Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Miranda Kerr


Nampaknya ada sesuatu yang kurang manis didengar mengenai model Australia, Miranda Kerr yang juga isteri kepada pelakon terkenal, Orlando Bloom ini.
Khabarnya, beliau tidak suka memakai pakaian dalam.

Ia jelas dilihat semasa pelancaran dokumentari fesyen Mademoiselle C di New York di mana beliau mengenakan dress renda berwarna hitam.

Bahagian atas dress yang agak jarang menunjukkan Miranda, 30, tidak memakai baju dalam sekaligus menyerlahkan buah dadanya.

Dengarnya, ini bukanlah kali pertama beliau berbuat demikian kerana pernah dilihat dalam keadaan sama di sebuah Kejohanan Terbuka AS.

Mungkinkah menjadi model jenama pakaian dalam terkemuka, Victoria’s Secret belum mampu membuatkan ibu kepada Flynn Bloom, 2, ini berfikir mengenai kepentingan memakai pakaian dalam di khalayak ramai? 







Pantai South Padre adalah sebuah destinasi Cuti Musim Luruh yang paling dashyat di dunia. Di lokasi ini, pengunjung digalakkan untuk minum minuman kerana harganya cuma RM20 untuk segelas cocktail. Setiap hari, seramai 60 orang didapati jatuh sakit di lokasi ini kerana beberapa sebab antaranya alkohol, dadah dan kemalangan.



Koleksi terkini dari Tom Browne untuk musim luruh 2012. Sudah takde idea kot pereka fesyen nih..




Laporan asal Style
KRU Studios

PETALING JAYA – KRU Studios telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta menerusi filem Vikingdom: The Blood Eclipse sebelum ia ditayangkan di seluruh negara bermula 12 September 2013.

Pengarahnya, Yusry Abdul Halim berkata, jumlah itu adalah hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.

“Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa.

“Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara termasuk United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil,” katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid di sini, malam Rabu.

Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.

Dalam pada itu, Yusry berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penghasilan filem berkenaan kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon luar negara.

Malah Yusry menyifatkan Vikingdom sebagai permulaan baharu terhadap industri perfileman di Malaysia.

“Apabila kami memulakan projek berkenaan dan sedar tentang semua cabaran yang harus dihadapi.

“Bagaimanapun semua pihak yang terlibat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan projek ini satu realiti,” katanya.

Filem tersebut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak. - mStar Online
Dera

London – Foto seorang wanita mengacukan sepucuk pistol ke kepala seorang kanak-kanak kini tersebar meluas di laman sosial selepas dimuat turun kira-kira sebulan yang lalu.

Imej itu mencetuskan pelbagai spekulasi serta respon daripada orang ramai yang bimbang akan keselamatan kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar dua tahun itu.

Bagaimanapun,tidak banyak maklumat yang berjaya diperoleh melalui gambar tersebut sekaligus membantutkan usaha pihak tertentu yang ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Memandangkan foto tersebut berasal dari laman Facebook milik seorang warga Argentina, ramai yang membuat andaian bahawa kedua-duanya merupakan penduduk Amerika Latin.

Kebanyakan pengguna laman sosial menyifatkan imej wanita yang tersenyum itu sebagai sesuatu yang “cukup jahat”.

Tidak dapat dipastikan samada senjata yang digunakan adalah asli atau tidak, namun ia telah meningkatkan kebimbangan orang ramai mengenai kes penderaan domestik.

Secara tidak langsung, ia turut mempengaruhi penulis blog dan bekas mangsa dera untuk berkempen menentang jenayah itu.
Permainan Komputer

Orang sering berkata, rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.

Kesukaran itu tidak menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepas bermain satu permainan komputer selama tiga bulan.

Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.

Biasanya, terdapat ramai lagi penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online.

Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan.

Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.

Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari.

Dengan peluang untuk berada di luar dan menyedut udara segar, ramai pastinya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri tetapi bagi penggemar permainan komputer seperti Moru-Chan ia umpama mimpi menjadi kenyataan.
Bunuh Suami

Missoula – Seorang wanita yang baru seminggu berkahwin didakwa kelmarin kerana membunuh suaminya dengan menolaknya dari sebuah tebing di Taman Negara Glacier ketika bertengkar.

Dokumen tuduhan menyatakan Jordan Linn Graham, 22, ragu-ragu untuk berkahwin ketika mayat suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari Kalispell, ditemui.

Bertengkar

Graham memberitahu seorang ejen FBI bahawa dia dan suaminya bertengkar pada 7 Julai lalu ketika mereka berjalan di kawasan Loop Trail di taman itu.

Pada satu ketika, dia berpatah balik, namun Johnson merentap lengannya, kata tertuduh.
Dia berpusing, meleraikan pegangan tangan suaminya dan “akibat berang, dia menolak Johnson yang membelakangkannya dengan kedua tangannya di belakang, mengakibatkan suaminya jatuh tersembam dari tebing,” kata satu afidavit.

Dilapor hilang

Johnson dilaporkan hilang 8 Julai lalu apabila dia gagal hadir ke tempat kerja.
Graham kemudian melaporkan dia menjumpai mayat suaminya.

Graham membuat kemunculan awal di mahkamah kelmarin di hadapan Majistret Jeremiah C Lynch atas tuduhan pembunuhan darjah kedua. Dia kini ditahan.
Peguamnya, Andrew Nelson, enggan mengulas.

Keluarga Johnson dan rakan lega selepas menggesa siasatan dijalankan sejak mayatnya ditemui pada 12 Julai lalu.

“Dua bulan mungkin tidak terlalu lama untuk FBI menyiasat, namun apabila anda menunggu jawapan, ia terlalu panjang,” kata rakan keluarga, Tracey Maness.

Maness berkata Johnson teruja dengan perkahwinannya dan mencintai Graham. – AP
Raja-Azmi1

SUBANG JAYA – Pengarah dan penerbit filem, Raja Azmi Sulaiman, 54, akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Portal Rotikaya yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di Facebook hingga menimbulkan fitnah.

Gambar berkenaan yang dimuat naik oleh Rotikaya di Facebook pada Rabu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi ABN News.

Ekoran penyebaran gambar oleh Rotikaya itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar.

Ada antara mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek.

Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. – ABN News

Seperti malaysia kerajaan mereka mengharamkan sebarang kegiatan pelacuran namun begita ada satu tempat yang di rahsiakan lokasinya berada di sekitar bandar jakarta yang menjadi sarang pelacuran bagi pelancong yang datang ke negara itu. Mengikut statistic juga terdapat lebih 30% pelacur bawah umur yang berada dikawasan itu. Dimana kawasan itu jom kita lihat gambar-gambar yang disediakan

Keadaan Sekitar Kawasan Pelacuran Di Jakarta
Keadaan Sekitar Kawasan Pelacuran Di Jakarta
Keadaan Sekitar Kawasan Pelacuran Di Jakarta

Gara-Gara Cicak Gecko, Seorang Lelaki Mati Ditembak Di Shah Alam
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang melarikan seekor cicak gecko yang ditafsirkan bernilai RM1 juta telah ditemui mati ditembak tetapi cicak tersebut masih belum ditemui.
Cicak yang dipercayai dapat dijadikan ramuan yang mampu memyembuh pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV telah dilarikan oleh mangsa setelah ia diserahkan oleh seorang usahawan wanita yang dikatakan pemilik cicak tersebut.
Wanita tersebut menyerahkan cicak itu kepada mangsa setelah dia diyakinkan yang mangsa mampu menjadi pembeli yang berpotensi.
Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Kanan Polis, Datuk Mohd Shukri Dahlan memberitahu, lelaki berkenaan telah ditemui terkulai di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah kilang minuman dekat sini pada 30 Ogos lalu dengan kesan tembakan ditemui pada anggotanya.
Ekoran kejadian itu polis telah berjaya menahan 16 orang suspek berusia antara 21 hingga 60 untuk membantu siasatan.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan dibunuh kerana mencuri cicak gecko tersebut selepas dikatakan mampu mencari pembeli yang berpotensi.
“Pada masa yang sama kami juga berjaya menahan seorang usahawan wanita berusia 60 tahun yang kami percaya telah mengupah seseorang untuk mencari dan membunuh pencuri cicak gecko berkenaan,” katanya kepada para wartawan pada Selasa.
Menurut Mohd Sukri, usahawan wanita itu yang dipercayai pemilik cicak berkenaan memberitahu pihak polis yang dia bersetuju untuk menyerahkan reptilia itu kepada mangsa setelah mangsa menyakinkan yang dia mampu mencari pembeli berpotensi.
Malangnya mangsa telah melarikan cicak tersebut.
Mohd Shukri berkata, suspek yang diupah oleh usahawan wanita tersebut untuk menjejaki mangsa, berjaya menemuinya tetapi telah berlaku pergaduhan yang kemudiannya salah seorang daripada mereka menembak mangsa.
Hasil penangkapan yang dilakukan, polis telah menemui batang besi, enam butir peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan buah telefon bimbit dan pemutar skru.
Bagaimanapun sehingga kini, cicak gecko yang berharga RM 1 juta itu masih belum ditemui.
Kanak-kanak 2 Tahun Maut Dirempuh Kereta Bapa
PARIT BUNTAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dirempuh kereta bapanya berikutan tindakan abangnya yang berusia empat tahun bermain-main di dalam kereta berkenaan dalam kejadian di Taman Kerian dekat sini hari ini.
Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata Mohd Adam, 2, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala setelah kereta itu mengundur dan merempuh anaknya itu.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Mohd Ali berkata beliau berada di dalam rumah untuk mengambil barang selepas pulang daripada menghantar isterinya yang berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai.
“Saya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan bergegas keluar dan mendapati anak saya Aiman Yasin cuba menghidupkan enjin kereta,” katanya.
Katanya beliau cuba menahan anaknya itu daripada menghidupkan enjin, namun gagal lalu mengakibatkan kereta mengundur dan melanggar Mohd Adam yang berada di belakang kereta.
“Saya tidak menyangka kereta itu mengundur dan percaya Aiman Yasin telah memasukkan gear mengundur secara tidak sengaja ketika sedang bermain,” katanya.
Beliau berkata Mohd Adam cedera parah akibat tersepit antara kereta dan dinding rumah.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA
Landasan Keretapi Mini Untuk Dijual
SEBUAH landasan keretapi mini yang merentasi kawasan seluas 3.5 hektar kini sedang dibuka untuk dijual oleh pemiliknya.
Landasan keretapi comel terkenal iaitu The Comrie Railroad di Scotland sudah beroperasi selama 30 tahun hasil minat kepada keretapi oleh pemiliknya Bob Smith yang berumur 81 tahun.
Smith mahu menjual harta kesayangannya itu kerana beliau mahu berpindah ke tempat yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan.
Enjin lokomotifnya yang comel bergerak di atas landasan sepanjang kira-kira 1.6 kilometer dengan melalui empat buah jambatan, tiga persimpangan dan sebuah terowong.
Enam lokomotif berkuasa stim dan satu diesel digunakan di landasan itu dan kesemuanya boleh bergerak selaju 16 km sejam.
“Sejak saya masih kanak-kanak, saya mempunyai minat untuk membina sesuatu,” kata Smith.
Landasan keretapinya itu dibuka kepada orang ramai untuk tujuan rekreasi beberapa kali dalam setahun.
Smith bercadang meletakkan rumahnya yang digelar The Station House dan juga landasan itu di laman web Pesatuan Peminat Lokomotif Kecil dan harga hanya akan diberitahu atas permintaan.
Beliau berharap ada seorang peminat keretapi berskala kecil sepertinya akan membeli landasan berkenaan yang terletak di tanah tinggi wilayah Perthshire.
“Saya berharap ada orang yang minatnya seperti saya akan membelinya dan biarlah orang tu muda sedikit,” katanya.
Ini kerana beliau mahu melihat landasan itu dan keretapinya masih bergerak dan digunakan untuk tempoh yang lebih lama.
Curang Dengan Rakan Isteri
SUNGAI PETANI – Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan ‘mesra’ bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.
Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.
Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.
3
“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.
“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.
Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.
Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian. - Sinar Harian

Jeans Siapa Paling Kreatif Dan Unik?

Ini fesyen seluar jeans tahun bila ni?

Seorang lelaki, Pietro Santoro mempunyai teknik khas memotong rambut, bukan dengan menggunakan gunting atau mesin, sebaliknya dengan menggunakan api!  Pelik betul!