Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Masih terkait dengan model seksi Rhere Sooperboy. Kali ini kita akan membahas soal keseksian dari foto-foto hasil jeptretan para fotografer profesional terkait keseksian tubuh Rhere.


Tampil dengan lingerie, foto-foto seksi Rhere Sooperboy begitu menggoda kaum lelaki yang melihatnya, apalagi Rhere mempunyai ukuran dada yang terlihat cukup besar.

Kemulusan kulit serta kemolekan lekak-lekuk tubuh Rhere tersebut berpadu fantastis bersama lingerie hitam yang membuatnya tampil begitu hot dan memukau.

Terlebih pose-pose menggoda model cantik plus seksi tersebut sangat pas dengan ekspresi wajahnya yang begitu menggoda dan memancing gairah kaum lelaki yang melihatnya.

Bentuk dadanya yang cukup besar dan indah tentunya bisa membuat kaum wanita lainnya iri. Untuk lebih jelasnya, silahkan lihat foto-foto seksi Rhere Sooperboy di bawah ini:









SEPANG – Pihak berkuasa Malaysia menerima latar belakang yang diperiksa terhadap kesemua penumpang pesawat MH370 dari semua negara berkaitan, kecuali Rusia dan Ukraine, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Kami menerima latar belakang individu penumpang yang diperiksa, dari semua negara kecuali Ukraine dan Rusia yang mana mempunyai rakyatnya di dalam pesawat tersebut. Setakat ini tiada maklumat yang penting dalam mana-mana penumpang ditemui,” kata Hishammuddin pada sidang media di sini, Rabu.
Seramai 239 penumpang dan anak kapal dengan kewarganegaraan berbeza menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac lalu.
Pesawat itu, yang hilang dari radar Malaysia pada pukul 2.15 pagi hari yang sama membawa warga China, Malaysia, Australia, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, Ukraine, Kanada, Rusia, Taiwan dan Belanda.
Perlu diingat, Russia dan Ukraine kini sedang bersengketa.
Tentera Rusia telah menawan Crimea yang merupakan wilayah Ukraine yang diberikan taraf pemerintahan autonomi.
Wilayah itu mengandungi sebuah pangkalan tentera laut milik Rusia.
Askar-askar Rusia turut mengepung beberapa buah pusat ketenteraan Ukraine dan menuntut tentera negara itu meletakkan senjata.


BOGOR - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.
Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.
“Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa,” ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).
Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47’47.90″ Longitud Timur 105 darjah 13’39.59″ Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.
Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.
Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.
Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. “Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam,” tuturnya.
Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.
Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.
“Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang,” ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.
Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.
Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.
“Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun,” tambahnya.
Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.
Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.
Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.
“Makanya badan pesawat itu menghadap timur,” ujar Fajar.
Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.
Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.
“Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya,” ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud
Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.
Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.
“Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms,” katanya.
Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.
Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.
Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.
“Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,”ujarnya. -tribunnews

SEORANG ibu muda pasti tidak terfikir apabila tindakannya melarikan diri ke Nepal mengikut suaminya akan menyebabkan hidupnya menderita sepanjang empat tahun di sana dan ketika kini dia mahu pulang ke Malaysia.
Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di Nepal bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.
Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.
Lebih menyayat hati, cucunya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
             
Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.
Kini, Ayu merayu untu dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.
Marimon hadir bertemu dengan wartawan Mynewshub.my memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.
“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.
“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya kepada Mynewshub.my.
Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.
Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.
“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.
Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.
Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.
Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.
Anda boleh menghubungi Jaliah di talian 0118554031.


KUALA LUMPUR- Gambar sebuah pesawat yang kelihatan tersadai di lautan telah dikaitkan dengan misteri kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370.
Akhbar di Taiwan dan portal berita antarabangsa melaporkan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang mahasiswa sebuah universiti di Taiwan.
Imej yang jelas menunjukkan sebuah pesawat itu didakwa dirakam menerusi aplikasi Tomnod iaitu sebuah aplikasi peta carian yang digunakan ratusan ribu pengguna internet di seluruh dunia.
Bagaimanapun sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut memandangkan keseluruhan pesawat kelihatan berwarna putih.
Lokasi pesawat tersebut dikesan dikaitkan dengan kawasan ianya dilaporkan hilang dari radar iaitu di perairan Kelantan hingga Vietnam.
Media antarabangsa mengukuhkan dakwaan mengenai imej pesawat itu mungkin benar-benar berada di lokasi tersebut dengan mengaitkan laporan polis yang dibuat oleh sembilan nelayan di Kelantan yang mendakwa terdengar bunyi enjin kapal terbang selain ternampak cahaya lampu pada pagi 8 Mac.


PETALING JAYA – Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan menggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.

Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

“Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat,” kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.

Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

Gambar Tauke Jambu Peluk Wanita Baju Putih Di Kelab Malam Tersebar - Jenaka yang dibawa oleh Tauke dan ahli kumpulannya, Yus dalam sebuah pertandingan realiti lawak terkemuka Malaysia seringkali mencuit hati peminat.

Mana taknya, ada saja idea segar yang dibawakan dalam setiap persembahan dan tidak keterlaluan jika kami katakan kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke adalah antara kumpulan favorite dalam pertandingan tersebut.



Namun, dalam pada kejayaan Tauke menempa nama dalam industri, terdapat desas-desus mengatakan bahawa Tauke seorang yang gemar bersosial di kelab malam. Tak cukup dengan itu, ada pula pihak yang menuduh Tauke sebagai ‘kaki perempuan’.
Dakwaan itu dikhabarkan timbul apabila dua keping gambarnya bersama beberapa orang wanita di kelab malam telah tersebar di sebuah blog hiburan. Lebih memeranjatkan, Tauke juga dilihat sedang memeluk erat seorang wanita berbaju putih dalam foto tersebut.
Apapun, diharap Tauke dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini dalam kadar yang segera dan sekaligus mampu menafikan tohmahan negatif terhadap dirinya.
Maklumlah, perkara-perkara sebegini cepat tersebar, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan selebriti yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai.

 Syokbah



KONTROVERSI melibatkan Hanez Suraya nampak semakin besar apabila aktres yang terkenal dengan watak antagonis ini digugurkan sebagai duta AuraWhite.

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut, pihak pengurusan jenama tersebut berasa tidak senang duduk dengan imej yang menimpa diri duta produk mereka itu.

Lalu, khabarnya kontrak Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit jenama Aura White sudah ditarik balik, gara-gara kontroversi melandanya.

Biarpun sudah memberikan penjelasan dalam satu sidang media, namun Hanez bagai tidak mendapat pembelaan apabila ramai pihak semakin menghentamnya. Bahkan, Hanez sendiri mengakui selepas sidang media tersebut, dia merasakan peminatnya sudah tinggal dua peratus sahaja.

Ditanya kesahihan mengenai pembatalan kontrak itu, Hanez dalam temu bual menerusi aplikasi WhatsApp enggan memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.
"Pasal AuraWhite tiada komen," ujar ringkas.

Namun di sebalik kebencian orang terhadap Hanez, masih ada pihak yang bersimpati dan menyebelahinya.

Antaranya adalah Penerbit Teater Projek Kahwin, Mohd Amir Syafiq Khalip yang enggan memanjang isu tersebut kerana ia dilihat memberi publisiti murahan kepada individu atau pihak yang menghentam Hanez.

Malah tegas Amer, dia tetap mahu mengekalkan Hanez sebagai pelakon utama dalam teater arahannya itu.

"Cukup-cukuplah beri publisiti kepada mereka yang komen negatif pasal Hanez. Biarkan mereka terus 'melalak'!

"Saya cukup kesian pada Hanez, dia sudah cukup tertekan dengan apa yang berlaku. Tolonglah saya tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi. Paling penting saya mahu tumpukan pada pementasan teater ini sahaja," tegasnya.

Tambahnya, dia berharap penonton dapat memberi sokongan kepada naskhah yang ingin dipentaskan kerana ianya juga membabitkan ramai pelakon lain.

Tegas Amer, isu Hanez itu harus ditolak ke tepi kerana pelakon itu tidak memberi sebarang masalah kepada pihak produksi.

Bagi Hanez pula, dia tidak mempunyai masalah dengan pihak penerbit kerana masing-masing bersikap profesional.

"Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan pihak penerbit. Kami profesional dengan semua pihak. Di luar juga, hubungan sebagai kawan juga baik.

"Semuanya berjalan dengan lancar, kalau ada apa-apa pihak saya dan produksi akan memaklumkan kepada media," katanya.

Ditebak dengan pendekatannya yang enggan memberi komen panjang berkaitan dirinya, Hanez berkata: "Berdiam pun orang kata, bercakap pun orang mengata," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan. SH


BANGKOK 18 Mac - Tentera Thailand semalam menyatakan bahawa radar tentera mengesan sebuah pesawat yang mungkin dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat tersebut dipadamkan, dan pihaknya tidak berkongsi maklumat tersebut dengan Malaysia lebih awal kerana tidak diminta untuk berbuat demikian.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, laluan pesawat itu didapati melencong ke Selat Melaka, seperti mana dikesan radar Malaysia pada awal pagi 8 Mac lalu.

Jelas beliau, radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan sepatutnya dilalui MH370.

Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa yang lama untuk mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, pihaknya tidak memberi perhatian kepada maklumat tersebut.

"Pasukan Tentera Udara Diraja Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada negara ini.

"Oleh itu, jika pergerakan itu tidak kelihatan sebagai ancaman kepada kami, maka kami akan perhatikan sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan," katanya.

Jelas beliau, pesawat dipercayai MH370 itu tidak memasuki ruang udara negaranya selain menyatakan permintaan Malaysia berhubung perkongsian data sebelum ini tidak spesifik.
"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan ada andaian serta maklumat baharu daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami melihat semula maklumat yang ada.

"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.

Beberapa pegawai tentera Thailand berkata, pergerakan pesawat dipercayai MH370 itu dikesan menerusi kelengkapan radarnya di selatan Thailand.
Namun, pegawai di Malaysia menyatakan pesawat itu mungkin melalui kawasan utara Thailand.

Bagaimanapun, Panglima Tentera Udara Thailand, Marsyal Prajin Juntong memberitahu wartawan semalam bahawa radar di utara Thailand tidak mengesan pesawat berkenaan. - AP



Kuala Lumpur: Keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2013 dikeluarkan hari ini manakala keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 esok.

Bagi keputusan STPM, semua calon boleh mengambil keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. 
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, seramai 55,214 calon STPM tahun lepas menduduki peperiksaan di 773 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.  Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS.


Calon juga boleh melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia di 
http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari. - BERNAMA



New York: Pereka fesyen L’Wren Scott yang juga kekasih vokalis Rolling Stones, Mick Jagger ditemui mati di apartmennya di sini, awal semalam.
Jurucakap Jagger dalam kenyataannya memberitahu, penyanyi itu sangat terkejut dan sedih dengan kematian L’Wren, 49. Media Amerika Syarikat melaporkan, wanita itu ditemui dalam keadaan tergantung.
Menurut status di Twitternya, Jagger, 70, kini berada di Perth, Australia kerana konsert jelajah bersama kumpulannya Bekas model warga Amerika itu mula menjalinkan hubungan dengan Jagger sejak 2001 selepas penyanyi itu bercerai dengan isterinya, Jerry Hall. Polis New York mengesahkan anggotanya menemui mayat seorang wanita selepas dipanggil ke apartmen di Manhattan itu kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan).

“Ketika tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang wanita berusia 49 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kaku.
“Dia disahkan mati di tempat kejadian. Siasatan masih dijalankan dan pemeriksaan perubatan akan menentukan punca kematiannya,” kata jurucakap polis. Jurucakap Jabatan Bomba New York mengesahkan anggotanya menemui mayat terbabit apabila dihubungi untuk ke tempat berkenaan.

Media tempatan melaporkan L’Wren dengan ketinggian 1.93 meter ditemui tergantung dengan skaf melilit lehernya dan tiada sebarang nota ditemui.

Sementara itu, Rolling Stones membatalkan konsert pertama di Australia berikutan kematian L’Wren.
Kumpulan berkenaan sebelum ini turut dijadual membuat persembahan di New Zealand dan Eropah. - AFP

SEPANG: Operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 mencapai satu dimensi antarabangsa yang baru meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika persegi yang dipanggil sebagai Koridor Selatan dan Utara.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kawasan itu amat luas dan ia merupakan sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan Malaysia secara bersendirian.
"Oleh itu, saya amat gembira begitu banyak negara yang tampil menawarkan bantuan dan sokongan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, kawasan mencari bagi koridor utara dan selatan itu dibahagikan kepada tujuh kuadran dengan setiap kawasan kuadran dianggarkan 160,000 batu nautika persegi.
"Pencarian itu masih diselaraskan oleh Malaysia manakala rakan-rakannya mengambil peranan yang semakin penting untuk menyusun dan menjalankan operasi di

wilayah mereka sendiri dan dalam sektor pencarian yang dipersetujui," katanya dalam sidang akhbar mengenai kemajuan operasi mencari dan menyelamat Penerbangan MH370 di sini hari ini.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari pesawat itu yang disertai pelbagai negara setakat ini, masih belum berhasil.

Hishammuddin berkata dari segi logistik, sejak 24 jam lalu Malaysia berusaha keras dengan negara-negara lain dengan menumpukan kawasan pencarian di koridor berkenaan.

Katanya operasi mencari itu memfokuskan kepada empat tugas; mengumpul maklumat daripada pemantauan satelit, menganalisis pemantauan data radar, meningkatkan aset di udara dan daratan dan meningkatkan jumlah pakar teknikal dan perkara berkaitan.

Di koridor selatan, beliau berkata Australia dan Indonesia bersetuju mengetuai pencarian koridor di kawasan masing-masing dan begitu juga di koridor utara, China dan Kazakhstan bersetuju mengetuai pencarian di kawasan terdekat dengan negara mereka.

"Bagi aset udara dan daratan, saya telah bercakap dengan hampir kesemua para pemimpin Asean untuk memohon sokongan seterusnya termasuk aset dengan keupayaan mengesan bagi pemantauan laut dalam.

"Kita juga meminta rakan-rakan di peringkat antarabangsa yang telah membantu kita sebelum ini supaya meneliti semula data radar utama mereka," kata Hishammuddin.

Beliau berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakkan dua buah kapal lagi ke koridor selatan. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga menggerahkan dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia bagi pencarian di koridor selatan.

Negara-negara lain yang menyumbang aset-aset ialah Amerika Syarikat yangmenggerakkan sebuah pesawat P-8 Poseidon, dan akan menggerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion selain Australia yang mengerahkan tiga pesawat P-3 Orion dan sebuah pesawat Hercules C-130.

"New Zealand juga mengerahkan semula sebuah pesawat P-3 Orion untuk menyokong usaha pencarian yang dibuat Australia. Korea pula menjanjikan masing-masing sebuah pesawat P-3 Orion dan Hercules C-130," katanya.

Menurutnya, Jepun pula menjanjikan dua pesawat P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula masing-masing sebuah pesawat
C-17 dan Bombardier Dash-8. - Bernama

Juru: Lima remaja terbunuh apabila kereta mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 141.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, depan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, di sini, 10.20 malam tadi.
Berikutan perlanggaran itu, tiga daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka tersepit di dalam kereta yang remuk.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Prai Norizal Md Rabani berkata, dua daripada mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

“Kami mengambil kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terpaksa memotong badan kenderaan menggunakan alat pemotong khas.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam dan sampai ke lokasi bersama sebuah jentera dan 17 anggota beberapa minit kemudian,” katanya.
Semua mangsa yang maut berusia 17 hingga 18 tahun dan berasal dari Sungai Bakap, Nibong Tebal, manakala seorang lagi rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian selepas keluarga seorang daripada mangsa yang tiba terus menangis.

Empat mangsa yang terbunuh adalah Tan Chee Win, 17, Mar Jing Quan, 18, Song Jing Ping, 17, dan Chye Zhi Fei, 17, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.