Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Model seksi yang akan kita tampilkan kali ini memang memiliki postur dan wajah mirip orang luar. Hal yang wajar kerana wanita mempunyai nama lengkap Chrysansia Chitra tersebut mempunyai darah keturunan campuran, yakni darah Cina, Sunda dan Belanda.
Wanita seksi yang kerap dipanggil Chitra tersebut sudah masuk ke dunia model sejak tahun 2006. Selain aktif di dunia model, Chitra juga dikenal sebagai seorang chef yang cantik dan seksi.
Sebagai seorang model, tentunya Chrysansia Chitra mempunyai daya tarik tersendiri yakni dari poros wajahnya yang sedikit unik dengan karakter campuran antara wajah bule dan asia.
Oke, tak usah berpanjang lebar lagi, untuk lebih mengetahui tentang kecantikan dan keseksian Chrysansia Chitra, berikut sudah kami sediakan koleksi foto seksi Chitra saat dirinya menjadi salah satu model di situs men.kapanlagi.
Sakit Mata
SEPANG – Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian “Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP” Ibrahim Mat Zin.
Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.
“Walaubagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini,” katanya.
Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya kesemua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.
Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. – BERNAMA
Isu Semasa
Pemotongan kepala, menjerut dan kebuluran adalah semua kaedah
pelaksanaan hukuman yang diterima dalam abad ke-19 China. Walaupun
mereka yang tidak dihukum mati, mereka di siksa atau dia biarkan
kebuluran dengan kaki dan tangan diikat dan di kurung.
Gambar-gambar ini telah diambil semasa dan secara langsung selepas Pemberontakan Boxer, yang merupakan masa yang amat ganas dan bergelora dalam sejarah Cina. Di seluruh negara, pemberontak Boxer dan penjenayah telah dibunuh di hadapan umum sepenuhnya. Dan mayat-mayat mereka, atau sekurang-kurangnya bahagian-bahagian daripada mereka, telah dipaparkan sebagai amaran kepada orang lain.
Sama ada hukuman ini adalah kematian atau penderaan, terdapat jurugambar Barat seperti James Ricalton sekitar, bersedia untuk menangkap gambar hukuman.Jurugambar James Ricalton mengambil banyak gambar pemberontakan, dan buku imej beliau telah diterbitkan pada tahun 1990. Menurut editor Christopher J. Lucas, beliau "diiktiraf secara meluas sebagai salah satu yang paling penting (sudah tentu yang paling popular) jurugambar pada masa itu.
Gambar-gambar ini telah diambil semasa dan secara langsung selepas Pemberontakan Boxer, yang merupakan masa yang amat ganas dan bergelora dalam sejarah Cina. Di seluruh negara, pemberontak Boxer dan penjenayah telah dibunuh di hadapan umum sepenuhnya. Dan mayat-mayat mereka, atau sekurang-kurangnya bahagian-bahagian daripada mereka, telah dipaparkan sebagai amaran kepada orang lain.
Sama ada hukuman ini adalah kematian atau penderaan, terdapat jurugambar Barat seperti James Ricalton sekitar, bersedia untuk menangkap gambar hukuman.Jurugambar James Ricalton mengambil banyak gambar pemberontakan, dan buku imej beliau telah diterbitkan pada tahun 1990. Menurut editor Christopher J. Lucas, beliau "diiktiraf secara meluas sebagai salah satu yang paling penting (sudah tentu yang paling popular) jurugambar pada masa itu.
Misteri Sejarah
Berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya, telah mengesahkan bahawa dirinya sudah hamil selepas hampir tiga bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suaminya, Zain Saidin.
Menerusi laman sosial itu juga, Che Ta telah berkongsi foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif dengan status yang berbunyi:
"Alhamdulillah.. Syukur dengan nikmatMU ya ALLAH.. Amin."
Perkongsian tersebut telah menarik ramai pelayar Instagram untuk mengucapkan tahniah kepada Che Ta dan Zain.
Zain dan Che Ta telah bernikah pada 12 Disember tahun lalu.
Hiburan
SEORANG lelaki China memberitahu bahawa dia telah cuba menghubungi telefon bimbit abangnya (abangnya mempunyai nombor Singapore) yangg merupakan salah seorang mangsa, dan telefon bimbit itu BERBUNYI. Dia menghubungi sebanyak 2 kali telefon bimbit abangnya itu dan ia MEMANG berbunyi, tapi tidak ada orang jawab.
Kemudian Beijing TV juga telah menghubungi nombor itu, dan ia BERBUNYI, tapi SESEORANG TELAH DISCONNECT PANGGILAN ITU!
Relative can still call the phone of his brother on board missing Boeing 777
He says he can hear the phone ringing but no one answers.
Malaysia Airlines conference site, a family member said that his brother was a passenger in the flight, he had tried to call his brother phone is ON, Singapore number!
However, as of now, no one answered and called twice. Malaysia Airlines has been recorded in this regard calls, further investigation.-AFP
Global
SEBELUM ini, tweet dan whatsapp sedih yang ditulis Jasmine Johari pasti membuatkan anda sebak dan pasti ramai yang mengalirkan air mata. Namun, apa yang lagi menyedihkan ialah printscreen whatsapp dan tweet tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata!
Isu Panas
Bagi Mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Howard menjalani ujian DNA menggunakan sampel gigi mendiang dan hasilnya terbukti 99,9 peratus sahih.
Menurut Howard, dia mendapatkan bukti bukan untuk mengejar populariti semata-mata sebaliknya mahu mencari kebenaran mengenai asal-usulnya.
"Demi kebenaran, saya bersumpah bahawa ujian DNA tiada kaitan dengan harta atau glamor.
"Tetapi ingin mengetahui siapa ibu bapa kandung atas keinginan diri sendiri. Tiada paksaan mana-mana pihak," tegasnya.
Hiburan
Setakat malam ini, semakin banyak bukti memperlihatkan bahawa pesawat MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkemungkinan besar telah terhempas kira-kira 50 batu ke arah barat daya Pulau Tho Chu, di selatan wilayah laut Vietnam.
Ini berikutan penemuan sebahagian serpihan yang dikatakan ekor kapal dan bahagian komposit pintu dipercayai milik pesawat berkenaan siang tadi (Ahad).
Pihak berkuasa Vietnam telah pun mengeluarkan gambar rasmi dari udara bagi membuktikan dakwaan penemuan itu (lihat gambar di atas).
Ia dikatakan ditemui tidak jauh dari laluan asal MH370 menuju ke Beijing.
Pihak itu bagaimanapun tidak membawa sebarang kapal laut ke kawasan itu untuk menyiasat berikutan hari semakin gelap ketika serpihan berkenaan ditemui.
Lebih memperkukuhkan lagi kemungkinan itu ialah akhbar rasmi Vietnam, Tienphong melaporkan sebentar tadi bahawa pasukan keselamatan Malaysia telah meminta kebenaran Jabatan Penerbangan Awam Vietnam (CAA) untuk memasuki perairan negara berkenaan bagi mengkaji penemuan beberapa objek.
Sebanyak lima kapal tentera milik Malaysia terbabit dalam permohonan itu, namun belum dapat disahkan sama ada sebarang kebenaran telah diberikan atau tidak.
Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia mahu memasuki perairan berkenaan malam ini juga dan tindakan itu boleh ditafsir sebagai satu lagi kemungkinan MH370 telah terhempas di kawasan laut.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan.
Mynewshub
Mynewshub
Global
TAIPING: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan.
Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.
Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan.
“Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan. -HM
Isu Semasa
Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita.
Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan.
Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi “membanteras jenayah” seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu.
Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik.
“Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik.
“Dia masuk ke kedai dengan memakai ‘G-String’ semata-mata,” katanya.
Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi
Global
Wanita berkenaan mendakwa suami kerap memukul di kediaman sewa mereka di Taman Permai dan Taman Aman, dekat sini, sejak berkahwin pada September lalu.
Terbaru, mangsa berusia 25 tahun dikatakan mengalami kecederaan di beberapa bahagian termasuklah di mata, selepas ditumbuk suaminya sehingga perlu mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.
“Kami melarikan diri ke Kuantan selepas berlaku kekecohan di rumah sewa kami. Lagipun, suami berjanji akan berubah. Namun, apabila tiba di sana pekerjaan dijanjikan tidak dapat menyebabkan kami berdua merempat.
“Tidak lama kemudian, dia membawa saya ke Kuala Lumpur atas alasan untuk memulakan hidup baru. Namun, entah di mana silapnya saya dipukul sehingga mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya,” katanya.
Katanya, suaminya yang merupakan bekas pekerja sebuah kilang di Mergong dekat sini, membawa dirinya pulang ke Alor Setar, selepas niat mereka memulakan hidup baru tidak kesampaian.
“Apabila balik, kami menyewa di sebuah bilik kecil di Taman Alor Setar, dekat sini. Apa yang mengejutkan, kediaman terbabit turut disewa beberapa lelaki bujang lain. Lebih menakutkan, lelaki tersebut adakalanya mengganggu saya,” katanya.
Malah, mangsa mendakwa terkilan apabila suaminya tidak hanya meninggalkan dirinya gantung tak bertali secara tiba-tiba sejak beberapa hari lalu, sebaliknya turut menyebabkan dirinya dibebani hutang.
“Kini, saya tidak tahu status kerana ibu mentua mendakwa dia sudah menceraikan saya. Malah, mereka langsung tidak ingin mendengar perkara sebenar dari mulut saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Mangsa mendakwa keluarga mentuanya di Kampung Lubuk Merbau, Jitra, langsung tidak menerimanya, manakala masyarakat tempatan menuding jari menyalahkan dirinya.
“Saya tak nak dituduh bukan-bukan. Jika benar saya sudah diceraikan, saya terima dari dibiarkan sebegini. Sebelum itu, saya mohon suami tampil membuat buku merah untuk anak kami. Lagipun, dia tak berdosa,” katanya.
Lebih menyulitkan keadaan, katanya, mereka berdua berkahwin di Thailand selepas tidak direstui oleh ibu bapanya, sekali gus didakwa menyebabkan niatnya membuat laporan polis mengalami kesulitan.
SH
Isu Semasa
Shah Alam: Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, dekat sini, semalam.
Mayat ditemui orang awam yang kebetulan melalui laluan berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan itu melalui panggilan kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan polis akan menunggu laporan bedah siasat dari pihak hospital bagi mengenal pasti usia serta punca sebenar kematian wanita berkenaan,” katanya.
Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada badan mangsa dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai berhampiran bagi memudahkan proses pengecaman.
HM
Isu Semasa
Di sebalik raut wajah yang masih lemah, dia masih berupaya menguntum senyuman. Masakan tidak, pagi kelmarin bermulalah episod baru dalam kehidupan pengarah filem dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, apabila sah bergelar suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, selepas selamat dinikahkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Disatukan dengan wanita yang dicintai pastinya detik paling membahagiakan seorang lelaki. Atas sebab itu, Syamsul yang popular dengan filem KL Gangster menggagahkan diri meneruskan pernikahan biarpun keadaan kesihatannya belum stabil dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang akibat demam denggi sejak 2 Mac lalu.
Syamsul ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya pada hari itu stabil sekali gus membolehkannya meneruskan niat bernikah pada tarikh berkenaan.
“Sudah seminggu saya ditahan di wad dan dua hari lalu saya bercakap pada diri saya sendiri, jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan, tarikh nikah saya dan Sarah terpaksa ditunda.
“Kalau boleh saya tidak mahu berbuat demikian kerana saya enggan menyusahkan banyak pihak. Apatah lagi segala persiapan sudah dibuat. Jika menundanya ke tarikh lain, kena tempah semula tempat dan ia akan merumitkan lagi keadaan serta menyukarkan banyak pihak contohnya mendapatkan semula tarikh jurunikah untuk pernikahan ini,” kata anak sulung Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.
Hiburan
Gambar Hiasan |
Kaherah: Seorang lelaki dihukum penjara 15 tahun selepas mahkamah mendapati dia bersalah membunuh isterinya, lapor media semalam.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit berkata, dia terlalu berang dan terlanjur membunuh wanita terbabit kerana sering dituduh mandul.
“Tuduhan itu keterlaluan,” katanya.
Bagaimanapun, media tidak menjelaskan bagaimana lelaki terbabit membunuh isterinya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja membunuh bapanya ketika mereka meraikan detik gembira bersama. Media melaporkan, pengantin lelaki melepaskan tembakan ke udara selepas disahkan menjadi suami.
Dia juga memanggil bapanya untuk menari bersama sambil tembakan dilepaskan. Saksi berkata, mangsa tiba-tiba jatuh berlumuran darah.
Amalan melepaskan tembakan ke udara dalam upacara keraian adalah budaya di kebanyakan negara Arab. - Agensi
Global
KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.
Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.
Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuanmselepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.
"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai.
Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.
Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.
Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
"Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.
Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.
CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.
Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.
Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments