Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Senarai yang diumumkan menerusi laman web Top Universities pada hari ini, menyaksikan UM naik dua tangga dari kedudukan terdahulu apabila kini berada di tangga ke-27.
UPM turut mencatat prestasi memberansangkan apabila naik dari kedudukan 66 kepada 49.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula tersenarai di kedudukan 55 manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tempat ke-63.
Dalam pada itu, kedudukan tertinggi dimiliki oleh National University of Singapore (NUS), manakala The University of Hong Kong berada di tangga ke-2, seterusnya Nanyang Technology University, Singaporeberada di kedudukan ke-3.
Senarai dikeluarkan QS World University Rankings pada tahun ini adalah berdasarkan 350 universiti terbaik di rantau Asia, pertambahan 50 universiti berbanding tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Perdana Menteri berkata pelancaran itu juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengembalikan kegemilangan Proton ke landasan kejayaan bagi menjana lebih banyak keuntungan dan memberi manfaat kepada negara.
Beliau berkata Proton boleh membuktikan bahawa ia merupakan penggiat yang serius dalam industri automotif, dan akan terus memain peranan utama dalam pembangunan bakat, vendor dan usahawan tempatan.
“Saya harap pelancaran Perdana baharu ini akan menjadi titik perubahan untuk Proton, dan akan membawa manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.
“Saya yakin Proton akan terus melakukan inovasi dan membuat penambahbaikan, menghasilkan kereta untuk rakyat Malaysia dan pelanggan di luar negara,” katanya pada pelancaran generasi keempat Proton Perdana di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Proton tidak berada pada kedudukan seperti yang sepatutnya, kurang penyelidikan yang tepat dan keupayaan pembangunan selain skala pengeluaran yang diperlukan untuk kekal kompetitif.
“Ada masanya ada sifat angkuh – bahawa Proton boleh buat apa sahaja kerana kerajaan akan sentiasa menyokongnya. Dua kilang dibangunkan (Tanjong Malim dan Shah Alam), yang berkeupayaan mengeluarkan 400,000 unit setahun.
“Namun, tahun lepas Proton hanya menjual 102,000 kereta,” katanya dan menambah penguasaan dalam pasaran automotif negara hanya kira-kira 15 peratus berbanding 74 peratus semasa kemuncaknya pada 1993.
Setakat ini kata Najib kerajaan sudah menyalurkan geran hampir RM14 bilion, pelbagai bentuk bantuan dan cukai ke atas Proton sejak ditubuhkan pada 1993.
Pada April, beliau berkata kerajaan meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton Holdings, tertakluk kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi oleh pembuat kereta nasional itu.
“Ini bukan penyelamat memandangkan pinjaman itu mempunyai syarat ketat. Namun, keperluan mendesak untuk suntikan tunai menunjukkan hakikat bahawa wujud kelemahan serius dalam struktur Proton,” katanya.
Najib berkata Proton berjaya atas bantuan besar kerajaan dan industri kereta nasional berkembang di bawah perlindungan, kuota ke atas saiz enjin dan rakyat Malaysia membayar duti import yang tinggi ke atas kereta asing.
Menerusi bantuan kerajaan, perdana menteri berkata Proton mesti memenuhi standard ketat pengurusan profesional untuk bergerak ke depan, dan memastikan syarikat itu mempunyai model kestabilan jangka panjang dan segera mengenal pasti rakan strategik asing.
“Pinjaman itu bukan cek kosong. Syarikat mesti membuktikannya, dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Pada dasarnya Proton mesti membangunkan program eksport yang kukuh dan kurang bergantung kepada pembeli Malaysia,” katanya.
Najib berkata kerajaan mahu melihat Proton kembali berjaya dan atas sebab itu syarikat itu dibantu oleh Pasukan Petugas Khas yang baru dibentuk.
Pasukan petugas khas yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala, akan mengenal pasti rakan strategik asing dan memantau proses pemulihan Proton.
“Kita sudah belajar daripada pengalaman lepas Proton – oleh itu Pasukan Patugas tidak akan campur tangan dalam operasi harian syarikat,” katanya.
Najib juga berterima kasih kepada Proton dan pekerjanya atas usaha dan sumbangan mereka dalam sektor automotif.
“Saya yakin syarikat akan terus menambah baik dan melakukan inovasi bagi mengeluarkan kereta terbaik untuk pelanggan Malaysia dan luar negara.
Pelancaran Proton Perdana baharu hari ini wajar menjadi permulaan baharu dalam sejarah syarikat. Proton mesti menjual kereta yang memenuhi keperluan pelanggan,” katanya. – BERNAMA





Seorang suami yang berang selepas mengetahui isterinya berlaku curang telah mengikat wanita itu dan kekasihnya di sebatang tiang sebelum memukul mereka dengan kayu dan tali, di khalayak ramai.
Kejadian itu berlaku di satu kawasan yang tidak dinamakan di India dan video mengenai `amukan’ lelaki itu telah dirakamkan serta disebarkan kepada orang ramai.
Isterinya, yang memakai sari, menjerit kesakitan apabila dipukul dan cuba melepaskan diri, namun gagal. Jeritan tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada suaminya, malahan dia terus memukul mereka yang didakwa telah berzina.
Kekasih wanita berkenaan turut menerima nasib yang sama.
Sementara orang ramai yang menyaksikan video terbabit telah memberikan pelbagai pandangan mengenai tindakan lelaki itu.
Bagi yang membantah, mereka menyifatkan perbuatan lelaki terbabit hanya menggalakkan lagi keganasan rumahtangga manakala mereka yang menyokong lelaki itu pula menganggap si suami hanya menjalankan tugas untuk mempertahankan maruah keluarganya.
Video berkenaan telah dikongsi oleh aktivis kemanusiaan, Kundan Srivastava dan beliau melahirkan rasa terkejut kerana ramai yang mempertahankan tindakan lelaki terbabit.
Kundan turut menggesa orang ramai yang mengenali pasangan terbabit supaya berhubung dengannya kerana beliau mahu membuat laporan polis.


“Saya memang menentang sebarang bentuk keganasan, penderaan fizikal dan perbuatan jenayah seperti ini,” katanya.

Pertandingan yang diadakan di Latvia, Sabtu lalu telah memahkotakan Tan Si Mi sebagai wanita berbadan besar paling cantik dan menawan seluruh dunia.
Menggayakan gaun jarang berwarna putih dan kelabu, keyakinan tinggi yang ada pada Tan,  antara faktor utama kemenangannya.

Tan dilaporkan sering mencuba produk pelangsingan badan yang terdapat di pasaran ketika berusia 22 tahun, hinggalah dia akhirnya menyedari bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam, serta keyakinan diri dan tingkah laku seseorang itu lebih penting daripada kecantikan fizikal semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

Tindakan seorang ibu membiarkan anak-anaknya bermain air pancut dalam keadaan bogel menjadi tumpuan dan mengundang pemandangan yang tidak enak kepada pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Singapura semalam.
Menurut seorang pengikut laman web Stomp (Stomper) iaitu John, kejadian itu berlaku di Bugis Junction pada pukul 8.15 malam.
Jelas John menerusi temubual melalui telefon kepada laman itu, kanak-kanak itu dipercayai berumur dua atau tiga tahun dilihat bermain-main air pancuran sambil diperhatikan oleh ibunya.
Perlakuan si ibu yang membiarkan sahaja anaknya itu mandi dalam keadaan bogel telah menarik perhatian beberapa pengunjung yang lalu-lalang di situ.
Malah tidak kurang juga yang mengambil gambar aksi kanak-kanak tersebut.

Hal itu menyebabkan John turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan selamba ibu kepada kanak-kanak terbabit yang seolah-olah tidak kisah dengan apa yang berlaku.
“Terdapat begitu ramai orang di sekeliling.
“Bagaimana si ibu hanya membenarkan anaknya untuk berbogel di khalayak ramai seperti itu?” soal John tidak puas hati.

Kebiasaannya, perlakuan seperti ini sering kali didengari dilakukan oleh warga China. Namun siapa sangka ada juga segelintir penduduk Kota Singa yang cuba untuk meniru tindakan seumpama itu. -MYNEWSHUB.CC

Wanita yang gemar tampil berpakaian seksi untuk menggamit perhatian orang ramai di kawasan terbuka pada ‘siang-siang’ hari di Chengdu, China ini adalah pondan yang terlalu yakin dia dipandang jelita oleh orang sekeliling.
Walau bagaimanapun di alam realiti nyata berbeza kerana ramai orang berasa meluat melihatnya.
Seorang netizen meninggalkan komen pada gambarnya, “Aku nak sangat belasah dia kalau jumpa. Menyakitkan mata betul!”  
Pandangan itu dikongsi ramai pelayat internet lain di China terutama lelaki yang meluat melihat aksi manja gedik ‘wanita’ berkenaan.
Namun, ada juga netizen yang lebih bertimbang rasa apabila mengatakan ianya adalah hak asasi si polan berkenaan untuk berpakaian seperti mana dimahukan.
“Setiap orang ada hak untuk berpakaian apa sahaja yang dia nak, itulah hak asasi manusia namanya,” bela seorang netizen.
Jom lihat gambar-gambar yang membangkitkan kemarahan netizen tertentu di bawah, dan nilaikan sendiri perasaan anda selepas melihatnya. 



Mynewshub