Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Di negara kita, Sofea Putih telah mengejutkan orang ramai dengan gambarnya yang kurang kain. Di negara jiran pula, seorang gadis telah muat naik gambarnya berbogel di depan semua tempat tumpuan pelancong atau mercu utama Singapura tanpa rasa malu. 

Pihak berkuasa masih mencari siapa gadis tersebut kerana rupa gadis tersebut telah dikaburkan dalam setiap gambar yang dimuat naik. 


Tianducheng ialah sebuah bandar baru yang dibina di Hangzhou China. Ia merupakan bandar copy paste Paris yang mampu memuatkan 10 000 penghuni. Selepas siap dibina hanya 2000 orang berpindah ke bandar ekslusif ini. Sungguhpun mempunyai replika Menara Eiffel setinggi 108 meter, Tianducheng tidak semeriah Paris sebenar. Bekalan elektrik kerap terputus dan langit sentiasa diselubungi jerebu. Kualiti binaan bandar ini juga teruk dan anda boleh lihat sungguhpun ianya sebuah bandar baru, sudah nampak kerosakan pada luaran bangunan. Peniruan yang gagal!


Laporan asal FastCoDesign
Pengikut Al-Arqam Adakan Majlis Berbaur Seks
KUALA LUMPUR – Pengikut Al-Arqam yang kini aktif semula atas nama Global Ikhwan mengadakan majlis berbaur seks dan mempengaruhi para isteri agar meninggalkan suami mereka yang tidak lagi bersama jemaah itu, dakwa Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi).
Presiden Srikandi, Norashikin Abd Ghani, berkata, Hatijah Aam atau Ummu Jah yang kini mengetuai jemaah tersebut pernah menganjurkan majlis di mana wanita yang menyertainya datang dengan hanya memakai baju tidur nipis semata-mata.
“Selepas sesi ceramah terdapat slot lucah termasuk goyang gerudi, kononnya untuk membangkitkan roh seks.
” Ini adalah kesesatan yang jelas,” dakwa Norashikin dalam satu sidang media khas di sini hari ini.
Srikandi adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan.
4
Pada 12 Ogos lalu, pertubuhan ini telah membuat laporan polis berkaitan isu salah laku serta cubaan menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam oleh isteri pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad itu.
Al-Arqam telah difatwakan sebagai ajaran sesat di Malaysia pada 1994.
Sementara itu, menurut Norashikin, walaupun kumpulan ini sudah diharamkan namun masih ada pengikut yang meneruskan kegiatan itu dengan mempergunakan kanak-kanak dan berselindung di sebalik pertubuhan kebajikan.
” Mereka menubuhkan rumah anak yatim semata-mata mahu mengutip dana daripada orang ramai, malah terdapat sekolah ‘khas’ bagi melatih kanak-kanak ini sebagai pengemis.
” Malah, mengikut sumber daripada bekas pengikut kumpulan terbabit, mereka mengakui terdapat 20,000 lagi pengikut tegar yang masih bergerak secara aktif dengan memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan dana.
” Tambahan pula ada beberapa rumah anak yatim di bawah seliaan kumpulan ini mampu mengutip sumbangan RM4 juta sepanjang Ramadan,” katanya ketika ketika ditemui pada sidang media memorandum berhubung isu mengembangkan semula ajaran sesat berkenaan.
Memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara lain meminta penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Agama Islam Malaysia bagi mengambil tindakan terhadap Ummu Jah dan pengikutnya.

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.
Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.
“Dia kini di rawat di IVU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan,” katanya. – Mstar.com.my
Turbo Granny dari Jepun telah memecahkan rekod dunia pecut 100 meter bagi kategori 90 tahun keatas. Rekod tersebut telah dipecahkan di 30th Kyuushu Masters Athletics Championship Series pada 28 Julai lalu. Nenek yang bernama Mitsu itu telah menghabiskan larian 100 meter dalam masa 23.8 saat. Sumber





Galleria Vittorio Emanuele II ialah pusat membeli belah pertama di dunia. Ia dibina di Milan Itali pada tahun 1877 dan menjadi prototaip kepada pusat membeli belah yang sedia ada. Ia dinamakan sempena raja Itali. Pada tahun 2012 McDonalds menyaman pihak pengurusan Galleria dan bandar Milan kerana keengganan mereka memperbaharui perjanjian sewa lantai kedai. McDonalds sudah menyewa tapak di galleria sejak 20 tahun yang lalu dan merasakan pihak pengurusan tidak adil. Selepas ditutup tapak McDonalds kini menjadi kedai Prada yang kedua di dalam galleria. Nampaknya kedai Prada lebih penting dari kedai makan. Sememangnya Galleria Vittorio Emanuele II sangat cantik. 



