Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
TUMPAT – Tindakan dua beradik memancing duit derma daripada tabung Masjid Mukim Kubang Batang dekat sini semalam berakhir dengan kedua-duanya ditahan oleh anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kubang Batang/Menjual.
Sebelum ditangkap pada pukul 2 pagi, anggota SRS yang melakukan rondaan ternampak kelibat dua lelaki memasuki pekarangan Masjid Mukim Kubang Batang.
Timbalan Ketua SRS, KRT Kubang Batang/Menjual, Kamaruzaman Musa berkata, sebaik melihat kelibat mencurigakan, beberapa anggotanya mengepung pekarangan masjid sebelum mengintai niat kedua-dua lelaki itu memasuki tempat ibadat pada waktu itu.
“Selepas menunggu beberapa ketika, anggota SRS yang memasuki ke dalam masjid secara perlahan-lahan melihat kedua-dua lelaki itu sedang leka memancing duit daripada tabung menggunakan dawai,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo Online
Isu Semasa
NSANJE, Malawi – Seramai tujuh lelaki dibakar hidup-hidup selepas mereka dituduh memiliki tulang manusia yang dipercayai digunakan bagi tujuan ilmu hitam.
Kumpulan perusuh dikatakan menyerang suspek dan membakar mereka menggunakan minyak petrol sehingga mati dalam satu kejadian ngeri di sini.
Akhbar Malawi, Nyasa Times melaporkan seorang pegawai polis tempatan, Kirby Kaunga sebagai berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini, manakala kes itu masih disiasat.
Negara di benua Afrika itu mencatatkan peningkatan aktiviti pemerdagangan anggota manusia terutamanya individu albino yang dipercayai mempunyai kesaktian dan akan membawa tuah pada pemiliknya.
Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, set lengkap tubuh albino termasuk kaki, tangan, alat kelamin, telinga, lidah dan hidung dijual pada harga sekitar AS$75,000 (RM307,000) di negara jirannya, Tanzania.
Ketua Polis Malawi, Lexen Kachama telah mengeluarkan arahan kepada anggota polis untuk menembak mati individu yang terlibat menculik atau membunuh golongan albino.
“Kami mendengar banyak kes tentang penculikan dan pembunuhan penduduk albino di Tanzania. Ia semakin tersebar dan berleluasa di Malawi dan perlu ditangani secara agresif dan profesional,” ujarnya. – Agensi
Kosmo Online
Global
SAKHA, Rusia – Sepasukan saintis di sini membuat percubaan untuk menghasilkan klon seekor anak singa purba yang hidup pada Zaman Ais sekitar 12,000 tahun lalu susulan penemuan dua bangkai haiwan itu dalam keadaan hampir sempurna pada Ogos tahun lalu.
Dua bangkai anak singa itu dijumpai beku di dalam ais di Siberia. Spesies singa purba itu diketahui sudah lama pupus.
Bagaimanapun, saintis-saintis berharap mereka dapat menggunakan tisu hidup yang menyimpan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bangkai tersebut untuk menghidupkan semula spesies singa Zaman Ais tersebut.
Bagaimanapun, hanya satu bangkai anak singa itu digunakan bagi tujuan penyelidikan, manakala bangkai kedua akan disimpan di Muzium Mamot, Yakutsk, Rusia.
“Penemuan ini tanpa disangkal lagi adalah sesuatu yang amat menakjubkan,” kata Pensyarah Akademik Sains Yakutsk, Dr. Albert Protopopov. – Agensi
Kosmo Online
Global
WASHINGTON – Sekumpulan saintis di sini terkejut selepas menemui seekor sotong kurita yang berbentuk seperti hantu Casper di dasar laut di perairan Hawaii baru-baru ini.
Sotong yang masih belum dikenal pasti spesiesnya itu ditemui oleh sebuah kapal selam kawalan jauh yang digunakan untuk tujuan penyelidikan semasa haiwan berkenaan berada pada kedalaman laut sekitar empat kilometer di barat laut gugusan Kepulauan Hawaii.
“Ketika kenderaan bawah air itu melintasi sebuah kawasan berbatu yang rata, kamera yang dipasang berjaya merakam seekor sotong kurita ganjil berwarna putih.
“Haiwan ganjil ini kelihatan tidak pernah ditemui sebelum ini. Jadi, kami perlu melakukan penyelidikan secara terperinci untuk mengenal pasti spesies sotong itu,” kata seorang saintis Pentadbiran Atmosfera dan Oseanik Kebangsaan (NOAA), Michael Vecchione dalam satu kenyataan.
Sotong itu hampir menyamai bentuk hantu dalam siri televisyen, Casper the Friendly Ghost dan haiwan berkenaan agak aneh kerana hanya mempunyai satu barisan penyedut pada sesungutnya.
“Lazimnya, seekor kurita mempunyai dua penyedut tetapi sotong ini mungkin kekurangan sel pigmen yang dikenali sebagai chromatophores menyebabkan kelihatan seperti tidak mempunyai banyak otot,” ujarnya. – AFP
Kosmo Online
Global
GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang warga Indonesia berusia 36 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih sejam selepas kemaluannya dipotong sehingga putus oleh seorang gadis warga Thailand di kawasan kebun sawit Kampung Gua Air, Pos Pulat di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki yang dikenali sebagai Aznil mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya sebelum menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
Jarak Pos Pulat dan bandar Gua Musang sejauh 60 kilometer.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku selepas mangsa selesai sembahyang Maghrib di sebuah surau di Kampung Gua Air yang terletak lapan kilometer dari rumah kongsinya.
Katanya, sebelum kejadian mangsa telah menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) daripada gadis berusia 19 tahun yang mahu berjumpa dengannya di kebun pisang di belakang surau berkenaan.
“Sewaktu berjumpa dengan gadis itu, suspek telah menarik mangsa ke dalam kebun pisang dan perlahan-lahan menanggalkan seluar jean yang dipakai mangsa.
“Bagaimanapun, tiba-tiba mangsa merasa kesakitan sebelum menjerit sekuat hati apabila kemaluannya dipotong dengan objek tajam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo Online
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments