Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


5.30 petang semalam, telah berlaku satu kebakaran di sebuah rumah yang terletak berhampiran SMK La Salle, Jalan Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
Anggota bomba dari Balai Bomba Jinjang, Hang Tuah, Sri Hartamas dan Taman Tun yang dikejarkan ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran sekitar jam 5.48 petang.
Hari ini, gambar-gambar kejadian kebakaran semalam mula dikongsikan di laman-laman sosial termasuk seorang mangsa kebakaran tersebut dalam keadaan mengerikan.
Hanya dengan berseluar pendek yang sudah rabak dijilat api, rambut mangsa turut hangus manakala kulitnya tersiat menampakkan isi seperti ubi bakar.
Dia bagaimanapun kelihatan masih mampu untuk duduk sementara menanti bantuan tiba.


POLIS di Pulau Majorca yang terletak di Lautan Mediterranean kini sedang menjalankan siasatan terhadap satu video lucah yang melibatkan seorang gadis British yang melakukan aksi seks dengan 23 orang lelaki di sebuah bar di Magaluf dalam masa dua minit.
Rakaman yang tersebar di laman sosial itu dimuatnaik oleh ramai pelancong British yang datang ke kepulauan itu sempena musim panas.

Memetik laporan Mirror UK, gadis tersebut melakukan aksi itu menerusi satu aktiviti yang dipanggil ‘mamading’.
Ia merupakan satu permainan yang menggalakan wanita melakukan aksi seks bagi mendapatkan minuman keras secara percuma.
Bagaimanapun, kebanyakan komen yang diterima daripada para netizen menganggap perbuatan gadis itu sebagai sangat teruk dan tidak bermoral.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majorca, Manuel Onieva berkata, dia menolak sama sekali aktiviti tersebut dan memberi amaran kelab hiburan yang melaksanakan permainan seumpama itu akan diarah tutup.

Seorang lelaki didapati sedang berbual secara seksual dengan beberapa orang wanita ketika bekerja dan turut menyebabkan anaknya yang masih bayi meninggal dunia kerana cuaca panas disebabkan terkurung di dalam kereta.
Dalam perbicaraan yang diadakan di Atlanta, Georgia pihak pendakwaan kini cuba membuktikan bahawa keinginan tertuduh, Justin Ross Harris sengaja meninggalkan anaknya supaya dia boleh bebas tanpa perlu menjaga anaknya lagi.
Menurut pihak pendakwaraya, Harris sedang berbual melalui aplikasi berbual telefon pintar dengan enam orang wanita dan mereka turut bertukar-tukar gambar lucah dan membiarkan anaknya yang berusia 22 bulan menderita kepanasan.
Kenyataan itu diberikan oleh seorang detektif penyiasat ketika memberi keterangan dalam perbicaraan itu.Peguam Harris berkali-kali membantah soalan pendakwaan kepada Detektif Polis Georgia Phil Stoddards yang mendakwa Harris berhubung dengan wanita-wanita itu dengan seorang daripadanya masih di bawah umur tetapi hakim membenarkan soalan itu ditanya.
Harris, 33, dituduh meninggalkan anak kecilnya Cooper, terikat dengan tali pinggang keledar di tempat duduk di bawah terik matahari selama tujuh jam ketika bekerja pada 18 Jun lepas.
Untuk rekod, tahap merkuri pada hari itu mencecah paras 92 dan menurut anggota polis suhu pada hari itu adalah sekitar 31°C darjah celsius ketika anaknya disahkan meninggal dunia di kawasan letak kereta tidak jauh dari tempat Harris bekerja.
Pada perbicaraan itu Ketua Magistrate Cobb County Frank Cox mendapati ada sebab munasabah untuk meneruskan pendakwaan ke atas Harris atas tuduhan membunuh dan juga kekejaman ke atas kanak-kanak.
Hakim juga tidak memberikan ikat jamin kepada Harris, yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.
Selain dakwaan membunuh ekoran kematian anaknya, Harris juga akan didakwa dengan tuduhan menjalinkan hubungan berunsur seksual dengan remaja bawah umur iaitu berusia 16 tahun.
Dalam siasatan detektif berkenaan, Harris didapati melawat laman Reddit dan melihat satu ruangan yang dinamakan “Bebas Tanpa Anak” dan membaca empat artikel.
Menurut Stoddard, tertuduh turut membaca artikel tentang bagaimana untuk hidup dengan selamat di dalam penjara.
Di sebuah komputer di meja kerja Harris turut ditemui carian internet dengan kata nama “Berapa lama bayi akan mati di dalam sebuah kereta yang panas?”. Bagaimanapun pihak polis masih belum dapat memastikan siapa yang melakukan carian berkenaan. 

APA yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya?
Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 ‘s channel.
Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.
Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.
Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.
Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan segera meninggalkan apartment untuk melapor pada polis.
Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.
Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.
Seram juga kan kalau ada orang asing yang diam-diam tinggal bersama anda di satu bumbung. Maka perhatikan benar keadaan rumah anda.

Sesiapa yang follow akaun Instagram Faezah Elai pasti tidak akan menafikan kejelitaan dimiliki pelakon anak mami ini.
Selain pandai bergaya Faezah juga kini dilihat semakin langsing dan cantik.
Bagaimanapun gambar yang dikongsi Faezah baru-baru ini membuatkan beberapa pengikut Instagramnya terpaksa menenyeh mata beberapa kali untuk memastikan ia adalah real Faezah.Gambar yang diambil selepas berbuka puasa dan mungkin selepas solat maghrib itu menampakkan wajah Faezah tanpa solekan dan amat letih.
Namun menerusi pos kemudian ini, secara tak langsung terjawablah mengapa wajah Faezah sampai macam ini sekali.
Ia mungkin akibat daripada masalah insomnia pelakon ini yang membuatkannya susah untuk tidur.
Memandangkan tidur salah satu rahsia kecantikan wanita, sedikit sebanyak ia mungkin menjejaskan wajah.
Maka jika wajah tidak ditutup dengan solekan tebal, kulit yang lesu dan kusam boleh menjejaskan penampilan.
Apa pun,diharapkan Faezah segera menemui cara untuk menangani masalah insomnianya sekaligus mendapat semula ‘beauty sleep’ yang diperlukan setiap wanita untuk kekal jelita. 

Alahai kesiannya dengan Selena Gomez, dia punyalah cinta mati sama kekasihnya, Justin Bieber tapi alih-alih Bieber dilaporkan hanya akan berkahwin dengan aktres comel itu sekiranya Gomez hamil.
Menurut International Business Times, ini kerana gosip mengatakan Bieber bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat adalah merupakan khabar angin sahaja.
Bieber dikatakan masih tidak puas lagi berhibur dan berfoya-foya biarpun sudah memiliki Gomez.
Sebelum ini pun, pasangan remaja paling popular ini pernah beberapa kali putus cinta dan kemudiannya cinta mereka bersambung kembali kerana Gomez tidak mahu melihat teman lelakinya terus hanyut dengan kemasyhuran yang dikecapinya kini. 

Beijing: Seorang lelaki yang kudung kedua-dua tangan ditahan polis kerana memandu menggunakan kakinya tanpa lesen di Lebuh Raya Shanghai-Chongging.
Lelaki itu dikenali sebagai Guo, 45, sebelum ini mendakwa memandu kenderaannya sehingga 160,000 kilometer (km) tanpa pernah ditahan.
Guo ditahan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis di hentian Xiantao di lebuh raya berkenaan dengan memasuki lorong tol yang lebih jauh.

Polis yang mengejarnya terkejut apabila menemu Guo memandu dengan kaki kirinya pada stereng.

Apabila diminta keluar dari kenderaan, Guo menggunakan ibu jari kaki kanan untuk menarik gear kepada neutral sebelum menggunakan kaki kanannya untuk memutarkan kunci dan mematikan enjin.
Difahamkan, Guo hilang kedua-dua tangannya pada usia tujuh tahun selepas tersentuh kabel voltan tinggi ketika memotong rumput.

Sejak kejadian, dia belajar menggunakan kakinya untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk membasuh muka dan menggosok gigi, menulis dan memandu.

Guo meraih pendapatan dengan menjual buah bersama-sama isterinya. Dia juga menyara ibu bapanya yang uzur serta anak lelakinya di universiti.

Guo belajar memandu dalam tempoh kurang seminggu namun gagal mendapatkan lesen mengikut undang-undang China. 

Ketika disoal, Guo mengaku pemilik kereta berkenaan malah sudah memandu lebih 160,000km menggunakan kenderaan itu. Dia juga mendakwa tidak pernah kemalangan.

Dia kini disiasat polis kerana memandu tanpa lesen. Dia boleh didenda sehingga 2,000 RMB (RM1,028) dan dipenjara tidak lebih 15 hari jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hanya mendapat amaran lisan dan didenda 500 RMB (RM257).

Menurut polis, Guo sebenarnya pemandu berhemah malah menghabiskan 4,000 RMB (RM2,057) untuk insurans kenderaannya.

“Kami amat menghormati orang kelainan upaya yang mampu berusaha keras demi mencari rezeki.

“Namun perbuatannya memandu tanpa lesen di lebuh raya amat berbahaya. Kami berharap dia tidak memandu lagi selepas ini,” kata polis.- Agensi


Sekumpulan wanita berpakaian sebagai pengantin menjual "ciuman" di sepanjang jalan Chevron House di Singapura. Hal ini dilakukan mereka untuk mengumpul dana.

