Seorang lelaki didapati sedang berbual secara seksual dengan beberapa orang wanita ketika bekerja dan turut menyebabkan anaknya yang masih bayi meninggal dunia kerana cuaca panas disebabkan terkurung di dalam kereta.
Dalam perbicaraan yang diadakan di Atlanta, Georgia pihak pendakwaan kini cuba membuktikan bahawa keinginan tertuduh, Justin Ross Harris sengaja meninggalkan anaknya supaya dia boleh bebas tanpa perlu menjaga anaknya lagi.
Menurut pihak pendakwaraya, Harris sedang berbual melalui aplikasi berbual telefon pintar dengan enam orang wanita dan mereka turut bertukar-tukar gambar lucah dan membiarkan anaknya yang berusia 22 bulan menderita kepanasan.
Kenyataan itu diberikan oleh seorang detektif penyiasat ketika memberi keterangan dalam perbicaraan itu.Peguam Harris berkali-kali membantah soalan pendakwaan kepada Detektif Polis Georgia Phil Stoddards yang mendakwa Harris berhubung dengan wanita-wanita itu dengan seorang daripadanya masih di bawah umur tetapi hakim membenarkan soalan itu ditanya.
Harris, 33, dituduh meninggalkan anak kecilnya Cooper, terikat dengan tali pinggang keledar di tempat duduk di bawah terik matahari selama tujuh jam ketika bekerja pada 18 Jun lepas.
Untuk rekod, tahap merkuri pada hari itu mencecah paras 92 dan menurut anggota polis suhu pada hari itu adalah sekitar 31°C darjah celsius ketika anaknya disahkan meninggal dunia di kawasan letak kereta tidak jauh dari tempat Harris bekerja.
Pada perbicaraan itu Ketua Magistrate Cobb County Frank Cox mendapati ada sebab munasabah untuk meneruskan pendakwaan ke atas Harris atas tuduhan membunuh dan juga kekejaman ke atas kanak-kanak.
Hakim juga tidak memberikan ikat jamin kepada Harris, yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.
Selain dakwaan membunuh ekoran kematian anaknya, Harris juga akan didakwa dengan tuduhan menjalinkan hubungan berunsur seksual dengan remaja bawah umur iaitu berusia 16 tahun.
Dalam siasatan detektif berkenaan, Harris didapati melawat laman Reddit dan melihat satu ruangan yang dinamakan “Bebas Tanpa Anak” dan membaca empat artikel.
Menurut Stoddard, tertuduh turut membaca artikel tentang bagaimana untuk hidup dengan selamat di dalam penjara.
Di sebuah komputer di meja kerja Harris turut ditemui carian internet dengan kata nama “Berapa lama bayi akan mati di dalam sebuah kereta yang panas?”. Bagaimanapun pihak polis masih belum dapat memastikan siapa yang melakukan carian berkenaan.
No comments
Post a Comment