Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Seronoknya melihat kemesraan dan keromantikan pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun sudah lama berkahwin, masih nampak seperti pengantin baru. Inilah yang kita mahukan. Sememangnya bercuti bersama keluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Percutian Datuk Siti ke Phuket ini turut ditemani oleh anak-anak tirinya.
Hiburan
Akibat bengang dan marah dengan perkhidmatan layanan yang diberikan, seorang lelaki China bertindak menterbalikkan 42 kon ais krim yang dibelinya di atas meja kaunter pembayaran di sebuah restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di China.
Kejadian berpunca daripada pekerja restoran berkenaan lambat menyediakan hidangan yang ditempah lelaki terbabit dan menyebabkan dia terpaksa menunggu selama lebih 1 jam tanpa sebarang notis pemberitahuan.
Isu Panas
Pelakon Uqasha Senrose menyatakan dia kini sedang membuat persiapan menjelang hari bahagianya bersama kekasih, Pekin Ibrahim.
Sebelum ini, hubungan mereka pernah dilanda badai apabila aktres itu dikatakan curang dengan seorang lagi pelakon berbadan sasa, Sharnaaz Ahmad.
Namun, tidak lama selepas itu hubungan mereka kembali pulih apabila Pekin menyifatkan perbalahan mereka adalah disebabkan sedikit salah faham yang terjadi.
Kakak kepada Nelydia Senrose ini juga mengatakan hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinannya apabila segala persiapan yang dirancangkan sudah selesai dilakukan.
“Kami bukanlah nak sorok-sorok. Cuma persiapan belum siap 100 peratus lagi. Sekarang ini masih dalam planning. Bila dah siap semuanya nanti baru kami akan umumkan tarikh,” katanya memetik portal Ohbulan.
Kalau begitu, tahniah diucapkan dan jadikan pengajaran segala kesilapan lalu dan kalau ada masalah jangan terus melatah bercerita kepada pihak media agar hubungan mereka terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Hiburan
SEORANG pengurus kewangan yang juga suami kepada bekas ratu cantik Singapura memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu kerana tindakannya menghina ‘orang miskin’ melalui akaun Facebooknya.
Anton Casey yang berasal dari London mencetuskan kemarahan orang ramai selepas memuatnaik gambar anaknya yang berada di dalam keretapi dengan ayat berbunyi:“Daddy, where is your car & who are all these poor people? (Ayah, di mana kereta awak & siapa orang-orang miskin ini?)”.
Satu lagi gambar anaknya berada di dalam sebuah kereta Porsche, juga disertakan dengan ayat berbaur penghinaan: “Ahhhh reunited with my baby. Normal service can resume, once I have washed the stench of public transport off me”.
Kenyataan berunsur sarkastik itu sekaligus membawa maksud yang dia mahu ‘membersihkan kekotoran’ akibat menaiki pengangkutan awam tersebut.
Antara komen yang diterimanya termasuklah ancaman bunuh selain memintanya supaya meninggalkan negara itu secepat mungkin.
Melalui surat permohonan maafnya, Anton menyifatkan Singapura sebagai tempat tinggalnya sendiri dan sangat menghormati penduduk negara itu.
“Saya hanya mahukan kemaafan daripada anda atas ketelanjuran kata saya dan berharap agar diberi peluang kedua untuk membina semula kepercayaan orang ramai,” ujarnya.
Ha, tahu pun takut! Itulah akibatnya kalau bercakap sesedap rasa.
Macam manalah hendak mendidik perbadi anak kalau si ayah memang jenis manusia yang suka merendah-rendahkan orang lain?
Isu Panas
SEORANG penumpang syarikat penerbangan Australia, Jetstar menuntut wangnya dikembalikan kerana pengalaman ‘ngeri’nya selama empat jam menaiki pesawat, baru-baru ini.
Rich Wisken melalui suratnya kepada Jetstar berkata, krew kapal tersebut tidak membantunya sepanjang penerbangan apabila dia terpaksa duduk bersebelahan dengan seorang lelaki gemuk.
Akibatnya, dia berasa tidak selesa sedangkan dia sudah membayar lebih wang untuk ruang tempat duduk yang lebih luas.
Menurutnya, dia telah bertanya kepada beberapa pramugari sama ada boleh menukar tempat duduk, namun pertanyaannya seolah-olah tidak dipedulikan apabila mereka terus berborak sesama sendiri.
“Saya kemudian bertanya lagi sekali adakah saya boleh duduk di salah satu daripada enam kerusi di bahagian belakang. Salah seorang daripada mereka berkata, tempat duduk itu hanya untuk krew sahaja sambil ketawa,” jelasnya.
Rich mendakwa, dia telah mengalami penderitaan dari segi mental dan kesakitan fizikal atas apa yang berlaku dan mahukan semua wangnya dikembalikan oleh syarikat itu.
“Belakang tubuh saya masih sakit dan saya terpaksa menaip surat ini dengan sebelah tangan sahaja. Saya mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada impian untuk menyertai Pertandingan Dunia ‘Air Guitar’ jika masih belum sembuh lagi. Jika ia berlaku, anda perlu membayarnya.
“Anda boleh email atau ‘Tweet’ kepada saya jika mahu berbincang mengenai pakej denda,” katanya melalui surat tersebut.
Kami pun tak tahu sama ada kisah ini menyedihkan atau lebih kepada melucukan…
Pelbagai
Kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun menyentuh hati ramai orang apabila terkorban dalam kebakaran selepas menyelamatkan enam nyawa, awal pagi Isnin lalu.
Pada hari tersebut, Tyler Doohan yang tinggal bersama datuknya di sebuah trailer di Penfiest, East Rochester, New York dikatakan terjaga apabila terhidu bau asap.
Dia kemudiannya bertindak pantas membunyikan penggera yang mengejutkan enam saudara maranya yang sedang tidur dalam trailer tersebut.
Mereka serta merta berlari keluar menyelamatkan diri namun Tyler kemudiannya berpatah balik untuk menyelamatkan datuknya yang masih berada di dalam.
Ibu saudara Tyler cuba menahannya namun terpaksa berpatah balik kerana asap tebal.
Ketua Bomba Penfield, Chris Ebmeyer menyatakan mayat Tyler ditemui di sebelah katil datuknya, Louis Beach selepas kebakaran berjaya dipadamkan. Turut maut dalam kebakaran tersebut adalah seorang lelaki lain dan seekor anjing.
Menurut Chris, Tyler merupakan hero apabila bertindak pantas membunyikan penggera hingga menyelamatkan enam nyawa, meskipun akhirnya dia sendiri tidak berjaya menyelamatkan diri.
Global
SEREMBAN – Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.
Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.
Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.
Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan penipuan itu.
Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – HARIAN METRO
[Wow] - Berita Tempatan
SIBU – Seorang lelaki berumur 27 tahun ditangkap polis selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di dalam sebuah kereta, baru-baru ini.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa berumur 15 tahun dikatakan ponteng kelas tuisyen untuk berjumpa dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya di sebuah pusat siber lewat tahun lepas.
Terdahulu, bapa mangsa menghantar anak gadisnya ke pusat tuisyen itu, namun sebaik sahaja bapanya beredar dari situ, mangsa dipercayai berjumpa dengan suspek yang sedang menantinya di bahagian belakang pusat tuisyen tersebut.
Difahamkan, mangsa bersembang dengan suspek yang kemudian mengajaknya masuk ke dalam kereta jenis Toyota Avanza.
Suspek kemudian membawa mangsa ke tempat lain yang tidak dapat dipastikan sebelum berjaya memujuk mangsa untuk melakukan seks di dalam kereta itu.
Selepas memuaskan nafsunya, suspek telah menghantar mangsa kembali ke pusat tuisyen, tetapi mangsa bertukar fikiran dan berjalan kaki pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ.
Difahamkan, mangsa yang serba-salah telah memberitahu teman lelakinya yang datang ke rumahnya pada malam tersebut.
Tindakan tersebut telah membuat teman lelakinya marah dan memaklumkan perkara itu kepada bapa mangsa.
Kesal dengan apa yang berlaku terhadap anaknya, bapa mangsa telah bertindak membuat laporan polis.
Polis yang dimaklumkan mengenai kes tersebut, bertindak mencari suspek dan berjaya menahan seorang lelaki yang tinggal di Jalan Lada, petang kelmarin.
Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Avanza.
Pihak polis forensik yang kebetulan berada di sini turut menjalankan pemeriksaan terhadap kereta Avanza tersebut di Balai Polis Sentral petang kelmarin.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut. - Borneo Post
Gara-Gara Ponteng Tuisyen, Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Dalam Keretahttp://mynewshub.my/2014/01/23/gadis-ponteng-tuisyen-dirogol-dalam-kereta/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix100003641.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/pix100003641-150x150.jpgAuthor MNHJenayahUtamagadis,rogol,sarawak[Wow] - Berita Tempatan
Jika sebelum ini seekor ikan oar sepanjang lebih 100 kaki dijumpai terdampar di pantai California, kini seekor sotong gergasi pula ditemui di pantai sama.
Berdasarkan saiz luar biasa, pakar berpendapat kedua-dua haiwan ini datang dari perairan Futaba, Jepun yang menempatkan pelantar nuklear Fukushima Dai-ichi.
Mengikut teori mereka, salah satu kesan daripada kemusnahan yang pernah berlaku di pelantar nuklear ini pada 2011 telah memberikan kesan pada saiz sesetengah hidupan laut.
Malangnya, ada antara hidupan gergasi ini hanyut mengikut arus lautan hingga memasuki perairan Amerika Syarikat sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat setempat.
Pengurus Santa Monica Parks, Cynthia Beard, bagaimanapun meminta semua orang bertenang kerana hidupan laut gergasi tersebut sudah mati dan jika masih hidup sekalipun, ia berada di lautan dalam dan jarang menghampiri manusia.
Misteri Sejarah
KOTA KINABALU – Seramai 10 orang daripada tiga keluarga di Beaufort dipindahkan petang semalam selepas rumah mereka dinaiki air akibat limpahan air dari Sungai Padas.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Beaufort ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa dari Kampung Balibata itu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Pak Musa, kira-kira 4.30 petang semalam.
“Paras air Sungai Padas ketika ini ialah 8.92 meter iaitu melebihi paras bahaya. Kami masih memantau keadaan di sini,” kata jurucakap berkenaan.
Katanya, kemungkinan ada lagi mangsa banjir yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir berkenaan hari ini. – BERNAMA
10 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Beauforthttp://mynewshub.my/2014/01/23/10-mangsa-banjir-dipindahkan-di-beaufort/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/Banjir21.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Banjir21-150x150.jpgMyNewsHubTerkiniBanjir,Sabah[Wow] - Berita Tempatan
Apabila seorang kontraktor dari Kedah datang atas kehendaknya sendiri ke Balai Polis Kubang Pasu untuk membantu siasatan satu kes rogol Disember tahun lepas, dia sedikit pun tidak menjangka akan melalui satu tragedi buruk yang akan menghantuinya seumur hidup.
Zul Hilmi Abdul Rahman, 32, ditahan reman pada hari berikutnya, 12 Disember, dan ditempatkan di dalam lokap, di mana dia mendakwa dipukul dengan kejam oleh tiga anggota polis – dua lelaki dan seorang wanita – selama dua jam dan membiarkannya dalam kesakitan, tanpa rawatan perubatan.
Zul Hilmi hadir di balai polis tersebut pada 11 Disember, selepas diberitahu bahawa polis mahu menemuinya bagi membantu siasatan satu kes rogol tetapi dia sebaliknya ditahan dan disenaraikan suspek.
Dia kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang tidak dikenali, telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa sebuah kereta dengan nombor plat keretanya terlibat dalam jenayah itu.
Zul Hilmi berkata dia mahu keadilan kerana mendakwa telah dipukul oleh polis yang didakwanya mahu memaksanya mengaku melakukan jenayah yang tidak dilakukannya.
Dia mendakwa dipukul di bawah kaki dengan batang paip PVC yang tebal dan sebanyak dua kali – 18 dan 16 kali – selama dua jam, pada hari pertama dia ditahan di lokap.
Menurutnya, tangannya diikat dan mereka menumbuk dan menendangnya, menyebabkan kecederaan kepada kaki, bahu kiri, skrotum (bahagian sulit) dan usus besar.
“Saya tidak dapat bernafas,” katanya Zul Hilmi yang terbaring di katil dalam kesakitan, dengan isterinya, Nur Othman di sebelahnya semasa ditemui di rumahnya di Alor Setar malam tadi.
Zul Hilmi berkata akibat kejadian itu pada 12 Disember tahun lepas, dia dan tidak lagi dapat bekerja untuk menyara keluarganya, termasuk ibu bapanya.
Sebelum ini dia memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan sebagai kontraktor tetapi kini perlu bergantung sepenuhnya pada isterinya, yang bekerja dalam perkhidmatan awam.
Berkahwin dua tahun lalu, pasangan itu belum dikurniakan anak dan diberitahu oleh doktor mereka mungkin menghadapi kesukaran mempunyai anak.
Nur Adzleen, 29, telah membuat dua laporan polis mengenai kejadian itu – pada 12 dan 27 Disember – di Balai Polis Jitra, tetapi menurutnya, belum ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
Pada 12 Disember, apabila dibenarkan untuk melihat suaminya, dia terkejut mendapati Zul Hilmi sangat lemah, sesak nafas, dengan kakinyabengkak dan lebam di bahunya.
Zul Hilmi hanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Bahiyah pada 23 Disember, selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau menjalani dua pembedahan kerana jangkitan pada buah zakar dan duburnya. Usus besarnya juga turut cedera dan dia memakai beg kolostomi.
Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (kanan dalam foto),
yang juga seorang peguam, berkata Zul Hilmi merancang untuk menyaman pihak polis kerana kecederaan yang dialaminya dan kehilangan pendapatan, kerana dia mungkin tidak berupaya seumur hidup.
Ketika ditemui di rumah mangsa, Gooi mendakwa ia merupakan kes paling buruk pernah dilihatnya dan menurutnya, sehingga hari ini, pihak polis tidak datang untuk mengambil kenyataan Zul Hilmi atau isterinya.
Beliau menggesa polis melancarkan siasatan bebas terhadap kes itu serta-merta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Penolong Pesuruhjaya Mohd Nashir Ya dilaporkan berkata Zul Hilmi pada mulanya ditahan reman bagi membantu siasatan satu kes rogol dan peras ugut kes yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun .
Mohd Nashir berkata Zul Hilmi telah dihantar ke Hospital Jitra sebanyak tiga kali – pada 12, 18 dan 22 Disember – untuk pemeriksaan dan akhirnya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan dan pembedahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 Disember.
Mohd Nashir dipetik dalam laporan Sinar Harian pada 31 Disember bahawa kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan keganasan polis semasa dalam tahanan, dan ia dalam siasatan. – Malaysiakini.com
Isu Semasa
DUNIA maya hari ini kecoh apabila digemparkan dengan desas-desus mengenai rumah tangga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar yang didakwa menuntut cerai daripada suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.
Nurul Izzah merupakan anak kepada Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau dikatakan membuat permohonan untuk bercerai secara fasakh menerusi satu tuntutan di sebuah mahkamah syariah hujung tahun lepas.
Menurut laporan beberapa portal dan blog, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai telah menerima tuntutan berkenaan pada Khamis lepas dan memohon penangguhan selama dua minggu bagi membolehkan beliau menyediakan kesnya.
Usaha pihak media untuk menghubungi pasangan itu gagal.
Nurul Izzah, 33 tahun dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 tahun dinikahkan pada 9 Mei 2003.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di kediaman Anwar, di Bukit Bandaraya, dekat sini.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan seorang anak lelaki yang berusia empat tahun.
Tahun lalu, negara kecoh apabila video klip menyerupai Nurul Izzah sedang melakukan oral seks dengan pensyarahnya tersebar.
Ibunya, Wan Azizah mengeluarkan kenyataan di blognya menyelar pensyarah berkenana kerana mengambil kesempatan terhadap anak perempuannya.
Namun, peliknya kenyataan di blog peribadi Wan Azizah itu dinafikan kemudiannya oleh pihak Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa blog berkenaan telah digodam.
Isu klip berkenaan dikatakan antara penyumbang kepada hubungan yang dingin antara Nurul Izzah dan suaminya.
CP: Mynewshub
Isu Semasa
Nicole Kidman masih menjadi bintang iklan label sepatu Jimmy Choo. Kali
ini untuk mempromosikan koleksi musim panas 2014, Nicole berpose seksi
hanya mengenakan underwear dan blazer tanpa bra.
Bintang filem yang memenangi Oscar itu tampak diambil gambar dengan
berbaring. Dia mengenakan blazer yang dibiarkan terbuka sehingga dadanya
yang tidak dilindungi bra kelihatan. Bahagian bawah tubuhnya hanya
ditutupi underwear berwarna nude. Dalam posenya, Nicole dilihat memegang
beg dari kulit ular phyton di tangan kanannya. Kedua kakinya yang
jenjang kelihatan dihiasi koleksi kasut terbaru Jimmy Choo, high heels
berwarna oren.
Masih sambil berbaring, pose topless lain juga dilakukan Nicole untuk iklan spring / summer 2014 daripada Jimmy Choo. Pada gambar itu, isteri pemuzik Keith Urban
tersebut sama sekali tidak mengenakan busana apa-apa untuk menutupi
tubuhnya. Dadanya yang terbuka dia tutupi dengan koleksi beg berwarna
neon karya pereka keturunan Malaysia-China tersebut.
Pada foto ini Nicole mengenakan dress mini
hitam yang mempunyai belahan dada rendah. Dia kembali berpose sambil
memegang beg yang diperbuat daripada kulit ular python. Sementara
kakinya tampak dihiasi high heels berbahan suede dengan detail gangsa di
bahagian pergelangan kaki.
Sumber: wolipop.detik.com
[Wow] - Selebriti
Arab Saudi: Seorang lelaki tempatan mendakwa 21 kebakaran di rumahnya disebabkan gangguan jin.
Dia turut mendakwa mendengar suara aneh ketika kejadian.
Ibrahim Al Asiri berkata, 10 dari kejadian berkenaan membabitkan kebakaran besar dan dipadamkan oleh pihak pertahanan awam manakala dia berjaya mengawal kebakaran yang selebihnya.
“Masalahnya, apabila saya memadamkan kebakaran berkenaan, api semakin marak dan saya turut mendengar suara aneh di sebalik pintu rumah saya,” kata Ibrahim.
Mengikut perkiraanya, dia mengalami 21 kebakaran di rumahnya di Asir, wilayah selatan Saudi sejak tiga tahun lalu. - Agensi
Sumber: Harian Metro

Hasil undian anda semua, senarai lima teratas untuk semua kategori utama dan online Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013) telah diumumkan semalam dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Senarai pencalonan menyaksikan Zizan Razak muncul sebagai selebriti dengan pencalonan terbanyak dengan lima kategori, berbanding lapan kategori yang menyenaraikan beliau sebagai calon pada edisi 2012 yang lalu.
Zizan Razak tersenarai bagi lima kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Manakala menerusi kategori dalam talian, Zizan Razak pula dicalonkan bagi kategori Gandingan Di Layar Serasi (bersama Siti Saleha) dan Artis Berpengaruh Di Laman Media.
Edisi ABPBH tahun ini turut memperlihatkan nama-nama baru yang berjaya menjadi lima calon terbaik seperti Nomad (Artis Baru Lelaki Popular), Chacha Maembong (Artis Baru Wanita Popular), Raja Ilya (Pelakon TV Wanita Popular), Pekin Ibrahim (Pelakon Filem Lelaki Popular), Jihan Musa (Artis Komedi Wanita Popular) dan Nik Michael Imran (Pengacara TV Lelaki Popular).
Majlis anugerah berprestij yang akan mengambil tema Magis Alam ini akan berlangsung pada 6 April 2014 nanti di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan Hot FM.
Lihat senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular BH 2013 di laman rasmi mereka dan anda boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 23 Januari hingga 11 Mac untuk menentukan para pemenang & juga Bintang Paling Popular 2013.
CP: Rotikaya
[Wow] - Hiburan
UMUM tahu, hubungan cinta pasangan selebriti, Justin Bieber dan Selena Gomez sudah lama terkandas di tengah jalan.
Walaupun sebelum ini, Gomez telah memberi peluang kedua buat Bieber untuk memperbaiki kesilapan lalu, namun peluang itu tidak digunakan sebaiknya.
Malah, Bieber bukan sahaja curang terhadap Gomez, malah bintang, Never Say Never ini turut terlibat dalam ketagihan dadah dan alkohol yang teruk serta masalah disiplin.
Tidak mampu untuk bertahan lagi, Gomez mengambil keputusan untuk meninggalkan Bieber dan membiarkan bintang itu terus hanyut dalam dunia liarnya.
Pun begitu, cinta Bieber untuk Gomez cukup kuat, malah dia dilihat seperti 'gila talak', namun Gomez pula dilihat semakin muak dan tetap menjauhinya.
Baru-baru ini, pasangan itu dikhabarkan telah bertengkar hebat di telefon menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Meneliti teks pergaduhan mereka, Bieber mengakui masih mendambakan bintang kecil molek itu dan akhirnya berang apabila rayuannya ditolak lagi.
"Come on baby, i love you," tulis Bieber sebagai rayuan permulaan.
Malah, Bieber juga turut menghantar gambar bogelnya kepada Gomez sebagai usaha mendapatkan kembali hati wanita itu.
Namun, Gomez tetap tidak berganjak dengan keputusannya serta menyuruh Bieber mendapatkan rawatan di pusat pemulihan.
Saranan Gomez menjadikan Bieber semakin berang dan bertindak memaki hamun serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada bekas kekasihnya itu.
Tiada peluang ketiga
Rayuan cinta Bieber untuk Gomez bukanlah sekali dua, malah Bieber dilihat tidak putus asa untuk memujuk hati Gomez agar kembali ke pangkuannya.
Menurut Gomez, sebelum ini, dia pernah memberi peluang kedua buat Bieber pada satu masa dahulu, namun ianya tidak dihargai Bieber.
"Dia pernah mencurangi saya satu masa dahulu dan saya juga pernah memberinya peluang kedua untuk dia berubah.
"Namun, kejujuran saya sekali lagi diragut dan untuk kali ketiga, sudah tiada lagi. Saya juga sama seperti wanita lain.
"Saya sudah tidak mempercayainya walau apa pun yang terjadi. Malah, nasihat rakan saya mengenainya memang betul. Perangainya sukar diramal dan saya tidak mahu mengambil risiko lagi," katanya.
Cinta sampai bila-bila
Walaupun sukar untuk menduga apa yang ada dalam hati penyanyi lagu, Love You ini, namun dia mengakui rasa cinta terhadap Gomez sangat tebal.
Malah, akui Bieber, hampir kesemua lagu yang dihasilkan adalah berkait rapat dengan kisahnya bersama Gomez.
"Saya sangat menyayanginya dan sukar untuk meneruskan kehidupan tanpa dia (Gomez) di sisi.
"Saat yang paling indah dalam hidup saya adalah ketika bersama dengannya dan dia sangat penting dalam hidup saya.
"Perpisahan itu begitu berat untuk dilalui, malah saya akui dia adalah wanita hebat. Saya akan mencintainya sampai bila-bila," katanya ketika di wawancara oleh radio antarabangsa.
Jelas Bieber, walaupun namanya sering dikaitkan dengan wanita lain, namun rasa cintanya tidak sama ketika bersama Gomez.
"Usah dibandingkan dirinya dengan sesiapa kerana tiada siapa dapat menggantikan dirinya untuk saya.
"Saya separuh gila untuk mendapatkannya kembali!," katanya.
Selebriti full package?
Di mana sahaja dia berada, pasti akan ada kontroversi yang dicipta sendiri, sekali gus menambah bilangan kontroversi yang sedia ada.
Baru-baru ini, Bieber dikhabarkan sedang berlibur di Aspen dan dia turut memuat naik gambar tanda tangannya pada salji menggunakan air kencing sendiri.
Walaupun kes menyerang jiran dengan membaling telur masih belum selesai, Bieber dilihat mengalami masalah yang semakin serius dalam kehidupannya.
Mungkin kerana kesan ubat-ubatan yang diambil dalam dos yang berlebihan menyebabkan bintang ini semakin tidak dapat dikawal.
Pun begitu, segala tindakan yang dibuat tidak pernah diakhiri dengan penjelasan kerana belum sempat memberi penjelasan, dia terus menerus mencipta masalah lain.
Malah, Bieber dianggap selebriti full package yang menjalani kehidupan secara negatif dan tidak mustahil jika bintang itu akan malap beberapa tahun lagi.

KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa
hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan
dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala
Selangor, semalam.
Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Johor itu faham dengan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Taman Paduka, di sini pada jam 5.55 pagi pada 19 Ogos 2013 lalu.
Mereka dipercayai sudah bertunang ketika itu didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan supaya hukuman diringankan dengan alasan mereka sudah bernikah dengan sah pada Disember 2013 lalu manakala Zainurul kini mengandung.
Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu mahkamah, tertuduh faham dengan pertuduhan dan masing-masing menjawat jawatan berlatarbelakangkan penguatkuasaan.
“Mereka ini lebih arif dengan undang-undang dan meskipun penjawat awam namun moral mereka dipertikaikan. Sewajarnya hukuman setimpal diambil bagi memberi pengajaran orang ramai di luar sana,” katanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau 60 hari penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

SEREMBAN – Seorang penyamun patah kedua-dua belah kakinya, akibat
dirempuh sebuah van dalam usaha melarikan diri selepas melakukan
rompakan, di sebuah kedai serbaneka di Jalan Tun Dr Ismail, di sini,
semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dua perompak masuk ke kedai tersebut lalu mengacukan parang kepada dua pekerja kedai berkenaan, sebelum meminta sejumlah wang.
Menurut juruwang kedai tersebut dikenali sebagai Nadia, dia dan rakan sekerjanya yang bertugas pada waktu pagi itu, terkejut dengan kehadiran perompak berkenaan, yang kelihatan sangat bengis dan menakutkan.
“Tanpa berfikir panjang, saya menyerahkan sejumlah wang yang ada tanpa mengetahui jumlah sebenar.
“Sejurus wang tersebut diperolehi, lelaki berkenaan meluru keluar dan menaiki motosikal yang sedia menunggunya di luar kedai,” katanya.
Selepas kejadian tersebut, datang empat anggota polis peronda yang ketika itu membuat rondaan di jalan berkenaan.
Akibat terlalu cemas dengan kegiatan jenayah yang dilakukan, kedua-dua suspek kemudiannya mengikut laluan bertentangan, untuk melarikan diri.
“Dalam keadaan kelam-kabut, motosikal suspek dirempuh sebuah van yang datang dari arah Mantin.
“Seorang daripada suspek mengalami kecederaan di kaki dan tangan, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap polis, suspek yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindak susulan, dan keterangan daripadanya juga diambil untuk direkodkan.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Sekysen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.
Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat, boleh tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Nama pelakon Yana Samsudin memang tak sah kalau tak dikaitkan dengan pelakon baru yang juga adik kepada aktor Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.
Baru-baru ini, Yana mengakui dirinya sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, Yana menyatakan meskipun perancangan untuk berkahwin sudah ada, namun dia tetap menyerahkan segala-galanya kepada jodoh yang telah ditetapkan Yang Maha Esa.
Memetik portal Murai, “kalau nak ikutkan, memang saya pernah terfikir untuk berkahwin pada tahun ini, memandang usia saya pun sudah semakin lanjut”.
“Mengenai hubungan dengan Fadzil, sebenarnya apa yang boleh saya katakan kami hanya berkawan dan hubungan kami sudah terjalin sejak empat tahun lalu. Malah keluarga kedua belah pihak pun sudah saling mengenali,” katanya.
Yana juga seolah-olah memberi hint bahawa dia kini hanya menunggu lamaran daripada jejaka itu apabila berkata, “saya hanya seorang wanita dan apa-apa pun perlu tunggu pihak lelaki yang datang melamar. Kalau benar dia sukakan saya sudah tentu dia sendiri yang akan datang meminang saya”.
Rasanya kalau dah suka sama suka, apa yang nak ditunggu lagi kan?
Kalau jodoh kuat di antara mereka, pastinya nanti anak mereka pun secomel anak Farid dan Diana Danielle!
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments