Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Gara-gara baju yang terlalu seksi, dada Alicia Key hampir terlihat kepada umum. Lebih parah ketika itu beliau tampil dalam sebuah rancangan bual bicara di television. Apa cer ni?

Daily Mail melaporkan, ketika Alicia Keys muncul dalam racangan Late Night With Jimmy Falon pada Rabu lalu, penampilan wanita berusia 31 tahun itu memang seksi dengan bajunya yang mempunyai belahan luas di bahagian dada.


Dek kerana keseksian baju tersebut, penyanyi tersebut nyaris mengalama wardrobe malfunction. Ketika sedang berbual dengan Jimmya Falon, Alicia tida menyedari payudaranya hampir terkeluar dari baju yang dipakai.


Mujurlah ianya tidak berlaku sedemikian. Racangan tersebut juga berlangsung lancar walaupun penampilan seksi Alicia menyebabkan ramai penonton menarik nafas panjang!


Pada malam itu, Alicia muncul dengan mengenakan baju berwarna ungu bersama skirt paras lutut berwarna merah. Alicia turut menghiburkan penonton dengan suara emasnya pada malam tersebut.



 

Kerana popularnya restoran Nasi Ganja di Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; berita penutupan restoran tersebut yang menggunakan nama Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah sejak semalam sekejap saja sudah diketahui umum.

Restoran tersebut diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 28 November kerana didapati kotor setelah Pejabat Kesihatan Daerah Kinta datang menjalankan pemeriksaan kesihatan di premis tersebut.

Penutupan ini sudah tentu memeningkan kepala taukeh Nasi Ganja.

Tapi belum habis pening, timbul satu lagi isu yang membuatkan taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom naik berang apabila seseorang mengepos di Facebook mendakwa punca penutupan disebabkan pemeriksa kesihatan menemui najis dalam peti sejuk restoran.

Dakwa pihak yang memuatnaik status, najis itu dipercayai digunakan untuk disalut pada periuk bagi dijadikan pelaris atau penunduk hingga membuatkan ramai pelanggan mengunjungi Nasi Ganja setiap hari.

Hal ini menurut taukeh Nasi Ganja, telah memberikan reputasi buruk sekaligus memberi kesan pada perniagaannya.

Tak dapat dinafikan, isu najis memang boleh memberikan impak besar pada perniagaan makanan sebab ia terlalu menjijikkan.

Bagaimanapun dari satu segi lain, taukeh Nasi Ganja Jalan Yang Kalsom harus menerima hakikat bahawa premisnya mempunyai masalah kebersihan yang perlu diselesaikan segera sebelum ia memberi kesan pada pelanggannya yang ramai. 

Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Notis Perintah Tutup

Fullscreen capture 11152013 20741 PM
Kerana Najis Pemilik Restoran Nasi Ganja Buat Laporan Polis-2

Kerana Najis Pemilik Restoran Nasi Ganja Buat Laporan Polis-3

SEMPORNA - Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi Jumaat.

Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.

Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.
Pasangan suami-isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut. – mStar Online

Brazil – Iklan bayi untuk dijual hanya pada harga RM1,373 nyata mengejutkan orang ramai di Brazil.
Mereka tidak menyangka ada individu kejam yang sanggup menjual anak sendiri hanya disebabkan bayi itu dikatakan sering menangis pada waktu malam.
Iklan jual bayi itu dimuat naik dalam laman web OXL dan turut disertakan dalam iklan itu gambar bayi yang baru berusia beberapa bulan.
Bersama gambar itu turut ditulis kapsyen `kuat menangis, menyebabkan saya tidak dapat tidur, sedangkan saya perlu bekerja untuk menyara hidup’.
Bayi itu diiklankan di dalam ruang bayi serta kanak-kanak dan nombor untuk dihubungi turut disertakan dalam iklan itu.
Bagaimanapun OXL telah memadamkan iklan berkenaan selepas 12 jam ia berada dalam laman web berkenaan kerana menyalahi peraturan dengan muatnaik kandungan yang tidak sewajarnya.
Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan individu terbabit yang memuat naik iklan berkenaan dan berdasarkan rekod OXL, tidak berlaku sebarang aktiviti jual beli bayi berkenaan.
“Kami sedang mengesan individu itu dan percaya dia menetap di Campos Eliseos. Alamat yang diberikan adalah palsu manakala nombor telefon pula tidak ada kaitan dengan kes ini,’’ kata polis.
Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa OXL turut bersalah kerana membenarkan iklan dimuatnaik.
Meskipun OXL telah memadamkan entri berkenaan namun tidak ada jaminan bahawa gambar itu tidak akan dimuat naik dalam laman web yang lain.
OLX merupakan laman web jual beli yang terbesar di dunia dan urus niaganya berlaku di 107 negara.
Setiap bulan, lebih 100 juta pengguna menggunakan perkhidmat iklan percuma itu untuk tujuan beli dan jual barang.
OLX, mula beroperasi pada 2006 di Brazil, namun ia menegaskan tidak terlibat dengan sebarang transaksi melibatkan pengiklan dan pengguna yang menggunakan platform berkenaan.

China – Ngeri dan menakutkan. Seorang wanita yang sedang mencuci tingkap di sebuah bangunan, telah terjatuh ke atas pagar besi.
Keadaan itu menyebabkan badannya tersangkut pada batang besi yang tajam itu.
Besi tersebut tercucuk di bahagian badan serta kepalanya, namun nasib baik kerana wanita itu masih hidup dan berada dalam keadaan sedar.
Bomba terpaksa dipanggil dan mereka menggunakan gergaji untuk memotong batang besi itu.
Namun besi yang tercucuk dalam kepalanya itu tidak dikeluarkan dan dia dihantar ke hospital untuk rawatan.
Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun aksi mendebarkan itu telah dirakamkan.
 

Kami kurang pasti apa yang menariknya mengenai selebriti antarabangsa Ke$ha ini.
Yup, kami meminati beberapa genre lagunya, tapi dari segi fizikal, Ke$ha masih belum mampu menandingi tubuh Megan Fox yang baru saja melahirkan anaknya..heh!
Gambar pertama yang dipaparkan dibawah adalah salah satu contoh yang terbaik, tapi kamu masih mahu berlaku adil kepada semua wanita.
Kami pasti jika kami terpaksa mengangkat kaki setinggi Ke$ha lakukan, pastinya riak ekspresi wajah kami juga menjadi sangat pelik.



TOKYO - Seorang lelaki Jepun, Kenichi Ito mencipta rekod dunia apabila dia berlari sejauh 100 meter dengan menggunakan kaki dan tangannya dalam tempoh 16.87 saat di sini semalam.
Ito, 31, yang dikenali sebagai lelaki terpantas berlari dengan menggunakan kaki dan tangannya itu memecahkan rekod lama yang dipegangnya sebelum ini iaitu 17.23 saat.
Dia mula berlari menggunakan kaki dan tangannya itu sejak 10 tahun lalu.
Larian seperti itu menyebabkan dia kelihatan bergerak seperti monyet Patas dari Afrika Selatan.
Pihak Guinness World Records mengiktiraf rekod baharu itu.
Ketika mencipta rekod itu, dia berlari bersama beberapa peserta lain dalam pertandingan yang dianjurkannya sendiri di sebuah stadium. - Agensi

SINGAPURA - Pemerintah pulau ini buat kali pertama membatalkan hukuman mati terhadap seorang pengedar dadah dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup serta 15 sebatan.
Beberapa kumpulan hak asasi termasuk Amnesty International menyatakan, pemerintah di sini menggantung beratus-ratus banduan termasuk puluhan warga asing kerana jenayah dadah sejak dua dekad lalu.
Rakyat Malaysia, Yong Vui Kong yang dijatuhi hukuman gantung pada 2009, terselamat semalam selepas seorang hakim memutuskan, dia hanya seorang penghantar dadah dan tidak terlibat dalam pengagihan atau bekalan narkotik.
Undang-undang antidadah pulau ini adalah antara yang paling keras di dunia dengan amaran pengedar dadah akan dihukum mati tertera pada borang kastam sebagai amaran buat pelancong.
Pembatalan hukuman mati terhadap Vui Kong dibuat selepas pemerintah mengumumkan beberapa perubahan pada undang-undang dadah di sini pada akhir tahun lalu.
Rombakan tersebut membenarkan hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan terhadap penghantar dadah yang membantu pihak berkuasa menangani jenayah pengedaran barang terlarang itu.
Pada September lalu, Peguam Negara Singapura mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pendakwa raya akan memberi keterangan bahawa Vui Kong telah membantu agensi antidadah pulau ini membanteras aktiviti pengedaran dadah di dalam dan luar negarai.
Dia ditangkap di sini pada tahun 2007 di sini ketika berusia 29 tahun dan didakwa kerana mengedar sebanyak 47.27 gram heroin.
Pulau ini turut merombak hukuman mati mandatori untuk kes bunuh dengan hakim dibenarkan menukarnya dengan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan untuk kes-kes tertentu.
Setakat ini, hukuman mati terhadap lima pembunuh telah ditukar sejak rombakan undang-undang tersebut dibuat.
Namun, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean memberitahu Parlimen pada tahun lalu bahawa hukuman mati tidak akan dimansuhkan.
"Hukuman mati akan diteruskan, terutamanya terhadap mereka yang mengilang atau mengedar dadah termasuk ketua sindiket dadah, pengeluar dan pengedar serta mereka yang membiayai, mengurus atau bersubahat dalam jenayah ini," katanya. - Reuters


GAZA - Sejumlah kanak-kanak dan penduduk Palestin terpaksa berjalan di sebuah kawasan yang dilanda banjir air kumbahan di tengah bandar ini semalam.
Banjir itu berlaku selepas salah sebuah pusat rawatan air kumbahan milik Palestin terpaksa ditutup ekoran kekurangan minyak bagi digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
Menurut beberapa pegawai, air kumbahan itu mungkin memasuki rumah-rumah milik ratusan ribu penduduk Palestin di bandar Gaza.
Kekurangan minyak itu berlaku disebabkan kerajaan Mesir bertindak memerangi terowong-terowong penyeludupan penduduk di sempadan Gaza.
"Ia merupakan permulaan bencana melainkan dunia mendengar rintihan kami. Bencana besar mungkin melanda Gaza dan penduduknya," kata seorang pegawai perbandaran Gaza, Sa'ad El-Deen Al-Tbash.
Sejumlah orang menutup hidung semasa berjalan kerana air tersebut berbau busuk.
Pemerintah Mesir menutup kira-kira 1,200 terowong yang dikendalikan pergerakan Hamas bagi menghalang penyeludupan masuk minyak.
Sekatan itu menyebabkan penduduk Palestin terpaksa membeli minyak petrol dari Israel pada harga dua kali lebih tinggi.
Pemerintah tentera Mesir berasa bimbang jika terowong itu digunakan untuk membawa masuk senjata api ke Semenanjung Sinai.
Dalam pada itu, beberapa jet pejuang tentera Israel melancarkan dua serangan di Genting Gaza selepas para pejuang Palestin melepaskan tembakan mortar dan roket ke wilayah penduduk Yahudi tersebut.
Pihak tentera Israel mengesahkan jet-jet itu melancarkan sera- ngan ke lokasi yang menyembunyikan pelancar roket milik para pejuang Palestin. - Agensi 

Serdang: Walaupun sudah dua kali diserbu, namun sebuah premis salun rambut di Puchong yang menyediakan wanita asing untuk khidmat seks, dipercayai masih mengulangi kesalahan sama apabila serbuan serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis menahan 10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks.
Premis yang beroperasi di tingkat satu bangunan perniagaan Bandar Puchong Jaya itu dipercayai bukan saja berselindung di sebalik salun rambut, malah ia juga tidak berlesen. 
Jika dilihat dari luar, tiada siapa tahu salun itu turut menawarkan khidmat seks namun sebaik melangkah masuk, premis berkenaan turut mempunyai beberapa bilik dilengkapi tilam. 

Perbuatan tidak bermoral pemilik salun rambut itu berjaya dikesan Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbunya, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, sembilan daripada wanita asing yang ditahan itu warga Vietnam dan seorang warga China berusia antara 18 hingga 25 tahun.
“Ketika diserbu, seorang wanita didapati sedang melayan pelanggan dalam sebuah bilik. Ada sembilan pelanggan dalam premis itu ketika serbuan dilakukan,” katanya yang ditemui selepas serbuan. 

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua wanita warga asing terbabit menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Shanghai: Seorang lelaki yang memberikan bakal pengantin perempuannya wang tunai 8.88 juta yuan (RM4.6 juta) semalam mencetuskan kemarahan kerana mempamerkan kekayaannya di negara membangun itu.
Sebanyak 18 pelayan menghantar beberapa bakul dan kotak berisi wang itu, yang semuanya seberat lebih 102 kilogram, lapor akhbar Shanghai Daily. 
Foto turut menunjukkan beberapa bakul buluh diisi dengani not kertas 100 yuan (RM52.60) berwarna merah dengan gambar Mao Zedong, bapa pengasas komunis di China.

Anggota rombongan pengantin lelaki muncul di kediaman pengantin perempuan dengan deretan kenderaan mewah yang diketuai kereta sport Maserati.
Lonjakan ekonomi sepanjang satu dekad menyuntik kekayaan di China, tetapi kebanyakan penduduk luar bandar dan penduduk bandar yang miskin masih ketinggalan. - Agensi

Tokyo: Sebuah kompleks kondominium di Jepun memutuskan untuk tidak menggunakan mesin potong rumput yang bising sebaliknya memilih kambing.
Kompleks kondominium di pinggir Tokyo terbabit menyewa empat ekor haiwan terbabit bagi membantu mencantikkan hartanah yang di kelilingi tembok itu, selain menghapuskan rumpai di kawasan berkenaan. 


Jurucakap pemaju hartanah milik kerajaan berkenaan mendakwa kambing yang disewa terbabit lebih murah dan tidak memerlukan banyak arahan, manakala najisnya kurang memberi risiko terhadap kesihatan penduduk. 


“Ia lebih jimat kos dan mesra alam berbanding membayar perkhidmatan pemotong rumput,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.
Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
hMetro
Lelaki rampas pistol, larikan kenderaan polis

MARAN - Seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur tengah malam tadi dipercayai mengalami masalah mental.
   
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek yang berumur 22 tahun turut bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya itu.
   
Suspek sebelum itu dikatakan sedang berzikir sendirian di atas motosikalnya yang diletakkan di tengah laluan susur keluar tol itu dan bertindak menyerang anggota terbabit ketika anggota tersebut cuba memujuknya untuk mengalihkan motosikalnya.
   
Ketua Polis Daerah Maran Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek menyerang menggunakan kunci tambahan motosikal berbentuk U yang berada di dalam raga motosikalnya.
   
Menurutnya, tindakan itu menyebabkan seorang anggota terjatuh sebelum suspek meluru merampas pistol di pinggang anggota itu lalu mengacu pistol tersebut kepada semua lima anggota polis di tempat kejadian.
  
"Suspek kemudian melarikan kenderaan polis yang tidak dimatikan enjinnya ke arah Pekan Awah. Suspek membawa kenderaan tersebut berlegar-legar di sepanjang jalan utama Pekan Awah-Chenor dan ketika itu suspek melepaskan empat das tembakan secara rawak ke arah luar kereta, namun tidak mengenai sesiapa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
"Pihak polis menggunakan kenderaan polis lain mengekori kereta polis yang dilarikan suspek dan usaha memujuk juga dilakukan dengan bantuan keluarga suspek tapi gagal," katanya.
   
Sulaiman berkata, selepas hampir lima jam memandu kenderaan polis itu, suspek mula memandu secara berbahaya.
   
Kenderaan dipandu suspek kemudiannya terbabas dan merempuh perhentian bas di lokasi berdekatan persimpangan masuk ke Kampung Bukit Lada, Chenor.
   
"Pihak polis terpaksa memecahkan cermin belakang kenderaan itu bagi mengeluarkan suspek yang cedera di kepala dan tidak sedarkan diri.
  
"Suspek kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut menggunakan kenderaan polis," katanya.
   
Sulaiman berkata suspek yang berasal dari Kampung Jengka Batu 13, Chenor disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 7.58 pagi.
   
Pihak polis turut menemui semula pistol jenis Walther P99 bersama 11 butir peluru di dalam kenderaan yang dilarikan itu. - Bernama

KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin berasa semakin berdebar dan gemuruh menjelang hari bahagianya untuk bergelar suami kepada aktres Rozita Che Wan, 40, (Cik Ta) yang akan berlangsung pada Disember depan.
Bagaimanapun Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan yang lebih mencabar.
"Sudah tentu macam-macam perasaan ada sekarang ini, rasa bahagia, gembira dan cemas semua bercampur-baur.
"Namun Insya-Allah saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab dalam keluarga," ujarnya ketika ditemui mStar Online.
Sementara itu, katanya, persiapan perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan termasuklah barang-barang hantaran serta kos kira-kira RM200,000 untuk persiapan majlis tersebut.
"Alhamdulillah semua sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja.
"Saya dan Rozita mengeluarkan RM100,000 setiap seorang untuk perbelanjaan majlis itu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Zain berkata, pihaknya tidak menjemput jurugambar media pada majlis itu kerana mempunyai jurugambar rasmi melancarkan perjalanan majlis berkenaan.
"Sebenarnya kami hanya menjemput wartawan sahaja tanpa jurugambar kerana urusan foto semua akan kami bekalkan.
"Bukan apa, ia bagi memudahkan kerja media dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan lancar," katanya.
Zain dan Rozita Che Wan akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada 25 November ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.
PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Zizan Razak berasa menyesal menerima tawaran mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) walaupun dikritik kerana dilihat gagal memberi kejutan kepada rancangan itu.
Namun, Zizan, 29, berkata, kehadirannya dalam AF 2013 itu berjaya meningkatkan rating program itu dari minggu ke minggu setiap kali disiarkan.
"Saya tidak pernah menyesal ambil tawaran ini kerana bagi saya ia sebagai satu cabaran utama saya untuk jadi lebih baik.
"Biarpun ramai yang mengkritik tentang pengacaraan saya namun setiap minggu rating program itu meningkat," ujarnya kepada mStar Online.
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas cara dia mengendalikan AF 2013 yang dilihat hambar berbanding pengacara-pengacara lepas biarpun rancangan itu bakal memasuki peringkat akhir pada Ahad ini.
Tambahnya, sebagai orang baharu dalam bidang ini, dia perlu lebih banyak belajar terutamanya dalam mengendalikan program televisyen yang berskala besar dan popular.
"Saya tahu ramai yang cakap saya gugup dan masih bandingkan saya dengan pengacara lama, bagi saya ia adalah satu peringkat pelajaran.
"Tidak semua orang boleh terus jadi yang terbaik, saya terima kritikan tersebut dengan ikhlas dan perbaiki kelemahan diri," katanya.
Sementara itu, Zizan yang turut berlakon dalam telefilem Oh My Ganu iaitu kesinambungan drama bersiri bercorak pendidikan Oh My English mengakui ia pengalaman berbeza selain berharap mampu menarik peminat daripada golongan kanak-kanak.
"Selama ini saya hanya berlakon rama dan program untuk orang dewasa sahaja, ini adalah peluang saya untuk menarik peminat daripada golongan kanak-kanak pula.
"Lagi pun ini merupakan program drama pertama saya yang memerlukan saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris," katanya.
Oh My Ganu akan disiarkan pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610).

KUALA LUMPUR: Perbalahan di antara pelakon Rabecca Nur Al-Islam dengan pengarah drama Erma Fatima masih belum selesai apabila pelakon itu menyifatkan Erma masih menyebarkan fitnah dengan menuduhnya artis yang tidak berdisiplin.
Rabecca atau nama sebenarnya Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, mendakwa, selepas dia menang saman terhadap pengarah itu pada 8 November lalu Erma didapati memfitnahnya menerusi laman Instagram dan Twitter.
"Kes sudah selesai. Tapi nampaknya ia seperti belum selesai apabila dia masih lagi memfitnah saya mengatakan saya tidak berdisiplin. .
"Keadaan itu boleh menjejaskan periuk nasi saya apabila pihak penerbit drama atau filem mungkin tidak akan menawarkan saya berlakon," katanya.
Rabecca ditemui pada sidang media khas di Harrods, pusat beli belah KLCC di sini pada Khamis.
Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila mahkamah majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak 40 peratus berserta lima peratus faedah daripada bayaran selain membayar kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.
Erma Fatima
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Sementara itu, Rabecca berkata, Erma boleh membuat rayuan di mahkamah jika enggan melunaskan baki bayaran seperti yang diarahkan tetapi bukan dengan cara memburuk-burukkan di laman sosial.
"Senang saja, jika tidak puas hati atau enggan membayar, buat saja rayuan di mahkamah.
"Tidak perlu memburukkan saya di laman sosial. Sekiranya dia masih lagi memfitnah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya," tegas Rabecca.
Turut hadir pada sidang media tersebut, ialah peguam Rabecca iaitu Nordin Othman.
Tidak halalkan wang itu – Erma Fatima
Sementara itu Erma Fatima yang dihubungi berkata, dia akan menurut perintah mahkamah dan tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Rabecca.
Malah Erma juga bersedia untuk menjelaskan baki wang berkenaan sebanyak RM11,000 kepada wanita itu tetapi tidak menghalalkannya.
“Saya akan bayarkan wang itu kepada Rabecca tetapi saya tidak akan halalkannya. Kekalahan saya di mahkamah atas sebab-sebab teknikal. Saya pun tak mahu panjangkan kes ini lagi,” katanya.