Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
APAKAH perasaan anda jika kereta anda dilanggar kenderaan lain ketika berada di atas jalan? Pasti anda marah lebih-lebih lagi kereta yang dipandu merupakan salah satu model kereta mewah.
Namun situasi berbeza di Filipina baru-baru ini apabila seorang lelaki langsung tidak mengamuk malah tidak menuntut apa-apa ganti rugi apabila kereta dipandunya dilanggar oleh sebuah van di Edsa Avenue, Manila.
Hal ini kerana lelaki tersebut mendapati salah seorang penumpang di dalam van tersebut adalah bekas bintang porno terkenal dari Jepun iaitu Maria Ozawa.
Maria, kini berusia 30 tahun; mengakui kesilapan pemandu van dinaikinya itu telah berkali-kali memohon maaf terhadap lelaki tersebut.
Lebih memeranjatkan, lelaki tersebut hanya mengatakan: “That’s OK, Maria. It was probably my fault anyway. Also, I love you.”
Selain itu, mereka juga sempat mengambil gambar bersama-sama seterusnya menyebabkan keadaan trafik di ibu kota Filipina itu menjadi lebih sesak teruk.
Bintang terkenal itu yang dilahirkan pada 8 Januari 1986 kini berada di negara Asia tenggara itu bagi menjalani penggambaran filem seram yang dibintanginya.
Untuk rekod Maria atau lebih dikenali sebagai Miyabi pernah berkecimpung aktif sebagai aktres flem lucah popular sejak 2002 sebelum bersara pada 2010 lalu.
Semoga caj baik pulih yang dikenakan oleh lelaki itu terhadap Maria untuk membaiki keretanya yang rosak tidaklah begitu mahal.
– MYNEWSHUB.CC
Isu Panas
SEOUL – Pengeluar kereta mewah ternama dunia, Rolls-Royce Motor Cars berhasil meraih penjualan hingga 3,785 unit pada 2015, angka kedua tertinggi dalam 112 tahun sejarah syarikat yang ditubuhkan pada 1828 lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Torsten Müller-Ötvös menyatakan, 2015 merupakan masa perit bagi produk mewah, namun hasil diperoleh syarikat itu dinilai sebagai salah satu pemain jenama super-premium paling berjaya.
“Saya sangat yakin dengan perkembangan positif Rolls-Royce pada 2016,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi dkeluarkan pihak Rolls-Royce Motor Cars yang beribu pejabat di Goodwood, England, Britain pada 13 Januari.
Hampir seluruh jaringan penjualan Rolls-Royce mengalami peningkatan, antaranya di rantau Asia Pasifik apabila berlaku lonjakkan 13 peratus, disusuli benua Amerika Utara (6 peratus) dan wilayah Timur Tengah (4 peratus).
Beberapa buah negara dikenal pasti berjaya tampil gemilang sepanjang 2016 dalam memasarkan Rolls-Royce antaranya ialah Korea Selatan dengan 73 peratus berbanding tahun sebelumnya, diikuti Qatar (naik 21 peratus).
Tidak ketinggalan ialah pasaran tradisional Rolls-Royce iaitu Jepun dan Amerika Syarikat yang turut didapati melonjak masing-masing sama iaitu tujuh peratus selain Britain (dua peratus) dan Rusia (satu peratus).
Negara-negara lain yang ekonominya berkembang pesat seperti Indonesia, Taiwan, Malaysia dan Kazakhstan turut menunjukkan perkembangan penjualan Rolls-Royce yang cukup baik tahun lalu dibandingkan tahun sebelumnya.
Korea Selatan mengawal ketat kemasukan model kereta import bagi melindungi kepentingan industri autombil tempatan sehingga 1995 apabila membuka pintu pasaran kepada jenama asing dengan pemantauan oleh kerajaan.
Dua keluaran model utama yang menyokong penjualan Rolls-Royce di seluruh dunia ialah Ghost (2010) dan Wraith (2013) manakala permintaan ke atas model lama iaitu Phantom (2003) didapati tetap relatif stabil.
Untuk rekod, sejumlah 4,063 buah Roll-Royce dijual pada 2014 di seluruh dunia berbanding 3,630 pada 2013, serta 3,575 (2012), 3,538 (2011), 2,711 (2010), 1,002 (2009), 1,212 (2008), 1,010 (2007) dan cuma 805 (2006).
Menteri Perdagangan dan Industri Britain, Anna Soubry ketika mengulas berita gembira ini menjelaskan: “Hasil yang didapati Rolls-Royce Motor Cars memperlihatkan permintaan yang kuat daripada pengguna antarabangsa.
“Ia juga hasil tradisi terbaik kepemimpinan industri automotif Inggeris. Kita dapat terus mengembangkan lapangan pekerjaan berkualiti tinggi dan mendorong eksport dengan mendukung pelaburan industri automobil.”
– Agensi/
Global
AKTRES dan hos televisyen, Daphne Iking mendedahkan bahawa dia pernah melakukan tiga pekerjaan ketika masih menuntut di peringkat universiti bagi menampung yuran pengajiannya.
Selebriti cantik kelahiran Sabah ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.
Dalam twit menerusi laman sosial Twitternya, Daphne mendedahkan dia pernah bekerja sebagai penari kelab, tutor separuh masa dan juga promoter jualan rokok.
Ia dilakukan semata-mata bagi menampung bayaran yuran pengajian, makanan dan keperluan seharian semasa masih lagi bergelar pelajar universiti awam.
Walaupun dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan ketika masih bergelar penuntut universiti, namun perkara itu tidak sesekali dikesali ibu kepada anak dua tersebut.
Ini kerana menurutnya daripada situlah dia mempunyai memori dan pengalaman hidup yang banyak mengajarnya selain dapat berkenalan dengan orang-orang yang hebat.
Respons itu adalah sebagai menjawab persoalan mengenai isu semasa yang hangat dibincangkan selepas akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan ada seorang pelajar IPT sanggup galas perut sehingga ususnya terkoyak.
Isu ini mendapat perhatian ramai netizen sehinggakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mengeluarkan kenyataan bahawa siswa-siswi yang tiada wang tidak seharusnya berdiam diri.
Sebaliknya mereka perlu mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk daripada universiti itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Isu Semasa
PENYANYI popular Indonesia, Agnes Monica dikritik gara-gara memakai skirt jarang yang memaparkan tulisan Arab ketika menjayakan Konser Raya 21 Indosiar baru-baru ini.
Agnes yang terkenal dengan lagu Tak Ada Logika tampil memakai skirt jarang bertulis perkataan ‘muttahidah‘ yang bermaksud ‘bersatu’.
Kebanyakan netizen di Indonesia menyelar pakaian yang digayakan Agnes pada konsert sempena ulang tahun stesen penyiaran tempatan tersebut.
Menurut penaja busana Agnes, KTZ memberikan penjelasan bahawa perkataan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana ayat Al-Quran.
Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.
“Tiada unsur penghinaan, kalau ada ayat Al-Quran baru saya tidak setuju,” ulas Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz. – MYNEWSHUB.CC
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments