Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Kutu Kemaluan - Kutu tak hanya hinggap di rambut kepala. Makhluk kecil menjengkelkan itu juga suka hinggap di bagian tubuh lainnya yang ditumbuhi rambut seperti ketiak, janggut, dada termasuk rambut kemaluan. Kutu kelamin paling doyan hinggap di kemaluan remaja.

Kutu kelamin (Pediculosis pubis) atau sering disebut dengan kutu kepiting (crabs) adalah serangga parasit yang ditemukan terutama di daerah kemaluan atau alat kelamin manusia. Istilah kepiting diberikan karena tampilan mikroskopiknya yang menyerupai kepiting. Sahabat anehdidunia.com admin yakin anda semua menjaga kebersihan semua badan kita. jangan sampai binatang ini ada di tubuh anda. Berikut penjelasan tentang kutu yang menyebalkan serta menjijikkan ini.





Berikut penyebab dan penularan kutu kelamin:
  • Sumber infeksi kutu kelamin adalah kontak intim dengan orang yang terinfeksi
  • Karena penularan terjadi selama hubungan intim, hubungan seksual yang sebenarnya tidak diperlukan untuk penyebaran kutu kelamin
  • Kutu kelamin juga dapat ditularkan melalui kontak dengan barang-barang yang terkontaminasi seperti handuk, seprai atau pakaian.
  • Kutu tidak melompat atau terbang, maka kontak sebenarnya diperlukan untuk transmisi. Seorang individu mungkin memperoleh infeksi karena tidur bersama atau dari handuk
  • Kucing, anjing dan hewan peliharaan lainnya tidak terlibat dalam penyebaran kutu manusia
Gejala infeksi kutu kelamin:
  • Gatal dan terbakar di daerah kemaluan
  • Gatal dapat menyebar karena kutu kelamin bergerak ke daerah basah lain dari tubuh seperti ketiak
  • Gatal akan memburuk pada malam hari
  • Menggaruk intens dan lama dapat mengakibatkan kulit terluka dan dapat menjadi terinfeksi oleh bakteri
  • Demam, terbakar ketika buang air keci atau keluarnya cairan kelamin.
Tindakan perawatan untuk mengatasi infeksi kutu kelamin:
  • Mengeramasi rambut kemaluan dan wilayah sekitarnya sedikitnya selama 5 menit
  • Bilas dengan baik
  • Menyisir rambut kemaluan dengan sisir bergigi halus untuk menghilangkan telur
  • Beberapa dokter menyarankan menggunting rambut kemaluan dengan pisau cukur listrik nonsharp untuk mengurangi jumlah kutu dan telur.
Kutu kelamin dapat mempengaruhi semua orang, namun tingkat tertinggi ditemukan pada remaja, biasanya pada remaja yang sudah aktif secara seksual, baik pria maupun wanita. Hal ini mungkin terjadi karena remaja kurang peduli dengan kebersihan kelamin.

Remaja dengan kutu kelamin sebaiknya juga harus memeriksakan diri untuk infeksi seksual lainnya, karena berdasarkan etiologi penyakit, infeksi kutu kelamin diklasifikasikan sebagai infeksi menular seksual (IMS).

Penularan biasanya terjadi selama aktivitas seksual. Namun, hal itu juga dapat terjadi melalui kontak fisik dengan objek yang terkontaminasi seperti toilet kursi, seprai dan selimut. Bahkan, beberapa wanita mendapatkan kutu kelamin ketika mencoba pakaian renang.


Gara-gara mengupload foto pribadi dirinya sedang mandi bersama Safeea di akun Instagram miliknya pada jum'at,24/01/2014,Foto Mulan Jameela Mandi Jadi Berita Heboh Artis Minggu Ini.Foto yang kini banyak beredar luas di dunia maya itu terdiri dari 2 foto yang di unggah mulan dengan satu foto dirinya sedang mandibersama safeea dan satu lagi ahmad dhani dengan saffea.


Dalam penampakan foto tersebut terlihat mulan sedang bermain sabun dengan safeea dan dhani asyik bercanda dengan safeea dalam satu bak mandi.


Karena itulah tak heran mulan banyak dikejar-kejar wartawan mengenai pemunculan foto-foto tersebut yang semakin membuat publik yakin bahwa Safeea adalah buah hati anak mulan dan dhani..



Dan akhirnya terungkap bahwa Ahmad dhani mengakui sudah menikahi mulan dan kini kemesraannya dengan safeea tak ditutup-tutup lagi.

Ini bukan pertama kalinya mulan mengupload foto pribadinya di instagram,pada April 2013 lalu mulan juga pernah mengupload foto mandi bersama safeea yang dipenuhi sabun.

Atas kehebohan itu pada minggu,27/01 mulan menghapus foto tersebut dan menghindar saat ditanya wartawan seputar beredarnya foto heboh itu.


Sofi Jikan sememangnya dikenali sebagai pelakon yang mempunyai karisma tersendiri.
Sering diberikan watak seseorang yang berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.

Tapi yang tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar.

Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak dan mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).
Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja.

Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar.

Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.

Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yang terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.

“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.

Ditanya perkembangan terbaru, Sofi kini sedang sibuk dengan filem Gangsterock yang diarahkannya. Filem ini merupakan karya sulung terbitan syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd yang merupakan kerjasama antara Yusof Kelana dan Serina Redzuawan.

Gangsterock dibarisi pelakon popular seperti Khir Rahman, Izara Aishah, Saiful Apek, Sharifah Amani, Aqasha, Namron dan Syafie Naswip.

Selain itu, Sofi juga sibuk dengan proses editing album sulungnya berjudul Kasi Sengat yang dijangka keluar penghujung Mac ini. Single pertama, Madu kini sudah mula ke udara dan boleh dimuat turun sebagai nada dering.



Harapkan cikgu, cikgu makan murid.

Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.

Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.

Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.

Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.

Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.

Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.

Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.

Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit  terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.

Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.
Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih.
Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara.


KENINGAU – Seorang kanak-kanak perempuan warga Filipina yang bekerja sebagai kedi di sebuah padang golf di sini maut apabila terkena bola golf yang terpesong ke arahnya sewaktu menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Robert Salisip @David berkata, mangsa yang berumur 12 tahun dikenali sebagai Alminda Jalimin itu tidak memiliki dokumen dan beralamat di rumah kongsi berhampiran Taman MDK di sini.

Mengesahkan kejadian itu, beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira sehari selepas kejadian itu.

“Kejadian itu berlaku pada 31 Januari kira-kira jam 2.40 petang di padang golf itu sewaktu mangsa sedang bertugas menarik beg salah seorang pemain golf pada lubang ke-12.

“Dalam kejadian itu, salah seorang daripada pemain golf yang bermain pada hari itu memukul bola dalam jarak lima hingga enam meter dari kawasan di mana mangsa berdiri.

“Tanpa disangka-sangka, bola yang dipukul tadi melencong lalu terkena pada mangsa di tengkuk kanan, mengakibatkan mangsa rebah serta merta dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Robert berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit Kecemasan Hospital Keningau oleh orang awam dan doktor memberikannya rawatan sebagai pesakit luar, di mana kira-kira jam 11.30 malam, mangsa dibawa balik ke rumah oleh bapa dan ibunya.

Menurutnya, pada masa itu mangsa dilaporkan sebagai tidak mampu berjalan sendiri, dan bapanya terpaksa mendukungnya untuk dibawa balik ke rumah kongsi di mana mereka tinggal.

“Pada awalnya, mangsa dikatakan boleh bercakap dan menceritakan pengalamannya itu, namun selepas itu dia mengadu sakit kepala dan muntah-muntah. Keadaannya bertambah serius dan mangsa meninggal pada 1 Februari pada jam 5 pagi,” katanya.

Robert berkata, mangsa yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit lain, bekerja sebagai seorang kedi di Kelab Golf Keningau sejak umurnya 10 tahun lagi bagi membantu mendapatkan sumber rezeki bagi diri dan keluarganya.


 Pernahkah anda mengambil tahu apakah maksud garisan berwarna yang dilabel di belakang ubat gigi yang anda beli?

Anda pasti perasan terdapat perbezaan garisan warna pada produk ubat gigi yang berada di pasaran kini.

Anda tahu maknanya?

Hijau : Semulajadi
Biru : Semulajadi + ubatan
Merah : semulajadi + bahan kimia
Black : Pure bahan kimia

Ubat gigi dengan garisan berwarna apakah yang menjadi pilihan anda sekeluarga?

GIGI SIHAT SEPANJANG HAYAT.

BERHATI-HATI DENGAN PRODUK YANG ANDA GUNA SETIAP HARI.

KONGSIKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA.


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri.    Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.



Gambar sekumpulan pelajar politeknik perubatan Singapura membuka baju ala gangster hingga kelihatan tatoo di badan kini hangat diperkatakan di laman siber sana.

Dipercayai, pelakunya merupakan penuntut Politeknik Ngee Ann jurusan Kejururawatan Sains Kesihatan yang mengambil foto tersebut di tandas.

Turut disertakan bersama gambar berkenaan adalah kapsyen, “Nurse by day, mafia by night” (Siang jadi jururawat, malam jadi mafia).

Antara pertanyaan yang diutarakan rakyat Singapura yang melihat gambar ini adalah, ”Bolehkah jururawat bertatoo?”, ” Tidakkah ini akan menakutkan pesakit” dan “Tidakkah mereka ada perasaan hormat pada uniform yang dikenakan?”.

Yang pasti, antara masalah anak muda  hari ini adalah sesuka hati mereka memuatnaik status dan gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial tanpa memikirkan akibat perbuatan tersebut.
Jangan kata Singapura, di Malaysia pun tak kurang juga yang berperangai sengal begitu


Hubungan mesra di antara aktres comel yang bergelar ibu tunggal, Nora Danish dengan jejaka yang merupakan anak seorang menteri kabinet, Nedim Nazri bukan lagi rahsia di kalangan peminat pelakon tersebut.

Menurut ruangan gosip akhbar Harian Metro, hari ini, dikhabarkan pelakon itu sudah pun mula membeli serba sedikit barang untuk dijadikan hantaran kepada bakal suaminya itu.

Menerusi artikel itu juga, pasangan sama cantik sama padan itu juga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Kalau betullah cerita ini, tahniah ‘in advance’ diucapkan buat Nora dan Nedim.

Tentunya peminat setia Nora gembira dengan perkhabaran ini dan mendoakan perkahwinan yang bakal dibinanya kelak berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Pada tahun 2010, terdapat 6,872 kemalangan maut yang berlaku di Malaysia. Reka bentuk lebuh raya yang tidak sesuai dan dianggap bahaya adalah diantara penyumbang utama statistik kemalangan di Malaysia.


Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun 2011. 


Selain daripada keadaan lebuh raya yang dianggap bahaya, penggunaan jumlah kereta yang tinggi ketika waktu-waktu puncak atau musim-musim perayan dan juga sikap pemandu jalanraya sendiri juga turut menyumbang kepada statistik kemalangan yang tinggi.


6 Lebuh Raya Paling Bahaya Di Malaysia Adalah Seperti Berikut:


1. Lebuhraya Utara-Selatan



Pada 10 Oktober 2010, dua belas orang terbunuh dan lebih 50 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Km 223 di Lebuhraya Utara -Selatan, berhampiran Simpang Ampat Interchange, Melaka. Pada 6 Disember , 2013, tiga warga Singapura pemilik Lamborghini yang berdaftar terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban .


2. Lebuh Raya Karak


Jalan raya yang menghala ke Genting Highlands dan Bentong merupakan antara tempat berhantu yang telah mengorbankan ratusan nyawa pengguna jalan-raya. Pada 28 Januari 1990, 17 orang termasuk 11 FRU terbunuh apabila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan polis, sebuah lori tangki, sebuah bas penumpang dan 10 kereta di kilometer 32.5 lebuh raya tidak jauh dari Genting Sempah di Gombak, Selangor . Pada 22 Ogos 2013, sebuah kemalangan jalan raya yang dianggap paling dahsyat di Malaysia berlaku apabila bas yang membawa lebihan penumpang terjunam ke dalam gaung di jalan Genting-KL. Seramai 40 orang terkorban.


3. Lebuh Raya Persekutuan


Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan terkenal dengan bahayanya terhadap penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit, tidak diselenggarakan dengan baik. Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di atas jalan tersebut. Sikap penunggang motosikal juga adalah antara penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.
Pada 16 Jun 2013. tiga remaja terbunuh dan satu lagi cedera apabila kereta yang mereka naiki di merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Shah Alam.

4. Simpang Pulai Cameron Highland


Pada 20 Disember, 2010, tragedi kemalangan yang berlaku di KM15 Jalan Cameron Highland – Simpang Pulai meragut nyawa 25 warga Thailand yang telah bercuti di resort bukit di Cameron Highland.


Sewaktu melalui jalan tersebut, kawalan kereta yang baik amat perlu terutama ketika menuruni bukit dari Cameron Highlands. Kerana cerun yang agak curam, mungkin mempengaruhi kawalan kereta. Jika tidak berhati-hati ianya pasti mengundang padah.


5. Lebuh Raya Lipis Merapoh


Lebuh Raya Merapoh seringkali dikaitkan dengan kemalangan bas express. Pada 23 November, 2003, 14 orang terbunuh apabila sebuah bas ekspres bertembung dengan bas yang lain di Km63, Jalan Lipis – Merapoh berhampiran sempadan Pahang – Kelantan.


6. Lebuh Raya Pan Borneo


Lebuh Raya Pan Borneo antara Bintulu dan Miri memang terkenal dengan kemalangan maut. Sudah banyak kemalangan maut yang berlaku melibatkan bas ekspres yang telah mengorbankan banyak nyawa.


Polis telah mengklasifikasikan 35 blackspots di sepanjang lebuh raya tersebut. Yang paling dahsyat adalah di Jalan Bintulu – Tanjung Kidurong, di mana 23 orang telah terkorban sejak 2011.


Berhati-hati semua! Ingat lah mereka yang tersayang sewaktu memandu. Pastikan kereta berada dalam keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan. Kesihatan diri juga perlu dijaga. kalau mengantuk singgahlah dimana-mana untuk merehatkan mata ya.

 KAYLA Elayna Binti Khairul Fahmi. Fuh, sedap sungguh nama yang dipilih oleh pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apex dan isterinya, Leuniey Natasha untuk bayi sulung mereka.
Melalui pencarian kami di laman internet, ‘Kayla’ dalam bahasa Arab bermaksud cantik.
Hai, kalau tengok pasangan Apex dan Leuniey, memang kena rasanya maksud nama itu pada anak mereka.
Lahir-lahir sahaja sudah putih melepak. Harap-harap bila Kayla membesar nanti, dia bukan sahaja cantik pada nama, tapi juga budi pekertinya.
Apa pun, mari kita layan beberapa gambar comel bayi ini.

Nak kata tak pandai berbahasa Inggeris, takkanlah perkataan mudah macam f*ck pun tak faham?
Memang tipulah kalau tak tahu sebab itulah perkataan kegemaran ramai orang bila mencarut.
Jadi, ada siapa-siapa boleh terangkan mengapa empat gadis Melayu yang ayu bertudung ini begitu bangga memegang empat patah perkataan membentuk ayat yang kalau bagi pada perempuan Mat Saleh pun belum tentu mereka mahu buat?
Ok mungkin mereka dipaksa tapi apa pun alasannya, air muka masing-masing tak pula membayangkan begitu.
Kini bila gambar empat dara pingitan memegang kertas berbaur ajakan lucah ini tersebar luas di internet, tidakkah mereka berasakan maruah diri sudah agak jatuh di situ?
Jadi adik-adik, kalau pun nak bergurau selepas ini jangan cara melampau macam ini ok.
Dan jika dalam kes ini anda dipaksa, lain kali pakuk saja kepala orang yang suruh tu sebab dia sebenarnya memijak harga diri anda sebagai perempuan Melayu dan Islam.

Karpet ini yang kelihatan seperti biasa sebenarnya mengandungi serbuk heroin dan telah disita oleh pihak berkuasa di Jerman. Mereka telah mendapat berat keseluruhan heroin yang dibawa oleh semua karpet adalah 45kg!








Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.

Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.


“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Awal penampilan dikenali dengan kumpulan Sepah yang turut dianggotai oleh Shuib dan Mamat

Dia yang ditemui wartawan sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep. -Kosmo!

Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.
Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi

Gombak: Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.
Dalam serbuan serentak selama enam jam bermula 9 malam diketuai Asisten Superintendan Mohd Shokri Abdullah, menumpukan premis di kawasan pusat bandar Rawang serta sebuah rumah kedai di Taman Bayu Permai.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.


“Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.
Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.


“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.

Menurutnya, pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.

“Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya.