Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Atlet olahraga biasanya memiliki tubuh yang kekar, tidak seperti postur para model yang berjalan di atas catwalk. Namun beberapa atlet wanita dunia mempunyai tubuh 'sempurna' serta wajah yang cantik. Untuk itu, mereka masuk ke dalam deretan atlet wanita terseksi di dunia

 1. Lindsey Vonn
Seperti yang dilansir dari US Magazine, Lindsey Vonn merupakan salah satu atlet wanita terseksi di dunia. Ia merupakan seorang pemain ski handal yang telah meraih empat kali juara dunia.

 2. Hope Solo
Hope Solo juga termasuk deretan atlet wanita terseksi di dunia. Ia adalah kiper sepak bola Amerika Serikat yang pernah meraih dua kali medali emas di Richland, Washington. Ia menjadi kiper tim naasional sepak bola wanita di Amerika sejak 2000 silam. Ia terus mengikuti beberapa olimpiade sampai saat ini.

 3. Missy Franklin
Missy Franklin merupakan atlet muda yang baru berusia 18 tahun tapi telah merebut empat medali emas dan satu perunggu di 2012 London Games. Sebagai ungkapan kebahagiaannya memenangkan empat medali emas sekaligus, ia membuat tato Olimpiade di jarinya. Missy juga diklaim sebagai atlet terseksi walaupun usianya masih sangat muda.

 4. Nastia Liukin
Seorang atlet senam, Nastia Liukin, pernah memiliki lima medali di beberapa Olimpiade yang diikutinya di 2012. Selain itu, ia merupakan atlet wanita pertama yang menjadi model CoverGirl serta memiliki clothing line yang dilabeli dengan nama 'JCPenney'.

 5. Danica Patrick
Tidak salah jika Danica Patrick juga merupakan altet terseksi di dunia. Pasalnya ia memiliki wajah yang cantik dan tubuh seksi. Danica adalah seorang pembalap asal Amerika Serikat. Ia juga pernah masuk sebagai model cover majalah Sports Illustrated, SHAPE, dan ESPN. Bahkan Danica juga pernah tampil seksi di SI edisi swimsuit pada 2008 silam.

 6. Maria Sharapova
Maria Sharapova adalah atlet tennis wanita asal Rusia. Ia menduduki peringkat ke-3 tahun ini sebagai petenis profesional dunia oleh Women's Tennis Association (WTA). Tubuhnya selalu tampak langsing dan cantik. Ia mengaku tidak pernah melakukan diet, hanya olahraga dan memiliki ekstra air putih. Ia juga pernah menjadi model dari majalah SHAPE.

 7. Amanda Beard
Amanda Beard telah meraih tujuh medali Olimpiade untuk kejuaraan renang. Beard juga pernah berpose memakai bikini untuk majalah Sports Illustrated di 2005. Tidak hanya itu, Beard pernah tampil seksi di cover majalah Playboy pada 2007 silam.

8. Gabrielle Reece
Gabrielle Reece merupakan atlet voli wanita, model, serta aktris asal Amerika. Ia memiliki tubuh yang seksi dengan wajah cantik. Reece pernah berpose untuk Playboy di 2001 silam.

Sumber: wolipop.detik.com

Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah.
 
Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa.

Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.

Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp.

Susulan kematian Shahreza,  empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Jika sebelum ini pelakon Jehan Miskin pernah menggemparkan peminatnya dengan rantai seakan berbentuk salib, kali ini suami kepada Daphne Iking, Azmi pula dituduh sedemikian.

Ini semua gara-gara rantai yang dipakainya sewaktu menemani isterinya di sebuah majlis baru-baru ini.

Banyak peminat mengandaikan rantai yang dipakai Azmi merupakan rantai berbentuk salib namun Daphne menjelaskan rantai itu sebenarnya adalah berbentuk pedang, bukan salib seperti yang difikirkan banyak pihak.

Di sini penulis sertakan gambar rantai itu dan anda nilaikanlah sendiri.

Rasanya lebih manis kalau lelaki Muslim tidak mengenakan sebarang perhiasan yang menyerupai kaum wanita.


Itu lebih baik daripada menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik kepada diri anda sendiri.

Bukan begitu?

SETIAP kali berlakunya pemindahan sementara untuk mangsa bencana alam di negara ini, kita akan lihat suasana yang ‘kelam kabut’ dan berselerak di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Lebih parah golongan wanita. Bayangkan dalam usaha untuk menjaga ahli keluarga, mereka juga terpaksa menjaga menjaga aurat daripada dilihat ratusan mangsa yang bukan muhrim.

Ibu yang menyusukan anak lagi sedih, terpaksa menyusukan anak sambil orang lalu-lalang.
Pengalaman penulis lagi sadis, pada suatu hari seorang Menteri lelaki ini pergi melawat mangsa banjir di kawasannya.

Apalagi, berduyunlah pihak media datang membuat liputan.

Ketika beliau sedang bersalaman, seorang ketua kampung ini memberitahu yang anak buahnya baru melahirkan anak.

Apalagi pak Menteri dan puluhan jurukamera dan jurugambar pun meluru ke arah wanita yang dimaksudkan.

Ketika pak Menteri menghulurkan tangan untuk bersalaman, si ibu tadi mungkin kerana teruja diziarahi pembesar, terus menyambut salam tersebut sambil terlupa yang dia sedang menyusukan bayinya.

Apalagi terserlah ‘dua bukit’ si ibu di depan puluhan jurugambar yang bertugas…nasib baik si suami sempat menjerit;
” Jangan ambil gambar lagi, isteri saya sedang MENETEK! “

Bila dikenang kembali, lucu pun ada juga.

Moralnya di sini, kerajaan sudah perlu melihat semula kaedah yang lebih baik dalam bab penempatan sementara ini.

Di sini penulis sertakan gambar bagaimana kerajaan Jepun menyediakan penempatan sementara untuk rakyatnya yang dilanda gempa bumi.

Khemah yang disediakan sangat menarik, sekali gus boleh menyelesaikan masalah ‘privasi’ mangsa-mangsa ini.

Lagipun nampak ia lebih tersusun, sistematik, bersih dan kemas.
Mungkin harga khemah-khemah sebegini agak mahal namun rasanya kerajaan dah lebih dari mampu untuk menyediakan.

Inilah masanya untuk kita menunjukkan keprihatinan kepada rakyat yang masih ‘sudi’  memangkah kita untuk memerintah.
Itupun kalau kita masih ‘sudi’ untuk mengenang jasa merekalah
Nak tahu apa lauk tambahannya? Ini bukan lalat atau serangga biasa tetapi.. cuba anda perhatikan betul-betul dan dekat-dekat. Nampak sangat tukang masaknya tangkap muat jer tak tengok.. Dah sah anak ular sebesar itu pun tak nampak.. ishh.. kembang bulu roma admin..

p/s harap-harap kat Malaysia tak seteruk begini..



Jika di sebahagian besar negara lelaki yang mempunyai perut buncit itu dipandang tak seksi, maka lain halnya dengan yang terjadi di sebuah suku di Ethiopia ini . Kaum lelaki di sana berusaha mati- matian untuk memiliki bentuk perut yang membuncit .

Mereka bahkan rela meminum ramuan campuran dari darah dan susu dalam jangka masa enam bulan dalam pengasingan . Semua pengorbanan itu dilakukan hanya untuk mendapatkan bentuk tubuh yang dipandang mereka sebagai tubuh yang seksi.

Ya , kaum lelaki yang berasal dari Suku Bodi ini harus menjalani terapi penggemukan badan dalam sebuah pengasingan yang terpencil selama enam bulan penuh. Selama itu , mereka meminum ramuan campuran darah lembu dan susu.


Sebenarnya tidak ada hadiah bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh paling buncit, namun ahli suku ini yakin bahawa lelaki berperut buncit dianggap sebagai pahlawan bagi kehidupan.

Suku Bodi yang menghuni lembah Omo di Ethiopia ini sebenarnya ingin mempertahankan tradisi tersebut . Malangnya, mereka tengah terancam oleh dasar pemerintahah yang mulai mengenakan adanya program transmigrasi . Pemerintahan Ethiopia merancang untuk memindahkan kira-kira 300 ribu warganya untuk menghuni kawasan Suku Bodi ini .

Pemandangan menakjubkan dari kehidupan Suku Bodi ini berjaya diabadikan oleh seorang jurugambar berbangsa Perancis, Eric Lafforgue . Eric menemui mereka ketika melakukan perjalanan ke daerah Tenggara Ethiopia kemudian mencari Suku Bodi ketika mereka merayakan tahun baru atau upacara Ka'el .




Adapun program penggemukan yang dilakukan oleh para lelaki , bermula sejak enam bulan sebelum perayaan Ka'el . Setiap keluarga dibenarkan untuk menghantar perwakilannya yakni lelaki yang masih bujang .Mereka akan bersaing untuk meraih kedudukan sebagai lelaki paling buncit. Selama dalam program pengasingan penggemukan badan, lelaki-lelaki ini dibenarkan meninggalkan rutin berladangnya , namun mereka juga dilarang melakukan hubungan intim selama dalam pengasingan .

" Lembu bagi mereka merupakan binatang suci , oleh kerana itu mereka tidak membunuh lembu . Sedangkan darah lembu yang mereka minum diperoleh dengan cara melubangi pembuluh darah dengan menggunakan tombak lantas menutup kembali lubang itu dengan menggunakan tanah liat ," jelas Eric sebagaimana dilansir Dailymail .

Kerana suhu panas dan terik matahari , biasanya para lelaki ini harus meminum dua mangkuk yang berisi dua liter darah dan susu. Mereka harus minum dengan cepat sebelum ramuan ini menggumpal . Sementara tidak semua orang boleh minum ramuan ini begitu cepat. " Pagi hari mereka meminum satu mangkuk darah, beberapa diantaranya tidak kuat lalu memuntahkannya ," tambahnya.

Mereka juga menutupi tubuhnya mereka dengan abu dan tanah liat sebelum kemudian mereka muncul saat perayaan Ka'el untuk mengikuti pemilihan siapa yang paling buncit.
 Sepasang bakal pengantin Fang Jing dan Zhao berpose saat melakukan foto pra perkahwinan sambil memanjat tebing di Liuzhou, Guangxi Zhuang Autonomous Region, China (26/10)






Dubai – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dihukum penjara selama enam bulan selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan amahnya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung, telah dibebaskan oleh mahkamah.
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah rayuan mendapati wanita itu sengaja mereka-reka cerita berkenaan bagi mengelakkan dia daripada dihantar pulang ke negaranya di Ethiopia.
Dengan membuat cerita bahawa dia mengandung, wanita berusia 28 tahun tersebut telah memeras ugut keluarga berkenaan.
Dia sebelum ini mendakwa telah mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di rumah majikannya di Ajman dan di sebuah bilik hotel, pada bulan April dan Jun lalu.
Budak itu didakwa masuk ke bilik amah tersebut dan membuka baju wanita berkenaan sebelum mengadakan hubungan seks.
Selepas mengetahui bahawa wanita itu mengandung, majikannya telah membawa pembantu rumah mereka ke hospital dan dia melahirkan anak pada Februari lalu.
Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, amah terbabit bersama budak lelaki itu telah dihukum penjara 6 bulan.
Amah berkenaan akan dihantar pulang ke negaranya selepas dia menamatkan tempoh hukuman di penjara.
Ketika mengemukakan rayuan, peguam budak tersebut berkata adalah mustahil bagi budak itu untuk menempah bilik hotel hanya semata-mata untuk mengadakan seks dengan pembantu rumahnya.
“Adalah jelas bahawa pembantu rumah ini melakukan seks dengan pihak ketiga, namun menuduh anak guam saya melakukannya hanya disebabkan wanita itu bergaduh dengan abang kepada anak guam saya ini,’’ katanya.

Penduduk di Jalan PB Sudirman, Kecamatan Tanggul, Jember, Jawa Timur, Ahad (6/10/2013), dihebohkan dengan munculnya seorang pemuda yang terapung di longkang pinggir jalan itu.

Salah seorang penduduk yang bernama Sugeng kemudian melempar batu ke arah orang tersebut tapi sama sekali tidak bergerak.

Karena merasa panik, Sugeng melaporkan mayat tersebut kepada polis. Setelah mendapat laporan, polis segera mendatangi lokasi kejadian dan melihat orang yang tak dikenali itu tidak bergerak.

Polis akhirnya turun ke longkang untuk melakukan evakuasi. Namun pemuda yang dalam kondisi telanjang bulat itu tiba-tiba bangun, duduk dan langsung tertawa terbahak-bahak.

Kejadian itu membuatkan orang ramai di sekitar lokasi menjadi ikut tertawa. Tampaknya orang gila itu sukses mengenakan penduduk sekitar dan polis.

Sama ada sengaja, atau tanpa disedari, beratus rakaman aksi seks pasangan Melayu sudah tersebar di internet.
Malah ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.
Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘mucul’.
aksimelayu01
Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang jatuh dalam kategori ‘tua nak mampus’ pun masih sanggup merakamkan aksi seks mereka!
Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita sedia maklum ramai di kalangan kita, malah mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.
lucah-melayu-565x447 (1)
Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.
Remaja jangan ceritalah, terutama yang baru nak ‘kenal dunia’.
Percayalah tiada mekanisma yang boleh membendung masalah ini kecuali individu itu sendiri.
Hubungan seks adalah suci jika terjalin di kalangan mereka yang berkahwin tetapi pada masa yang sama, ia adalah rahsia yang perlu disimpan dan haram untuk didedahkan, apatah lagi untuk tontonan umum.
sex-oct18
Paling membimbangkan, sudah ada kecenderungan di dalam masyarakat kita yang berbangga bila melihat aksi seks mereka didedahkan…lihat saja pasangan Alvin dan Vivan.
Mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman…kemaluan sudah boleh dijadikan tontonan! 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
Mohmad berkata, siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah.
- BERNAMA

Lelaki benama Jaime Rascone mempunyai pekerjaan yang cukup unik di dunia iaitu menguji kelayakan seseorang wanita sebelum mereka menjadi pelacur kelas atasan di Bandar Santiago, Chile. 

Pekerjaan Jaime Rascone diperolehi dari salah seorang temanya yang juga menjadi bapa ayam disebuah rumah pelacuran di kotanya . Temanya ini mencari orang yang mampu menilai seberapa hebat pelacur tersebut melayani pelanggan di rumah pelacuran tersebut . 

Bagi mereka yang ingin menjadi pelacur kelas VIP maka mereka harus menjalani beberapa ujian termasuk ujian wawancara , ujian psikologi, dan sesi foto namun salah satu ujian yang paling penting adalah ujian bagaimana calon pelacur tadi memuaskan para pelanggan. 

Disinilah tugas Jaime Rascone iaitu menguji para calon pelacur ini dengan menidurinya satu persatu dan menilai seberapa hebat pelacur tersebut melakukan hubungan seks. Jaime umumnya mencatat beberapa perkara penting seperti : bagaimana cara si gadis memindahkan pinggulnya saat bercinta , apakah erangan yang dikeluarkannya sudah cukup bagus atau tidak, dan masih banyak lagi. 

Namun tidak diketahui berapa gaji yang diterima lelaki ini dalam mengerjakan tugasnya untuk meniduri para pelacur ini . 

Pekerjaan yang cukup unik ya .
BERGELAP... Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pencawang Masuk Utama Utara TNB Kuantan melakukan pemeriksaan selepas kawasan itu ditenggelami banjir. - FotoBERNAMA
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam Rabu.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.
Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh.
"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.
Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.
Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam Rabu ialah 22,395 orang. - BERNAMA
Amirul tidak melihat persamaan wajahnya dengan pelakon Johan As'ari sebagai satu masalah besar.
PETALING JAYA: Pelakon baharu Amirul Ariff mengakui ramai pihak menyangka dia 'kembar' kepada Johan As'ari ekoran iras wajah mereka yang mempunyai persamaan.
Amirul, 25, berkata, dia bagaimanapun tidak kisah dengan sangkaan itu kerana menganggap masyarakat mula menyedari kehadirannya di dalam industri hiburan sebagai pelakon.
"Sebelum ini ramai yang menegur dan bertanya adakah saya Johan atau mempunyai hubungan saudara dengannya dan saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.
"Mungkin ada hikmah wajah kami seakan-akan sama tambahan pula saya adalah pendatang baru dalam bidang lakonan," katanya kepada mStar Online.
Pun begitu kata Amirul, dia berharap namanya dikenali bukan kerana persamaan tersebut sahaja sebaliknya mahu diterima kerana bakat.
Amirul membuat penampilan pertamanya dalam filem Kolumpo dengan memegang watak utama dalam karya yang diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Bront Palarae, Syed Munasar dan Rozi Izma.
Dalam filem Kolumpo, Amirul yang memegang watak utama bergandingan dengan Sharifah Amani.
Dalam perkembangan sama, Amirul berkata, dia tidak menyangka diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah filem berkenaan iaitu Syed Munasar untuk memegang watak utama.
Jelas Amirul, walaupun gementar namun dia menyahut cabaran tersebut yang dianggap berharga buatnya.
"Selain watak utama saya juga dapat bergandingan dengan Sharifah Amani dan beberapa pelakon hebat lain dan ia adalah pengalaman berharga," katanya.
Sementara itu, Amirul berkata, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tidak sengaja namun dia berhasrat untuk meneruskan karier sebagai pelakon selepas ini.
Sebagai pendatang baharu, dia juga telah bersedia untuk menghadapi asam garam dunia hiburan selain menerima kritikan terhadap lakonan pertamanya itu.
"Bidang perfileman sebenarnya bukan asing bagi saya kerana sebelum ini saya bekerja di belakang tabir dan pernah terlibat dalam banyak projek jadi saya tidak kekok apabila berada di set.
"Menerusi peluang ini juga saya ingin membuka ruang untuk diri sendiri mencuba cabang lain dalam bidang perfileman dan lakonan adalah salah satu daripadanya," jelasnya.
Tambah bekas graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang perfileman ini, dia tidak merancang untuk meninggalkan kerjayanya sebagai focus puller kerana itu adalah minat utamanya.
"Banyak perkara yang kita boleh belajar jika duduk di belakang kamera dan mana tahu pada masa hadapan saya mampu mengarahkan drama atau filem saya sendiri," katanya.
Kolumpo menemui penonton di pawagam bermula Khamis (hari ini). Ia turut dilakonkan oleh Azad Jazmin, Ruminah Sidek, Nell Ng, Farid Kamil dan Dira Abu Zahar.

Melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri tentang isu yang melanda dirinya dan Johan As’ari dengan menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza”
Shila Amzah turut menjawab persoalan dari ramai peminat tentang ke mana hilangnya gambar Johan As’ari di akaun Instagram beliau jika selama ini mereka hanya sekadar berkawan dan tiada sebarang perasaan istimewa.
“Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang”
“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar”
Dalam tulisan yang sama, beliau meminta semua media mahu pun para peminat supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan As’ari mahu pun Lana Nordin kerana mahu semua pihak lebih fokus kepada perkembangan kerjayanya.
Chef Wan bimbang industri pelancongan makanan negara ini akan tercalar kerana kesilapan yang dilakukan seperti restoran bertaraf lima bintang itu.
PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjelaskan tindakannya menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana kegagalan menyediakan resipi dengan cita rasa sebenar adalah kerana peranannya sebagai Duta Pelancongan Makanan Malaysia.
Chef Wan, berkata, teguran itu dibuat bukan kerana tidak berpuas hati dengan resipi Laksa Nyonya yang dimasak chef restoran itu tetapi beliau bimbang industri makanan negara ini akan tercalar kerana kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
"Saya telah mengelilingi dunia untuk mempromosi dan memperkenalkan masakan tradisional Malaysia dan apabila kejadian itu berlaku saya jadi malu dan marah kerana sebuah hotel bertaraf lima bintang di negara sendiri boleh menghidangkan makanan yang tidak sedap dan salah penyediaan resipinya kepada pelanggan.
"Bayangkan jika ada pelancong asing yang datang dan merasai hidangan tersebut ia akan memberikan gambaran berbeza terhadap makanan berkenaan selain imej buruk kepada industri pelancongan makanan di negara ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad lalu telah memuat naik gambar Laksa Nyonya dan menyelar sebuah restoran hotel lima bintang di Kuala Lumpur selepas rasa hidangan makanan yang dipesannya itu berbeza tidak seperti tertera dalam menu.
Dalam Instagram itu tersebut Chef Wan berkata, buat apa membayar RM40 untuk sepinggan Laksa Nyonya jika cara pembuatannya salah.
Inilah Laksa Nyonya yang dimakan Chef Wan sehingga menimbulkan kemarahannya apabila rasanya seperti mi kari.
Malah dia turut menyelar segelintir Chef bersikap pemalas untuk belajar cara penyediaan resipi sebenar dan golongan berkenaan patut ‘dihukum tembak’ kerana menjahanamkan manakan warisan negara.
Dalam perkembangan sama, Chef Wan berkata, dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus restoran berkenaan dan mereka berjanji akan memperbaiki masakan tersebut pada masa hadapan.
Malah katanya, adalah penting untuk tukang masak di negara ini berpegang teguh kepada warisan dan kaedah masakan dengan betul supaya hidangan tradisional kekal terpelihara.
"Sebagai seorang Duta Pelancongan Makanan Malaysia saya ada hak untuk menegur sekiranya sesuatu hidangan itu tidak dimasak dengan betul tambahan pula ia adalah masakan tradisional kita," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai sesetengah pihak yang memandang negatif terhadap tegurannya itu, Chef Wan berkata, beliau tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana baginya imej masakan Malaysia perlu dijaga.
"Mungkin saya ada kekurangan sebagai seorang chef tetapi pengalaman saya dalam bidang makanan sudah terlalu lama dan jika ada sebarang kesilapan sudah tentu saya akan tegur.
"Orang yang melemparkan komen negatif terhadap teguran saya itu mungkin tidak faham tentang tanggungjawab yang saya pikul sebagai seorang duta (pelancongan makanan)," katanya.
Dalam pada itu, Chef Wan menasihati tukang masak di negara ini agar perlu lebih peka terhadap penyediaan sesuatu masakan selain hendaklah lebih banyak belajar teknik memasak dengan betul.
Malah katanya, sikap malas dan tidak boleh ditegur perlu dikikis sekiranya ingin berjaya dalam bidang kulinari.
"Ini satu masalah tentang tukang masak di Malaysia, mereka enggan menerima teguran apabila berlaku sesuatu kesalahan dan sentiasa anggap diri mereka sudah cukup hebat.
"Sepatutnya mereka perlu lebih peka kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan masalah lebih besar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Chef Wan memberitahu, program masakannya iaitu East Bites West with Chef Wan telah pun disiarkan di saluran National Geographic di 58 buah negara di seluruh dunia.
Sharifah Sakinah
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah masih belum temui pengganti selepas berpisah dengan kekasih yang juga anak angkat kepada pengarah drama Erma Fatima iaitu Ahmad Albab beberapa bulan lalu.
Sakinah, 23, berkata, dia lebih selesa menjalani kehidupan tanpa seorang kekasih selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan.
"Saya belum mempunyai kekasih baru, lagipun saya masih muda dan kalau boleh ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada pratonton filem Ular, di E@Curve, di sini, Selasa.
Sakinah berkata demikian ketika ditanya tentang status dirinya selepas dilihat bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris yang sering dibawa ke majlis-majlis hiburan selepas putus cinta.
Jelas Sakinah, lelaki tersebut merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium yang berminat untuk mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air.
Tambahnya, disebabkan lelaki tersebut juga berat badannya berjaya diturunkan sebanyak 12 kilogram dalam tempoh enam bulan.
"Berat badan saya dulu 63 kilogram kini sudah 51 kilogram, dia banyak mengawal pemakanan saya dan memberi nasihat untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat," katanya.
Sementara itu, Sakinah yang berlakon dalam filem Ular berharap filem pertama lakonannya itu dapat diterima masyarakat.
Filem Ular akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Disember ini (Khamis).