Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


RANTAU PANJANG : Tindakan nekad seorang pelajar berusia 17 tahun melompat pagar sekolahnya di sini, ketika sesi pembelajaran masih berlangsung mengundang padah apabila lengannya tersangkut pada jeriji pagar itu.
Kejadian berlaku jam 12 tengah hari semalam dan pelajar tingkatan lima itu difahamkan mahu pulang lebih awal dengan melompat keluar daripada salah satu pagar sekolahnya yang berkunci.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Zaimi Samad berkata, pihaknya menggunakan ‘Hydraulic Cutter’ untuk memotong besi yang mencucuk lengan pelajar lelaki terbabit.
“Kita mengambil masa selama lima minit untuk mengeluarkan besi berkenaan sebelum pelajar itu dihantar ke klinik kesihatan terdekat untuk menerima rawatan.
“Difahamkan pelajar ini sedang melompat keluar tetapi lengan kirinya tersangkut dan tercucuk pada pagar itu,” katanya.-HM



DAH dapat kekasih comel macam Nad Zainal pun, ada juga yang sanggup tinggalkan dan curang dengan perempuan lain.
Mujurlah Nad tak mengambil masa lama untuk merawat kesedihan dan bakal bercinta dengan orang lain pula.
Tapi sebelum pembaca tersalah faham, kisah Nad ditinggalkan ini adalah jalan cerita untuk drama terbaru untuk slot Dramady di TV3 yang berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah.

Drama 24 episod ini merupakan adaptasi daripada novel popular hasil nukilan penulis hebat, Orkid Edyliyne yang turut menampilkan Zoey Rahman, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.
Mengetengahkan genre romantik komedi, TRPR yang diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa apabila tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zamzam).
Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. Selepas bersungguh-sungguh mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya, Areen kemudian dipilih menjadi pembantu rumah.
Hari pertama bekerja, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan.
Sejak daripada itu, Areen menyimpan dendam terhadap Emir. Tambahan pula, Emir gemar mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Tanpa mengetahui bahawa Areen sebenarnya anak orang berada, Emir semakin ligat mengenakan pembantu rumahnya itu.
Suatu hari, pemandu peribadi keluarga Emir, Lut (Syafiq Kyle) jatuh cinta pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata.
Disebabkan cemburu, Emir mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan kedua-duanya tidak mempunyai hubungan istimewa.
Ketika Emir sedang menyimpan perasaan terhadap Areen, secara tiba-tiba Taufeeq kembali dan cuba memenangi semula hati bekas tunangnya itu.
Siapa yang Areen akan pilih untuk menjadi teman hidupnya, Taufeeq, Lut atau Emir? Kalau nak tahu, kenalah tonton drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini mulai 31 Mei 2014 pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6 petang.

Jika ada barisan bintang yang mampu membuat trafik terhenti seketika, ia tentu saja terdiri daripada pelakon The Expendables 3 iaitu Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Mel Gibson, Harrison Ford, Jason Statham, Wesley Snipes, Dolph Lundgren, Kelsey Grammer dan Antonio Banderas.

Ahad lalu, mereka memberhentikan seketika pergerakan trafik di Cannes, Perancis, apabila bintang tersohor terbabit muncul bersama kereta kebal ketika menuju ke Hotel Carlton untuk menghadiri majlis sidang akhbar mempromosikan filem terbabit. Ia diadakan sempena Festival Filem Cannes ke-67 di bandar peranginan itu.

Gimik kereta kebal itu turut disertai Kellan Lutz, Victor Ortiz, Glen Powell, Randy Couture dan Ronda Rousey. Jet Li dan Terry Crews pula tidak dapat menyertai aksi berkenaan apabila terikat dengan hal lain.

Kemunculan dua kereta kebal terbabit membuatkan orang ramai berhenti seketika, lalu mengeluarkan kamera mahupun telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik hebat itu.

Bukan sekadar peminat, jurugambar juga sibuk memetik picu kamera mereka bagi merakam saat mengagumkan itu, lebih-lebih lagi apabila ia menghimpun ramai bintang masyhur di satu lokasi menarik.

Jadi, kepada pembikin filem yang ingin mempromosikan karya mereka dengan cara bergaya, apa kata curi atau tiru saja idea pasukan The Expendables 3 ini? - BH













GIGI hadapan Raja Rock n Roll, Elvis Presley dilelong pada harga 6,500 pound (RM35,000) di Britain, baru-baru ini.
Gigi dipamerkan buat pertama kali di Beacon Dental Care, Malvern di Worcestershire itu diletakkan pada acuan gigi palsu dan menjadi milik seorang doktor gigi, Michael Zuk dari Kanada yang juga peminat tegar artis berkenaan.
“Saya membida untuk mendapatkan gigi ini selepas dilelong oleh pembuat gigi palsu Elvis Henry J Weiss pada 1971,” katanya kepada The Mirror News.
Menurutnya, keaslian gigi itu dibuktikan selepas mendapat pengesahan daripada doktor gigi isteri dan anak penyanyi berkenaan. -sinar

BEIJING : Seorang budak perempuan berusia 11 tahun di China dipukul hingga mati oleh bapanya kerana meniru kerja rumah rakan sekelasnya, lapor media tempatan semalam.
Lelaki terbabit mengarahkan budak perempuan berkenaan melutut, mengikat tangan mangsa dan memukul mangsa, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Bapa berkenaan kemudian membawa anaknya itu ke hospital selepas mendapati mangsa berhenti bernafas tetapi budak terbabit disahkan meninggal dunia keesokan harinya, lapor Xinhua.
Doktor di hospital di Hangzhou mendapati kesan lebam dan kecederaan di leher dan belakang tubuh mangsa selain tanda tercekik selama kira-kira lima minit, lapor Xiandai Jinbao.
Terdahulu bulan ini, gambar grafik seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari wilayah Guangdong didakwa dipukul ibu tirinya tersebar meluas di halaman media sosial China, dengan kebanyakan pengguna menggesa undang-undang tegas terhadap penderaan kanak-kanak. – AFP

MEMPUNYAI luka lebam selepas terjatuh memang menyakitkan . Namun bagaimana jika bekas luka lebam itu berbentuk luar biasa ?  Itulah yang dialami oleh lelaki berasal dari London , Chris Holland , yang mempunyai luka lebam berbentuk malaikat di bontotnya .
Kejadian itu bermula ketika Chris sedang menikmati malam di sebuah kelab di Poland . Secara tiba-tiba Chris terjatuh dan menimpa meja . Menurutnya lagi kemalangan itu boleh menyebabkannya patah tulang belakang  . Ajaibnya dia hanya mengalami luka lebam di bahagian belakang . Ketika melihat di cermin , Chris terkejut kerana luka itu berbentuk seakan malaikat .
Meskipun merasa kesakitan , lelaki berusia 30 tahun ini masih bersyukur kerana masih dilindungi oleh Tuhan . ” Aku tidak percaya apabila melihat di depan cermin , ada malaikat di lukaku . Aku rasa diriku sangat beruntung , kalau jatuh lebih tinggi sedikit saja , tulang belakangku boleh patah , ” kata Chris
” Tunangku marah ketika sampai rumah dan tunjukkan luka lebamku , tapi dia tetap bersyukur aku tak apa – apa , ” kata Chris .
Chris berharap lukanya akan sembuh sebelum majlis pernikahannya nanti

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta dinaiki tiga lelaki ketika cuba menahan suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri besi di Pekan Baru, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari di kawasan rumah kedai menyebabkan mangsa berusia 50 tahun cedera ringan pada lutut dan kaki akibat terjatuh manakala motosikal berkuasa tinggi dinaikinya terperosok ke dalam longkang.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, anggota trafik itu membuat tinjauan di lokasi terbabit dan dan mendapati sebuah kereta Toyota LE dinaiki tiga lelaki berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran bangunan rumah kedai itu, namun kehadiran anggota trafik terbabit disedari suspek sebelum bertindak melarikan diri.
“Ketika cuba melarikan diri, suspek bertindak melanggar motosikal dinaiki anggota polis trafik terbabit,” katanya. menyebabkan motosikalnya hilang kawalan lalu termasuk ke dalam longkang berhampiran,” katanya.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera ringan di kaki dan lutut.
“Suspek kemudian melarikan diri, tetapi dikejar oleh anggota trafik lain dengan dibantu anggota cawangan jenayah sehingga ke Kampung Penghulu Him sejauh tujuh kilometer sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan,” katanya.-HM


Betong: Tidak cukup hanya dirogol, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibelasah oleh sepupunya sebelum dia ditinggalkan keseorangan di sebuah rumah di Spaoh, di sini kelmarin. 

Sebelum kejadian pada jam 2.15 petang itu, suspek berusia 17 tahun meminta mangsa menemaninya mengambil bungkusan ais di rumahnya yang terletak berhampiran rumah mangsa. Kehilangan budak perempuan itu disedari ibunya berusia 30 tahun, kira-kira 45 minit kemudian. 

Menurut sumber, wanita itu kemudian mencari anak perempuannya dan menemui mangsa dalam keadaan takut sambil menangis sebelum memaklumkan dirogol oleh suspek, manakala siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dirogol dalam bilik tidur remaja terbabit. 



Ibu buat laporan polis 

“Susulan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Balai Polis Spaoh. Suspek ditahan di rumahnya jam 5.35 petang semalam (kelmarin). Polis merampas pakaian suspek untuk dijadikan barang kes serta tilam yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Aidil Bolhassan, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu di Bintulu, seorang kontraktor binaan maut ditikam ketika cuba menyelamatkan isterinya yang bergelut dengan sekumpulan enam penjenayah bersenjatakan parang dan pisau di banglo dua tingkat milik mereka di Taman Perumahan MNLG, Jalan Tanjung Kidurong, jam 10.30 malam kelmarin. 
Mangsa hanya dikenali sebagai Lau, 48, sebelum itu bergegas ke tingkat bawah banglo sejurus mendengar isterinya menjerit meminta tolong. 

Rampas beg tangan 

Wanita terbabit ketika itu membuka pagar kediaman sebaik pulang dari bermain bola tampar apabila diserbu kumpulan itu yang turut merampas beg tangannya. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Abdul Razak Mohammad pada sidang medianya, semalam berkata siasatan awal mendapati sebuah bilik yang dijadikan pejabat di tingkat bawah kediaman itu digeledah dan telefon bimbit serta sejumlah wang tunai milik mangsa hilang selain menemui tiga bilah parang ditinggalkan di sekitar lokasi kejadian. 

Katanya, polis menahan empat suspek, termasuk dua warga Indonesia di sebuah tapak pembinaan berdekatan Lapangan Terbang Bintulu dan sedang memburu dua lagi penjenayah.
BH

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berasa sangat terhina apabila mendakwa dirinya dianiaya isteri yang belum pun setahun dikahwininya selepas wanita itu 'ditangkap' menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas ahli politik.
Lebih menyakitkan hati, dakwa pengadu yang berusia 46 tahun dan merupakan seorang anggota polis itu, dia telah diusir oleh isterinya yang merupakan seorang ahli perniagaan sebaik perkara itu terbongkar pada 27 Januari lalu.



KUALA LUMPUR: Doktor menasihati pelakon Fizo Omar dan isterinya iaitu Mawar Abdul Karim, 25,  agar tidak berada dalam keadaan tertekan sekiranya mereka berhasrat untuk mendapat anak selepas enam bulan berkahwin.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, mereka juga tidak dibenarkan untuk kuat bekejra kerana perkara ternsuet anatra penyumbang sukarnya seseorang isteri itu hamil.

"Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Seperti tempoh perkahwinan kami yang baru enam bulan ini doktor  menasihatkan beberapa perkara terutama posisi ketika bersama perlu betul.

"Jika gagal juga barulah dia akan panggil kami berdua untuk langkah seterusnya. Insya-Allah bulan depan kalau tiada apa-apa lagi (hamil) kami akan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut," katanya.

Fizo ditemui pada majlis pelancaran tajaan barangan kemas Reflesia dan promosi penerbangan Airfrance bersama selebriti ke Barcelona, Perancis, di Hotel Parkroyal, di sini pada Rabu.

Antara artis yang turut terlibat ialah Kamal Adli, Miera Liyana, Tasha Shilla dan Hairul Azreen.


Dalam pada itu, Fizo berkata, dia memang sudah bersedia dan berharap agar dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat ini.

Dia juga sudah berjaya meyakinkan isterinya untuk bersedia mempunyai cahaya mata biarpun pada awalnya Mawar merancang untuk fokus kepada perniagaan tudung Fareeda terlebih dahulu.

"Saya memang mahu anak. Kalau boleh kembar kerana saya ni sangat suka budak kecil. Saya sudah berjaya yakinkan Mawar untuk bersedia juga walaupun pada awalnya dia tidak mahu.

"Dia mungkin kurang suka budak kecil, namun melihat keinginan saya dia pun setuju untuk ada anak tetapi belum lagi rezeki kami," katanya.

Tambah Fizo, kesihatan dan kesibukan isterinya menjadi faktor penyumbang untuk sukar mengandung.

"Mawar ada masalah kesihatan apabila kitaran haid dia tidak teratur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk selain mengalami tekanan kerja.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013. Mstar

Tallahassee: Mahkamah semalam mengekalkan hukuman penjara 1,000 tahun ke atas seorang lelaki dari Jacksonville yang merogol tiga remaja pada 31 tahun lalu.
Mahkamah Rayuan Tallahassee menetapkan hukuman itu terhadap Arthur O’Derrell Franklin, kini 48, selepas dia disabitkan dengan 20 tuduhan termasuk melakukan siri serangan seksual, penculikan, rompakan bersenjata dan keganasan melampau.
Rakan Franklin, Terrance Jamar Graham yang baru dibebaskan dari penjara ketika kejadian, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Graham baru berusia 17 tahun ketika itu.

Hukuman penjara 1,000 tahun itu menyebabkan dia hanya boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol selepas 333 tahun.
Dalam hujahnya, Franklin berkata, hukuman dikenakan Mahkamah Agung pada 2010 bercanggah dengan perlembagaan.

Ia juga, katanya, tidak menepati peraturan kerana dia dibicarakan sebagai seorang juvana.

Bagaimanapun, semalam tiga hakim yang bersidang bersetuju Franklin kini boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol.
Justeru, kata hakim, keputusan penjara 1,000 tahun itu wajar dikekalkan.

Hakim Brad Thomas berkata, keputusan sama ada Franklin boleh diberi parol atau tidak kini terletak di tangan Suruhanjaya Parol Florida.
Sementara itu, peguam Franklin, Bryan Gowdy berkata, dia kecewa dengan ketetapan hakim dan menganggap anak guamnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Florida memansuhkan parol pada pertengahan 1980 namun Suruhanjaya Parol masih wujud bagi menangani kes seperti Franklin yang dikenakan hukuman sebelum tarikh berkenaan.

Kata Gowdy, dia pasti terkejut jika Suruhanjaya Parol Florida membebaskan Graham. - Agensi
Los Angeles: Keghairahan Taylor Swift terhadap nombor 13 nampaknya merugikan dia sendiri kerana menyebabkan disaman sebuah syarikat pakaian California atas dakwaan melanggar hak eksklusif jenama.
Nombor 13 sudah lama digunakan sebagai tanda dagangan berdaftar oleh syarikat Blue Sphere Inc bagi rangkaian pakaian dan aksesori bertema rock ‘n’ roll era 1950-an selama 20 tahun sebelum muncul pada 2012 melalui barangan rasmi Taylor.

Dalam kenyataan kepada Mahkamah Daerah Orange, Blue Sphere mendakwa pihak pengurusan dagangan dan pelesenan Taylor hanya mengutamakan jenama sendiri tanpa mempedulikan hak harta intelek pihak lain.

Pada 2009, Taylor, 24, memberitahu MTV dia menganggap nombor 13 sebagai angka bertuahnya kerana sering berdepan perkara menguntungkan apabila menggunakannya. Dia pernah melukis nombor itu di tapak tangannya sebelum memulakan konsert dan memuat naik gambar itu dalam Twitter menggunakan akaun @taylorswift13. Blue Sphere meminta injunksi dari mahkamah untuk melarang Taylor menggunakan nombor itu bagi barangan jenamanya, selain menuntut ganti rugi dan pemulihan keuntungan serta yuran undang-undang.

Pada 2010, Taylor - mengungguli senarai artis paling kaya dengan pendapatan AS$40 juta (RM130 juta) - berjaya memenangi kes paten jenamanya ke atas 16 orang yang menjual barangan palsu. - AFP
Gambar Hiasan
Serdang: Seorang wanita yang baru pulang melawat anaknya di Australia terkejut apabila menemui mayat suaminya sudah berulat di dalam rumah terletak di Taman Wawasan, Puchong, di sini.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa berusia 54 tahun yang juga seorang ahli perniagaan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya sejak lapan hari lalu berdasar keadaan mayatnya. 
Sumber polis berkata, isteri mangsa yang berusia 50-an tiba di rumah jam 11 pagi sebelum terhidu bau busuk dari dalam kediamannya itu. 

Menurutnya, wanita terbabit bagaimanapun terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan berulat dan membengkak di dalam tandas bilik utama kediaman mereka.

“Wanita terbabit sebelum ini bimbang apabila gagal menghubungi suaminya ketika dia berada di Australia,” katanya.

Kuala Lumpur: “Setiap malam saya tidur di atas sofa lusuh ini. Saya tiada pilihan kerana ini saja tempat saya berteduh,” kata Jamaluddin Abdullah Ratnam, 66, yang tinggal gelandangan di bawah jejambat bersebelahan landasan komuter Pantai Dalam di sini, sejak 10 tahun lalu.
Biarpun hidup dalam keadaan tidak terurus dan diganggu bunyi bising gerabak komuter namun lelaki warga emas terbabit tetap menghuni kawasan itu yang dianggap ‘syurga’ bagi berteduh dari panas dan hujan. 
Menurutnya, dia kini hidup sebatang kara kerana tidak pernah berkahwin malah adik-beradiknya juga tidak pernah ditemui sejak berhijrah ke Kuala Lumpur puluhan tahun lalu. 

“Sebelum ini saya ada rumah di perkampungan setinggan di kawasan berhampiran namun semua rumah itu dirobohkan. Malah semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan.

“Keadaan itulah yang memaksa saya tinggal di bawah jejambat ini. Saya bukannya sengaja tinggal di sini tetapi saya tidak ada pilihan,” jelas lelaki berasal dari Alor Gajah, Melaka ini.

Serdang: Seorang penjenayah bermotosikal yang dikejar anggota polis bertindak mencampakkan sepucuk pistol dan satu kelopak peluru ke atas jalan raya bagi menghapuskan bukti jenayah dilakukan.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, suspek bertindak merempuh pemeriksaan anggota polis sewaktu ditahan untuk pemeriksaan di Jalan Puteri di sini. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon berkata, suspek dikesan menaiki tiga motosikal bersama empat rakan lain sebelum cuba ditahan tiga anggota unit kereta peronda polis. 

Beliau berkata, kelima-lima suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun bertindak melarikan diri sebelum dikejar polis.

“Seorang suspek yang membonceng motosikal terbabit dilihat sempat mencampakkan sepucuk pistol ketika sedang melarikan diri.