Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pernah tak anda datang ke Starbucks untuk membeli kopi dan selepas anda membayar di kaunter, anda dapati bahawa Barista salah menulis nama anda pada cawan plastik kopi? Tetapi anda sudah beberapa kali menyebut nama anda dengan jelas kepada mereka.
Kejadian seperti ini berulang banyak kali dan pernah tak anda terfikir kenapa perkara ini berlaku? Sebenarnya kesalahan ini memang disengajakan oleh “Barista” kerana ianya merupakan sebahagian dari taktik pemasaran dan promosi mereka. Misalnya dalam dunia teknologi ini, jika seorang wanita ini dapati nama dia disalah eja, pastinya dia akan mengambil gambar dan terus memuatnaik di laman sosialnya. Tanpa dia sedari, dia telah mempromosikan jenama Starbucks kepada teman-temannya. Dengan kata lain, perhatian dan minat pembeli terhadap Starbucks pun akan meningkat. Genius kan? Hihi
Tonton video daripada Paul Gale ini yang menerangkan kepada kita sebab yang menarik kenapa Barista selalu salah eja nama anda.
Pelbagai
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib bekas pemain dram Flop Poppy, Azman Ismail sekeluarga apabila anaknya yang baru berusia 15 hari disahkan mengalami masalah usus tidak bersambung.
Lebih perit, pendapatannya sebagai seorang pemuzik jalanan (busker) selepas empat tahun kumpulan Flop Poppy dibubarkan tidak cukup menampung kos kehidupan keluarga mereka sehinggakan Azman sekeluarga terpaksa berpindah dan tinggal di hotel bajet.
Berkongsi cerita dukanya bersama mStar Online, Azman, 43 tahun, berkata, anaknya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu disahkan mengalami masalah usus selepas seminggu dilahirkan.
“Anak saya mengalami masalah usus kerana usus besarnya tidak bersambung dan harus dibedah dalam tempoh umurnya berusia tiga bulan.
“Buat masa sekarang doktor telah menebuk perut anak saya bagi mengeluarkan najis dari perutnya,” ujarnya.
Tambah Azman, dia kini terpaksa berpindah ke sebuah hotel bajet berhampiran dengan HKL bagi memudahkan mereka untuk ke hospital, selain sedang mengumpul wang deposit untuk tinggal di rumah baharu.
“Selepas Flop Poppy dibubarkan, saya hanya jadi busker di sekitar Kuala Lumpur, jadi pendapatan tidak menentu, isteri saya yang dulu bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam terpaksa berhenti kerja bagi jaga anak kami.
“Saya kini pindah berhampiran HKL supaya senang kami ulang alik dan disebabkan saya tiada pendapatan tetap yang memerlukan sejumlah wang deposit memasuki rumah baru, saya terpaksa tinggal di hotel bajet buat sementara,” katanya.
Berikutan itu, Azman memohon sumbangan orang ramai agar dapat membantu anaknya menjalani kos perbelanjaan rawatan dan pembedahan anaknya
Bagaimanapun, Azman berkata, pihak hospital masih belum memberitahu kos yang diperlukan untuk pembedahan usus tersebut.
Azman mendirikan rumah tangga dengan Azi Fitrah Ahmad pada tahun 2014.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Azman pada nombor 011-11906910.
Isu Semasa
SEORANG wanita di China ini telah mendapat pujian oleh masyarakat di negara itu selepas gambar sebuah kerusi roda istimewa yang dihasilkan untuk kucing kesayangannya yang lumpuh tersebar luas.
Pencinta kucing itu, Xiaojiu telah mencipta sebuah kerusi roda khas untuk memberikana ‘sinar’ kehidupan baharu kepada kucingnya yang lumpuh separuh badan itu.
Kucing yang dipanggil Guolai itu tinggal bersama pemiliknya di Chongqing. Haiwan comel itu kini dilihat mampu berjalan dan bergerak dengan bantuan alat tersebut.
Menurut Xiaojiu, dia mencipta alat itu untuk memastikan kaki kucingnya itu kembali kuat dan bagi memberikan harapan untuk kepada Guolai untuk terus hidup sama seperti kucing lain. – Agensi
Global
SEMPENA pesta tahunan Halloween yang bakal disambut beberapa hari lagi, pusat beli-belah di seluruh dunia tidak ketinggalan menawarkan bermacam-macam rekaan kostum Halloween bagi menarik hati pembeli.
Bagaimanapun, tindakan gedung serbaneka Walmart di Amerika Syarikat menjual kostum Halloween bertemakan pakaian seragam tentera Israel bagi anak kecil dan hidung palsu bagi mereka yang ingin tampil sebagai sheikh Arab mengundang kecaman dan kritikan hebat.
Ini berikutan, rata-rata menyifatkan gedung itu sebagai tidak sensitif dan biadap kerana mengeluarkan kostum Halloween dengan rekaan sedemikian rupa.
“Walmart, tahukah anda bahawa menjual pakaian seragam tentera Israel sama seperti menyokong penjajahan Israel dan pembunuhan anak-anak di Palestin,” tulis seorang netizen dengan akaun @Adeeba_.
Namun, Walmart menerusi satu kenyataan mendakwa mereka menawarkan kostum Halloween itu bertujuan supaya kanak-kanak dapat menghayati sejarah Yahudi.
Set lengkap pakaian seragam tentera Israel kanak-kanak itu dikatakan dijual dengan harga AS$27.44 (RM118), manakala replika hidung sheikh Arab itu dijual dengan harga AS$9.52 (RM41).
Dalam perkembangan terbaharu, Fox News melaporkan Walmart pada Rabu lalu mengumumkan tidak lagi menjual kostum tentera Israel bagi kanak-kanak itu dan hidung palsu tersebut selepas menerima kecaman hebat, termasuk gesaan memboikot Walmart di media sosial. – Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments