyai keunikan di setiap tingkatnya . 

Setiap bilik berada di sudut bangunan , sehingga mempunyai pandangan penuh . Bangunan pangsapuri ini hanya mampu diduduki oleh tiga penghuni di setiap tingkat.



3 . The Gateway , Singapura 

Bangunan yang dikenali dengan the Gateway ini mempunyai 37 tingkat dengan tinggi bangunan 150 meter . Dua bangunan pencakar langit yang terletak di Beach Road , pusat bandar , Singapura , selesai dibina pada 1990 . 

Bangunan di sebelah barat dikenali dengan The Gateway West , sementara sebelah timur The Gateway East . Bangunan tinggi dan nipis ini direka oleh IM Pei , dibantu oleh syarikat Ka Seng and Partners Chartered Architech ( CKSP ) .



4 . Skinny Haussmann Building , Perancis 

Bandar Paris merupakan salah satu bandar di Eropah yang popular dengan seni bina bangunan yang indah . Meski demikian setiap seni bina bangunan tentunya mempunyai perbezaan satu sama lain , seperti bangunan " Skinny Haussman Building " . 

Sesuai namanya , Haussman building merupakan bangunan paling nipis di antara bangunan lain di Paris.



5 . John Hancock Tower , USA 

Bangunan tinggi nipis lain adalah John Hancock Tower yang mempunyai 60 tingkat dengan tinggi 790 meter . Bangunan pencakar langit ini terletak di kawasan Boston , direka oleh Henry N. Cobb . 

Pembangunan John Hancock Tower selesai pada tahun 1976 , kemudian pada 1977 memperoleh penghargaan dari American Institute of Architect sebagai Bangunan Terbaik di Amerika Syarikat . John Hancocl Tower mempunyai kemudahan dek pemerhatian yang berada di puncak bangunan , dari sini para pengunjung boleh menikmati keindahan Landskap Bandar Boston .

Johor Bahru: Sekumpulan janda dari Indonesia memberi alasan terpaksa menjual ‘tubuh’ kerana mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang ‘along’ ketika ditahan pegawai dan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Maju, Taman Pelangi di sini, semalam.

Serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan hasil risikan seminggu oleh pegawai imigresen selepas mendapati premis berkenaan beroperasi sebagai pusat persundalan dan berjaya menahan enam wanita Indonesia berusia antara 34 hingga 50 tahun.

Turut ditahan dalam serbuan sama seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun disyaki bapa ayam dan mengatur perjalanan wanita terbabit.

Ketua Penyelaras Operasi bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, ada wanita terbabit mendakwa kematian suami dan berpisah dengan pasangan masing-masing menyebabkan mereka terpaksa bekerja sendiri untuk menyara keluarga.

“Ada yang mengaku berhutang dengan peminjam wang haram sehingga mencecah RM10,000 dan disebabkan tidak mampu membayar hutang, wanita berkenaan mendakwa datang ke negara ini dan sanggup melakukan apa saja untuk melunaskan hutang.

“Tidak kurang juga ada yang memberi alasan terpaksa mencari wang untuk menyara anak di kampung.

“Apa jua alasan diberikan, kami terpaksa bertindak dan menahan mereka kerana melanggar peraturan negara ini,” katanya.

Masri berkata, kebiasaannya wanita berkenaan akan berkeliaran di kaki lima deretan rumah kedai di kawasan sekitar termasuk duduk di restoran berhampiran untuk menggoda pelanggan yang lalu.

Menurutnya, mereka bukan saja memakai pakaian menghairahkan, malah ada antara wanita berkenaan menggoda pelanggan dengan ‘mengenyit’ mata untuk menarik perhatian lelaki hidung belang yang mudah cair dengan pujukan sedemikian.

Katanya, sekiranya mahu mendapatkan perkhidmatan seks wanita terbabit, bapa ayam akan menghantar pelanggan ke bilik khas lengkap dengan katil dan bilik air bagi memudahkan mereka melakukan hubungan seks selama 45 minit.

“Kadar bayaran yang dikenakan sekitar RM70 dan RM100 bergantung kepada umur, susuk tubuh dan kejelitaan wanita berkenaan.

“Dalam serbuan ini, beberapa pegawai dan anggota kami turut menyamar sebagai pelanggan dan hasilnya, kami berjaya menahan semua pelacur terbabit termasuk bapa ayam yang menguruskan mereka,” katanya.

Sumber: Harian Metro