Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


CALIFORNIA – LOS ANGELES. Komuniti masyarakat di selatan California gempar dengan kehadiran seekor binatang misteri berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan di pinggir bandar Norwalk, Los Angeles.

Kelibat binatang tersebut dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi pada Jumaat lepas.

Dalam rakaman tersebut, binatang tersebut dilihat berjalan tenang melepasi kawasan parkir kereta di kejiranan tersebut.

Memetik laporan oleh sebuah portal hari ini, haiwan tersebut mempunyai saiz sebesar anjing dewasa, berkaki empat dan mempunyai ciri-ciri seperti harimau atau singa gunung.
Namun kenyataan tersebut disangkal oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California bahawa ia bukan dari jenis singa gunung.

Dalam pada itu, seorang Professor dari Pusat Penyelidikan Universiti Minnesota, menyokong kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Menurutnya, haiwan tersebut tidak mempunyai persamaan dari jenis harimau kumbang atau singa gunung namun ia lebih menunjukkan ciri-ciri seperti singa Afrika.

Menurut jurucakap Zoo San Diego, haiwan itu digambarkan sebagai salah satu daripada haiwan jenis ‘kucing besar’ namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.
Pihak peronda sudah diarah untuk melakukan rondaan dan kawalan di kawasan kejiranan tersebut dan para penduduk yang melihat kelibat haiwan tersebut pada masa akan datang diminta untuk menghubungi pihak berkuasa dengan segera.


PENGGUNA  Twiiterdogmaticfan mempersoalkan, ”apakah wanita itu dari Hamas?” 
Entah apa kaitannya seorang wanita berpakaian serba hitam dengan konflik Israel dan Hamas Palestin di tanah Gaza.

Tapi sejumlah orang ramai memperkatakannya sebagai sosok misteri. Mereka menyebutnya sebagai “hantu Gaza”. Foto-foto wanita berpakaian hitam itu merebak dan ramai membicarakan di media sosial, baik Twitter dan Facebook.



Perempuan itu diketahui berkelana di Amerika Syarikat. Asal usulnya mula dipersoalkan. Tapi wanita itu khabarnya kini berada di Winchester, Virginia, AS.

Seperti dimuat Al-Arabiya , Minggu (3/8/2014), ada yang meyakini perempuan itu jelmaan korban di Gaza dan menyebutnya sebagai hantu, “The #gaza jalur ghost”.

Pengguna lain, seperti dogmaticfan , mempersoalkan, “Apakah wanita itu dari Hamas?

Pengguna internet yang lain mempersoalkan agama seorang wanita itu, “Apakah ia seorang Muslim atau bukan, pakaian apa yang ia pakai itu?”  Seseorang telah membuat fanpage bertajuk

“Where is the woman in black?”.



Sudah hampir sebulan laman Facebook itu diwujudkan, dan sudah mmpunyai  77 ribu followers.

Sementara itu dalam laman Sydney Morning Herald , wanita itu disebutkan bernama Elizabeth Poland. Wanita berusia 54 tahun itu telah menempuh perjalanan kaki menuju rumah ayahnya di Winchester.

Dia adalah seorang janda, ditinggalkan suaminya pada 2008 Menurut adiknya, Raymond Poles, ia merupakan veteran perang Amerika Syarikat.

Tempat tinggal terakhirnya adalah rumah sakit Veterans Affairs hospitals.
Berkaitan Gaza, tentera Israel saat ini menyerang sekolah PBB di Rafah, Gaza Selatan.

Akibatnya sebanyak tujuh orang yang berada di dalam tempat pendidikan itu tewas. Israel berdalih, ada pasukan Hamas yang berkubu di sekolah tersebut, sehingga mereka terpaksa menyerangnya.

Belum ada pengesahan dari Hamas soal insiden itu Serangan terbaru ini menambah senarai korban tewas di Gaza.
Hingga kini, korban jiwa mencapai lebih dari 1.700 orang. Sementara, 63 tentera dan 3 orang awam dari Israel tewas





BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook telah menarik perhatian pengguna laman sosial.
 
Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.

Bukan wanita biasa

Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat bangunan tersebut dengannya.
Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar ‘Spiderman’ yang didenda RM1,000  beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33 tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.

Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013 di sebuah acara Nurul Izzah.

“Untuk Wee Loong”

Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya jika ianya disebabkan orang lain.
“Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,”
Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.

Untuk kesedaran

Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang hanya mengambil ‘selfie’ ketika himpunan solidariti ‘Save The Children Of Gaza’ yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

“Mereka hanya mengambil ‘selfie’ bersama selebriti dan kemudian balik ke rumah,” dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook.


GEORGE TOWN – Rakaman klip video bertajuk Malaysia Nude Sports Games 2014 yang memperagakan aksi-aksi sekumpulan 18 orang terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel melakukan aktiviti riadah di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang di sini tersebar semalam.

Video berdurasi lima minit 49 saat yang mengemparkan itu bermula dengan beberapa keping gambar deretan sampan di jeti Taman Negara Teluk Bahang dan bangunan pejabat di situ.

Selepas itu ia disusuli dengan tayangan video kumpulan terbabit yang dipercayai bukan rakyat Malaysia sedang berbogel di sebuah dewan binaan kayu di pantai berkenaan dengan beberapa individu lain melakukan aktiviti mengecat badan masing-masing. - Kosmo


PETALING JAYA: Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin renggang selepas kontroversi gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 24, berkata, disebabkan perkara itu, dia langsung tidak berhubung dan bertegur sapa dengan Dazrin kerana begitu marah dengan cercaan itu.

"Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.

"Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.

Ramona berkata demikian ketika diminta mengulas apabila namanya dikaitkan sebagai punca pembatalan majlis perkahwinan pelakon Dazrin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini.
Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca, menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan. 

