Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


HONG KONG – Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati sushi sewaktu makan malam.
Anak perempuannya dilaporkan membawa pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan Shan.
Namun, wanita itu terkejut apabila tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.
Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu dan mengadu kejadian itu kepada Sushi Express.
Bagaimanapun, pengurusnya berkata pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika menyiapkan makanan.
Restoran Sushi Express itu kini disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.
Syarikat itu berjanji menyiasat kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. – Agensi
SESIAPA yang memiliki akaun laman sosial Instagram pasti pernah terjumpa atau tertengok kucing ini di situ sama ada sengaja atau tidak.
Ya! Kucing comel yang diberi nama Nala ini sememangnya antara haiwan peliharaan yang sangat popular di Instagram.
Gambar kucing itu sering dikongsikan semula oleh orang ramai atau pencinta kucing sejati kerana telatahnya yang comel dan licik itu.
Jadi tidak hairanlah haiwan kesayangan itu begitu popular serta memiliki jumlah pengikut sebanyak 2.3 juta yang jelas setaraf dengan bintang terkenal di Hollywood.
Nala yang dihantar ke pusat perlindungan haiwan sejak kecil oleh pemiliknya sebelum ini telah diambil dan dibela oleh seorang wanita, Varisiri Mathachittiphan.
Kucing itu kini sememangnya bertuah kerana boleh menikmati kehidupan yang sempurna dan mendapat perhatian yang secukupnya.
“Walaupun saya tak berniat untuk mengambil kucing pada hari itu, bila saya nampaknya, saya dapat rasakan ia adalah takdir.
“Sebab asal saya mula kongsikan gambarnya di Instagram adalah untuk keluarga dan rakan di rumah,” kata Varisiri.
Wanita itu juga menegaskan bahawa kucing serta anjing di pusat perlindungan sememangnya memerlukan teman dan penjaga kerana 75 peratus daripada haiwan itu terpaksa dimatikan akibat populasi berlebihan.
Jadi, ia juga amat penting untuk memandulkan haiwan kesayangan anda agar haiwan berkenaan tidak terbuang atau terbiar begitu sahaja. 













BETUL ke pelakon dan peserta program televisyen popular Running Man, Song Ji Hyo sudah memiliki anak perempuan tetapi tidak didedahkannya?

Dengan kuasa Internet yang ada sekarang, gambar seorang budak perempuan di Korea Selatan telah menjadi viral kerana rupa parasnya yang mirip sekali dengan selebriti tersebut.
Walau bagaimanapun, budak berkenaan bukanlah anak kepada pelakon berusia 34 tahun itu malah memang tidak ada pertalian darah sama sekali.
Ia mendapat perhatian netizen selepas sebuah forum online dengan tajuk ‘Anak perempuan Ji Hyo yang disembunyi’ telah membincangkan persamaan serta mirip wajah mereka seperti ibu dan anak.
Dari segi aset mata yang bulat, bulu mata melentik dan senyuman yang manis itulah yang membuatkan mereka kebetulan macam kelihatan sama seiras.
Gambar budak perempuan itu mula menular serta menjadi popular dalam kalangan masyarakat termasuk media tempatan dan luar negara.

Apa-apa pun, mereka berdua sememangnya sama-sama comel dan mempunyai senyuman yang manis! – Agensi/MYNEWSHUB.CC