Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Minggu lalu, heboh juga kisah penyanyi kecil molek, Stacy nak
berkahwin dengan `teman tapi mesra’, Akim Ahmad dan memeluk Islam. Kak
Pora tidak terkejut mendengarnya kerana Kak Pora tahu hubungan rapat
Stacy dan Akim, malah khabarnya Akim juga menyayangi anak angkat Stacy,
Bella Valentina seperti anaknya sendiri.
Sudah lama mereka berkawan rapat, tapi tiada pengakuan cinta!
Bertemu Stacy, baru-baru ini, Kak Pora sempat bertanya sejauh manakah kebenaran cerita yang didengar. Stacy beritahu Kak Pora, dia pun terkejut dengan beberapa laporan berita yang dipaparkan, seolah-olah dirinya sudah bersedia memeluk Islam. Sejak kecil, Stacy beragama Kristian. Jadi, sudah tentulah keluarga Stacy mungkin terkejut apabila mendengarnya.
Bagaimanapun, apabila diterangkan hal sebenar, barulah mereka tenang.
“Saya akui berkawan baik dengan Akim, tetapi tidaklah sampai merancang nak berkahwin.
Lagipun, saya dan Akim sudah lama tidak bertemu sejak Aidilfitri lalu, dia sibuk dengan aktiviti seninya. Hubungan baik dengan Akim sama seperti hubungan rapat dengan Adira dan Hafiz, sesekali kami bertemu dan melepak bersama. Hubungan kami masih kawan, belum sampai tahap serius. Soal memeluk agama Islam terlalu sensitif untuk diperkatakan.
“Saya akui senang dengan masyarakat Melayu yang beragama Islam, tapi belum tergerak hati saya nak bertukar agama. Saya sukakan budaya orang Melayu dan Islam yang beradab kerana saya tahu, orang Sabah seperti saya ini kelihatan agak kasar cara pertuturan. Itu saja, tapi ia bukanlah bermakna saya nak tukar agama. Saya hanya kagum dengan orang Melayu yang beragama Islam,” katanya.
-BH
Hiburan
NILAI: Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi
tempoh enam bulan untuk mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi
membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh
negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus sahaja daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut.

"Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 ini adalah bertujuan untuk memastikan
semua sistem kerja dan operasi di kem berjalan lebih sistematik dan
teratur sekali gus dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.
"Operator kem ini adalah pihak swasta yang dilantik menguruskan operasi kem seperti operator penyediaan makanan, pengurusan latihan dan prasarana," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, jika operator berkenaan gagal memperoleh persijilan tersebut, perkhidmatan mereka mungkin ditamatkan bagi menjamin pengurusan yang berkualiti selain keselamatan pelatih.
"Selagi mereka (operator kem) tidak memperbaiki apa yang perlu diperbaiki, tiada tempat bagi mereka untuk beroperasi di kem kerana kita tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan dan kejayaan program ini," katanya.
Katanya, bagi pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semua kemnya termasuk ibu pejabatnya telah mempunyai persijilan tersebut kecuali dua kem iaitu Kem PLKN Muadzam Shah, Pahang dan Kem PLKN Marang, Terengganu yang telah ditutup sementara baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata satu mesyuarat bersama Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dijangka diadakan minggu depan bagi memperhalusi dan memutuskan perancangan yang lebih besar selain hala tuju yang lebih jelas untuk program PLKN.
"Pencapaian yang selama ini kita banggakan tidak mencukupi dan kita mahu anjakan kepada tahap yang lebih tinggi lagi terutama berkaitan semangat kesukarelaan dan semangat cintakan tanah air," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi MLKN Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing
di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui
selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23
jam.
Mayat, Mohd Halif Akim Halim berusia 1 tahun 10 bulan ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi kira-kira 400 meter dari hulu sungai manakala bapanya, Halim Ibrahim, 52 ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5.40 petang berhampiran tebing dekat lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, Halim bersama isteri, dan dua
anaknya, Nor Amira Halim berusia lima tahun dan Mohd Halif Akim keluar
untuk bersiar-siar dan memancing ikan di kawasan sungai berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Halif Akim terjatuh dari atas bot dipercayai tergelincir dan menyebabkan Halim terjun untuk menyelamatkan anaknya.
-BH
[Wow] - Berita Tempatan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Perintah darurat diisytiharkan di New
England, New York dan New Jersey selepas kawasan di timur utara Amerika
Syarikat (AS) berterusan dilanda salji tebal, angin kencang dan cuaca
sejuk melampau, semalam.
Sebanyak 20 lagi negeri di AS dan lebih 120 juta penduduk di negara terbabit dijangka terjejas akibat ribut musim sejuk tersebut.
Menurut FlightAware.com keadaan cuaca buruk itu telah menyebabkan kira-kira 8,000 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala lebih 4,000 lagi ditangguhkan sejak kelmarin.
Susulan daripada itu, Gabenor New York, Andrew Cuomo bertindak menasihatkan penduduk supaya mengelakkan sebarang aktiviti di luar rumah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebanyakan kawasan kini dilanda salji tebal sehingga 38 sentimeter.
Sementara itu, Gabenor Massachusetts, Deval Patrick menyifatkan situasi tersebut sebagai sangat berbahaya berikutan suhu diramalkan menjunam sehingga 25 darjah Celsius di bawah paras sifar.
Menurut AFP, Perkhidmatan Kaji Cuaca AS turut mengeluarkan amaran selepas ribut musim sejuk itu dijangka menjadi bertambah buruk.

PYONGYONG - Media China mengungkap kekejaman yang dilakukan oleh
pemimpin Korea Utara terhadap bapa saudaranya, Jang Song-Thaek. Jang
yang dihukum mati oleh Jong-Ung dikabarkan dijadikan santapan anjing
lapar.
Laporan yang diberikan akhbar Wen Wei Po pada 12 Desember 2013 tersebut menyebutkan, Jang tidak ditembak mati tetapi dirinya telah dilempar ke sekumpulan anjing lapar.
"Jang Song Thaek ditelanjangi dan dilempar ke sebuah kandang. Tidak lama kemudian, 120 anjing yang sengaja dibiarkan lapar selama tiga hari, dilepaskan dan menyerang Jang Song-Thaek," lapor Wen Wei Po, seperti dipetik The Straits Times, Sabtu (4/1/2014).
"Eksekusi ini juga dilakukan terhadap lima orang terdekat Jang. Apa yang dilakukan Kim Jong-Un adalah eksekusi yang disebut 'quan jue' atau eksekusi oleh anjing," lanjut laporan tersebut.
Eksekusi mengerikan ini berlangsung selama satu jam. Kim Jong-Un sendiri mengawasi pelaksanaan eksekusi mati tersebut bersama dengan 300 perwira senior lainnya.
Jang Song Thaek, dikenal sebagai individu yang selalu memberikan input kepada Jong-Un dalam memimpin Korea Utara dan dianggap sebagai individu kedua terkuat dalam hirarki kekuasaan di negara tersebut.
Mengikut tuduhan rasminya, Jang Song Thaek dinyatakan bersalah kerana melakukan pengkhianatan. Thaek, dianggap telah membentuk kekuatan yang tidak diinginkan dan membentuk faksi yang pada akhirnya pantas untuk dihukum berat.
Ada banyak kebencian peribadi yang tidak tampak ke permukaan antara Kim Jong-Un dan Jang Song Thaek. Namun posisi Thaek sebagai orang terkuat kedua di Korea Utara, telah berakhir dengan eksekusi mati.
Sumber: international.okezone.com

Seorang lelaki asal Mesir mengancam polis Arab Saudi yang cuba
menangkapnya kerana melakukan amalan perdukunan dengan cara akan melepas
jin untuk menyerang para polis . Namun selepas dia berjaya ditangkap ,
ancaman lelaki 44 tahun itu tidak terbukti .
Polis di Kota Makkah, menyerbu sebuah rumah dan menangkap dukun yang tidak disebutkan namanya itu setelah mendapat laporan bahawa dukun tersebut menggunakan sihir untuk mengawal sebuah keluarga Saudi , seperti yang dilaporkan oleh akhbar Arab News , Rabu ( 1 / 1 ) .
" Dia berjaya mengawal keluarga Saudi itu dengan membuat mereka percaya bahawa ada harta tertanam di bawah rumah keluarga itu dan dia cuba untuk menggali harta itu bagi mereka , " tulis laman asal Saudi Sabq , mengutip sumber dari polis .
Dikatakan pasangan Saudi dan dua anak perempuan mereka berusia 33 dan 35 tahun membiarkan dukun itu untuk tinggal di rumah mereka, selepas dukun itu menjampi - jampi keluarga tersebut .
Polis menyerbu rumah itu selepas menerima laporan daripada jiran mereka dan menangkap dukun itu . Ketika ditangkap, sang dukun mengancam akan melepaskan jin untuk menyerang polis .
" Tetapi jin sang dukun tidak melindungi dirinya saat ditangkap dan dia dibawa ke balai polis . Polis juga mendapati banyak azimat dan benda - benda sihir di dalam rumah itu , " tulis Sabq .
Amalan sihir dan perdukunan dilarang keras di Arab Saudi sesuai dengan undang-undang Islam, dan orang - orang yang dituduh terlibat dalam tindakan seperti itu bakal dihukum .
Sumber: merdeka.com

Dalam foto yang diambil salah seorang penumpang Emirates laluan Singapura-Brisbane ini, terlihat Mathias Jorg diikat tangan dan kakinya di salah satu kerusi setelah dia berlaku kasar akibat dilarang merokok di dalam kabin penumpang. |
BRISBANE - Jika telah dilarang merokok di dalam kapal terbang , maka
sebaiknya anda ikuti peraturan tersebut . Jika tidak , maka nasib anda
akan seperti seorang penumpang syarikat penerbangan Emirates ini .
Seorang lelaki berbangsa Jerman berusia 54 tahun , yang menaiki penerbangan Emirates dari Singapura ke Brisbasne , Khamis ( 2/1/2014 ) , bertindak berkali - kali menyalakan rokok di dalam kabin penumpang .
Mathias Jorg , warga Jerman itu , tetap menghidupkan rokoknya walaupun kru kabin sudah melarangnya . Dia juga bersikap kasar terhadap kru kabin yang memintanya untuk mematikan rokok .
Akibat sikap kasarnya itu , kru kabin terpaksa mengikat Jorg di kerusinya . Salah seorang penumpang sempat mengabadikan foto lelaki Jerman itu saat sedang terikat dan dikawal seorang anak kapal .
Setibanya di lapangan terbang Brisbane , Australia , pihak berkuasa setempat langsung menahan Jorg dan mendakwanya dengan pelbagai dakwaan , iaitu merokok di dalam kapal terbang , menyerang kru kabin , dan mengganggu tugas anak kapal. Demikian dikhabarkan harian The Courier - Mail .
Pengurusan Emirates mengakui , kru kabinnya memang terpaksa mengikat Jorg selama sisa penerbangan dari Singapura menuju Brisbane itu .
" Pihak Emirates mengesahkan seorang penumpang penerbangan EK432 dari Singapura menuju Brisbane terpaksa diikat ke kerusinya kerana sebuah insiden di tengah penerbangan , " demikian pernyataan Emirates seperti dipetik majalah ekonomi Arabian Business .
" Kami memanggil polis persekutuan Australia untuk menjemput penumpang ini setibanya di Lapangan Terbang Brisbane . Keselamatan penumpang dan kru merupakan yang terpenting bagi kami . Kes ini sudah dibicarakan di mahkamah dan Emirates tidak akan mengulas lebih lanjut , " kata jurucakap itu .
Di mahkamah , hakim menyatakan Jorg tak perlu ditahan . Namun , dia perlu menyerahkan pasportnya kepada polis sehingga dia tidak boleh meninggalkan Neger Kanggaru itu .
Saat penterjemah menyampaikan keputusan hakim itu , Jorg tampak tak percaya dan tak menerima keputusan tersebut . Sidang ini akan dilanjutkan pada 10 Januari akan datang di mahkamah Brisbane .
Sumber: kompas.com

Baru sahaja pagi tadi kita dikejutkan dengan berita perpisahan antara Wan Zack Haikal dan Zzati Rashid. Hubungan mereka yang dibina hampir dua tahun itu disahkan berakhir pada Oktober lalu sepertimana dakwaan gosip sebelum ini.
Tidak sampai sehari selepas perpisahan mereka, kini sekeping gambar Wan Zack Haikal bertunang dengan seorang gadis cantik dikenali Syahifah Azmi mula tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger brotherssam.
Menurut pemilik blog itu, gambar berkenaan diperolehinya dari seorang rakan kepada Wan Zack Haikal ketika memberikan ucapan tahniah dengan pertunangan beliau. Ramai peminat turut terkejut dengan berita ini kerana bukan Zzati yang menjadi tunangan Wan Zack tetapi orang lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)