Aksi unik ini adalah kempen yang dilakukan oleh mahasiswa dari National Junior College, yang membantu mengumpul dana bagi program penderma sumsum tulang.

"Saya sedang berjalan sepanjang Chevron House di kawasan CBD ketika gadis-gadis muda yang mengenakan gaun pengantin cantik itu berteriak 'Match For Live'," ujar salah seorang pejalan kaki. Demikian dikutip dari Stomp, Sabtu (28/6/2014) .

"Gadis-gadis ini membantu mengumpul dana bagi Program Penderma Sumsum Tulang. Mereka mengatakan untuk mencari penderma memerlukan padanan kerana ini seperti mencari cinta sejati anda," tambahnya.

Sumber: okezone.com


MEXICO CITY  - Penduduk sebuah kampung di Mexico membunuh seekor ular gergasi berukuran 7.62 meter yang dikhuatiri mampu menelan seorang budak walaupun tindakan tersebut dikritik oleh kumpulan pencinta alam sekitar.

Mail Online dalam laporannya menyebut, kejadian itu berlaku di Kampung Benito Juarez dekat negeri Tabasco, tenggara Mexico apabila ular tersebut dikesan menyusur di laluan kereta api.

Penumpang sebuah kereta api yang kebetulan lalu di kawasan tersebut memberi amaran kepada penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memukul ular besar itu menggunakan kayu sehingga mati.

Malah, mereka turut memotong kepala ular berkenaan yang tidak sempat melarikan diri ke kawasan semak.

Kumpulan pencinta alam sekitar yang mengutuk tindakan penduduk kampung itu berkata, mereka yang terlibat dalam pembunuhan haiwan itu mungkin berdepan dakwaan.

Bagaimanapun penduduk tempatan, Nicandro Aguilar berkata, mereka mempunyai hak untuk melindungi haiwan ternakan dan nyawa mereka daripada ancaman ular gergasi berkenaan.

"Saya tidak pernah melihat ular sebesar itu yang jelas mengundang bahaya kepada banyak pihak terutamanya golongan kanak-kanak.

"Ular itu dipercayai tinggal di sebuah gua berhampiran dan menjadi punca kehilangan banyak haiwan ternakan di kampung ini," katanya.

IPOH - Selepas datang mengejut ke sebuah balai dan meminta anggota polis memberkasnya, seorang lelaki mengelar diri sendiri hingga maut dengan serpihan kaca.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut mati akibat cedera parah.

Menurut sumber, ketika berada di balai berkenaan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang pertimbangan lalu memecahkan cermin tingkap balai sebelum mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca.

Sementara itu,  adik perempuan mangsa yang dikenali sebagai Rani, 26, mendakwa, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh pada Isnin lalu dengan mengatakan hendak menyelesaikan kerja termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang, Selangor.

“Abang keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang Isnin lalu dan beberapa jam kemudian ibu saya menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah.

“Sebelum ini abang beritahu dia ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi ibu saudara sudah ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam.

Katanya, selepas hampir tiga hari abangnya tidak pulang ke rumah, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis pada jam 1 pagi semalam yang memaklumkan abangnya itu sudah meninggal dunia dalam balai polis.

Mangsa yang masih bujang difahamkan pernah melakukan perkara hampir sama di sebuah balai polis di Sungai Buloh pada April lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon memaklumkan, ketika kejadian, terdapat empat anggota berada dalam balai tersebut, sementara yang lain sedang berbuka puasa.

“Kejadian secara mengejut. Semua anggota di balai tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.

Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.

Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Georgetown: Berang kerana cubaannya merasuah anggota polis tidak dilayan, seorang lelaki bertindak biadab apabila menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan lucah pada surat saman dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi di Batu Feringghi, di sini, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dua anggota polis selepas mendapati dia tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. 

Mazlan berkata, kedua-dua anggota polis terbabit sudah membuat laporan di Balai Polis Batu Feringghi, kelmarin, berhubung tindakan biadab lelaki berkenaan.



Parit Buntar: Seorang lelaki hancur betis kaki kanan apabila digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, mangsa berusia 20-an menunggang motosikal sebelum dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta menyebabkannya tercampak lebih tiga meter sebelum digilis kenderaan berkenaan. 
Pemandu kereta terbabit, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain terserempak dengan mangsa dan cuba mengelak, namun gagal. 

Abdul Rahman yang memandu kereta Proton Wira berkata, mangsa tercampak lebih tiga meter selepas pertembungan itu manakala motosikal ditunggangnya remuk di bahagian hadapan.

Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya rosak manakala rim tayar hadapan kanan hancur dilanggar motosikal mangsa.

Shah Alam: “Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk.


“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital Selasa lalu. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40. 
Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan Ahad lalu, namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka. 

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.


“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya.