Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.



Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.


“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.



Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.


Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.


Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.

Tahulah mungkin sudah jadi kebiasaan orang sekarang agaknya, untuk merakamkan detik-detik mesra dengan pasangan mereka sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.
Terbaharu menerusi sumber portal Murai, gambar mesra seorang artis lelaki dikatakan tersebar selepas si empunya diri terlupa mengeluarkan kad memori telefon bimbitnya sebelum dihantar ke kedai untuk diservis.
Mendapatlah dia sebab gambar aksi panasnya bersama beberapa perempuan berlainan dikatakan sudah tersebar apabila kad memori itu jatuh di tangan pihak tak bertanggungjawab.
Daripada klu yang diberikan Murai, artis lelaki ini memang agak dikenali dalam industri sebagai seorang player, atau dalam kata lain, ramai teman wanita bersilih ganti.




Kalau nak tengok kaum hawa bekerja di bengkel kenderaan, rasanya memang jarang sangat. Jika ada sekali pun, biasanya mesti jenis yang ‘kental’ dah macam lelaki.
Maka kalau dikatakan ada mekanik berupa gadis ayu dan cun kerja di bengkel siap buka enjin dan menyelusup masuk bawah kenderaan macam pekerja bengkel lelaki, memang susahlah nak percaya betul tak?
Percayalah.. di sebuah bengkel yang terletak di Bangi, terdapat awek cun bekerja sebagai mekanik di sana.
Kalau dilihat pada rupa, tak mustahil ada yang sanggup datang konon nak baiki kereta padahal tak ada rosak apa pun.





Bagaimanapun harus dinyatakan di sini, bengkel tempat awek ni kerja khusus untuk baiki kereta continental jadi kalau kalau kereta korang buatan Eropah dan rosak atau perlu servis silakanlah hantar kat sini dan sambil-sambil tu bolehlah kenen awek cun buat kerja bengkel macam mana kan… - MYNEWSHUB.CC

Mengejutkan apabila seekor ular sawa yang saiznya sebesar anakonda berjaya ditangkap diladang sawit Ladang Siang, Bandar Penawar. Kota Tinggi, Johor.


Menurut info yang kami terima dari laman facebook Mohd Hafizzi Ismail (antara yang bertanggungjawab menangkap ular tersebut), ular tersebut berjaya ditangkap ketika berada didalam parit.

Tambahnya lagi, ular sawa itu telahpun diserahkan kepada pihak Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.




Bagaimanapun, kisah ular saiz anakonda ini telah tersebar dilaman sosial dengan pelbagai versi.

Antaranya yang mendakwa ular tersebut ditangkap oleh pekerja Indonesia dan juga ada yang berkata Dr Azizan yang menangkap ular tersebut.


Seorang remaja perempuan telah mati dalam keadaan yang amat tragis di utara India selepas sekumpulan lelaki telah membakar mangsa hidup-hidup sebagai tanda balas dendam kerana gagal merogolnya sebelum itu.

Insiden itu adalah yang terbaru di India di mana serangan seks ke atas wanita terus berlaku hampir setiap hari walaupun bantahan antarabangsa sejak kes rogol dan bunuh melibatkan pelajar pada tahun 2012 lagi.

Polis telah menahan enam lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian terbaru ini, kejadian berlaku apabila gadis yang berusia 15 tahun itu keluar rumah dan terus ditangkap oleh mereka yang kemudian menarik mangsa ke dalam rumah kembali sambil mengeluarkan kata-kata kesat.


Mereka kemudian menyimbah gadis tersebut dengan minyak tanah dan menyalakan api keatas badannya sebagai tanda balas dendam di kampung Pangkalan Shahjahanpur, 277 kilometer ke tenggara New Delhi.

Menurut jurucakap polis, Encik Sahu, gadis tersebut telah dikejarkan ke hospital tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan kerana kecederan parah pada tubuhnya.

Polis masih memburu dua lagi tertuduh.

"Kesemua mereka tergolong dalam kampung yang sama dan adalah dari kasta yang sama dengan gadis itu," katanya

Sebelum ini telah berlaku protes besar-besaran di jalanan tanda meluahkan kemarahan dan menuntut undang-undang yang lebih keras oleh rakyat India apabila seorang gadis berusia 23 tahun telah dirogol dan dibunuh di dalam bas di New Delhi pada Disember 2012

Apa yang merisaukan mereka kes rogol di India seoah-olah perkara biasa sekarang kerana pasti ada kes tersebut terjadi setiap hari di merata tempat-


CHINA: Seorang bapa terkejut besar selepas disahkan doktor terdapat parasit sepanjang tiga inci di dalam kepala anaknya, Liang Liao, 11, akibat suka makan ular panggang

Bapa kanak, Liang Chao, berkata, anaknya sering mengalami sekit kepala yang teruk sehingga mengalami sawan dan terus dibawa ke Hospital  Xinhua di Shanghai.

"Semasa di hospital doktor telah menjalankan x-tray terhadapa Liang Liao dan amat terkejut kerana ternampak seekor parasit didalam kepalanya yang sedang bebas bergerak disekeliling otak anak saya"




Menurut pihak hospital parasit tersebut adalah jenis Sparganosis iaitu parasit yang akan berpindah jika selalu memakan anjing, ular, katak dan babi jika tidak dimasak dengan sempurna.

Liang Chao mangakui yang dia sering membawa anaknya makan di luar dan amat jarang makan makanan di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular panggang.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’


Kuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.

Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun.




Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.

"Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan.

Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercuti di Las Vegas, AS



Xiong Shuihua nyata bukan sebarang jutawan sebaliknya beliau terbukti seorang kaya yang berhati mulia. Beliau membuktikannya dengan membina rumah mewah untuk 18 keluarga dengan percuma.

Keluarga terbabit merupakan bekas jirannya ketika dia membesar di sebuah kampung di Xiongkeng di Xinyu.

Selepas Xiong Shuihua, 54, menjadi jutawan dalam industri besi, dia memutuskan untuk membalas budi baik penduduk kampung dengan melakukan sesuatu kepada mereka secara percuma.

Xiong Shuihua kemudiannya merobohkan rumah kayu dan membina rumah banglo kepada penduduk yang selama ini membantu dan memberikan sokongan kepadanya ketika dia kecil.

Pembinaan rumah mewah berkenaan melibatkan kos kira-kira £4 juta.

Selain itu dia juga menjanjikan makanan percuma tiga kali sehari kepada warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

“Saya mempunyai wang dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu lupa di mana asal usul saya,’’ katanya yang mahu mengenang jasa mereka yang membantu dia dan keluarganya selama ini.


Dalam pada itu, seorang warga emas, Qiong Chu, 75, berkata, ibu bapa Xiong Shuihua sendiri seorang yang baik hati dan kini anak mereka mewarisi sifat yang sama.


Penyelidik dari Universiti South Alabama, berkata legenda tentang vampire yang berkeliaran di kawasan luar bandar Eropah Timur, mungkin adalah mereka yang mati kerana menjadi mangsa penyakit taun.

Mereka yang didakwa sebagai vampire, dikuburkan dalam ritual yang aneh pada abad ke-17 dan 18, dimaksudkan sebagai ritual untuk mengusir roh jahat dan mencegah mereka bangkit kembali dari kubur.

Dilansir Daily Mail, Rabu, 26 November, penyelidik menyebut hasil ujian memperlihatkan mereka bukan makhluk penghisap darah, tetapi korban pertama taun yang disyaki kerana kematian mereka yang tiba-tiba.

Ahli arkeologi menemui pelbagai kerangka di sebuah perkuburan Poland, dengan batu dan sabit diletak pada bahagian leher dalam proses pengebumian aneh, yang disebut sebagai pengebumian apotropaic.

Sebelumnya, diduga enam kerangka itu adalah mereka yang dituduh sebagai vampire kerana dipandang dengan kecurigaan sebagai orang asing yang baru datang ke wilayah itu sebelum meninggal.

Para penyelidik kemudian menganalisis enamel dari gigi keenam kerangka yang diduga vampire itu, bersama dengan 60 kerangka lain yang ada di tanah perkuburan. Hasil pemeriksaan menunjukkan mereka bukan pendatang tetapi adalah orang tempatan, yang kematiannya disyaki oleh orang-orang lain di kawasan itu sebagai keanehan. Penyelidik mendakwa pengebumian kerangka-kerangka itu dilakukan pada masa wabak taun di Eropah Timur.

Sehingga kerangka yang diduga vampire itu, mungkin adalah para mangsa pertama taun. "Masyarakat dari abad pertengahan, tidak mengerti bagaimana taun merebak," kata Dr Lesley Gregoricka dari Universiti South Alabama, yang memimpin penelitian.

Menurutnya masyarakat tidak berusaha mencari penjelasan yang berdasar pada keilmuan, tapi mengaitkannya dengan perkara ghaib. "Dalam hal ini, vampire," ujar Gregoricka. Lagenda vampire merujuk pada mereka yang bangkit dari kematian.

Para vampire juga digambarkan boleh menjangkiti mangsanya dengan gigitan. Pada beberapa cerita tentang vampire, seperti di filem dan komik Blade, vampire disebarkan oleh virus yang disebarkan vampire pada mangsanya.

Para penyelidik itu mempelajari kerangka-kerangka, yang ditemui semasa ekskavasi di sebuah perkuburan di bandar Drawsko Pomorskie, Poland. Total ada 285 rangka yang ditemui antara 2008-2012.

Enam diantaranya, termasuk satu lelaki dewasa, tiga wanita dewasa, satu perempuan remaja dan satu anak-anak, dikuburkan dengan cara yang aneh. Lima diantaranya ditanam dengan sebuah sabit di bahagian leher.

Sementara pada dua kerangka, terdapat batu besar yang diletakkan dibawah dagu, seakan untuk mencegah mereka menggigit orang lain. Benda lain yang dijumpai adalah syiling dengan gambar salib.

Tidak seperti pada tempat lain di Eropah Timur, rangka vampire di Poland dikuburkan di perkuburan umum. Sementara biasanya, mereka yang dituduh vampire di kuburkan di luar bandar.

Untuk mengetahui mereka yang disyaki adalah vampire, penyelidik menyemak geraham menggunakan isotop strontium. Hasilnya kemudian dibandingkan dengan isotop strontium yang ditemui pada gigi haiwan di kawasan yang sama.

Melalui perbandingan itu, mereka dapat mengetahui apakah kerangka vampire itu merupakan pendatang atau warga tempatan. Kajian itu mencetuskan pendapat, bahawa legenda vampire di tempat lain, juga disebabkan kematian akibat penyakit.

MUAR: Seorang lelaki cedera parah apabail telah disimbah dengan air panas dan dipuku dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini.

Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai  Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa.

Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi.

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ.

"Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan," katanya yang dipetik dari Utusan.

Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan.

Beliau turut membaritahu hasi semakan rekod mendapati suspek mempunyai tige rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.