Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menasihati golongan artis agar tidak bermusuhan dengan pihak media sekiranya berlaku sebarang salah faham kerana perkara itu tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, golongan artis juga harus berani mengakui kesilapan yang dilakukan selain bersikap merendah diri dalam apa jua keadaan sekiranya mahu berjaya dalam bidang seni.

"Dulu saya sendiri pernah dihentam pihak media dan saya terima kerana kita saling memerlukan dan sekiranya berlaku sebarang masalah kita sepatutnya bincang elok-elok supaya dapat mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

"Saya juga pernah melakukan kesilapan dan tidak ada salahnya untuk merendahkan ego dan mengaku kesilapan sendiri bagi menjernihkan suasana yang keruh," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya berjudul Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa. 

Terdahulu penyanyi Shila Amzah melakukan kontroversi apabila menuduh media Melayu hanya lebih mementingkan cerita sensasi berbanding akhbar Cina.

Status itu dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sebelum ini sehingga mengundag perdebatan ramai.

Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur bekas kekasihnya itu agar berbuat baik dengan pihak media kerana berkenaan mencipta populariti selama ini dengan bantuan rakan-rakan wartawan.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menuduh golongan media hanya mencari ceirta-cerita sensasi tanpa melihat pertolongan yang mereka berikan selama ini.

”Sebelum Shila ke China, media-media Melayu yang banyak membantu kerjayanya. Jadi, dia kenalah berusaha untuk menjernihkan keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu, medium laman sosial seperti Facebook dan Instagram turut menyumbang kepada salah faham lebih besar dalam sesuatu isu melibatkan media dan artis.

Jelas Sharnaaz, pandangan dan fahaman individu yang membaca akan menyebabkan sesuatu keadaan itu bertambah keruh dan sebaik-baiknya kedua-dua pihak berjumpa secara bersemuka sekiranya berlaku sesuatu isu.

"Media sosial ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan sesuatu isu itu bertambah keruh dengan pandangan dan perdebatan daripada pihak lain," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai filem terbaharunya, Sharnaaz berkata, ia sebuah naskhah yang berbeza daripada karya lain pernah dibintanginya sebelum ini.

Jelas Sharnaaz, biarpun sudah beberapa kali bekerjasama dengan Kabir Bhatia, namun suntikan pengarah itu terhadap filem berkenaan berbeza dan lebih kepada humor spontan.

"Paling seronok sebab dapat bergandingan dengan Awie dalam filem ini dan ia satu peluang yang cukup berharga selain jalan ceritanya yang berbeza membuatkan saya tertarik untuk terlibat sama," katanya.

Dollah Superstar turut menampilkan barisan pelakon seperti Awie, Neelofa, Fizz Fairuz, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Dalam perkembangan lain Sharnaaz bakal membuka sebuah pusat kecergasan yang bakal beroperasi pada Oktober ini di Segambut Kuala Lumpur dan hanya mengenakan bayaran RM5 kepada pengunjung. Mstar




LAPORAN terbaru ini mungkin memberi sedikit jawapan kepada ‘keajaiban’ kelab Leicester City memalukan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu. Menurut media British, sebelum perlawanan bermula pemain kelab itu mendapat restu daripada sami Buddha di bilik persalinan.


Pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, menerbangkan sekumpulan sami Buddha dari negara asalnya, Thailand khusus untuk mendapatkan bantuan ‘tangan ghaib’ bagi mengatasi lawan.



Sumber berkata, kejadian Ahad lalu itu bukanlah yang pertama kali kerana Vichai sudah mengimport sami tersebut beberapa kali sebelum ini.


Ia mungkin dapat memberi sedikit pencerahan kepada prestasi membanggakan anak buah Nigel Pearson setakat ini.

Ketika menentang MU di Stadium King Power, Leicester City mengaibkan kelab elit itu 5 -3 walaupun pada suatu ketika tertinggal 1- 3.


Kemenangan itu membawa Leicester ke kedudukan kelapan liga. Dua perlawanan sebelumnya juga menunjukkan kelab milik Vichai tidak tercicir mata kerana seri dengan Arsenal dan Everton.

Sementara itu seorang daripada penjaring gol dalam perlawanan menentang MU, David Nugent berkata, dia berharap dapat melihat kehadiran sami itu lebih kerap pada masa depan.

Seorang remaja lelaki terpaksa hidup menderita sejak lahir kerana penyakit kulit yang dialaminya menjadikan dia seolah-olah ular.
Ari Wibowi, 16, akan melalui proses bersalin kulit menyakitkan setiap 41 hari dan di antara tempoh itu, dia perlu merendam tubuhnya dalam air sejam sekali dan menyapu pelembab setiap tiga jam untuk hidup dengan agak selesa.
Seorang jurugambar yang mendokumentasi perjalanan hidup Ari sebagai sebahagian daripada projek kajiannya, Nurcholis Anhari Lubis berkata, keadaan itu menyebabkan remaja terbabit hidup seperti seekor ular yang akan bersalin kulit.
Menurut Nurcholis, 35, penderitaan dialami Ari amat menyedihkan.
“Kulitnya menggelupas dari kaki hingga ke kepala,” katanya.
Ari dilahirkan di sebuah hospital melalui pembedahan caesarean.
Namun apabila doktor mendapati dia mengalami masalah kulit, mereka meminta keluarganya membawa pulang bayi berkenaan kerana kemudahan di situ tidak mencukupi untuk merawatnya.
Kata Nurcholis, jika tubuh Ari tidak direndam atau dilembapkan, remaja terbabit akan menjadi keras dan tidak boleh bergerak.
“Ketika malam dia perlu bangkit setiap sejam untuk merawat dirinya, atau kadang-kadang dibantu neneknya.
“Jika dibiarkan lama, nak bercakap pun dia tidak boleh kerana mulutnya kekeringan dan boleh menyebabkan pendarahan,” katanya.
Nurcholis berkata, Ari juga hidup kesepian kerana tiada sesiapa mahu berkawan dengannya disebabkan keadaannya itu.
“Dia juga belajar sendiri kerana tiada sekolah mahu menerimanya.
“Pihak sekolah takut masalah kulit Ari akan berjangkit kepada guru atau pelajar lain,” katanya.
Walaupun menderita begitu, Ari tidak pernah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Keadaan ekonomi keluarganya yang miskin juga menjadi penghalang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. - Agensi

Hubei: Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas tertusuk penyepit ke dalam hidungnya hingga menembusi otaknya.
Pakar bedah menghabiskan masa empat jam semalam untuk menarik keluar penyepit itu dari kepala Huang Zicheng selepas ia menembusi hingga tujuh sentimeter ke dalam otaknya.
Mujur penyepit itu tidak merosakkan urat saraf dan saluran darah kanak-kanak yang berasal dari Wuhan, China itu.
Menurut bapa Huang, dia menyedari kejadian itu apabila mendengar jeritan anaknya.
“Saya terkejut melihat penyepit itu masuk ke dalam hidungnya,” katanya.
Kecederaan akibat bermain dengan penyepit di kalangan kanak-kanak di China adalah perkara biasa.
Awal tahun ini, remaja berusia 18 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital selepas jatuh ketika berlari dengan mengulum penyepit di dalam mulutnya.
Dia tertiarap dan penyepit itu menembusi lelangit mulutnya hingga dua sentimer daripada otaknya.
Bagaimanapun, remaja berkenaan, Li Kaiyi, kini sudah pulih sepenuhnya selepas doktor berjaya menarik keluar penyepit berkenaan. - Agensi

Tokyo: Polis semalam menemui mayat seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang sudah dikerat dan diletakkan dalam beberapa beg plastik berhampiran rumahnya.
Ujian DNA mengesahkan anggota tubuh berkenaan milik Mirei Ikuta yang hilang di Kobe, barat Jepun, 11 September lalu.
Menurut laporan media semalam, anggota polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun untuk disoalsiasat.
Jepun mempunyai kadar jenayah paling rendah dan jenayah ganas amat jarang berlaku.
Sudah menjadi perkara biasa bagi seorang kanak-kanak berusia enam tahun berjalan pulang sendiri dari sekolah, walaupun di bandar besar.
Usaha secara besar-besaran dilancarkan untuk mencari Mirei selepas dia tidak pulang dua minggu lalu.
Langkah berkenaan gagal sehinggalah beberapa beg plastik berbau busuk ditemui di kawasan semak kira-kira 100 meter daripada kediaman kanak-kanak itu ditemui, semalam.
Plastik berkenaan mengandungi kepala, bahagian perut dan tangan serta kaki, kata jurucakap polis.
Beberapa lagi anggota tubuh mangsa masih belum ditemui.

- Agensi

Seorang lelaki tempatan memenangi hak untuk membawa pulang kakinya yang dipotong dan dijadikan tiang lampu hiasan.
Leo Bonten, 53, kemudian mengiklankan lampu itu di laman eBay untuk dijual dengan harga permulaan €100,000 (RM 417,177).
Bagaimanapun, iklan itu digugurkan kerana ia melanggar polisi laman berkenaan yang mengharamkan penjualan anggota badan manusia.
Kaki Bonten terpaksa dipotong kerana dijangkiti kuman selepas ia patah dalam satu kemalangan pada Julai 2012.
Dalam kejadian itu, rakannya cuba menolak Bonten ke dalam kolam renang namun dia tergelincir dan rakan itu jatuh ke atasnya menyebabkan kakinya mengalami keretakan serius.
Selepas menjalani beberapa pembedahan, dia dijangkiti kuman di bahagian penyambung lutut yang memakan tulangnya.
Menjelang Jun 2014, kaki kanannya yang dijangkiti kuman terpaksa dipotong selepas ia tidak lagi berfungsi.
Sebaik berbincang dengan doktor mengenai perkara itu, dia mendapat idea untuk menjadikan kakinya tiang lampu.
Ideanya itu mengundang pertikaian besar mengenai pemilik kepada anggota yang sudah dipotong dan kebenaran dari segi undang-undang untuk membenarkan Bonten menyimpannya.
Kebiasaannya, anggota badan yang dipotong diserahkan kepada pihak hospital yang menjalankan pembedahan itu dan mereka bertanggungjawab melupuskannya.
Ia melanggar undang-undang jika kakitangan hospital tidak melupuskan anggota yang dipotong.
Bonten tidak dapat menerima syarat itu dan ketika ditemubual dia berkata: “Kaki saya adalah harta saya.
Ada orang yang menyimpan batu karangnya di dalam balang hiasan dan menjadikan abu mayat sebagai tatu. Saya mahu menjadikan kaki saya lampu hiasan.” Dia akhirnya diberikan kebenaran menyimpan kakinya dan mendapatkan khidmat pakar patologi, Frank van de Goot untuk mengawet serta pereka lampu, Willem Schaperkotter untuk menghasilkan lampu itu.

‘Lampu Kaki’ idamannya itu terhasil sebaik Bonten pulih daripada pembedahannya.

Kota Bharu: “Saya pengsan seketika kerana terlalu terkejut melihat lori pasir itu tiba-tiba meluru laju ke arah kedai makan bapa saudara, Fauzi Yakob,” kata Zarifah Hasan, 45, menceritakan kejadian lori merempuh kedai makan tempatnya bekerja di Kampung Dewan Beta, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, 10 pelanggan yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri berikutan lori dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an gagal dikawal dan terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh kedai. 
Difahamkan, brek kenderaan itu gagal berfungsi dengan baik menyebabkan pemandunya merempuh apa saja halangan di depannya. 

Turut rosak teruk sebuah kereta Proton Iswara kepunyaan pemilik kedai dan motosikal Honda pelanggan.

Menurut Zarifah, ketika kejadian dia sedang berdiri di depan kedai sambil melihat pelanggan sedang minum dan makan pagi.


Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 
Menurut sumber, pelajar itu yang dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam. 

“Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih.

“Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana ditemui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.