Gambar yang menjadi punca kontroversi ini telah dipadam daripada akaun Instagram Ramona selepas dihentam oleh peminat.

Tambah Ramona, dia tidak pernah beniat untuk mengganggu hubungan tersebut malah sudah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra lagi.

Jelasnya, gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.

"Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.

"Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Amyra selepas kejadian itu, Ramona berkata, dia tidak mengenali wanita itu secara dekat dan mereka tidak pernah berhubung.

Jelasnya, biarpun sering dihentam oleh segelintir peminat Amyra di laman sosial, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan wanita itu.

Lepas gambar tu keluar Amyra senyap sahaja, dia tidak pula hubungi saya untuk minta penjelasan jika dia tidak puas hati tentang gambar berkenaan," katanya.


Beijing: Sepasang warga tua dibunuh oleh anak kandung mereka yang bersekongkol dengan kawannya sebelum mayat mangsa dikerat serta dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Pegawai pendakwa Michael Arthur berkata, Henry Chau Hoi-leung, 30, dan rakannya Tse Chun-kei, 36 merancang melakukan pembunuhan itu lebih dari tiga bulan lalu dengan membeli pisau, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro khas untuk tujuan berkenaan.

Selepas ditangkap Chau dan Tse mengaku membunuh Chau Wing-ki, 64, dan isterinya Siu Yuet-yee, 63, pada 1 Mac tahun lalu kerana mereka berasakan “telah bersedia.” Bagaimanapun, di mahkamah semalam kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Menerusi rakaman litar tertutup mangsa dilihat kali terakhir memasuki bangunan di Tai Kwok Tsui bersama anak sulung mereka itu.

Tertuduh dilihat keluar bersendirian dari bangunan itu 20 minit kemudian.

Arthur berkata, Henry mungkin melakukan pembunuhan pada waktu itu.

“Pembunuhan ini sangat terancang. “Mereka merangka tindakan itu sejak Januari sebelum melaksanakannya pada 1 Mac,” katanya. Anggota badan pasangan malang yang dikerat itu ditemui di dalam flat berkenaan pada 15 Mac dengan kepala mereka ditemui di dalam dua peti sejuk berasingan. - Agensi

Beijing: Seorang ‘perempuan simpanan profesional’ yang selama ini mendakwa menerima banyak hadiah mewah hasil kerja amal, memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China selepas dia ditahan kerana terbabit dalam skandal perjudian Piala Dunia 2014.


Guo Meimei, 23, menjadi fenomena di laman sosial Weibo kerana sering memuat naik gambarnya bersama kereta mewah di beberapa lokasi eksotik.

Melalui laman sesawang itu Guo mendakwa kononnya kenderaan berkenaan adalah hadiah sebagai penghargaan terhadap tugasnya sebagai pengurus kanan pertubuhan Palang Merah.
Bagaimanapun, selepas ditahan di bawah akta perjudian China, Guo terpaksa mengakui dia hidup dengan wang sebagai pelacur kelas atasan dan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Malah Guo mengaku dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan kebajikan berkenaan.

Bagi pertubuhan Palang Merah pula, mereka sukar mendapatkan sumbangan sejak tingkah laku Guo tersebar.
Mereka kemudian menuntut Guo memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China.

Kata Guo, dia mengaku bersalah kerana suka berlagak dan mengikut nafsu semata-mata. “Saya memohon maaf kepada Pertubuhan Palang Merah China yang sukar mendapat bantuan kerana tindakan saya,” katanya.
Guo juga mengakui terbabit dalam skandal perjudian ketika pertandingan Piala Dunia 2014 berlangsung di Brazil bulan lalu.

Dia ditangkap hasil siasatan unit khas polis China.

Tidak cukup dengan itu, Guo mendedahkan dia membuka pusat perjudian tanpa lesen di Beijing selain melacur untuk mendapatkan wang.

“Ia adalah sebahagian daripada cara saya mendapatkan semula perhatian orang ramai,” katanya. Pada kemuncak ‘kegemilangannya’ Guo mempunyai hampir 1.9 juta pengikut di Weibo dan kebanyakan mereka amat kagum dengan kemewahannya.

Dengan kekayaan dimiliki Guo pernah membiayai penerbitan filem mengenai dirinya pada tahun lalu.

Melalui filem itu Guo digambarkan sebagai kanak-kanak bermasalah di Hunan sebelum belajar di Akademi Filem Beijing. - Agensi




Ipoh: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Boleh diibaratkan seperti ‘disko rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. 

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik.
Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.  

Intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke termasuk lagu Hindustan dan dangdut. 

Selama hampir tiga jam berada di kedai itu bermula jam 11 malam didapati kebanyakan penyanyi terdiri daripada pelanggan berusia 40 tahun ke atas.


Kuala Lumpur: Pihak penyiasat memperoleh imej rakaman dan bukti baru kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh.

Agensi media Dailymail.Uk dipetik berkata, bukti yang juga petunjuk utama itu boleh mengaitkan pemberontak pro-Russia berikutan pemilik kenderaan itu mendakwa kumpulan pemberontak merampas trak itu sembilan hari sebelum kejadian. 

Pemilik trak Volvo berwarna putih berasal dari Wilayah Donetsk mengenal pasti kenderaan itu miliknya dan mendakwa ia digunakan pemberontak untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Rakaman itu yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo diseludup keluar dari timur Ukraine pada awal pagi 18 Julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.  

Berita di laman web Lithuanian mendedahkan pemilik trak dikenali sebagai Vasiliy itu memberitahu agensi perisikan Barat memperoleh imej pergerakan trak miliknya itu.
Laman web itu berkata, Vasiliy kini saksi baru untuk jenayah dahsyat berkenaan.