Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: Seorang jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lutin Ahmad, mendakwa dirinya dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.
Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin, 39, merakam visual semua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai.
Ketika dihubungi BERNAMA, Lutin, 39, memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang.
"Kalau dia marah dengan tindakan saya itu, tidak patut dia tarik saya sampai jatuh, kenapa perlu dia bertindak terlalu agresif," katanya sambil menyifatkan tindakan itu tidak wajar meskipun beliau tidak mengalami kecederaan yang serius.
Lutin berkata, beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. ─ BERNAMA
Isu Semasa
PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.
Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.
"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.
Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.
Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.
Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.
Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.
"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.
Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.
"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.
Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon Den Wahab sudah malas untuk memikirkan dan mengharap wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala, kira-kira 14 tahun lalu.
Bagaimanapun, Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut walaupun setelah sekian lama tidak diselesaikan."Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.
"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada, Isnin.
Den berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kontroversi hutang yang dipinjam ND Lala sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakam lagu untuk sebuah parti politik.
Katanya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah itu tidak pernah menghubunginya selepas berjanji memulangkan wang tersebut secara ansuran.Malah, katanya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, cuba melarikan diri apabila ternampaknya di majlis hiburan.
"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.
"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.
"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," ujarnya.
Mengimbau waktu itu, Den berkata, dia sudah dinasihatkan rakan-rakan artis yang lain agar tidak membantu penyanyi tersebut.Namun, dia tidak sampai hati dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu sesama bangsa.
Dalam perkembangan lain Den turut mengulas tindakan Shila Amzah yang mempersoalkan kredibiliti media Melayu sebagai sesuatu perkara yang tidak mengejutkannya.
Tambahnya, sebagai artis berpengalaman dia menasihatkan agar penyanyi itu sedar tindakan yang dilakukan wanita itu akan merosakkan reputasinya sendiri.
"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung.
"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya. Mstar
Hiburan
Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.
“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.
“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya. Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik. “Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.
“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.
Isu Semasa
Ampang: “Saya sedih kerana kakak, Nurain Othman, 27, dan adik bongsu, Nuramanina Aminah Othman, 11, tenggelam lemas ke dasar kolam tanpa disedari orang ramai yang turut berenang di kolam sama,” kata Muhd Iqbal Nazmim, 23.
Dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin, mangsa dua beradik itu lemas ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah kelab renang di Taman Melawati, Hulu Klang di sini.
Iqbal berkata, kejadian itu hanya disedari salah seorang adiknya, Muhd Alif Haziq, 12, sebelum bertindak meminta bantuan orang ramai yang berada berhampiran kolam itu.
“Walaupun berjaya ditarik keluar dari kolam namun semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.
Dia mendakwa lebih kecewa apabila pihak pengurusan kolam renang seakan-akan menyalahkan adik dan kakaknya itu kerana tidak mengikut prosedur. HMetro
Isu Semasa
Kangar: Seorang lelaki warga emas terpaksa melupakan hasratnya untuk berkahwin ketika muda semata-mata mahu menjaga ibunya yang uzur.
Che Ramli Che Osman, 63, berkata, dia pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga, tetapi apabila mengenangkan nasibnya dan keluarga, dia terpaksa melupakan hasrat itu.
Menurutnya, dia yang tinggal di Kampung Sena di sini, pernah dikeji, malah diherdik kerana tidak bergaji besar oleh wanita yang cuba dikenalinya dan dia sedar dirinya tidak seperti orang lain kerana hanya bekerja kampung.
“Dulu ketika berusia 30-an memang saya ingin berumah tangga seperti lelaki lain, tetapi kini segala perasaan itu sudah tiada dan sudah tidak mahu berkahwin.
“Ditambah pula selepas kakak, Norliah Che Osman, 60, berkahwin dan tiada siapa menjaga ibu Chah Hamzah, 86,” katanya ketika ditemui, semalam. HMetro
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments