Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Penduduk Pulau Pelik Temui Babi Hutan

PENDUDUK di sebuah pulau di Selat Inggeris sedang terpinga-pinga selepas mereka menemui seekor babi hutan yang dipercayai mungkin berenang sejauh 9km daripada pantai Perancis ke pulau itu.

Seorang remaja Jake Woodnutt merupakan individu pertama menemui babi hutan itu bulan lepas, di kampung asalnya itu iaitu Pulau Alderney yang diketahu tiada babi hutan yang berasal dari situ.

Haiwan itu pada mulanya disangkakan seekor babi peliharaan, tetapi apabila para penduduk memeriksanya dengan lebih dekat ia sebenarnya babi hutan.

Bagaimana binatang itu boleh berada di pulau itu menjadi tanda tanya, kerana untuk memelihara haiwan jenis itu pun ia memerlukan lesen khas dan tiada siapa yang membuat permohonan untuk memeliharanya.

Laluan masuk ke pulau itu juga hanya boleh jika menggunakan perkhidmatan kapal terbang dan tiada perkhidmatan feri di pulau itu.
“Saya mengeluarkan sedikit makanan yang ada di dalam treler kami dan haiwan itu datang dan memakannya, pasti ia seekor babi hutan,” kata Jake yang berusia 19 tahun.

Sementara itu, ibunya pula berasa ada dua ekor babi dari spesis yang sama kerana suaminya turut berjaya merakamkan satu lagi gambar haiwan yang sama tetapi berbeza sedikit.
Seorang pakar babi hutan yang berpengkalan di Cheshire berkata, babi berkenaan mungkin terjatuh ke dalam air ketika cuba melarikan diri daripada bahaya.

“Jika seekor babi hutan diancam bahaya, ketika kelenjar adrenalin mereka berfungsi mereka boleh terjun ke dalam air dan cuba untuk melarikan diri. Mereka pandai berenang,” kata Steve Parsonage.


MICHIGAN –  Seorang lelaki Amerika Syarikat menuntut wang tawaran AS$25 juta (RM80 juta) sebagai pemberi maklumat lokasi rahsia pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, di Pakistan.



Warga Michigan, Tom Lee berkata, dia sudah mengupah peguam untuk tujuan itu kerana memberitahu penyiasat persekutuan mengenai lokasi Osama di Abbottabad, lapan tahun sebelum pemimpin al-Qaeda itu dibunuh.

Osama dibunuh komando SEAL tentera laut Amerika di sebuah kediaman tiga tingkat di bandar itu pada Mei 2011.

Pegawai Amerika berkata, kediaman tidak wujud sebelum 2005 manakala pegawai Pakistan percaya Osama mula menginap di situ pada tahun itu.

Surat firma guaman Chicago, Loevy & Loevy, mewakili Lee dari Grand Rapids, menyatakan peniaga batu permata berusia 63 tahun itu melaporkan lokasi Osama di Abbottabad pada 2003.

Surat Loevy & Loevy dihantar kepada Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey pada Ogos lalu.
Seorang ejen perisikan Pakistan memberitahu Lee, dia mengiringi Osama dan keluarganya dari Peshawar ke Abbottabad.

AP sudah memohon untuk menemuramah Lee dan peguam yang menandatangani surat itu, Michael Kanovitz, menerusi Loevy & Loevy.
Menurut surat itu, Lee, warga Amerika keturunan Mesir, memberitahu perkara itu kepada ejen kastam dan FBI.

Lee melaporkan, ejen Pakistan itu, sebahagian anggota keluarga yang berurusan dengannya selama beberapa dekad, memusuhi Osama, kata surat berkenaan.

Surat itu mendedahkan, Lee berulang kali cuba untuk mendapatkan ganjaran berkenaan tetapi tidak menerima sebarang jawapan.

“Lee beritahu lokasi tepat pengganas paling dikehendaki pada era ini yang bertanggungjawab atas serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan serangan lain ke atas warga Amerika,” kata surat itu. – AGENSI

'Necropants' - Seluar Daripada Kulit Mayat

PERCAYAKAH anda ada seluar yang dihasilkan daripada kulit mayat manusia?

Mendengarnya saja sudah cukup menggerunkan, apatah lagi mahu memasang niat memakainya.

Namun, itulah yang pernah berlaku sekitar abad ke-17 di Iceland apabila ada pawang yang menciptanya dengan alasan ia boleh memberi kekayaan kepada si pemakainya.
Syaratnya, kulit tersebut hendaklah diambil dari paras pinggang hingga ke bawah, termasuklah bahagian sulitnya.

Replika seluar yang dipanggil ‘Necropants’ ini boleh dilihat di Muzium Icelandic Sorcery & Witchcraft.

Menurut laman web Strandagaldur, sebaik sahaja si pemakainya menyarung seluar itu, ia akan terus melekat pada kulit.

‘Necropants’ ini dikatakan akan terus memberikan kekayaan kepada generasi seterusnya jika pemakaiannya disambung oleh pewarisnya.


'Necropants' - Seluar Daripada Kulit Mayat
download

Nora Danish- Nedim Tak Suka Pukul Canang

MEMANG besar cabaran yang harus diharungi pelakon Nora Danish apabila mula rapat dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Nedim.

Apa tidaknya, bukan sahaja isu pembelian banglo berharga RM7.2 juta yang timbul, malah dia juga dikatakan suka merapati golongan berada untuk kesenangan diri.

Hai, kasihan Nora. Tak ada ‘kawan’ salah, dah ada ‘kawan’ pun orang pertikaikan pula.
Terbaru, ada pula dakwaan yang mengatakan Nedim seorang samseng dan mempunyai pengaruh yang cukup besar sekaligus melahirkan kebimbangan khususnya dari segi keselamatan Nora.

Menerusi laporan myMetro Ahad, pelakon itu menafikan cerita itu dan menyatakan dia sudah lama berkawan dan kenal akan kebaikan Nedim.

“Mereka tidak tahu Nedim selalu membuat kebajikan dan menderma kepada mereka yang memerlukan. Cuma dia tidak pernah suka pukul canang apabila membuat kebajikan.

“Orang tidak tahu pun sifat baik yang ada dalam dirinya. Dakwaan dibuat itu pula hanya berdasarkan khabar angin sedangkan mereka tidak pernah mengenali Nedim dengan lebih dekat,” katanya.

Kalau sudah begitu, ada baiknya kita mendoakan saja hubungan mereka sampai ke jinjang pelamin.

Yalah, tentulah Nora lebih mengenali Nedim secara peribadi berbanding kita yang hanya mendengar cerita melalui laman gosip dan mulut orang. Betul tak?

Acha Septriasa Sudah Dilamar Kekasih

SUDAH lama juga kita tidak mendengar perkhabaran pelakon comel dari seberang, Acha Septriasa.

Terbaru, dia dikatakan sudah dilamar oleh kekasihnya, Radipto Indra Rukmana atau Dito secara tidak rasmi.

Kekasihnya itu juga merupakan anak kepada sahabat bapanya sejak kecil lagi sebelum ayah Dito berpindah ke Yogyakarta dan terpisah selama 50 tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, Acha berkata dia sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri dan tidak ragu sekiranya perkahwinan dilangsungkan pada waktu yang terdekat.
Bagi kami, kalau sudah jumpa calon yang sesuai, tak perlulah tunggu lama-lama untuk mendirikan rumahtangga.

Lagipun, bekas kekasihnya Irwansyah pun sudah gembira dengan kehidupan baru sebagai suami orang. Mungkin kini sudah tiba saat Acha pula untuk berbahagia.

Tuu Diaaaa.....Anak Noraniza Idris Wakil Finalis Mr. Planet 2014

Walaupun bidang yang dipilih Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi, 20, anak bongsu kepada penyanyi Noraniza Idris agak berbeza dengan latarbelakang ibunya, kecenderungannya dalam dunia peragaan serta menghabiskan masa di gim melayakkan Alfeeq Haiqal mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencarian Mister Planet Malaysia 2014.

Ketika ditemui, Alfeeq Haiqal yang kini seorang freelance fitness trainer atau pelatih kecergasaan di sekitar Lembah Klang itu telah merancang untuk memberi kejutan kepada ibunya itu yang sedia maklum mengenai minatnya dalam menyertai pertandingan sebegini.

“Sehingga ke hari ini, saya belum memberi tahu dia(Noraniza Idris) mengenai perkara ini kerana ingin membuat kejutan kepadanya. Dia akan mengetahuinya pada malam ini jika dia dapat hadir pada acara memperkenalkan finalis yang dianjurkan oleh penganjur Mister Planet Malaysia 20134 di Upstairs Club, Cheras.

“Daripada dulu dia mengetahui minat saya dalam bidang peragaan dan lakonan malah dia memang menyokong minat saya kearah itu jadi saya rasa dia tidaklah akan sangat terkejut,”cerita Alfeeq Haiqal mengenai rancangan untuk memberitahu ibunya mengenai kejayaan menjadi finalis Mister Planet Malaysia 2014.

Julung kali diadakan di negara ini, Mister Planet Malaysia 2014 dianjurkan oleh Malaysian United Nations Pageant dibawah kelolaan Azman Bosri mencari idola jejaka tempatan untuk bertanding di Mister Planet 2014 di Filipina tahun hadapan dengan 60 perserta daripada seluruh dunia.

Alfeeq Haiqal telah mendapat sokongan teman-teman yang dapat melihat kebolehannya dalam bidang seni antaranya dunia lakonan. Berbekalkan wajah dan keyakinan diri, dia cuba untuk percaya pada kelebihan yang dimilikinya itu sebagai senjata serta penguat semangatnya didalam pertandingan ini.

“Saya pun tak tahu kelebihan saya berbanding peserta lain tetapi saya harus percaya dengan apa yang saya miliki dan keyakinan yang tinggi untuk membuatkan kita tampil menyerlah. Keyakinan diri sangat membantu mengawal setiap gerak langkah kita dan saya cuba untuk tidak kehilangan sepanjang pertandingan ini.

“Sedikit sebanyak saya buat juga research di Internet mengenai pertandingan seumpama ini dan juga pertandingan ratu cantik bagi melihat contoh-contoh soalan yang seringkali diajukan kepada peserta acara sebegini,”tambahnya yang mengaku masih solo dan tiada sebarang masalah untuk menerima komitmen bercinta dalam masa terdekat.

Tidak meletakkan sebarang jolokan atau title, menjadi finalis sudah membuka mata anak kepada penggiat muzik tradisional dan irama Malaysia ini untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni terutamanya dunia lakonan.

1374279_10152315998772519_879507431_n

SEBELUM menyertai ekspedisi berbasikal di sebuah gurun dekat selatan Alice Springs di Australia, seorang pelancong wanita dari Taiwan telah bergurau mengenai ‘hari kematiannya’ di Facebook.
Dia menulis;

” Sebelum berbasikal secara solo di Australia nanti, saya nak kongsi gambar saya yang pernah dimuatkan dalam majalah FHM pada tahun 2009. Andai kata saya mati kat gurun itu, anda boleh guna gambar ini di masa pengekebumian saya “

Untitled
1374279_10152315998772519_879507431_n
Seminggu selepas dia memuatkan status tersebut, Lin Ya-ruo telah dirempuh sebuah bas pelancong sewaktu di kawasan itu ketika baru memulakan pengembaraan berbasikalnya.
Selain mesej berbaur ‘kematian’ yang ditulisnya itu, Lin juga ada memperkatakan mengenai ekspedisinya.

“ Saya bawa 11,750ml air, banyak bahan makanan, peralatan perkhemahan, beg tidur untuk pengembaraan ini. Saya perlu berbasikal sejauh 100 kilometer untuk sampai ke tapak perkemahan.

“ Kalau tidak saya terpaksa mendirikan khemah di tepi jalan. Gelombang telefon pun mungkin tidak ada. Doakan saya berjaya, ”

525733_10152170508947519_1175595567_n 
(gambar Lin sewaktu berbasikal menjelajah Taiwan)



Fiza Elite maki hamun Adam AF2 kerana cemburu buta - Baru sebulan mendirikan rumahtangga, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite kini didakwa bergoyah ekoran sikap cemburu Adam AF2 tatkala melihat isterinya sedang mesra dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak.
Gosip terbaru ini mula kedengaran pada Ahad lalu selepas sebuah akhbar tempatan menyiarkan satu artikel yang mengulas tentang kemelut di antara mereka berdua. Penulis akhbar berkenaan mendakwa memperoleh maklumat tersebut daripada seorang sumber yang juga kru penerbitan sebuah produksi baru.
Antara yang terkandung dalam artikel akhbar tersebut ialah penyanyi Adam atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman, 30, dikatakan cemburu apabila melihat isterinya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 32, sedang mesra berbual dengan bekas kekasih ketika mereka bertemu di sebuah stesen minyak.
Penulis gosip itu menyifatkan pergaduhan pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite sebagai perang dunia ketiga dan ianya dikatakan bermula ketika mereka pulang ke rumah. Lebih menarik, semasa pertelingkahan antara mereka berdua, Adam AF2 sempat mempertikaikan kisah silam isterinya itu dengan dakwaan negatif.
Akibatnya, Adam AF2 dan Fiza Elite bergaduh besar sehingga terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri kepada suaminya. Sumber itu juga menyebut, Fiza telah memaki Adam kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya yang kuat cemburu itu, dipetik dari Kosmo.

Untuk pengetahuan, pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite baru sahaja berkahwin pada 26 September lalu di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam dengan mas kahwin RM300 dan hantaran sepersalinan lengkap.

Kerana berkongsi sekeping gambar bersama keluarganya, Lana Nordin yang berpakaian seksi dalam gambar berkenaan dikritik peminat sehingga membuatkan pelakon itu mengamuk.

Dalam gambar yang admin paparkan di bawah, jelas kelihatan hanya Lana Nordin sahaja yang berposing seksi manakala tiga ahli keluarganya yang lain berpakaian sopan dan bertudung. Apapun, peminat perlu selidiki dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang diri Lana.



Ekoran kritikan peminat yang tidak berpuas hati dengan penampilannya, Lana segera berkongsi sekeping lagi gambar dengan caption berbunyi "tu baju yg same masa shoot for Jodoh Itu Milik Kita...tang mane seksinya??? Haha so kecoh n benggong." Jadi dengan penjelasan Lana ini, diharap peminat tidak lagi melemparkan kritikan secara terburu-buru kepadanya.



Statistik kajian Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) dan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) menunjukan bahawa, antara golongan yang banyak berhutang dan diisytihar bankrap adalah golongan muda yang berusia berusia antara 18 tahun sehingga 35 tahun.

Hasil kajian didapati bahawa lebih kurang 47 % pekerja muda mempunyai hutang yang serius iaitu lebih 30% daripada gaji bulanan mereka digunakan utuk membayar hutang . Dan, kajian juga mendapati, 37 % pekerja muda mengaku bahawa mereka berbelanja melebihi tahap kemampuan mereka. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan kita semua. Terfikir bagaimanakah hal ini begitu mudah terjadi? Di manakah silapnya?

Menabung = Latihan berjimat cermat

Kali ini, saya ingin kongsikan sendiri pengalaman 10 tahun menabung yang pada asalnya saya terinspirasi daripada amalan tabungan yang diamalkan oleh abah saya sendiri. Semenjak sekolah rendah, saya akan melihat abah saya sentiasa menyimpan duit syiling RM 1 beberapa keping ke dalam tabungnya yang diperbuat daripada kayu setiap hari. Kemudian, apabila sudah penuh – tabung itu akan dipecahkan. Lalu, antara insan yang terpilih untuk membantu mengira wang adalah saya.
Tahukah apa perasaan saya ketika itu?

Sangat-sangat teruja, termotivasi dan terbangkit perasaan untuk memiliki tabung sendiri. Wang yang banyak dihadapan mata membuatkan saya begitu bersemangat untuk memulakan langkah awal untuk menabung seperti abah saya. Namun, hasrat itu hanya benar-benar berlaku apabila saya memasang tekad untuk menabung secara serius ketika tingkatan 5.

Wah! Itulah hasilan pertama yang penuh keterjuaan! Wang pada ketika itu sekitar RM 280. Sehari seringgit, lama-lama membukit! Baiklah, saya kongsikan bersama petua-petua yang berkesan untuk menabung :

1. Tanamkan MINAT Untuk Menabung

Ya. Ia syarat yang utama. Minat itu penting kerana menabung merupakan satu pekerjaan. Ia perlu dilakukan setiap hari tanpa jemu. Tanpa minat yang mendalam, lama kelamaan yang tinggal hanya tabung yang kosong tanpa isi.

Macamana? Bolehkah dengan langkah pertama ini?

Anda berminat?

2. Pastikan Target Simpanan Yang Akan Ditabungkan Setiap Hari

Ini penting. Jumlah tabungan harian perlulah jumlah yang sama. Contoh sehari RM 1. Justeru, kita akan pastikan setiap hari sebanyak RM 1 akan dimasukan ke dalam tabung kita tanpa sehari pun tertinggal.

Jika tertinggal, maka kita akan cover balik dengan memasukan jumlah hari yang terlepas.
Sebagai permulaan, tidak perlu banyak. Jika mampu RM 0.50 maka, menabunglah RM 0.50. Kemudian, lihatlah hasilnya setahun kemudian.

Saya yakin, pada tahun pertama anda akan begitu gembira!

3. Jenis Tabungan Yang Kukuh Dan Selamat

Saya syorkan jenis tabung anda adalah jenis yang diperbuat daripada kayu, besi, aluminium atau ukiran tanah liat. Yang penting asalkan, ia sukar dibuka. Jadi, wang kita sama ada syiling atau kertas akan kekal di situ selepas setahun.

Jika terdesak pun, kita tidak akan usik wang tabungan kita kerana ia susah dibuka dan memerlukan usaha untuk memecahkannya.

4. Letak Tabung Ditempat Selamat Tetapi Mudah Lihat

Seterusnya, sewajarnya kita meletakan tabung kita ditempat yang selamat tetapi ia mudah dilihat oleh kita. Kerana apa? Ia akan menarik perhatian kita setiap hari di awal pagi untuk menabung.

Contoh, sebelum ke tempat kerja, sekolah atau univerisiti – tabunglah yang akan kita lihat dan memasukan duit ke dalamnya sebelum berbuat urusan kerja yang lain. Secara tidak langsung, ia menjadi perkara utama yang kita lakukan setiap hari.

5. Masukan Menabung Sebagai Keutamaan Dalam Jadual Hidup

Kelihatan petua ini terlalu mudah, tetapi ramai yang gagal menabung kerana “minda” si penabung tiada dalam agenda hidupnya. Akhirnya, terlupa dan akan terus terlupa.

Mudah bukan, celik mata – antara perkara terawal kita lakukan ialah masukan duit ke dalam tabung. Mulakan dengan mindsetting sebegini, yakinlah bahawa akhirnya menabung akan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

6. Kenalpasti Punca Simpanan Tabungan Anda

Ada yang akan tertanya-tanya. Mana cukup duit saya untuk disimpan? Maka pelbagai alasan yang akan kedengaran. Baiklah, begini sahaja. Kita sebenarnya boleh semak seharian perbelanjaan secara menyeluruh dan akan sedari ada barang-barang harian yang dibeli tanpa keperluan.

Jika kita gantikan ia dengan niat untuk menabung, maka wang itu akan bermanfaat untuk tabungan kita. Bagi contoh seperti membeli surat khabar 2 jenis yang berbeza , maka kita kurangkan kepada satu. Satu akhbar berharga RM 1.20 sudah boleh disimpan wangnya dalam tabungan kita. Contoh lain ialah bayaran mencuci kenderaan kita motor atau kereta. Kita rajinkan diri membasuh kereta dan wangnya tadi boleh disimpan sebagai tabungan. Mudah bukan?

Bagaimana? Nampak laluannya?

7. Disiplin, Disiplin dan Disiplin

Wah! Penatnya membaca perkataan ini. Relaks dan tenang-tenang sahaja. Untuk menjayakan misi menabung ini – saya perlu akui bahawa disiplin adalah prasyarat yang harus ada amalan menabung. Tanpanya, segala impian akan terkubur!
Bagaimana hendak disiplin?

Jawapannya : Paksa, paksa dan paksa diri. Jika sudah memiliki tabung, maka paksalah diri untuk melaksanakannya. Jika terlupa, kita cuba cover balik mana yang tertinggal. Yang terpenting, kita teruskan menabung tanpa putus asa.

8. Berpegang kepada prinsip – Seringgit demi seringgit, lama-lama membukit!

Akhirnya, ialah yang harus ada kepada si pengamal amalan menabung. Prinsip sabar, sabar dan sabar. Tiada kejayaan yang mudah dalam apa jua lapangan dan bidang kerja. Begitu juga dengan menabung.

Sehari Seringgit, Lama-lama membukit akan menjadi kenyataan jika kita terus cekal dalam kesabaran. Mulakan secara berperingkat-peringkat dan bertahap. Yakinlah dengan diri sendiri.
Anda boleh!

Penutup : Rahsia Kehidupan

Yang terpenting yang saya perolehi daripada amalan menabung ini ialah rahsia mengecapi kejayaan dalam kehidupan. Apakah dia?

Itulah – istiqamah, konsisten dan berterusan. Melalui tabungan 10 tahun ini, saya telah menggunakan wang itu untuk pelbagai perkara – termasuk perbelanjaan perkahwinan saya, membeli buku-buku ilmiah saya, mengurus keperluan keluarga saya dan target masa hadapan ialah saya akan gunakan ia untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2025 nanti.
Apakah perkara yang paling menggembirakan hasil daripada menabung?

Mengira wang simpanan yang banyak? Bagi saya tidak, yang menggembirakan ialah apabila kita dapat memanfaatkan dan menggunakan wang hasil tabungan untuk sesuatu yang berharga untuk diri dan keluarga kita serta boleh disedekah kepada mereka yang memerlukan.

——
Tabung + Wang + Niat + Matlamat = Berkat!

Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410). 

Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan menyifatkan dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’ 

Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang ditawarkannya.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang. 

“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang paling berharga saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian Times.  
Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov.

Bagaimanapun tidak ada butir lanjut mengenainya disiarkan.

Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.

“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis.

Menurut laporan, remaja itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
 

Shanghai: Polis menyerbu sebuah rumah penyembelihan di bandar Huai’an yang dapati menjual daging kucing tetapi mendakwanya daging arnab kepada pengusaha restoran di wilayah Guangdong dan Guangxi.

Serbuan terbabit dilakukan selepas polis dan pegawai keselamatan makanan memperoleh maklumat mengenai kegiatan berkenaan.

Mereka menemui puluhan bangkai kucing tempatan yang sudah siap dibungkus di pusat penyembelihan palsu itu.
“Kawasan itu penuh dengan darah dan berbau busuk,” kata seorang anggota polis.

Akhbar Modern Express melaporkan, kepakaran pusat penyembelihan itu ialah menukar bangkai ribuan kucing menjadi perniagaan paling menguntungkan.

Sebahagian haiwan berkenaan dibiarkan hidup untuk dijual ke Guangdong dan Guangxi. Sementara yang lain disembelih atau dibiarkan mati sebelum dijual kepada resroran sebagai ‘daging arnab. - Agensi
PELANGGAN hanya bertuala dan menyimpan semua barang dalam almari kecil sebelum naik ke tingkat atas untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Kewujudan lebih 10 sauna khusus untuk lelaki di sekitar Kuala Lumpur bukan semata-mata untuk rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi lokasi golongan lelaki gay melam­pias nafsu sejenis.
Kegiatan sauna songsang itu semakin berkembang secara haram di sebalik lesen pusat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. 
Dalam tempoh dua minggu, wartawan membuat tinjauan di beberapa pusat sauna gay sekitar Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Cheras dan Brickfields.

Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
Hasil pemeriksaan maklumat menerusi Internet membawa wartawan ke sebuah pusat sauna gay di Jalan Sultan Ismail.
Dapatkan Harian Metro 

 

PENGAKUAN dramatis Almy Nadia terpaksa menjual karipap untuk menyara keperluan seharian baru-baru ini mengejutkan ramai. 

Di sebalik sensasi percintaan dan status perhubungannya bersama aktor popular Fizz Fairuz yang kembali berputik sedang diperkatakan, kisah karipap Almy itu seolah-oleh menunjukkan betapa pelakon yang baru berusia 27 itu sedang dalam kesusahan untuk mencari rezeki.

"Rasanya semua itu salah faham. Itu cerita lama, saya ditemu bual tentang perkara berkenaan sudah lama. Memang betul ketika itu saya tiada tawaran lakonan dan daripada membuang masa melepak di KL, lebih baik saya pulang ke kampung menolong ibu saya membuat dan menjual karipap. Saya faham tentang tanggapan ramai apabila cerita saya jual karipap itu tersebar.

"Ibu saya memang menerima tempahan karipap sejuk beku dan saya juga ada mempromosikan jualan ibu menerusi akaun Instagram saya sejak sebelum bulan puasa lagi. Jadi, memang saya tolong ibu dan saya tidak malu pun. Cuma saya rasa ada sedikit yang tidak kena kerana ketika kisah itu disiarkan, saya dilihat elok sahaja berada di lokasi penggambaran," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Gadis Saza di ibu kota.

Tambah Almy dalam nada serba salah: "Seperti yang saya telah katakan, keadaan saya tidak seteruk seperti yang disangka. Saya tetap ada kerja dan cari duit secara halal tapi tidaklah sampai kelihatan seperti terdesak."

Untuk drama bersiri 13 episod terbaharunya itu, Almy sibuk sehingga 16 November nanti sebelum menunggu mana-mana tawaran lain yang datang.

Ditanya tentang kepayahan hidup yang dilalui gara-gara ketiadaan tawaran lakonan, Almy Nadia akui turun naik nasib yang dihadapi segelintir pelakon seperti dirinya.
"Bukan pertama kali saya tiada tawaran lakonan, sebelum ini ada pernah berbulan-bulan juga saya tidak tawaran. Perkara itu biasa buat saya tapi saya okey sahaja. 

"Sekarang stesen televisyen ada klasifikasi pelakon yang mereka mahukan, pelakon wanita kini ramai yang baharu. Tapi saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing. Saya pun faham peredaran semasa. Sekarang saya cuba tukar imej dengan berambut pendek, saya korbankan rambut panjang selama ini untuk tampil lebih segar, nampak lebih muda sikit," katanya berhasrat untuk memperbesarkan perniagaan karipap sejuk beku yang diusahakan bersama ibunya ketika ini.

Kata Almy, dia bagaimanapun bersyukur atas setiap rezeki yang diterima.

"Kekangan paling utama ialah modal, bila lama tiada tawaran lakonan, duit simpanan boleh habis untuk kegunaan harian. Jadi, saya kena stabilkan kewangan dulu. Sekarang saya berniat mahu mendaftarkan dulu perniagaan itu. Bila sudah ada sijil, barulah boleh serius dengan perniagaan. Setakat ini memang kami sudah ada pelanggan tetap, cuma kalau saya sibuk dengan lakonan, pembuatan karipap itu akan terhad sebab ibu saya memang tiada pembantu lain," jelas Almy.

Tutup helaian jualan karipap, Almy kini semakin matang apabila diajak bercakap soal masa depan. Ditanya juga tentang pengakuan Fizz yang akan menghantar rombongan merisik pada minggu depan, Almy masih berpegang kepada prinsipnya.

"Saya tidak mahu bercakap panjang tentang hal itu. Syukurlah hal pun keluar daripada mulut Fizz. Dia menunjukkan keikhlasannya dan saya lega," kata Almy.


LOS ANGELES - Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kelmarin menyebabkan seorang ejen keselamatan tidak bersenjata terbunuh.

Insiden tembakan itu mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai sehingga menyebabkan mereka lari untuk menyelamatkan diri.

Penyerang terbabit dikenal pasti sebagai Paul Anthony Ciancia, 23, (gambar kecil) yang merupakan penduduk Los Angeles. 

Suspek yang bersenjatakan sepucuk raifal berjaya menceroboh masuk melalui sebuah pusat pemeriksaan di lapangan terbang itu sejurus selepas pukul 9 pagi waktu tempatan kelmarin.
Tembakan rambang itu berakhir kurang dari 10 minit selepas polis menembak dan mencederakannya. 

Media Amerika Syarikat melaporkan, Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) pada malam kelmarin mengenal pasti pegawai yang maut sebagai Gerardo Hernandez, 39.
Ciancia yang dipercayai mempunyai dendam terhadap pegawai TSA turut mencederakan tujuh orang.

Menurut Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti, Ciancia masih membawa sejumlah peluru ketika dia ditahan polis.

"Terdapat lebih 100 peluru lagi yang boleh membunuh sesiapa sahaja di terminal pada hari ini (kelmarin)," kata Garcetti.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberitahu bahawa Ciancia merupakan seorang yang suka bersendirian.

Sejumlah 750 penerbangan tergendala selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan membatalkan jadual penerbangan pada hari kejadian.
Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung motif serangan itu. - Agensi

 

DERA ISMAIL KHAN, Pakistan - Beberapa anggota pejuang pergerakan Taliban di Pakistan mengebumikan secara rahsia pemimpin mereka, Hakimullah Mehsud selepas dia mati dibunuh dalam satu serangan dron milik tentera Amerika Syarikat (AS).

Puak Taliban itu juga berikrar akan melakukan satu siri serangan pengebom berani mati selepas Hakimullah mati kelmarin di kubu kuat pergerakan tersebut di Miranshah, barat laut Pakistan.

Kerajaan Pakistan turut mengutuk pembunuhan itu.

Seorang pejuang Taliban berkata, serangan dron itu berlaku semasa Hakimullah menaiki sebuah kenderaan setelah menghadiri satu mesyuarat dengan para pemimpin pergerakan tersebut.

Menurutnya, mayat Hakimullah dapat dikenal pasti selepas serangan tersebut berlaku.
Dia berkata, seorang pengawal peribadi dan pemandu Hakimullah turut terbunuh.

Sumber-sumber keselamatan Pakistan menyatakan, beberapa anggota Taliban mengebumikan ketua mereka secara rahsia pada waktu malam kerana takut tentera AS akan menghantar dron untuk melakukan serangan di kawasan pengebumian itu.

"Setiap darah yang mengalir dari tubuh Hakimullah akan diganti dengan satu serangan pengebom berani mati," kata seorang jurucakap Taliban, Azam Tariq.

"Amerika dan rakan-rakannya tidak sepatutnya gembira kerana kami akan melakukan serangan balas untuk darah pejuang syahid kami," tambahnya.
Hakimullah mengambil alih sebagai ketua pergerakan tersebut yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda pada tahun 2009.

Dua ketua pergerakan itu terbunuh dalam serangan dron milik tentera AS sebelum ini.
Beberapa komander Taliban akan mengundi untuk memilih timbalan Hakimullah, Khan Said sebagai ketua yang baharu.

Khan dipercayai dalang dalam satu serangan ke atas sbeuah penjara di barat laut Pakistan yang menyebabkan 400 orang banduan dibebaskan pada tahun 2012 serta serangan terhadap sebuah pangkalan tentera laut Pakistan. - Reuters

 

AHLI kumpulan rock terkenal Metallica mengakui mereka sukakan muzik yang dibawa oleh penyanyi remaja Justin Bieber.

Vokalis utama Metallica, James Hetfield memberitahu Rock Magazine Justin adalah seorang artis berbakat besar dan turut mengelar diri mereka sebagai 'Beliebers'.

"Saya berpendapat bukan mudah untuk menjadi Justin kerana selain berbakat besar dia terpaksa berhadapan dengan semua perhatian yang diberikan kepadanya pada usia muda.
"Bukan mudah untuk menghadapi situasi tersebut dan dia adalah seorang yang berani," katanya.

Sementara itu, pemain bass Metallica Robert Trujillo memberitahu dia berharap Justin akan meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti dilaporkan media sebelum ini dan fokus kepada bidang muzik.

"Jika dia tidak mengubah sikapnya saya tidak mahu lagi menjadi 'Beliebers'," ujarnya.
Justin telah merakamkan semula sebuah lagu kumpulan itu yang berjudul Fade to Black yang popular sekitar tahun 1984.