Laporan asal Wikipedia
Polis Rancang 'Ops Warta' Buru Pemandu Tak Bayar Saman Selepas Ini
NILAI –  Polis Diraja Malaysia merancang mewujudkan semula Ops Warta berikutan kegagalan pendekatan berhemah atau advokasi bagi mendidik pengguna jalan raya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata Ops Selamat yang dilancar sepanjang perayaan Aidilfitri, bermula 1 Ogos lepas dan berakhir semalam, tidak memberi kesan memberangsangkan.
“Sepanjang tempoh itu, kes kematian yang melibatkan penguna jalan raya dilaporkan semakin meningkat, malah jumlah kemalangan yang menurun pun tidak begitu membanggakan. Kita perlu membuat sesuatu dengan lebih agresif, bukan hanya setakat memantau tetapi penguatkuasaan yang menyeluruh perlu segera dilakukan.
“Saya berpandangan bahawa untuk mengubah sikap pemandu kita ini agar lebih berhati-hati adalah dengan saman,” katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan panel hakim penilai Anugerah Desa Sejahtera di Kampung Gebok, Mantin pada Jumaat.
Khalid berkata walaupun pihaknya ada mengeluarkan saman pada Ops Selamat, namun ia sedikitpun tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya.
Beliau berkata sehubungan itu, antara pendekatan pertama yang akan diambil selepas ini ialah mencari pesalah trafik yang tidak membayar saman melalui Ops Warta dan tidak lagi menunggu sehingga musim perayaan untuk bertindak.
“Hanya pendekatan tegas sahaja yang boleh menyedarkan pengguna jalan raya untuk berubah.
“Punca utama kemalangan ialah akibat sikap mereka sendiri dan bukan faktor lain seperti kejuruteraan jalan raya,” katanya.
Bagaimanapun, Khalid berkata keputusan akhir pelaksanaan Ops Warta hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh Ops Selamat dalam tempoh satu atau dua hari lagi, selain perbincangan dengan pegawai lain di Bukit Aman.
Ops Warta dilancar di seluruh negara pada 2000 bagi menangkap lebih 260,000 pemilik kenderaan yang dikeluarkan waran tangkap, namun masih belum menjelaskan saman masing-masing. -BERNAMA
Ada SYABU Dalam Poket Pegawai Kanan Polis Yang Parah Kemalangan
KUANTAN – Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, semalam.
Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis.
“Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam.
“Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini,” kata sumber itu kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.
Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng.
“Pegawai itu cedera parah…mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri,” katanya. – BERNAMA


Kumpulan gadis idola KARA bakal kembali dengan album baru September ini. 

Menurut laman sesawang Kpop Starz, wakil agensi naungan mereka, DSP Media memberitahu, "Tahun ini merupakan tahun yang agak sibuk buat KARA tapi mereka masih sempat menghasilkan album baru. 

"Ini merupakan kemunculan rasmi pertama mereka di Korea selepas dua tahun dan kami harap album ini bakal menghiburkan para peminat." 


KARA juga baru-baru ini melancarkan imej kulit album mereka, di mana kelima-lima anggota – Nicole, Gyuri, Hara, Seung-yeon dan Jiyoung memakai tuksedo hitam, berbeza dengan gaya feminin mereka sebelum ini. 

Butiran lanjut tentang album terbaru KARA bakal dimaklumkan tidak lama lagi. 



Manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kandungan vitamin B yang terdapat di dalamnya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita. 

Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis selalunya digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Malah limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan. 

Antara manfaat limau nipis ialah: 

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT 

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari. 

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan. 

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk. 

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih. 

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar. 

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari. 

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN 

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya. 

Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya! 

Melegakan ketegangan 
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.



Jerawat yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan anda merasa tertekan. Tambahan pula jika ada acara penting pada keesokan hari yang memerlukan anda berhadapan dengan orang ramai dengan penuh yakin. 

Jangan risau, mari cuba beberapa tips di bawah untuk menghilangkan jerawat dalam masa satu malam! 


AIS BATU
Sebelum anda buat keputusan memicit jerawat, eloklah jika anda mengambil seketul ais dan bungkus dalam kain yang bersih. Letakkannya di kawasan yang ditumbuhi jerawat itu selama 30 saat sebelum menyapu krim jerawat. Ais batu berfungsi mengecilkan liang roma dan menyerap minyak yang berlebihan. 


CAMPURAN KAYU MANIS & MADU 
Antara kaedah lain untuk menghilangkan jerawat ialah mencampurkan serbuk kayu manis dan madu. Gaulkan serbuk yang dicampur tadi sehingga rata dan sapukan di bahagian wajah yang berjerawat. Campuran ini akan membantu mengatasi masalah keradangan dan membuat jerawat menjadi kecut. Biarkan ia semalaman sebelum dibasuh pada keesokan paginya. 



PERAHAN LEMON
Sewaktu membersihkan muka, anda boleh membilas muka yang berjerawat dengan perahan air lemon sebelum membilas muka sekali lagi dengan air bersih. Perahan lemon mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah hingga menyebabkan wajah bebas jerawat. 


UBAT GIGI
Cuci muka dengan air bersih dan biarkan sehingga kering. Selepas itu, letakkan sedikit ubat gigi pada jerawat tersebut. Biarkan ia semalaman sebelum mencuci wajah sehingga bersih. 



PUTIH TELUR
Pecahkan sebiji telur dan asingkan bahagian kuning dan putih telur. Ambil bahagian putih telur dan sapukan pada muka yang berjerawat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam telur mampu membantu anda mencegah jerawat. 


Pelakon "Secret Garden", Ha Ji-won nampaknya bakal menandingi para pelakon di Hollywood. 

Menurut laman sesawang Ten Asia, agensi naungannya, Sun and Moon Entertainment mengumumkan bahawa aktres tersebut menjadi pelakon wanita Korea pertama yang menandatangani kontrak bersama UTA, yang merupakan antara agensi terbesar di Amerika. 


UTA merupakan sebuah agensi pengurusan artis yang turut menjadi pilihan artis terkemuka seperti Johnny Depp, Harrison Ford, Anthony Hopkins, Ewan McGregor, Nicholas Hoult, James McAvoy, Gwyneth Paltrow dan Celine Dion. 

Menurut wakilnya, "Kami percaya Ha Ji-won punya masa depan yang cerah dan bakal membuat kemunculan di Hollywood. Kami menanti-nantikan saatnya dia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa." 
SEGERA: Pegawai Veterinar Mengaku TIDAK BERSALAH Belasah Isteri Dalam Lif
BUKIT MERTAJAM – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. – BERNAMA
                                   gambar derek medina, derek medina photos, jennifer alfonso and derek medina, derek medina bunuh jennifer alfonso, gambar lelaki bunuh isteri upload di facebook, bunuh isteri dan upload pic di facebook, gambar lelaki kejam derek medina

Kejadian yang terjadi ini memang mengejutkan. Seorang lelaki berumur 31 tahun telah membunuh dan memuat naik gambar mayat isterinya itu di laman sosial Facebook untuk tatapan umum.
gambar derek medina, derek medina photos, jennifer alfonso and derek medina, derek medina bunuh jennifer alfonso, gambar lelaki bunuh isteri upload di facebook, bunuh isteri dan upload pic di facebook, gambar lelaki kejam derek medina

Kejadian yang berlaku di Florida ini melibatkan Derek Medina, telah membunuh isterinya, Jennifer Alfonso, 26 tahun atas alasan tidak tahan dipukul dipukul oleh isterinya itu. Sejurus selepas itu, Medina memuat naik gambar mayat isterinya di Facebook dengan caption "RIP Jennifer Alfonso".

gambar derek medina, derek medina photos, jennifer alfonso and derek medina, derek medina bunuh jennifer alfonso, gambar lelaki bunuh isteri upload di facebook, bunuh isteri dan upload pic di facebook, gambar lelaki kejam derek medina

'My wife was punching me and I am not going to stand anymore with the abuse so I did what I did I hope u understand me.', katanya.

Selain itu, Derek Medina sempat menulis bahawa dia akan ke penjara selepas ini.

'Im going to prison or death sentence for killing my wife love you guys miss you guys takecare Facebook people you will see me in the news,' 

gambar derek medina, derek medina photos, jennifer alfonso and derek medina, derek medina bunuh jennifer alfonso, gambar lelaki bunuh isteri upload di facebook, bunuh isteri dan upload pic di facebook, gambar lelaki kejam derek medina

Sumber
Sebuah zoo di China dilihat cuba memperbodohkan pengunjung mereka dengan menggunakan anjing untuk menyamar sebagai Singa Afrika. Penipuan itu terdedah selepas ‘singa’ itu mula menyalak.
Sebuah zoo di Taman Awam Luohe, di Wilayah Henan, menggunakan spesis biasa haiwan untuk menyamar konon-kononnya sebagai spesis eksotik.



Menurut laporan akhbar Beijing Youth Daily, seorang pengunjung yang hanya dikenali dengan nama Liu mahu menunjukkan kepada anaknya perbezaan bunyi yang dibuat binatang.
Dia terkejut kerana haiwan di dalam kurungan yang dilabelkan sebagai ‘Singa Afrika’ menyalak seperti anjing.
Haiwan itu sebenarnya seekor anjing jenis biakan Tibetan Mastiff, sejenis anjing yang besar dengan rambut yang panjang di muka seperti singa.
“Zoo telah menipu kami,” kata Liu yang dikenakan bayaran RM8 untuk tiket memasuki Zoo itu.
“Mereka cuba membuatkan kami percaya seekor anjing sebagai seekor singa,” katanya marah.
Tiga haiwan lain yang diletakkan dalam kurungan yang salah ialah dua tikus coypu di dalam kurungan ular, seekor musang putih dalam kurungan harimau bintang dan seekor lagi anjing di dalam kurungan serigala.
Ketua Jabatan Rawatan Haiwan di zoo itu Liu Suya berkata zoo itu sememangnya memiliki seekor singa tetapi ia sedang di bawa ke tempat pembiakan dan anjing itu yang dimiliki oleh seorang pekerja, diletakkan sementara atas sebab-sebab keselamatan. – AFP
Maimun Mutalib
KUALA LUMPUR – Pelakon Maimun Mutalib, 54, menegur segelintir pelakon baharu yang gagal membawa watak antagonis dengan baik tetapi sekadar melakonkannya sambil lewa.
Malah Maimon, 54, yang juga dikenali dengan watak-watak sedemikian berkata, dia berasa geram melihat lakonan bintang baru yang tidak menjadi kerana ia gagal memberi kesan kepada penonton.
“Saya rasa geram apabila lihat pelakon-pelakon yang bawa watak antagonis tidak bawa watak itu dengan baik.
“Selalu orang ingat senang bawa watak tersebut tapi sebenarnya tanggang jawab kita ialah untuk sampaikan rasa benci itu kepada penonton,” katanya kepada mStar Online.
Maimon berkata, berdasarkan kepada pengamatannya, ada watak antagonis pelakon-pelakon baharu gagal menyentuh jiwanya kerana lakonan mereka itu tidak dilakukan sepenuh hati.
Justeru katanya, setiap pelakon perlulah mendalami ilmu seni lakon dengan sebaik mungkin dan bukannya melibatkan diri dalam dunia seni hanya untuk mencari glamor.
Dalam perkembangan lain Maimon yang kini banyak berehat di rumah kerana menghidap penyakit kanser payudara berkata, peluang berkenaan digunakan sepenuhnya untik melihat semula dram-drama lakonan beliau.
Dengan cara itu dia dapat mengubat kerinduannya terhadap dunia seni yang sudah ditinggalkan buat sementara waktu akibat penyakit berkenaan.
“Saya sangat sayangkan bidang lakonan, sejak duduk di rumah saya banyak masa untuk menonton drama-drama di televisyen.
“Kalau dulu memang tiada masa nak tengok betul-betul bagaimana lakonan kita dan kawan-kawan,” katanya.
Dalam pada itu, Maimun turut menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang prihatin terhadap penyakitnya sehingga ada yang meluangkan masa untuk melawat beliau di rumah. - mStar Online

Seorang lelaki Jerman yang terlalu gemuk terpaksa di selamatkan dengan menggunakan jengkaut.
Michael Lehberger tinggal di Riegelsberg Jerman dan mempunyai masalah berat badan yang melampau sehingga menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan sentiasa duduk di dalam rumah.
Pada Isnin beliau menelefon ambulans kerana menyedari dirinya mengalami simptom serangan jantung.
Sepasukan anggota bomba dan bantuan perubatan kecemasan yang datang kemudiannya terpaksa memecahkan dinding dan tingkap bilik tidurnya untuk mengeluarkannya seterusnya membawa dia ke hospital.
Kerana beratnya yang mencecah lebih 400 kilogram, sebuah jengkaut terpaksa digunakan untuk mengangkat dirinya ke bawah. Obesiti
Sumber rujukan : The Sun UK
Kes Bunuh
KINABATANGAN – Polis menembak mati seorang lelaki yang merupakan suspek kes bunuh selepas cuba menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam kejadian di Kampung Koyah B, Paris 3, di sini, petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superitendan Martin Lugu berkata suspek yang mati ditembak itu dikenali sebagai Andis Tawan berusia lingkungan 40 tahun. Suspek mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan di bahagian dada ketika menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau dalam kejadian jam 3.30 petang.
Sebelum kejadian, suspek dikatakan bermain sabung ayam dalam kebun kelapa sawit berhampiran tapak majlis perkahwinan sebelum menikam seorang lelaki, Agus Jamal, 33, yang turut serta dalam permainan itu ketika menghadiri kenduri terbabit kira-kira jam 1 petang pada hari yang sama,” katanya.
Beliau berkata isteri mangsa yang berusia 22 tahun kemudian membawa suaminya yang cedera parah akibat ditikam ke Hospital Daerah Kinabatangan sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sana.
Martin berkata, anggota polis berkejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada isteri mangsa.
“Anggota polis yang berjaya mengesan suspek meminta suspek menyerah diri, bagaimanapun suspek bertindak ganas dengan menyerang polis menggunakan sebilah pisau menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai badan suspek bagi mempertahankan diri,” katanya.
Beliau memberitahu pemeriksaan ke atas beg galas suspek menemui sarung pisau dan tiga paket plastik kecil yang berisi hablur lutsinar disyaki dadah jenis syabu.
Martin berkata, mayat suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Kinabatangan untuk dibedah siasat. Kes terbabit di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -THE BORNEO POST
Rogol
KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis petang kelmarin mendakwa telah dirogol tujuh lelaki selepas dipaksa mengambil dadah.
Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun dan berasal dari kawasan Samariang, Petra Jaya telah berkenalan dengan beberapa lelaki sebelum dia didakwa dirogol.
Menurut sumber, mangsa mendakwa telah dipaksa untuk mengambil dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan peluang tersebut digunakan kesemua suspek untuk merogolnya.
Bagaimanapun, waktu kejadian tersebut belum dapat dipastikan sehingga mangsa menceritakan perkara tersebut selepas dihantar oleh keluarganya kepada pihak JKM, kelmarin.
Selain itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas laporan polis dibuat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Laporan ada diterima dan pihak kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya. -THE BORNEO POST
GILA! Model Terkenal China Lancar Alat Seks IKUT BENTUK Kelaminnya Sendiri
Model terkenal China, Zhang Xiaoyu melancarkan alat permainan seks yang didakwanya mengikut ‘BENTUK’ alat kelaminnya sendiri!
Alat itu kononnya direka mengikut ‘ukuran’  yang mampu memuaskan nafsu mereka yang selama ini menyimpan keinginan untuk berasmara dengan model terkenal ini.
Bagaimanapun ‘skalanya’ direka agak kecil dari asal bagi memudahkan ia disimpan dan dibawa ke mana-mana.
Pengeluar alat permainan seks ini mendakwa produk mereka merupakan ‘satu-satunya di dunia’  yang menawarkan ‘pengalaman keghairahan empat dimensi 4D’ kepada setiap pembeli.
Mereka yang membeli alat ini akan turut dibekalkan pelincir dan gambar bogel Xiaoyu sebagai ‘aksesori tambahan’.
Sebenarnya banyak lagi kalau hendak ditulis mengenai alat ini termasuk cara penggunaannya tetapi cukuplah setakat ini. Sumber