Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Mungkin berita tentang penceraian Izreen Azminda masih lagi belum sempat reda. Namun tiada siapa dapat menafikan kejelitaan dan watak ceria yang dimiliki pelakon ini. Aura mengancam yang dimilikinya pasti membuatkan ramai jejaka di luar sana tergamit hati nalurinya. Artis berusia, 31 tahun ini telah sah bercerai dengan suaminya pada 9 Jun lalu dan sedang melalui tempoh edahnya sekrang ini.

Jom layan sekeping gambar artis ini yang hanya memakai gaun ketat hitam paras lutut di tepi jalan.









PELAKON Jennifer Lawrence menjelaskan gambar-gambar bogelnya yang tersebar di Internet merupakan gambar yang diberikan kepada kekasihnya iaitu Nicholas Hoult.

Jennifer berkata, gambar tersebut telah dicuri oleh pengodam Internet untuk disebarkan kepada umum.

"Gambar tersebut adalah untuk Nicholas yang mana kami menjalani hubungan cinta jarak jauh. Namun ia adalah merupakan hak peribadi kami sahaja.

"Saya kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dan mencuri gambar-gambar itu untuk kepentingan tertentu," ujarnya.


Tambah Jennifer, dia pernah berniat untuk meminta maaf atas kejadian tersebut kepada peminat, namun hasrat itu dibatalkan apabila memikirkan ia bukan kesalahannya.

Bagaimanapun, Jennifer mengakui bimbang perkara tersebut akan menjejaskan kerjaya lakonannya. 



KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan antarabangsa, Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), di Lapangan Terbang KLIA2 pada Ahad.

Bakal pengantin berusia 25 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012.

Wanita berkenaan dijadual berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia di Syria, yang menjadi anggota ISIS. 

Sumber polis memberitahu Bernama bahawa lelaki berkenaan memberi RM6,000 secara tunai kepada wanita terbabit sebagai perbelanjaan perjalanannya.
Kata beliau, pada mulanya wanita itu menempah tiket penerbangan ke Istanbul, Turki, tetapi menukar rancangan perjalanannya ke Brunei sebelum menuju ke Timur Tengah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.



Lelaki berkenaan pula dikatakan membunyai seorang saudara lelaki yang terbunuh pada 30 Sept dalam konflik di Syria.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama di sini hari ini mengesahkan penangkapan wanita tersebut dan berkata satu sidang akhbar mengenainya akan diadakan.

Ini merupakan tangkapan keempat oleh polis selepas tiga rakyat Malaysia ditangkap di KLIA pada 27 Sept kerana disyaki merancang untuk berlepas ke Syria bagi menyertai perjuangan ISIS.

Wisma Putra baru-baru ini berkata Kerajaan Malaysia menyifatkan ISIS sebagai pertubuhan pengganas dan tidak bersetuju dengan sebarang aktivitinya.

Sejak April hingga 21 September tahun ini, 19 rakyat Malaysia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan ISIS. 
Mereka dipercayai direkrut oleh empat sel militan (Khaed Al Waled, Bridged Al Jemaah, Daulah Islamiyah dan Arakan Daulah Islamiyah Arakan) untuk dihantar ke Syria.

Selbyville (AS): Seorang kanak-kanak berusia empat tahun membawa 249 bungkusan heroin ke pusat jagaan kanak-kanak dan mengagihkan dadah kelas A itu seperti gula-gula kepada beberapa rakannya.
Seorang pengasuh menelefon polis selepas melihat kanak-kanak berkenaan membelek bungkusan itu. 
Ibu budak itu, Ashley Tull, 30, ditangkap dan dituduh memiliki dadah di samping tiga tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak. 



Polis di Delaware berkata, ujian yang dilakukan terhadap kandungan bungkusan itu mengesahkan ia heroin.

Kanak-kanak itu dikatakan tersilap membawa beg berisi heroin selepas beg yang biasa dibawanya dikoyakkan kucing keluarganya.
Menurut polis, kanak-kanak berkenaan menyangka bungkusan itu gula-gula yang dibekalkan ibunya. 

Ashley yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 11 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$6,000 sementara anaknya diletakkan di bawah penjagaan seorang anggota keluarganya (RM19,600) - Agensi

Arau: Harapan untuk mendiami rumah yang direka bentuk oleh Wan Markiah Wan Hamid, 35, kini hanya tinggal kenangan apabila mangsa maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suami dan lima anaknya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 366.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Sungkai, awal pagi semalam.
Suami mangsa, Mohd Zahir Abd Rahman @ Dahaman, 41, berkata, isterinya sangat teruja untuk menyiapkan rumah terbabit dan kepulangan mereka berhari raya pada Sabtu lalu digunakan sebaiknya untuk memantau perkembangan pembinaan rumah mereka di kawasan Abi, di sini, yang kini hampir 70 peratus siap. 
“Isteri saya pernah berkata ingin berpindah ke rumah baru kami yang direkanya sendiri sekiranya dapat kembali ke Perlis atau selepas pencen nanti. Namun, kini arwah tidak sempat pun untuk tinggal di rumah itu. 


“Arwah begitu ramah dengan sanak saudara dan kami sempat menziarahi hampir semua rumah keluarga terdekat pada Aidiladha lalu sehingga melewatkan sehari kepulangan ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga yang berkumpul di rumah ibu mentua abang sulung arwah di Jitra.

“Malah, arwah tidak menunjukkan perubahan, namun sekali-sekala mudah marah dan sensitif walaupun hanya perkara kecil sepanjang berada di Perlis,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah abang iparnya, Wan Idris Wan Hamid , 49, di Taman Pauh Utama, di sini, semalam. Hmetro