Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini… awas… cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun…tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik… Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.


Ok…anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman ‘baik hati’ yang bagi diskaun kepada anda tadi… dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa…. Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama… tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.


Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.


Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.


Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.


RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).


RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080


Jadi: RM40,000 (loan) +


RM10,080 (keuntungan bank)


————


RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan


Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.

Loan Kereta 2nd hand


Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni… ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.


Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je ‘Paultan’ blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.


Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak…cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke…



- keretabarudankeretaterpakai

Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.


INFO RINGKAS :
- Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun.
- Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.
- Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.
- Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.
















SEORANG lelaki dihantar ke unit kecemasan sebuah hospital di Fresno, California kerana satu sebab yang pelik dan menghairankan.
Pesakit itu yang dirahsiakan identitinya pada mulanya keberatan memberitahu doktor sebab dia datang ke hospital dalam keadaan tidak selesa.
Selepas dilakukan imbasan X-ray, barulah ditemui rupa-rupanya sebuah ‘dildo‘ iaitu sejenis alat seksual tersekat di bahagian usus besarnya.
“Kami boleh melihat dengan jelas satu objek besar di dalam kawasan usus besarnya,” kata jururawat Stevey Pope yang merawat lelaki itu menurut laporan laman web Metro UK. 
Lebih menghairankan ‘dildo’ berkenaan masih berfungsi dan bergegar di dalam badan lelaki itu.
Selepas penemuan itu, barulah isteri lelaki itu mendedahkan kejadian itu berlaku ketika mereka berdua sedang menjalani saat intim antara mereka berdua.
“Kejadian tiba-tiba jadi tidak terkawal dan alat itu terus masuk ke dalam badan lelaki itu,” kata Pope.
Jika alat itu tidak dibawa keluar, lelaki itu boleh mengalami beberapa keadaan serius antaranya pendarahan dalaman.
Pada 19 Oktober 2012, Mynewshub.my pernah menulis artikel berkenaan kes sama yang berlaku di China dan lebih teruk alat seks berkenaan tersekat di dalam ususnya selama lima hari.
Doktor di Hospital Zhongshan di China, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop.

Isu ini mula hangat pertengahan tahun lalu di mana seorang gadis yang dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee mendakwa dirinya pernah diraba dan diajak berzina oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Namun, tak semena-mena isu ini kembali hangat di sebuah laman forum, baru-baru ini.
Menurut status yang dikongsikan oleh gadis itu, dia pernah diajak keluar oleh Ustaz Azhar malah Ustaz itu juga difahamkan sudah siap menempah sebuah bilik hotel untuk tujuan terkutuk itu.


Mungkin perkara ini merupakan suatu fitnah kerana kalau fikir logik pastinya gadis ini dah buat laporan polis berhubung gangguan yang dihadapinya.
Ini tidak, siap pos status di Facebook, namun tidak berani laporkan kepada pihak berkuasa hanya kerana alasan dia takut nak buat laporan polis.


SELEPAS melahirkan anak pertama, ramai peminat pelakon dan penyanyi popular, Liyana Jasmay tertunggu-tunggu untuk melihat wajah anaknya.
Puteri pertama beliau yang beri nama Sofia Arissa dan dilahirkan Pusat Perubatan Prince Court, kelihatan sungguh comel sekali.
Dalam mengambil keberkatan hari ketujuh kelahiran anak perempuannya itu, Liyana telah mengumumkan nama anak sulungnya di laman Instagram, sebentar tadi.

Peminat Liyana pasti teruja apabila pelakon itu sudah mula berkongsi gambar anaknya buat pertama kali menerusi laman Instagram peribadinya.
Cuma gambar hanya satu foto anak pertama beliau yang dimuat naik setakat ini, semestinya peminat menunggu lebih banyak lagi gambar anak pertamanya.





Gempar ! kejadian ini dipercayai berlaku tengah hari tadi di Sungai burung Jalan tawau-kunak. Punca kejadian tidak dikenalpasti dan dalam siasatan pihak berkuasa. Adakah ia sama seperti yang berlaku baru-baru ini di Karamunsing Kota Kinabalu dimana seorang lelaki telah dirompak dan dibogelkan tepi jalan atau disebaliknya. 

Atas sebab keselamatan beliau, admin sensor bahagian muka dan bahagian-bahagian tertentu






Gambar diperoleh : KCLYO



TOKYO– Mungkin ini adalah makhluk paling menakutkan di lautan? Ikan yu bermulut besar ini yang jarang ditemui ‘megamouth’ dan digelar makhluk asing ini ditemui di dasar laut pada kedalaman 800 meter.


Proses autopsi ke atasnya dijalankan secara terbuka di hadapan 1,500 orang oleh sepasukan pakar dari Muzium Sains Marin.
Ia merupakan kali ke-13 megamouth ini ditangkap di Jepun manakala di dunia, ia adalah yang ke-58.

Tangkapan ini merupakan peluang kepada saintis untuk memahami dengan lebih mendalam biologi megamouth , yang selama ini tidak banyak diketahui mengenainya.

Namun di sebalik misterinya, dipercayai ikan ini menghabiskan masa dengan berenang di dasar laut dan hanya naik ke permukaan air pada waktu malam untuk mencari makanan.
Ia mula ditangkap di Hawai pada kedalaman 165 meter selepas giginya terperangkap dalam sauh sebuah kapal penyelidik.
Yu ini pernah ditemui terdampar di pantai Australia Barat pada Ogos 1988, 


Ketika hubungan cinta mereka kini bukan lagi rahsia, persoalan bila Zizan Razak dan Emma Maembong akan ke gerbang perkahwinan pula semestinya dinanti-nanti ramai. Hal itu menjadi lumrah terutama dalam kehidupan mereka yang bergelar selebriti. 

Malah, saat ini sudah mula timbul spekulasi mengenai tarikh pasangan berkenaan bakal diijabkabul. Januari depan antara yang dikatakan menjadi pilihan kedua-duanya untuk bergelar raja sehari. BH


Wahai manusia bernama Saiful Fahmi Panglima Alang. Tak usahlah nak berdengki sesama manusia. Kalau anti sangat dengan orang sarawak, tak perlulah sampai kata orang sarawak sial, muka macam anjing macam kucing. admin tengok, muka kamu serupa beruk. Siap bagi 'PEACE YOW'.  Semangat sungguh anda berkata-kata sampai nak bawa sarawak berperang dengan semenanjung. WOW ! u datang sarawak, baru u tau keadaan sebenar, bukan main cakap tunjuk lagak. 

its too late for u untuk padam akaun facebook. 


Bukan main sedap lagi mulut berkata orang sarawak boleh beli dengan duit. Nampak sangat u pernah buat macam tuh. Sedar-sedar lah sikit abang oi, nak famous? mari admin tolong bagi famous skit.


Hasrat seorang lelaki warga Bangladesh pulang ke kampung halaman untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila ditemui mati dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, di sini, semalam.
Ketika kejadian jam 10.43 pagi, mangsa dikenali sebagai Abul Kassim, 43, dikatakan berada di dalam tandas sebelum dihempap konkrit dan tertimbus di dalam runtuhan.
Seorang pekerja Shierly Liew, 34, berkata, kejadian itu berlaku selepas diaa terdengar bunyi kuat dari arah belakang gudang.
“Saya terdengar bunyi kuat dari arah belakang sebelum nampak perabot bergerak ke arah saya.
Saya cuba lari menyelamatkan diri, namun kaki kiri saya tercucuk kayu perabot yang patah.
“Saya menjerit meminta tolong dan ketika itu saya nampak seorang lagi rakan tertimbus separuh badan,” katanya.
Menurut Shierly, dia dan rakan berjaya diselamatkan dengan bantuan rakan lain, namun seorang lagi rakan mereka yang berada di dalam tandas terperangkap dan gagal diselamatkan.
Shierly berkata, ketika kejadian ada 12 pekerja di dalam gudang yang baru dibuka jam 10 pagi untuk mengadakan promosi.
“Hari ini (semalam) kami buka awal sejam kerana hujung minggu kebiasaannya ramai pelanggan,” katanya yang tujuh tahun bekerja di gudang berkenaan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui jam 2.35 petang dalam keadaan terlentang.
Beliau berkata, runtuhan berlaku susulan kerja pembinaan sebuah kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang yang mempunyai keluasan 30x10 meter persegi berkenaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.43 pagi dan tiga jentera membabitkan 21 anggota dan pegawai diarah ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, soal siasat terhadap pemilik gudang itu mendapati ia kejadian pertama sejak operasi pembinaan kilang di atas bukit itu dijalankan.
“Sebelum ini tiada runtuhan tanah berlaku, tetapi bukit itu menjadi laluan air yang akan memenuhi kawasan gudang.
“Kita percaya hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan tanah mendap dan berlaku runtuhan secara perlahan-lahan,” katanya.

Dua lelaki, termasuk seorang warga emas, ditahan di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Permyjaya, di sini, semalam, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Khamis lalu.
Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 78 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang oleh bapa mangsa bersama beberapa rakan sekerjanya selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian kepada ibunya pada pagi hari sama.
Bagaimanapun, seorang lagi lelaki sempat melarikan diri sebaik menyedari dua rakannya ditahan dan usaha menjejakinya dilakukan bagi membantu siasatan kes.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan bermain di luar rumah pekerja berkenaan sebelum seorang daripada lelaki itu memanggil dan meminta mangsa masuk ke dalam rumah.
Katanya, ketika berada di dalam rumah itu, mangsa dipercayai dicabul.
Semua lelaki terbabit rakan sekerja bapa mangsa di tapak pembinaan berkenaan.
“Mangsa hanya menceritakan perbuatan semua lelaki itu kepada ibunya kelmarin.
“Terkejut dengan pendedahan itu, ibu mangsa berusia 40-an kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Bapa mangsa yang mengetahui kejadian menimpa anaknya menahan kedua-dua lelaki itu yang juga rakan sekerjanya sebelum menyerahkan mereka kepada polis.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa, sebaliknya tidak menolak kemungkinan mangsa dicabul tiga lelaki berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua suspek ditahan untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu. 
"Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee.

"Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.

Katanya, wanita itu dikenali sebagai Anita Shiar, 27, warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya malah maklumat juga diberikan secara lisan.

Difahamkan, gambar wanita itu menjadi viral di laman sosial lewat petang tadi sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.