Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Gambar Hiasan |
KOTA KINABALU: Mayat seorang operator mesin yang dilaporkan lemas ketika menjala ikan di sebuah tasik di Karambunai semalam ditemui pasukan mencari dan menyelamat, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan M Chandra, berkata mayat Maejoh Japar, 53, dari Kampung Karambunai ditemui terapung kira-kira 30 meter dari tebing tasik pada 6.54 pagi.
"Sebelum kejadian mangsa yang berbangsa Dusun keluar rumah kira-kira 12 tengah hari semalam untuk menjala ikan di sebuah tasik di Karambunai. Lebih kurang jam 8 malam mangsa sempat menghubungi isterinya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kata Chandra, sehingga jam 1 pagi, mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan ahli keluarga keluar mencarinya dan menjumpai barangan mangsa seperti selipar dan pukat di bawah sebatang pokok kira-kira 50 meter dari tasik.
Chandra berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 pagi tadi sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang maut manakala dua lagi cedera, seorang daripadanya parah, selepas lori lima tan yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori 10 tan yang diletakkan di tepi jalan di depan sebuah kilang simen di Teluk Sepanggar 7.30 malam, semalam.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Shahrin Jemin, 25, berasal dari Kampung Lok Batik, Tuaran, yang duduk di kerusi penumpang lori berkenaan ketika kejadian.
Seorang lagi penumpang cuma cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam perkembangan lain, mayat seorang lelaki, dipercayai penagih dadah, ditemui di Sungai Padas, Beaufort, jam 10 pagi tadi kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilihat terjun ke dalam sungai itu ketika melarikan diri daripada buruan polis. - BERNAMA
Isu Semasa
KEGIATAN pelacuran di negara China agak berleluasa
biarpun hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah mengusahakan
perhambaan seks di negara itu.
Di bawah undang-undang negara komunis itu, mereka yang didapati
bersalah boleh dihukum mati dengan ditembak oleh skuad penembak khas.
Disebabkan itu, setiap kali pihak berkuasa negara berkenaan melakukan serbuan, pasti akan huru-hara jadinya!
Baru-baru ini, sebuah rumah pelacuran di wilayah Jilin telah diserbu polis.
Seorang pelajar sekolah berjaya
merakamkan suasana kelam-kelibut yang berlaku, termasuk bagaimana salah
seorang pelanggan yang bertukar ‘Spyderman’ kerana hendak melarikan
diri!
Lelaki itu memanjat bumbung bangunan dalam keadaan bogel kerana tidak
sempat mengenakan seluarnya sewaktu pasukan polis memecah masuk salah
sebuah bilik persundalan.
Turut dirakamkan pelajar sekolah itu adalah beberapa pelacur yang bertempiaran melarikan diri, juga dalam keadaan tanpa pakaian.
Mungkin mereka lebih rela mati jatuh bangunan dari terpaksa menerima peluru dari pasukan penembak khas di penjara…agaknyalah.
Pelbagai
KUCHING: Sebanyak 12
unit bilik sewa di tingkat dua sebuah rumah kedai di Jalan Haji Taha di
sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu dipercayai berpunca dari
litar pintas dari sebuah bilik sebelum merebak memusnahkan semua 12 unit bilik di tingkat berkenaan.
Ketika kejadian lebih 10 penghuni bilik terdiri daripada pelajar
sebuah kolej swasta berada di bilik masing-masing sempat menyelamatkan
diri sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba Padungan dan Batu Lintang bersama 16 anggota serta tiga unit bermotosikal dikejarkan ke lokasi kejadian.
Dua jentera bomba dari Balai Bomba Padungan dan Batu Lintang bersama 16 anggota serta tiga unit bermotosikal dikejarkan ke lokasi kejadian.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.09 pagi.
Isu Semasa
PUTRAJAYA: Dua cedera termasuk seorang wanita mengandung enam bulan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer A 0.7 Lebuhraya Elite susur keluar Nilai ke Seremban.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari itu, kereta Proton Waja dari arah KLIA dipercayai hilang kawalan selepas tayar hadapan kanan kereta berkenaan pecah.
Sementara Toyota Vios yang dipandu wanita mengandung terbabit turut hilang kawalan dan melanggar belakang kereta Waja menyebabkan kedua-dua kenderaan melanggar batu konkrit pembahagi jalan seberat kira-kira 500 kilogram sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan dilanggar treler menghala ke KLIA.
Isu Semasa
Hampir dua bulan bergelar suami isteri yang sah pada 16 Disember 2013, pasangan Farawahida dan Abdul Shukur baru-baru ini telah mengadakan majlis resepsi pernikahan di tempat pihak lelaki yang berlangsung di Dewan N’dah, Shah Alam.
Kedua-dua pengantin mengenakan dua persalinan sepanjang majlis tersebut berlangsung secara sederhana. Farawahida yang sempat dihubungi baru-baru ini teruja untuk mengandung dalam terdekat memandangkan usianya sudah mencecah 29 tahun.
"Saya bersyukur kalau dikurniakan zuriat dalam jangka masa yang terdekat. Lagipun usia saya sudah mencecah 29 tahun. Tetapi ini semua rezeki dan saya berharap saya mendapat rezeki itu."
Admin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada penyatuan Farawahida dan Abdul Shukur menjadi satu keluarga baru dalam dunia hiburan. Mari layan beberapa keping gambar sekitar resepsi pernikahan mereka di Shah Alam.
Hiburan
Alabama – Adakah ini selfie paling
teruk? Bergambar dengan mayat, bukan satu gurauan. Tapi itu yang
dilakukan oleh seorang remaja sekolah menengah ketika melakukan lawatan
ke jabatan biologi Universiti Alabama.
Selfie yang diambilnya itu dimuat naik dalam instagram.
Biarpun dia sudah memadamkannya, namun ada rakannya yang sudah merakamkan gambar itu dan menunjukkan kepada kakaknya.
Kes itu kemudian diadukan kepada pihak sekolah.
Ia menyebabkan kes ini menjadi kecoh kerana jelas sekali tindakan
pelajar itu melanggar arahan yang ditetapkan oleh universiti berkenaan.
Arahan itu termasuk tidak boleh membawa telefon bimbit, tidak boleh
mengambil gambar dan mengalihkan kain yang menutup muka simati.
Susulan itu, pihak sekolah sedang membincangkan tindakan disiplin yang bakal dikenakan ke atas pelajar itu.
Dalam pada itu, jurucakap Universiti Alabama dalam kenyataannya
menyifatkan insiden itu sebagai tidak menghormati mayat dan polisi yang
ditetapkan.
“Pelajar itu melanggar peraturan yang ditetapkan dan ia merupakan
sesuatu yang tidak boleh diterima serta amat mengecewakan. Kami akan
mengkaji semula prosedur kami bagi memastikan kejadian ini tidak
berulang,’’ katanya.
Pelbagai
MACAM tak percaya pula dengan khabar terbaru yang kami dengar mengenai penyanyi Adira.
Kononnya, dia dan ‘teman tapi mesra’nya iaitu Presiden Gerakan Belia
Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 28, sudah tidak
lagi mempunyai hubungan istimewa.
Ia berikutan ketiadaan gambar jejaka tersebut di dalam akaun
Instagram Adira yang khabarnya telah dipadamkan oleh penyanyi itu
sendiri, memetik laporan GUA.
Biar pun kedua-duanya tidak pernah berterus-terang mengenai hubungan
mereka, semua orang sudah dapat mengagak yang mereka sememangnya
berpacaran sebelum ini.
Persoalannya, jika benar mereka sudah berpisah, adakah ia disebabkan
gosip yang hangat diperkatakan sebelum ini, kononnya Shahrul cuba
mendekati seorang pelakon wanita kontroversi yang kini hangat
diperkatakan selepas kisah putus cintanya?
Sama ada benar atau tidak, kita tunggu sahaja kenyataan dari mulut Adira sendiri.
Hiburan
Walaupun kandungannya mencecah 7 bulan, wanita ini terus berlatih sukan kickbosing tanpa menghiraukan keadaan bakal bayinya. Dia adalah Crystal Green iaitu juara dunia karate serta kickboxing. Apa-apa pun dia tidak patut lakukan semua ini.
Pelbagai
Baru sahaja rasanya habis khabar angin yang mengatakan Zizan Razak & Emma Maembong sakan bercumbuan dalam penerbangan ke Amerika Syarikat beberapa minggu lalu, timbul pula khabar angin baru yang kurang enak.
Murai awal hari ini menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian & percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.
Zizan Razak yang dihubungi portal GUA pula melahirkan rasa hairan bagaimana khabar angin ini boleh dikaitkan dengan dirinya serta tidak tahu komen bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
CP: Rotikaya.com
Hiburan
KOTA KINABALU: Umpama dirasuk syaitan, seorang lelaki tempatan
tergamak menikam dan memukul anak perempuan tirinya sehingga parah dalam
satu insiden di Taman Prince Philip, Tanjung Aru, di sini, pagi
kelmarin.
Dalam insiden jam 8.30 pagi terbabit, mangsa yang
berusia 33 tahun dan berasal dari Kampung Laut Papar itu mengalami
kecederaan parah selepas tusukan sedalam satu inci di bahagian perutnya
selain luka-luka di bahagian badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh
suspek.
Dikatakan sebelum kejadian, mangsa yang tinggal di Papar
diajak ke Tanjung Aru pada pagi terbabit kononnya untuk bertemu dengan
seorang rakan suspek.
Bagaimanapun sebaik tiba di Tanjung Aru,
tiada sebarang kelibat rakan suspek di situ dan akhirnya suspek mengaku
tujuan membawa mangsa adalah untuk berbincang sesuatu.
Suspek
dipercayai cuba memujuk mangsa untuk menggugurkan tuduhan mahkamah
terhadapnya atas kesalahan penderaan fizikal namun berlaku pertengkaran
antara mereka berdua sejurus itu.
Pujukan berkenaan kemudiannya
difahamkan gagal sehingga mengakibatkan suspek berang lalu bertindak di
luar kawalan dengan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau serta
memukulnya dengan kayu sehingga rebah sebelum lari dari tempat kejadian.
Pemangku
Ketua Polis Kota Kinabalu Superitenden M Chandra berkata, mangsa yang
dalam keadaan parah sempat meminta pertolongan orang awam sebelum
ketibaan sepasukan anggota peronda di lokasi itu.
“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan kecemasan dan kini dilaporkan stabil.
“Suspek yang dipercayai bapa tiri kepada mangsa bagaimanapun melarikan diri selepas kejadian itu.
“Polis masih melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian berkenaan,” katanya.
Chandra berkata, siasatan awal kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.
UtusanBorneo
[Wow] - Jenayah
Sydney: Mayat seorang wanita tua terbujur di kediamannya selama
hampir lapan tahun sebelum rangkanya ditemui, satu inkues dimaklumkan
semalam.
Kes itu digelar oleh media tempatan sebagai ‘wanita yang dilupakan Sydney.’
Mayat Natalie Wood yang meninggal pada awal 2004 hanya ditemui polis pada Julai 2011.
Dia dipercayai jatuh di bilik tidurnya dan gagal untuk bangun. Pegawai kanan polis Andrew Wills memberitahu mahkamah Natalie tinggal bersendirian.
Dia dipercayai jatuh di bilik tidurnya dan gagal untuk bangun. Pegawai kanan polis Andrew Wills memberitahu mahkamah Natalie tinggal bersendirian.
“Dia mengutamakan privasi dan akan membuka pintu hanya bila mengenali ketukan seseorang,” katanya.
Jiran tetangga memberitahu polis, mereka menyangka Natalie sudah berpindah dan kediaman itu kosong. Natalie tidak menulis wasiat dan kakak iparnya Enid Davies serta empat lagi sepupunya kini membuat tuntutan harta peninggalannya. - Agensi
Global
SIBU: Taktik seorang anak gadis berusia 15 tahun 9 bulan yang sering
keluar awal pagi untuk berjumpa dengan teman lelakinya akhirnya
terbongkar kelmarin.
Dalam kejadian sekitar jam 1 hingga 2 pagi
Ahad lalu, gadis tersebut telah menyelinap keluar dari rumahnya di Jalan
Empawah di sini.
Difahamkan gadis tersebut keluar bersama teman lelakinya menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini.
Ketika berada di rumah teman lelakinya, lelaki terbabit mengajak gadis itu menonton televisyen di sebuah bilik.
Menurut
laporan, lelaki tersebut dikatakan meraba-raba dan bercumbu-cumbuan
dengan gadis tersebut sebelum mereka melakukan persetubuhan.
Setelah pasangan tersebut memuaskan nafsu, teman lelaki gadis tersebut menghantarnya balik ke rumah sekitar jam 3 pagi.
Pada masa sama, ibu bapa gadis tersebut menyedari anak gadisnya keluar rumah dan mereka keluar mencarinya.
Setiba di rumahnya, gadis tersebut terus masuk ke bilik tidur semasa ibu dan bapanya sedang mencarinya ketika itu.
Apabila ibu bapanya pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mereka terus bertanya kepada anak gadisnya ke mana dia pergi.
Pada awalnya, anak gadisnya enggan memberitahu mereka sehingga bapa mangsa memaksanya menceritakan segalanya.
Kesal dengan apa yang berlaku, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis.
Gadis
tesebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan
perubatan dan disahkan terdapat kesan koyakan lama dan baharu pada
kemaluannya.
Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan
siasatan dan mengenal pasti seorang lelaki berusia 20-an dan bekerja
sebagai mekanik bertanggungjawab melakukan kesalahan ke atas gadis
tersebut.
Suspek berkenaan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat dan kes ini kini dalam siasatan polis.
Isu Semasa
KUCHING: Seorang remaja perempuan dipercayai dirogol bergilir-gilir
garagara takut setelah digertak oleh dua lelaki yang menyamar sebagai
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Isnin lepas.
Difahamkan,
insiden tersebut berlaku apabila gadis berusia 16 tahun itu ditahan dua
lelaki tidak dikenali ketika sedang belajar menunggang motosikal
bersama teman lelakinya di kawasan Pending di sini.
Dua lelaki
tersebut kemudian dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai anggota
penguat kuasa JAIS dan mahu menahan mangsa untuk dokumentasi seterusnya
meminta mangsa untuk mengikuti mereka.
“Mangsa pada mulanya enggan
patuh, namun terpaksa menuruti arahan mereka kerana takut setelah
digertak akan diambil tindakan lebih tegas lagi.
“Mangsa kemudian
dibawa menaiki sebuah kereta dipercayai menuju ke arah kawasan Bako di
mana dia telah dirogol bergilir-gilir di situ oleh kedua-dua lelaki
berkenaan sebelum dihantar ke kawasan rumah mangsa,” kata sumber.
Manakala,
teman lelaki mangsa yang mengesyaki perkara buruk menimpa kekasihnya
segera ke rumah mangsa untuk melaporkan perkara tersebut kepada
keluarganya.
“Mereka mencari mangsa, namun menemui jalan buntu
sehingga mangsa pulang sendiri ke rumah mereka kirakira sejam kemudian,”
kata sumber.
Mangsa kemudian menceritakan segala yang berlaku
kepada keluarganya dan seterusnya dibawa ke balai polis untuk melaporkan
mengenai insiden malang tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad semasa dihubungi semalam mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
“Mangsa telah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada kemaluan mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol),” katanya.
Dalam
kes berasingan, berang selepas mendapati dirinya ditipu, seorang wanita
yang hamil empat bulan tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya
dirogol oleh seorang anggota tentera, kelmarin.
Mangsa yang
berusia 17 tahun nekad berbuat sedemikian setelah mendapati anggota
tentera berkenaan yang juga teman lelakinya menipu masih bujang
sedangkan sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.
“Mangsa tampil
membuat laporan polis kerana rasa tertipu serta berang selepas mendapati
suspek yang memberitahu bahawa dirinya masih bujang sudah berkahwin dan
mempunyai dua orang anak.
“Tambah menyedihkan lagi apabila mangsa
yang sudah menjalin hubungan dengan suspek sejak Ogos 2012 ketika dia
baharu berusia 15 tahun kini hamil empat bulan,” kata sumber.
Selain
itu, difahamkan suspek sebelum ini juga telah dibawa oleh mangsa untuk
berjumpa dengan keluarganya bagi berbincang mengenai perkahwinan mereka,
namun sehingga kini masih belum memberi jawapan.
Roslan semasa dihubungi semalam turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Mangsa
yang mengandung empat bulan telah dihantar ke hospital untuk
pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
(rogol),” kata Roslan.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments