Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
WASHINGTON – Pesawat MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu, dikhuatiri terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak selepas terbang sejauh beribu kilometer.
Rangkaian televisyen CNN yang memetik kenyataan sumber di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, satu analisis berdasarkan isyarat lemah yang dihantar kepada satelit dan data radar tentera mendapati, pesawat MH370 berkemungkinan terhempas sama ada di Teluk Bengal atau lokasi lain di Lautan Hindi.
Laporan analisis tersebut yang dilakukan oleh pasukan penyiasat Malaysia dan AS mungkin dapat mengecilkan kawasan pencarian pesawat terbabit yang hilang sejak seminggu lalu.
Kedua-dua pihak turut menjalankan analisis secara terperinci bagi mencari petunjuk kemungkinan pesawat itu menukar haluan penerbangan merentasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Teluk Bengal atau lokasi lain di bahagian barat daya Lautan Hindi.
Dalam pada itu, sumber berkenaan berkata, isyarat lemah yang diterima satelit menunjukkan pesawat terbabit menempuh penerbangan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak.
Sumber itu menambah, pesawat MH370 tidak mungkin memasuki ruang udara India yang dilengkapi kekuatan pertahanan udara dan kawasan liputan radar yang luas bagi mengesan serta memintas kapal terbang berkenaan.
Jelasnya, isyarat yang dihantar pesawat ibarat ‘tanda berjabat tangan’ atau komunikasi ringkas antara pesawat dan satelit.
“Dalam keadaan normal, kedua-dua sistem akan berkongsi data yang lebih banyak, namun kes MH370 menunjukkan sistem transponder pesawat itu, dipercayai ditutup dengan sengaja.
“Bagaimanapun tiada lokasi tepat dapat dipastikan melalui isyarat lemah yang dikesan satelit, sekali gus tidak membantu operasi mengesan kedudukan pesawat itu,” kata sumber tersebut. -AGENSI/REUTERS
Global
Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.
5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)
2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)
3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582
4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)
5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)
4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)
2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)
3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)
4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427
Isu Panas
SIDANG media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merungkaikan beberapa aspek penting dalam pencarian MH370.
Aspek penting didedahkan adalah pesawat sebelum ini didakwa membuat pusingan balik adalah milik MH370.
Maklumat terbaharu ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak.
Namun, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?
Pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih.
Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.
Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.
Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.
"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.
Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.
Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.
Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu menggodam sistem pesawat.
Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi.
SH
Isu Semasa
Fujian: Seorang lelaki yang mendakwa memaku kepalanya sendiri dengan tiga paku berukuran 10 sentimeter terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan paku itu dari tempurung kepalanya.
Lelaki berusia 69 tahun dan berasal dari wilayah Fujian itu dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu dan menjalani rawatan sejak hujung tahun lalu.
Dia yang mendakwa melakukan perkara itu sendiri dan merayu pihak hospital tidak melaporkan kecederaannya itu kepada polis.
Doktor percaya perkara itu dilakukan orang lain ke atasnya memandangkan kecederaan yang dialami.
Doktor berjaya mengeluarkan paku itu melalui pembedahan dan lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan selama tiga bulan di hospital sebelum dibenarkan keluar Khamis lalu selepas doktor mendapati dia sembuh sepenuhnya.
Kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di China. Dalam satu kes awal tahun ini, doktor mengeluarkan paku berukuran tujuh sentimeter dari tempurung kepala seorang lelaki di Nanjing.
Menurut laporan, paku itu tertusuk di kepala Yang, 55, akibat kemalangan yang berlaku ketika dia menghias rumah.
Bagaimanapun, dia tidak menyedari perkara itu sehingga dia merasa kesakitan keesokan harinya.
Yang dilaporkan sembuh sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang gangguan pada penglihatan atau kerosakan saraf.- Daily Mail
Global
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring dengan hanya berkain pelekat di tepi dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat itu ditemui penjaga dusun berusia 52 tahun yang kemudian melaporkannya kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan berkenaan.
“Siasatan kita mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, namun dia mungkin mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang ditemui di tepi jalan dan hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.
Isu Semasa
SEJAK kehadiran Raja Bomoh VIP, pelbagai cerita yang dimainkan penguna media sosial.
Sehingga hari ke-8 dalam mencari pesawat MH370 isu mengenai Raja Bomoh tidak pernah sunyi dari Facebook dan media sosial yang lain.
Malah rumah tok bomoh ini juga menjadi tarikan sesetengah pihak.
Menurut sumber dari Oh!Media Gambar berikut dipecayai gambar rumah isteri keempat beliau yang terletak di Kg. Bermin, Tapah.
Jika dilihat dari seni bina rumah ini, seperti Istana dan beliau mungkin seorang yang suka dengan ukiran keris kerana kelihatan di halaman rumah tersebut.
Pelbagai
SEORANG pelajar Malaysia yang kini belajar di China juga dikenali sebagai @Shazansharom di akaun Twitter miliknya berasa sungguh malu dengan tindak bomoh yang kononnya menolong mencari pesawat MH370.
“Sungguh memalukan, semua orang dikelas saya mengertawakannya dan bertanyakan apa yang terjadi,bomoh bodoh,” ayat yang dipetikan dari statusnya.
Kejadiaan itu dipercayai berlaku apa bila pelajar sekelasnya menonton video ritual bomoh yang dilakukan di KLIA tempoh hari.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments