Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR – Dua beranak yang berpakat mempromosi dan memberikan sokongan kepada perbuatan keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS) di negara ini dijatuhi hukuman penjara masing-masing 18 tahun dan 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Murad Halimuddin Hassan, 49, dan anaknya, Abu Daud Murad Halimuddin, 25, setelah mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama mempromosikan perbuatan keganasan di Malaysia yang bertentangan dengan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang, Kedah antara 30 Januari hingga 5 April lalu.
Isu Semasa
ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.
Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.
Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.
"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.
Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah. Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter. - AGENSI
Global
Beijing: Sebanyak satu pertiga Tembok Besar China musnah yang berpunca bukan sahaja daripada elemen semula jadi tetapi akibat aktiviti manusia. Kurangnya pengawasan di binaan era Dinasti Ming itu menyebabkan orang ramai mencuri batu bata pada tembok berkenaan untuk membina rumah.
Kesan cuaca turut menjadi penyebab lokasi pelancongan popular dan Tapak Warisan Dunia Unesco itu runtuh. Tembok Besar China terdiri daripada beberapa bahagian dan mengunjur dari wilayah Shanhaiguan hingga ke hujung Gurun Gobi.
Walaupun pembinaan tembok itu bermula pada abad ketiga Sebelum Masihi tetapi bahagian sepanjang 6,437 kilometer termasuk yang terletak di utara Beijing dan sering dikunjungi pelancong dibina ketika Dinasti Ming.
Laporan terbaru oleh Beijing Times menganggarkan 1,931 kilometer daripada tembok itu musnah sejak beberapa kurun lalu. Menurut kajian oleh Pertubuhan China Tembok Besar, sebahagian binaan itu mula runtuh dan tumbuhan yang tumbuh di tembok mempercepatkan proses berkenaan.
Penduduk kampung miskin di daerah Lelong di utara Hebei juga didapati memecahkan tembok itu bagi mendapatkan batu bata untuk membina rumah. Batu bata yang mempunyai ukiran pula dijual oleh penduduk dengan harga 30 yuan (RM18.24). - Agensi
Global
Buckenburg (Jerman): Seorang wanita cuba menamatkan hubungan sulitnya dengan berpura-pura mati.
Dia berusaha meyakinkan kekasih gelapnya bahawa dia sudah mati dengan mengguna sos tomato sebagai darah dan menghantar imejnya dengan ‘darah’ itu kepada lelaki berkenaan.
Pasangan itu yang masing-masing sudah berumah tangga, menjalinkan hubungan sulit selepas berkenalan menerusi Internet.
Tetapi apabila wanita itu cuba menamatkan hubungan mereka, kekasihnya berang dan menghantar imej berahi mereka kepada suaminya.
Sebagai tindak balas, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk berpura-pura mati, kononnya dalam satu kejadian ngeri, dan menggunakan sos tomato sebagai darah.
Mereka kemudian menghantar gambar itu kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, rancangan itu gagal apabila lelaki terbabit menelefon polis untuk melaporkan ‘kemalangan itu.’
Polis melancarkan siasatan dan dalam masa singkat mengesahkan imej itu palsu. - Agensi
Global
Medan: Empat puluh sembilan mayat mangsa pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Indonesia yang terhempas ke kawasan penempatan di Medan tengah hari tadi, sudah ditemui namun jumlah kematian dipercayai sekurang-kurangnya 116 orang.
Pemerintah Tentera Udara Indonesia, Marshall Udara Agus Supriatna, berkata berdasarkan senarai penumpang, pesawat itu membawa 113 orang iaitu 12 anak kapal dan 101 penumpang dan setakat ini tiada tanda ada yang terselamat.
"Tidak, tidak. Tiada yang terselamat. Saya baru saja kembali dari tempat kejadian," katanya kepada AFP.
Menurutnya, sehingga jam 8 malam tadi, 49 mayat sudah ditemui dan dibawa ke hospital.
Ramai penumpang dalam pesawat itu ialah ahli keluarga anggota tentera dan pasukan penyelamat sudah menemui satu mayat kanak-kanak.
Pasukan penyelamat menyatakan tiga penduduk kawasan penempatan itu terbunuh apabila pesawat berusia 51 tahun berkenaan terhempas menghempap rumah sebelum terbakar, mengenai satu pusat urutan dan sebuah hotel kecil.
Menurut Agus, juruterbang memberitahu menara kawalan pesawat itu perlu berpatah balik kerana mengalami masalah enjin.
“Pesawat terhempas ketika ia berpusing ke kanan untuk berpatah balik ke lapangan terbang,” katanya.
Pesawat itu berlepas pada jam 12:08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan tentera udara di Medan dan terhempas dan meletup dengan api menjulang kira-kira-kira dua minit kemudian, kira-kira lima kilometer dari pangkalan itu.
Ia adalah tragedi kedua dalam masa 10 tahun pesawat terhempas di Medan. Pada September 2005, pesawat Boeing 737 milik Mandala Airlines terhempas ke atas kawasan perumahan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, membunuh 143 orang, termasuk 30 mangsa di darat.
Medan yang mempunyai 3.4 juta penduduk ialah bandar ketiga terbesar Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments