Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR - Presiden Barack Obama tiba di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Sabtu untuk lawatan kerja selama tiga hari ke negara ini.
Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat ini selamat mendarat di pangkalan berkenaan pada pukul 5 petang  selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan.
Ini merupakan lawatan pertama Obama ke Malaysia sejak beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Antara tempat pertama yang akan dilawatinya ialah Bangunan Parlimen. Beliau kemudiannya akan melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertuan Agong dan menghadiri santapan diraja bersama Tuanku di Istana Negara.
Malaysia merupakan negara ketiga dalam jadual lawatan Obama ke empat negara di Asia. Sebelum Korea Selatan, beliau melawat Jepun.
Beliau akan mengakhiri lawatan itu dengan mengunjungi Filipina pada Isnin.

Dua pelakon terkenal, Fizz Fairus dan Almy Nadia akan melangsungkan pernikahan mereka pada petang ini iaitu selepas solat Asar di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pastinya ramai peminat setia mereka amat teruja untuk melihat Fizz Fairus dan Almy Nadia disatukan setelah sekian lama mengharungi alam percintaan yang penuh cabaran dan dugaan.

Semalam, majlis malam berinai Almy Nadia telah diadakan di rumah pengantin perempuan. Aktres berusia 28 tahun itu kelihatan begitu gembira, terharu dan seolah-olah tidak percaya dirinya bakal isteri tidak lama lagi.
Penulis ucapkan jutaan tahniah buat pasangan sensasi ini. Ending kisah cinta Almy memang menarik kerana berakhir dengan ke jinjing perkahwinan. Mari layan sekeping foto selfie Almy Nadia di majlis malam berinai yang diadakan malam tadi.






SEBUAH kisah tentang kematian daripada seorang gadis , yang menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yang berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia .
Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yang tinggal di Armero , sebuah bandar kecil yang berpenduduk sekitar 31.000 orang.
Pada tarikh 13 November 1985 , bandar Armero yang kecil dan tenang , digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz . Saat meletus , gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat , yang meruntuhkan ribuan bangunan di Armero , dengan muntahan lahar panas , yang mengalir ke kaki gunung , membakar habis kawasan yang ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yang berada di kaki gunung Nevado Del ruiz .
Malam saat bencana terjadi , Omayra yang tinggal bersama keluarganya , dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air . Omayra berhenti untuk menolongnya . Malang bagi gadis ini , setelah menolong neneknya , kakinya tersepit runtuhan bangunan , sehingga tidak boleh bergerak keluar .
Pasukan penyelamat yang datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih puing runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa puing runtuhan semakin menghimpit Omayra , keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yang membawa peralatan yang boleh mengangkat sisa runtuhan yang menghimpitt Omayra .
Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra , selama itu , siang dan malam , orang – orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi , dan membantunya mengatasi ketakutan .
Pada hari ketiga , masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher , Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang – orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat .
Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya , dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari – hari.
Televisyen yang datang untuk membuat liputan gempa , juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra , ke seluruh dunia . Gambar yang anda saksikan diambil sebelum ia meninggal , dan disiarkan tidak lama setelah ia meninggal . Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya , Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya.

SATU makhluk yang di percayai pontianak telah dapat dirakam sedang duduk diatas sebuah teksi berwarna kuning oleh penduduk yang baru pulang dari kerja kilang pukul 2 pagi. Dikatakan gambar menyeramkan ini di rakam dari atas rumah pangsa beliau.
Menurut sumber kejadian menyeramkan ini berlaku ditempat parkir kereta dikawasan perumahan.
Menurut sumber pemilik kereta berwarna merah yang kebetulan meletakkan keretanya bersebelahan teksi yang berwarna kuning itu, tidak menyedari atau melihat makhluk yang menakutkan yang di percayai pontianak diatas bumbung teksi tersebut.

Dikatakan Pemilik kereta merah itu keluar untuk bertugas pada waktu yang sama jam 1 pagi tidak menyedari makhluk menyeramkan berada disitu.
Benar atau tidak, ia sangat menyeramkan jika benar-benar terjadi pada anda.

KUALA LUMPUR – Kadangkala premis makanan segera ada juga buruknya. Selain jadi tempat lepak golongan muda berdating, ia juga jadi port ponteng sekolah.
Malah di sesetengah premis yang menyediakan kerusi di kawasan tersorok sikit, ia jadi port beromen seperti yang berlaku di sebuah premis makanan segera jenama yang terkenal dengan ayam gorengnya di Sungai Besi.
Seorang pembaca MalaysiaGazette hari ini memberitahu, sekumpulan pelajar Cina berkumpul di tingkat atas premis berkenaan dan melakukan perbuatan tak senonoh.
“Selepas duduk rapat-rapat, mereka mula raba meraba. Selepas itu sambil berselubung dengan jaket mereka mula beraksi ganas..siap bunyi mengerang lagi,” ujar lelaki yang mahu dikenali sebagai Johan.
Menurutnya, pasangan pelajar sekolah menengah itu memadu asmara kira-kira 20 minit manakala seorang lagi rakannya duduk dihadapan mereka bertindak pengawal untuk memaklumkan sekiranya mereka dilihat orang.
Rakannya yang jadi pengawal itu hanya diupah makan ayam goreng.
Johan yang mahu singgah makan selepas solat Jumaat sempat merakamkan gambar melalui telefon bimbit dan membuat aduan di kaunter semasa dalam perjalanan pulang.
Difahamkan, kumpulan pelajar itu kemudiannya dihalau oleh petugas premis terbabit tidak lama selepas itu.–MalaysiaGazette


KUALA KANGSAR – Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.
Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.
Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.
Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.
“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).
“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.
Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.
“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.
“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.
Sempat hantar SMS
Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.
Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.
Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.
“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.
Tindakan pantas pemandu
Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.
Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.
“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.
“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.
“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.
“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.
Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.-sinar

Bhopal (India): Misteri kehilangan seorang lelaki yang hilang sejak 24 Mac lalu terungkai selepas isterinya memberi maklumat - yang diperoleh melalui mimpi - kepada polis Madhya Pradesh.
Chhotelal Sen, 65, dari Kashipura keluar rumah untuk melakukan ritual Hindu pada hari berkenaan, tetapi tidak pulang selepas itu. 
Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan kehilangan itu di balai polis Matguan 10 hari kemudian. 

Selepas puas mencari, isterinya, Gauri Bai membuat laporan polis 10 hari kemudian, namun pihak berkuasa gagal menemui lelaki terbabit walaupun memeriksa beberapa lokasi.

Beberapa hari lalu, Gauri bermimpi suaminya mati dibunuh dan mayat berkenaan dicampak ke dalam sebuah perigi di Kashipura yang terletak di daerah Chhatarpur.

Gauri kemudian menceritakan mimpi berkenaan kepada polis dan pihak berkuasa kemudian menggunakan maklumat berkenaan untuk menyiasat. 

Tidak lama kemudian polis menjumpai mayat Chhotelal yang sudah reput dari sebuah perigi di pinggir kampung itu. 

Sementara itu, pegawai polis Kashipura, Superintendan Lalit Shakyavar berkata, mereka terkejut apabila Gauri mendapat alamat melalui mimpi. 

“Kes ini sedang dalam siasatan,” katanya. - Agensi



Los Angeles: Pelakon terkenal Hollywood Cameron Diaz mengakui dia tidak menggunakan deodoran sejak hampir 20 tahun lalu.
“Saya memang tidak mahu menggunakannya, malah percaya ia tidak baik untuk kesihatan. 
“Sebenarnya badan - terutama ketiak - menjadi semakin busuk disebabkan deodoran anda menyumbatkan liang peluh pada badan. 

“Justeru, biarkan saja ketiak anda ‘bernafas’ asalkan bulunya dipotong atau dicukur supaya bakteria tidak melekat,” katanya kepada media dan dilaporkan semalam.

Dengan pengakuan itu, maka terjawablah pertanyaan mengapa Cameron sentiasa dilihat pada majlis rasmi dengan bahagian bawah lengannya ada kesan peluh.
Beberapa pihak pula mengakui mereka berasa kurang selesa berada berhampiran Cameron kerana mempunyai bau badan kurang menyenangkan. Cameron bukanlah satu-satunya selebriti yang tidak menggunakan deodoran. 

Beberapa tahun lalu aktor Matthew McConaughey juga mengakui enggan menggunakan deodoran itu sehingga membuatkan Kate Hudson tidak selesa. 

Kate - yang ketika itu memainkan watak heroin dalam filem ‘How to Lose a Guy in 10 Days’ - dikatakan begitu “merana” sehingga membawa garam batu yang juga deodoran asli dan meminta McConaughey menggunakannya. 

Seorang lagi bintang Hollywood, Bradley Cooper juga mendedahkan pada 2011 yang dia tidak menggunakan deodoran atau minyak wangi. 

“Ketika menghoskan rancangan Treks in a Wild World pada 2000 saya belajar bahawa peluh sebenarnya cara badan kita membersihkan diri secara semula jadi. 

“Jadi saya tidak lagi menggunakan deodoran, sebalikna kerap mandi sekurang-kurangnya pada waktu pagi dan malam. 

“Ada ketika tertentu saya mandi sehingga tiga kali sehari,” katanya. - Agensi

Hong Kong: Seorang lelaki ditahan dengan wang bernilai lebih setengah juta dolar Amerika dilekatkan pada badannya, dipercayai untuk diseludupkan ke Shenzen, China.
Media semalam melaporkan, lelaki terbabit ditahan selepas dilihat berkelakuan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan kastam di Sha Tau Kok di timur laut Hong Kong tengah malam kelmarin.
Jurucakap kastam Hong Kong berkata, apabila diarah membuka bagasinya untuk diperiksa, lelaki terbabit terus meninggalkan tempat itu dan lari ke arah Jalan Chun Ying Street - kawasan sempadan Hong Kong - China di tanah besar.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan.

Melihat keadaan itu, katanya, kastam memeriksa bagasi berkenaan dan menemui wang tunai bernilai AS$580,000 (RM1.9 juta) di dalam beg.
“Kami juga menemui sejumlah wang yang dilekat pada beberapa bahagian badannya,” katanya.  Gambar yang tersebar di Internet juga menunjukkan ratusan wang kertas AS100 (RM328) dilekatkan pada badan suspek selain disorok di bawah seluar jeans serta di keliling pinggangnya.

Menurut undang-undang China, seseorang hanya dibenarkan membawa wang bernilai AS$5,000 (RM16,400) tanpa perlu membuat pengisytiharan bertulis.

Agensi berita kebangsaan pula menyifatkan kejadian itu sebagai “amat serius.”
Februari lalu seorang penduduk Hong Kong didenda hampir HK$1 juta (RM422,000) apabila cuba membawa masuk HK$5.5 juta (RM2.3 juta) ke tanah besar China.

Dalam kes itu lelaki terbabit memberitahu polis wang itu untuk membeli rumah dan dia enggan menggunakan perkhidmatan bank kerana mahu mengelak dikenakan komisyen lima peratus.- Agensi
Gambar Hiasan
Gombak: Berang rayuannya untuk kembali bersama ditolak bekas teman wanitanya, seorang lelaki tergamak memaki hamun, mencekik dan memukul sebelum mengugut ingin membunuh bekas kekasihnya itu.
Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin itu, lelaki berusia 30-an itu datang ke kediaman wanita berusia 22 tahun itu di Rawang dengan tujuan berbaik semula dan menjalinkan hubungan cinta yang terputus sebelum ini.
Menurut sumber, percubaannya itu gagal selepas mangsa enggan menerimanya semula dan memberi alasan bekas teman lelakinya itu seorang yang panas baran kerana sering memukulnya.

“Geram dengan tindakan mangsa yang enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu mengamuk dan terus memaki hamun mangsa.
“Malah mangsa yang terkejut cuba melarikan diri ke dalam rumah, namun gagal apabila rambutnya ditarik sehingga terjatuh,” katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki itu turut memukul mangsa sebelum mencekik bekas kekasihnya itu sehingga sesak nafas dan hampir pitam.

“Malah lelaki itu juga mengugut ingin membunuh mangsa jika wanita terbabit enggan menerimanya semula sebagai kekasih.
“Mangsa yang kesakitan merayu dilepaskan sebelum berpura-pura bersetuju ingin menjadi kekasihnya semula menyebabkan lelaki itu berhenti memukulnya,” katanya.

Menurutnya, selepas keadaan kembali tenang, lelaki terbabit terus beredar dan berjanji tidak mencederakan mangsa lagi.
Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan.

Jasin: Seekor ular sawa batik seberat lebih 130 kilogram berjaya ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat Merlimau di sebuah kebun getah di Kampung Paya Tanjung, Umbai, Merlimau, di sini, 7.42 malam tadi.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Yahya Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan penemuan reptilia sepanjang kira-kira 8.5 meter itu pada 7.22 malam. 
"Seramai tiga anggota termasuk pegawai bersama satu pacuan empat roda bergegas ke lokasi dan tiba 7.32 malam. 

"Disebabkan keadaannya yang besar dan berat, pergerakan reptilia ini terbatas, sekali gus membolehkan kami mengambil masa 10 minit untuk menangkapnya," katanya ketika ditemui di balai bomba itu di sini, tadi.

Menurutnya, pihaknya sudah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengenai penemuan reptilia berkenaan.

Kiulu: Melihat belut hidup yang banyak dijual di pasar raya memang menggelikan. Namun, bagaimana pula jika melihat belut air tawar di Sungai Mangkaladom, di sini, yang kadang kala bersaiz gergasi sehingga boleh mencecah berat hampir 10 kilogram (kg).
Namun, belut air tawar sebesar betis orang dewasa atau lebih dikenali sebagai sinsilog bagi masyarakat tempatan, dianggap hidupan sungai yang sangat istimewa selain memiliki 1,001 khasiat.
Sekali pandang, bentuknya saling tak tumpah seperti ular sawa, tetapi ia ternyata tidak menggentarkan penduduk apabila sering menjadi buruan untuk dijadikan hidangan berkhasiat. 

Sinsilog biasanya menghuni lubang batu di sepanjang sungai dan cara mengesan serta menangkap belut gergasi ini memerlukan pengalaman dan kemahiran khas kerana tubuhnya yang licin serta berlendir selain sifatnya agak agresif apabila diganggu.

Penduduk kampung biasanya menggunakan sejenis panah bermata tajam yang diikat dengan tali tangsi sebelum menyelam di celah batu di dasar sungai bagi memburu haiwan ini.