Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Perghh ! Model cantik Chacy Luna Callista menghiasi majalah popular edisi Desember 2013 di salah satu magazine popular Indonesia. Bagi yang ngefans berat sama model satu ini simak saja Galeri Foto Chacy Luna Model Majalah Popular Desember 2013 tersebut di bawah ini
Sakit Mata
Laluan ini dibuat dengan sangat berhati hati agar tidak terjadi lonsor. Laluan ini telah dibuka sejak 1 Jun 1971
Pelancongan
Bila orang biasa memberikan komen peribadi tentang makanan, sah-sah tak ramai yang ambil peduli.
Tapi kalau yang mengeluarkan kenyataan adalah orang yang mempunyai
kepakaran dalam bidang masakan, sudah tentu ia mendapat perhatian ramai.
Jika sebelum ini Chef Wan memberikan komen pedas tentang makanan
disajikan di hotel 5 bintang dan syarikat penerbangan yang tidak
menepati selera tekaknya dan memalukan, terbaru, Chef Wan mengkritik
pula makanan di kedai mamak.
Dalam satu status dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa jam
lalu, Chef Wan berkongsi cerita bagaimana daripada sekian banyak
makanan yang dipesannya dan rakan-rakan di sebuah kedai mamak termasuk
teh tarik, tosai, mi segera goreng dan ayam tandoori; tak satu pun yang
disukainya.
Malah Chef Wan menyifatkan ayam tandoori yang dihidangkan
kepada mereka keras dan kaku macam ayam mati terperanjat dilenyek lori
bandaraya.
Berdasarkan perkongsian Chef Wan, beliau sebenarnya memang sudah lama
tak makan di kedai mamak kerana sentiasa terkenang pengalaman jijik
ketika kecil.
Di sebuah kedai mamak di
kampung halamannya, Chef Wan melihat bagaimana mamak memasak di dapur
yang kotor dan selamba menghembus hingus ke lantai sebelum mengesatnya
di kain pelekat sebelum menyambung semula membuat rojak.
Sejak itu kata Chef Wan, dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke kedai
mamak sampailah semalam. Itu pun semata-mata kerana hendak menunjukkan
gaya hidup makan lewat malam di negara ini kepada rakannya dari luar
negara.
Isu Panas
SEORANG remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang lelaki, demikian kata prosekutor Rusi. Karina ada kemungkinan diperkosa dulu sebelum dibunuh dengan kejam. Karina Barduchyan, 16 tahun, dinyatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg.
Polis percaya dia dibunuh dan dikerat malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik sang gadis ditemui di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar bandar. Paling tidak dua beg plastik telah ditemui di dua tempat yang berbeza. Dua lelaki berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.
Karina kenal dengan dua suspek Yuri Mozhnov, si penjual bunga. dan Maxim Golovatskikh, si penjual daging di pasar. Karina dipaksa untuk ke pangsapuri mereka di mana dia kemudian di benamkan ke dalam tab mandi. “Kedua-dua lelaki tersebut mengatakan bahawa mereka memakan gadis tersebut kerana mereka lapar”, demikian kata jurucakap mahkamah Sergei Kapitonov.
Kedua-dua lelaki itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian nya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Kedua-duanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.
Peguam sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyiasat percaya pembunuh memutuskan untuk membunuh Karina setelah gadis itu bertengkar dengan Golovatskikh. Bintik-bintik darah ditemui di paip air dan lantai pangsapuri. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa tempatan.
Pelbagai
KUALA LUMPUR : Demi menjaga maruah diri dan keluarganya, pelakon Hanez Suraya meminta agar isteri kepada kekasihnya Nurliyana Abd Manan untuk membuat permohonan maaf kepadanya atas tuduhan bahawa dia telah merampas suami kepada wanita tersebut.
Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.
“Tuduhan dan dakwaannya yang mengatakan saya penyebab kepada keretakan rumahtangganya tidak benar dan telah memalukan serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga saya.
“Kenyataannya kepada pihak media agak melampau kerana saya dan suaminya berkenalan baru hanya 5 bulan yang lalu iaitu selepas dia memfailkan cerai di mahkamah pada Oktober lalu.
“Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu. Jika saya boleh membuat sidang media untuk menjelaskan semunya, saya rasa dia pun harus buat begitu,” katanya dalam sidang media khas tergempar itu.
Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romei Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.-Murai
Hiburan
DUNGUN – Tindakan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung sebuah masjid, dekat sini membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah kerana bertindak agresif.
Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu disedari anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan Masjid Kuala Abang.
Suspek dikatakan cuba mencuri tabung dalam masjid itu menggunakan tali seperti pancing dan tindakannya disedari anggota KRT sebelum menyerbu ke arah suspek.
Suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota KRT itu cuba melarikan diri.
Anggota KRT berkenaan terpaksa membelasah suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan.
Suspek, berusia 30-an berasal dari Bukit Gasing Marang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek yang gagal mendapat sebarang habuan hasil kerja jahatnya itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian Online
Isu Semasa
KUALA LUMPUR – Seorang isteri terkejut mendapati suaminya dan seorang wanita lain mati dalam sebuah kereta di Taman Metropolitan, Batu Muda di sini, petang Selasa.
Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan Sabri Sulaiman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 5.10 petang tadi.
Ketika di tempat kejadian, lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 60-an dan wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu telah pun meninggal dunia.
Tiada pengenalan diri ditemui pada mereka, katanya. – BERNAMA
Isu Semasa
KUALA LUMPUR- Seorang ahli ekonomi memberi amaran bahawa bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) “tidak akan membawa kita ke mana-mana” dalam membantu mengurangkan jurang kemiskinan yang dijangka bertambah ekoran pemotongan subsidi minyak.
Ahli ekonomi Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Dr Fatimah Kari berkata pemberian tunai tidak memberi program perlindungan sosial yang holistik atau menyediakan insentif untuk keluar dari kemiskinan.
“Saya secara peribadi tidak percaya kepada BR1M. Kerajaan perlu mengumumkan dasar keluar untuk BR1M… melalui program sosial yang komprehensif dan penyediaan akses kepada kesihatan, pendidikan dan pekerjaan. Ini mesti dirancang.
“BR1M tidak akan membawa kita ke mana-mana dalam jangka masa panjang untuk menyelesaikan kemiskinan di negara ini,” kata beliau. – Malaysiakini
Isu Semasa
MISTERI pasangan berzina yang maut dipercayai akibat melekat di bahagian kemaluan sering menjadi topik untuk blogger-blogger yang berkongsikan mengenai perihal dosa dan pahala, balasan Tuhan dan sebagainya.
Namun begitu, tidak ada pula yang mengupasnya dari aspek saintifik.
Foto dan video dikongsikan dengan komen-komen yang membabi buta tanpa berfkir.
Perihal ini turut berlaku di negara seberang, Indonesa. Sekeping foto yang memperlihatkan sepasang pasangan yang dikatakan maut akibat berzina dan melekat telah tersebar.
Sayangnya ramai yang cepat membuat kesimpulan, sedangkan gambar tersebut di ambil dari sebuah filem lakonan Julia Perez, Kutukan Arwah Santet!
Apakah yang sebenarnya berlaku?
Fenomena ini sebenarnya wujud dalam kehidupan manusia biasa, terutamanya kepada wanita. Ianya dikenali sebagai Vaginismus.
Apa pengertian vaginismus?
Vaginismus adalah keadaan di mana alat sulit wanita mengalami kekejangan otot dibahagian satu pertiga alat kelamin dan sekitar vagina. Tahap kekejangan ini berbeza mengikut wanita.
Fenomena ini berlaku soalah-olah suatu reaksi penolakan untuk melakukan hubungan kelamin hinggalah ke tahap sentuhan pada alat sulit. Situasi ini boleh dilihat dengan keadaan wanita yang sering mengepit kedua kakinya apabila ianya ‘menyerang’ seseorang. Menurut kajian, hanya 2-3% wanita dewasa mengalami sindrom ini.
Faktor-faktor vaginismus
Vaginismus boleh disebabkan oleh faktor fizikal ataupun psiko.
Beberapa faktor fizikal ialah:
* Gangguan selaput dara, termasuk sisanya yang tertarik kalau terjadi penetrasi penis.
* Infeksi yang menyebabkan luka di sekitar lubang vagina atau labia.
* Bekas koyakan selepas melahirkan anak yang tidak sembuh dengan baik.
Beberapa sebab psikis adalah:
* Latar belakang keluarga yang memandang seks sebagai sesuatu yang kotor, dosa atau memalukan. Jadi wanita itu dibesarkan dengan anggapan bahwa seks adalah sesuatu yang negatif.
* Pengalaman seksual yang traumatik, misalnya wanita yang pernah dperkosa baik pada masa kanak-kanak, remaja ataupun dewasa. Kalau pengalaman yang mengerikan itu terjadi setelah wanita berkahwin, ia dikenali sebagai vaginismus sekunder.
* Hubungan seksual yang kerap dan menimbulkan rasa ngilu akibat psiko. Kegagalan ereksi juga dapat menjadi penyebab.
* Rasa takut yang berlebihan untuk hamil.
* Rasa takut terkena penyakit kelamin.
Apa akibatnya?
Akibat kekejangan otot vagina sepertiga dibahagian luar, maka hubungan seksual tidak dapat berlangsung. Ini menyebabkan zakar melentur secara melampau dibahagian yang menutup vagina. Andainya penetrasi zakar dapat dilakukan, ianya tidak sempurna dan menimbulkan rasa sakit yang teruk.
Isu Panas
KUALA LUMPUR: Dalam raut wajahnya yang lembut dan sering dipilih sebagai jurucakap produk kecantikan, Siti Saleha, 24 sebenarnya seorang yang lasak dan sangat menggemari aktiviti ekstrim.
Tidak sedikitpun terselit perasaan gentar meskipun terpaksa merentasi hutan rimba tebal, bergayut dan terbang daripada satu dahan ke satu dahan yang lain dengan ketinggian yang pastinya menggayatkan bagi kebanyakan gadis di luar sana.
Semuanya telah disaksikan portal murai.com.my ketika mengikuti penjelajahan bersama-sama pelakon campuran Melayu-Inggeris itu menerusi aktiviti penuh mencabar lagi mendebarkan yang dianjurkan di Flying Squirrels, Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah itu merupakan kali pertama dia menyertai ativiti seperti itu, dia lantas menjawab tidak.
Malah dia sangat teruja untuk merentasi lebih 20 halangan mencabar termasuk beberapa zipline di atas tali kabel yang di bina di atas pokok berusia beratus tahun itu.
Bukan sahaja zipline panjang yang berketinggian 1,000 meter di atas paras laut, malah dia turut merentasi jaringan labah-labah buatan, berbasikal di atas kabel, skateboard udara, jejantas gantung dan gelongsor udara.
Malah jelas Siti Saleha, semua itu adalah perkara biasa dan menurut kata gadis kacukan Melayu-Inggeris itu, itu bukanlah kali pertama dia mengikuti aktiviti menggerunkan itu, terutama apabila berpeluang menjelajah keluar negara.
Menerusi cabaran yang disediakan Flying Squirrels, Siti Saleha yang turut ditemani pembantu peribandinya, Fynaz telah memberanikan diri mencuba cabaran paling menggerunkan iaitu bergayut di atas zipline sepanjang beberapa meter pada ketinggian 1,000 meter di atas paras laut di dalam hutan tebal.
Ditemani bunyi unggas belantara hutan hujan tropika, SitiSaleha tetap memberanikan diri walaupun sedar jeritan orang terdahulu yang merasainya mungkin mampu melunturkan semangat dirinya untuk terus mencuba.
Namun apa yang pasti, Siti Saleha telah berjaya melalui kesemua halangan tanpa sedikitpun merungut sebaliknya diakhiri dengan riang tawa dan senyuman penuh kepuasan.
Penerbangan tambang murah, AirAsia turut terbang ke Chiang Mai dua kali sehari pada harga cukup berpatutan. -Murai
[Wow] - Hiburan
KUANTAN : “Walaupun dia hanya anak angkat, amanah itu sepatutnya dijaga bukan didera,” kata Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada seorang peniaga, Abdul Muhamad Khalifah Ali, 39, selepas lelaki itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap pertuduhan mendera anak angkatnya menggunakan seterika panas September tahun lalu.
Tuan Ruzuaini menyifatkan perbuatan tertuduh itu tidak berperikemanusiaan kerana mendera kanak-kanak lelaki yang baru berusia tujuh tahun.
“Dalam usianya baru tujuh tahun, dia berdepan tekanan emosi selain kecederaan fizikal yang serius akibat perbuatan kamu,” katanya.
Abdul Muhamad dari Taman Tas, dekat sini, menjaga mangsa bersama isterinya sejak kanak-kanak itu masih kecil.
Akibat perbuatan lelaki itu, mangsa melecur di beberapa bahagian badan termasuk lengan, tapak kaki dan badan akibat ditekap seterika panas di rumah mereka di Lorong Tas 24, Taman Tas, pada 5 September tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Berikutan pengakuan bersalah itu, Tuan Ruzuaini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dari tarikh tertuduh ditangkap dan denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika dia menjelaskan denda berkenaan.
Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memaklumkan dia dan isterinya menjaga tiga anak angkat termasuk mangsa selain tiga anak sendiri.-HM
Isu Semasa
KUALA LUMPUR : Dua individu disyaki sepasang kekasih, ditemui mati dalam sebuah kereta di taman rekreasi Taman Metropolitan dekat Batu di sini, petang semalam.
Kejadian disedari seorang pengunjung yang baru selesai berjoging di taman terbabit jam 5 petang, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan di situ.
Pengawal keselamatan terbabit, Fariz Izham Kamaruddin, 21, bergegas mendapatkan kereta itu yang terletak berhampiran tasik, 50 meter dari pintu masuk taman rekreasi berkenaan.
“Ketika itu, saya nampak kedua-duanya sudah tidak sedarkan diri seperti sedang tidur. Saya cuba buka pintu kereta tetapi berkunci dari dalam. Saya ketuk cermin dan goyangkan kereta, namun mereka tidak sedar ataupun bergerak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata mangsa dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap enjin melalui hos yang dipasang ke dalam kereta.-BH
Isu Semasa
Perbuatan
khianat yang berlaku di Masjid Limbungan Kampung Raja Besut malam tadi
menggemparkan dan pastinya membuat ramai pihak marah.
Namun, yang sangat mengecewakan apabila terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar lelaki yang kononnya pelaku kepada kes terbabit.
Namun, gambar lelaki yang tidak berdosa itu merupakan seorang mangsa kemalangan.
Semoga si pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Isu Panas
Kuala Lumpur: Seramai 51 wanita 'GRO' warga asing dan tiga geng kongsi gelap '08' serta seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, semalam.
Dalam operasi Ops Cantas Khas pada jam 11.45 malam itu, sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu bekas dewan gelanggang badminton yang diubahsuai menjadi kelab malam berkenaan.
Ketika diserbu, kebanyakkan pelanggan tidak menyedari kehadiran polis selepas khayal melihat puluhan wanita yang diperagakan dengan ala 'cat walk' dipentas yang disediakan.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, wanita ini dipercayai akan diperagakan diatas pentas sebelum dipilih oleh pelanggan dengan memberikan kalungan bunga dengan harga sebanyak RM50.
Katanya, wanita berkenaan akan turun melayani pelanggan mereka disamping pelanggan juga perlu membelikan minuman dengan harga RM50 setiap satu.
Isu Semasa
Muhammad Azri Awang, berkata, sekalipun peniaga berkenaan meminta maaf mengenai kejadian tersebut namun ia tidak seharusnya berlaku memandangkan kebersihan perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan.
Menurutnya, lebih membimbangkan jika dia atau pelanggan lain tertelan dawai itu yang mana mampu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.
“Jika tak tertelan, ia nampak biasa tetapi jika tertelan macam-macam masalah akan timbul terutamanya apabila ia membabitkan kanak-kanak. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua peniaga agar lebih berhati-hati.
“Saya faham, ia adalah satu kesilapan namun perkara ini tidak akan terjadi jika tukang masak itu peka dengan kebersihan dan sentiasa mengutamakannya,” katanya.
Muhammad Azri berkata, peniaga tersebut mengakui kesilapannya dan dia tidak bercadang untuk memperbesarkan perkara itu selain menjadikannya pengajaran kepada peniaga lain agar tidak berulang.
SH
Isu Semasa
Sepasang suami isteri di California bahagian utara menemui tin mengandungi duit syiling emas. Tin ini dijumpai secara tidak sengaja apabila mereka berjalan-jalan bersama dengan anjing peliharaan mereka. Pada masa itu mereka melihat sesuatu yang berkilauan di tanah. Pasangan yang sangat beruntung itu kemudian mula menggali dan menemui 8 tin penuh berisi syiling-syiling emas.
Syiling-syiling emas ini berjumlah 1,400 keping dan nilainya jika dijumlahkan sekitar $ 27.000 , tetapi para pakar berpendapat syiling-kion itu mungkin bernilai lebih $ 10 juta atau bahkan lebih. Keadaan syiling-syiling yang dibuat pada tahun 1800-an tersebut masih elok. Syiling ini terdiri dari berbagai macam jenis yang pastinya akan menarik minat pengumpul.
Pasangan suami isteri yang enggan disebutkan namanya ini berniat menjual sebahagian besar syiling-syiling tersebut. Mereka bersedia meminjamkannya untuk dipamerkan sebelum mereka jual. Mereka juga berniat menyumbangkan sebahagian hasilnya untuk amal pada orang-orang yang memerlukan.
Tidak ada yang tahu siapa sebenarnya pemilik syiling-syiling tersebut sebelum ditemui dan bagaimana boleh terkubur di laman rumah. Khabarnya, kawasan rumah yang pasangan ini sedang tinggal dulunya merupakan daerah emas.
Pelbagai
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments