Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


JEPUN – Seorang lelaki berusia 80 tahun telah disoal siasat oleh pihak polis kerana disyaki mencekik isterinya sehingga mati dan menyimpan mayat itu di dalam peti sejuk beku selama 10 tahun di Jepun semalam.

Memetik dari laporan media, Masaichi Yamada telah ditangkap pada Selasa lalu apabila pihak polis telah menerima laporan berkenaan penemuan mayat yang telah disejuk beku dan masih berpakaian itu.
Wooooowww!! Bodoh keeee apa??

Seorang lelaki di India ini dikatakan berang kerana mengetahui isterinya mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain. Oleh kerana perasaan yang tidak lagi dapat dibendung, lelaki itu telah menyembelih kepala isterinya hingga putus. Kepala tersebut akhirnya di bawa ke balai polis dan lelaki ini akhirnya ditahan.

Jom tengok gambar kejadian! >>

Wowwww!!! Pada usia 70 tahun mereka masih lagi bekerja sebagai pelacur di Amsterdam. Dan mereka menyatakan yang mereka telah meniduri seramai 355,000 orang lelaki sepanjang hidup mereka.

Siapa yang masih sanggup melakukan seks dengan mereka di usia seperti Datuk admin? Hahaha! tidak dapat admin bayangkan keadaannya...

Jom layan kembar pelacur yang tak kenal umur nihh.... Sakit kepala >>>


Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.

Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.

Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya.


Pemakaian selipar jenama Crocs ternyata merbahaya kepada kanak-kanak. Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri di mana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.


Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.



KUALA LUMPUR - Polis mendapati berat badan kanak-kanak yang dipercayai didera, Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahnaz turun secara mendadak daripada 11 kg pada tahun lepas kepada 8 kg ketika mayatnya ditimbang setelah ditemui mati di kediamannya di Semenyih, 31 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pakar nutrisi hospital menjelaskan berdasarkan rekod kesihatan Muhammad Irfan Raiyan, 3, beratnya turun secara mendadak sebanyak tiga kilogram yang menunjukkan mangsa bukan saja didera secara fizikal malah berkemungkinan tidak diberi makan.



MELAKA - Seorang lelaki warga Indonesia merempuh dinding rumah kongsinya untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa, namun sia-sia kerana kawasan itu sudah dikepung dalam operasi di tapak pembinaan Ayer Keroh di sini.
Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamaluddin Ismail berkata, lelaki berusia 50 tahun dari Jawa Timur itu adalah antara 43 warga asing yang ditahan menerusi operasi di beberapa lokasi sejak petang semalam sehingga pukul 3 pagi hari ini.
Lelaki itu merempuh dinding rumah kongsi yang diperbuat daripada papan lapis hingga berlubang dan cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh pegawai Imigresen yang mengepung kawasan itu, katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya pihak Imigresen turut menemui isteri lelaki itu yang berusia 40-an sedang bersembunyi di dalam almari di rumah berkenaan. - BERNAMA



TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.


Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. 

Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Jom tengok gambar mereka >>
Seperti yang diketahui, hubungan rumahtangga anda pelakon, Ana Dahlia dan Chef Riz hanya mampu bertahan untuk 11 bulan saja.

Sebab apa mereka bercerai, tidak tahu pula puncanya kerana masing-masing mengambil sikap berdiam diri.
Setelah bercerai sekitar November tahun lalu, kisah mereka senyap begitu saja.



KUALA LUMPUR – Hard Rock International telah membuka Hard Rock Cafe cawangan ketiganya di Malaysia, di Melaka, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kafe baharu ini terletak di jalan masuk Jonker Walk dan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Wowwwwww.. Admin tidak dapat membayangkan jika tangan admin dimasukkan ke dalam sarung tangan itu yang dipenuhi dengan semut seperti gambar di bawah! Semut yang mempunyai gigitan pedas! pedih! sakit! ahhhh... 


Namun...>>>>



Malang bagi sepasang warga emas Alan dan Linda Brown,60, apabila koleksi ikan berharga mereka telah dimakan oleh seekor memerang.
Ikan-ikan tersebut yang berharga £10,000(RM40,000), yang diletak di kolam di dalam kawasan rumah mereka, apabila mereka pulang dari bercuti ke rumah mereka di Thetford, Norfolk mereka telah mendapati 50 daripada 250 ekor ikan emas dan ikan koi mereka telah dimakan.
Kejadian itu telah diberitahu oleh jiran mereka yang ternampak seekor memerang telah berlegar-legar di kawasan perumahan mereka.
Pasangan itu kecewa dengan kejadian tersebut dan tidak percaya yang ikan-ikan berharga mereka telah dimakan.


Seorang pelakon porno yang berumur 32 tahun, Coco Brown, sedang menjalani beberapa latihan angkasawan untuk menjadi pelakon porno pertama yang akan merakamkan video porno di angkasa.
Dia telah membayar wang sebanyak £64,000 kepada sebuah syarikat dari belanda sebagai pembiayaan kos pelepasan dia ke angkasa pada tahun 2014 nanti.



BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.
"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.
Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.
Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.
Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.
Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP




VIENNA - Penerjun udara Austria, Felix Baumgartner (gambar kecil) yang terjun di pinggir angkasa lepas Oktober tahun lalu jatuh pada kelajuan 1.25 kali ganda lebih pantas daripada bunyi, kata pihak penganjur semalam.

Sebelum ini, kiraan awal mendapati kelajuannya hanya 1.24 kali ganda lebih pantas daripada bunyi.
Menurut analisis terakhir pasukan Baumgartner, Red Bull Stratos, lelaki berusia 43 tahun itu mencecah kelajuan 1,357.6 kilometer sejam atau Mach 1.25 dalam terjunam bebas itu.



SANDAKAN - Keindahan Taman Warisan Batu Sapi yang menjadi kebanggaan penduduk daerah ini suatu ketika dahulu kini hanya tinggal kenangan.
Terletak kira-kira 12 kilometer dari pusat bandar, taman tersebut yang terkenal dengan bongkah batu yang menyerupai sapi (lembu) terus terbiar sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang penyelenggaraan.


SYDNEY - Seorang wanita dari Malaysia yang dipaksa menjadi pelacur memberitahu sebuah mahkamah Australia bahawa dia diherdik kerana enggan melakukan aksi seks dan dipaksa bekerja 17 jam sehari di sebuah rumah pelacuran di sini, lapor agensi Australian Associated Press semalam.
Mahkamah Daerah Sydney di sini diberitahu semalam bahawa seorang ibu ayam, Wong Chee Mei mengajar wanita tersebut aksi-aksi seks yang perlu dilakukan dan memarahinya selepas seorang pelanggan mengadu dia enggan melakukan beberapa aksi lucah itu.

SEOUL : Lagu Gangnam Style yang menonjolkan aksi penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian kuda tidak popular di Jepun, walaupun lagu tersebut mencipta fenomena di serata dunia.

Perkembangan tersebut berlaku di sebalik pengaruh besar muzik pop Korea  (K-pop) di negara matahari terbit itu. Namun, peminat K-pop Jepun dilaporkan menjauhi Gangnam Style.

Terdapat spekulasi di Korea Selatan bahawa isu pertikaian sejumlah pulau di antara keda-dua negara menyebabkan lagu tersebut tidak popular.


Gara-gara menolak cinta peminat, seorang penyanyi dangdut tempatan dirogol secara bergilir-gilir.

“Mangsa diperkosa oleh peminatnya, Edi atau Coki dan empat rakannya selepas dia diberi minuman keras,”kata jurucakap Polis Tangerang, Shinto Silitonga, semalam.



Menurutnya, Edi, 19, yang berasal dari Teluk Naga ditahan, kelmarin bersama-sama dua rakannya sementara dua lagi masih diburu.

Shinto berkata, selepas disoal siasat, Edi mengaku merogol mangsa kerana mahu membalas dendam setelah penyanyi dangdut itu menolak cintanya.
“Dia terpikat kepada penyanyi itu selepas mereka bertemu 25 Disember lalu.

Marah kerana cintanya tidak dilayan, Edi merancang merogolnya.

Dia dan rakan sekampung memerangkap mangsa dengan mengajaknya bersiar-siar sebelum memaksanya minum minuman keras lalu memperkosa mangsa pada 24 Januari lalu,” kata Shinto



Jika anda ada terlalu banyak lemak, terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda, anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis.

Anda tidak berseorangan! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes.

Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama penyebab penyakit jantung.


KUALA LUMPUR – Penumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.
Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dilancarkan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di sini, Rabu.
Ia dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
Pengarah Eksekutifnya, Choi Wei Yee berkata sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa, cepat dan cekap kepada penumpang.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran di Bukit Bintang, beliau berkata teksi itu yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. “Pada masa ini kita mempunyai sekitar 3,000 pemandu teksi di bawah syarikat kami dan 1,000 telah dipasang sistem ini.
“Kita berharap 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang hujung tahun ini.
Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini,” katanya.
Katanya penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain. – BERNAMA

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melanjutkan tempoh untuk penebusan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) dari satu bulan kepada tiga bulan bermula hari ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, mereka yang telah berjaya mendaftar dan menerima pengesahan pada awal Januari lalu bagaimanapun tidak perlu mendaftar semula kerana tempoh sah telah dilanjutkan ke tiga bulan dari tarikh pendaftaran asal mereka.



Australia – Baru berusia 25 tahun, namun seorang lelaki hilang semua giginya. Ia gara-gara ketagihannya kepada minuman berkarbonat.
Boleh dikatakan hampir setiap hari William Kennewell  minum enam hingga lapan liter air berkarbonat  terutama Coke.
Biarpun diberikan amaran oleh doktor gigi, namun pekerja hotel itu tidak mempedulikannya hinggalah giginya mulai reput satu demi satu.
Ketagihannya kepada minuman berkarbonat itu juga menyebabkan dia hampir mengalami keracunan darah akibat gigi yang reput.
“Saya adalah lelaki normal yang mempunyai gigi namun kini semuanya terpaksa dibuang dan terpaksa memakai gigi palsu.
“Saya mula ketagih kepada minuman bergula ini selepas bekerja dalam industri perhotelan. Ia memudahkan akses saya kepada Coke,” katanya.
Masalah ketagihan kepada minuman berkarbonat itu telah menyebabkan pakar kesihatan Australia melakukan kajian terhadapnya bagi memberikan kesedaran kepada golongan muda supaya mengelakkan minuman tersebut.
Menurut penyelidik kanan, Dr Jason Armfield, beliau sudah menjalankan kajian terhadap 16,800 kanak-kanak di Australia.
Tinjauan itu mendapati 56 peratus daripada mereka yang berusia lima hingga 16 tahun minum minuman manis dan berkarbonat setiap hari.



NAMANYA mungkin tidak sepopular lagu dendangannya ‘Aku Suka Dia’ yang cukup mesra di kalangan pencinta muzik. Namun gadis berusia 20 tahun tidak mudah berputus asa untuk terus mencipta nama.

Tampil melancarkan kelab peminat sendiri, Ainan Tasneem Fans Club (FC), penyanyi remaja ini berharap ia dapat mendekatkan dirinya dengan peminat.

“Dengan adanya kelab ini, saya boleh buat pelbagai aktiviti bersama peminat.

“Malah segala perkembangan saya juga akan dikongsi bersama peminat,” katanya yang ditemui ketika pelancaran kelab peminatnya itu di Restoran Rebung, Bangsar diadakan baru-baru ini.

Dihadiri lebih 40 peminatnya, Ainan turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Aku Suka Dia dan

Turut beramah mesra dengan peminat, Ainan berharap kariernya terus mendapat sokongan.

"Nyanyian pada mulanya hanyalah sekadar hobi saya. Namun saya tak sangka boleh pergi sejauh ini.

"Namun dalam masa sama, saya tidak mahu mengabaikan pelajaran saya," katanya penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses.


HAMPIR  tiga tahun tanpa album baru, Paramore kini muncul dengan album keempat, Paramore yang muziknya lebih segar berbanding album sebelumnya.

Mempertaruhkan single terbaru Now, band rock yang dulunya dianggotai lima ahli ini lebih matang dalam memilih lagu, sesuai dengan perkembangan terkini.

Seiring dengan kelahiran album itu, Paramore sedia menggegarkan Malaysia buat kali kedua pada 17 Februari ini, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Tanpa pasangan adik-beradik Farro iaitu Josh dan Zac, Paramore yang kini hanya dianggotai Hayley Williams, Jeremy Davis (bass), dan Taylor York (gitar) tetap optimis meneruskan perjuangan muzik mereka.



TAK payah nak hipokrit!," tegas pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai kenyataan kekasihnya, Shila Amzah, berhubung kemelut yang mereka alami.
Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya, ND Lala menerusi e-mel kepada pihak media.

Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak. Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir. 
Wowww!! Wanita yang Chubby chubby gebu gebu ini sanggup membuat apa saja untuk menjadikan dirinya menjadi kurus dan memakai kostum anima! Hebat! Tapi persoalannya.... 


wanita ini sedut lemak atau menjadi kurus dan seksi hasil dari kerja kerasnya untuk bersenam? Jawapannya... Hanya wanita ini saja yang tahu...

Jom tengok gambar 'Cosplay' Wanita ini! >> Wowwww...
Chu Chi Tunnel ini me­ngalami proses sejarah yang panjang. Sistem pertahanan yang unik di dunia ini dibina selama 30 tahun.
Ada dakwaan terowong itu sepanjang 250 kilometer (km), tetapi musnah akibat dibom dan runtuh secara semula jadi.

Auckland: Seorang pelancong Scotland rugi AS$1,000 (RM3,000) apabila wangnya dicuri seekor burung kea.

Wang itu disambar burung ketika dia sedang mengambil gambar. Peter Leach berkata, dia berhenti seketika mengambil gambar pemandangan di Puncak Arthur. “Sepasang pelancong Kanada menegur dengan berkata: ‘Kami melihat burung itu mengambil sesuatu dari kereta kamu,’” kata Leach.
Apabila memeriksa, dia menyedari wangnya hilang, disambar burung berkenaan.

“Burung itu membawa lari beg berisi AS$1,099 (RM3,405) yang diletakkan di atas papan pemuka kereta,” katanya.
Leach melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang menangani kes itu serius pada peringkat awal, tetapi berkata, ‘Bolehkah saya berhenti sekejap untuk ketawa,’” kata Leach. – Agensi


Kepulauan Solomon: Satu gempa bumi kuat berukuran 8.0 magnitud yang menyebabkan tsunami, meragut sekurang-kurangnya lima nyawa di kawasan terpencil Kepulauan Solomon semalam.
Gempa itu berpusat 340 kilometer ke timur Kira Kira dekat Solomon, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.
Amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk kepulauan itu dan negara Pasifik Selatan lain, termasuk Australia dan New Zealand. Ia kemudian dibatalkan bagi sesetengah kawasan yang terletak jauh ke pedalaman.


Kabul: Seorang wanita Afghanistan yang dipenjarakan kerana berzina selepas dirogol suami sepupunya kini dipaksa berkahwin dengan lelaki terbabit untuk memulihkan maruah keluarga dan mengelak dipinggir masyarakat.s
Gulnaz, 22, berkahwin dengan perogolnya minggu lalu di Kabul selepas dipenjara 13 bulan.
Kisah menyayat hati itu menunjukkan nasib dihadapi beribu-ribu wanita Afghanistan tanpa bantuan undang-undang.
Alor Setar: Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala tengkuk dan punggung mula berulat.

Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini, hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14.