Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG profesor sebuah universiti di Korea Selatan dihukum penjara 12 tahun setelah didapati bersalah mendera pelajarnya dari segi fizikal dan mental termasuk memaksa makan tahi serta minum air kencing.
Menurut laporan media tempatan, tertuduh yang berusia 52 tahun dan hanya dikenali sebagai Jang, melakukan penderaan itu bersama tiga lagi tertuduh selama dua tahun kepada seorang pelajar jurusan reka bentuk.
Perbuatan kejam oleh profesor berkenaan hanya terbongkar pada Julai lalu selepas pelajar yang berusia 29 tahun itu berjaya diselamatkan ketika cuba membunuh dirinya akibat mengalami trauma.
Penderitaan pelajar tersebut bermula apabila profesor berkenaan dikatakan mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.
Tiga lagi tertuduh juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi tersebut.
Berdasarkan laporan polis, mangsa dikatakan sering dipukul dengan kayu besbol dan pelbagai alat lain.
Selain itu, kepala mangsa pernah dibungkus dengan beg plastik dan matanya disembur dengan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu.
Paling kejam, mangsa dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.
Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.
Difahamkan, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan pada Julai lalu.
Manakala, tiga lagi tertuduh dihukum penjara enam tahun kerana bersubahat. – Agensi/
Gambar Hiasan Milik: Broframestone.com

PENGGUNAAN kad prabayar Touch ‘n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi lorong tunai di beberapa tol di Malaysia.
Bagaimanapun, muncul pula cerita kurang enak yang mendakwa sistem pembayaran elektronik ini tidak telus dan menyebabkan kerugian kepada pengguna.
Antara yang berasakan dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook yang mendakwa sistem itu telah mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal tol yang patut dibayar iaitu RM1.30.
Menurut Fifi Athirah, dia dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol Semenyih, Selangor.

“Masa lalu lorong Touch ‘n Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80. 
“Boleh tak saya claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun nilainya kecil bagi orang lain, bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat bermakna nilai tersebut,” luahnya menerusi laman Facebook.
Jelasnya, mengikut kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak RM9.80 untuk pulang dan balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’ tersebut, pergi kerja sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60.
Kecewa dengan hal itu, Fifi berharap sistem pembayaran diselenggara dengan lebih baik agar kejadian sama tidak berulang lagi.
Dalam pada itu di laman group Facebook ‘Semenyih’, pengguna turut meluahkan aduan sama tentang perkara tersebut.
Lebih parah, ada yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n Go.
Menurut seorang pengguna lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ini kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak dipaparkan.
Oleh itu, pengguna diminta berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda. – Mynewshub

NEW YORK — Otis Johnson kelihatan tercengang kebingungan ketika dia mula menghirup udara segar bebas untuk kali pertama setelah menjalani hukuman penjara selama 44 tahun di bandar raya digelar Big Apple ini.
Lelaki tempatan berusia 69 tahun ini menceritakan pengalamannya kepada stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, ketika ditemui pada Rabu lalu bahawa dunia di luar penjara langsung telah berbeza selepas empat dekad.

Dia menceritakan bagaimana keliru ketika berjalan-jalan di kota terbesar Amerika Syarikat itu dan melihat ramai orang memakai telefon pintar, sejumlah minuman berwarna-warni, dan gaya aksi pejalan kaki seperti zombie.
“Penjara telah banyak mempengaruhi kehidupan diri saya selama ini. Saya berasa cukup sukar ketika kembali ke dunia luar kerana banyak hal yang didapati telah jauh berubah,” ujar Otis ketika mula membuka ceritanya itu.

Dia memberi contoh keadaan orang ramai berjalan dengan headset atau penutup kepala di telinga mereka, bahkan masih lagi boleh bergerak pantas tanpa memperhatikan keadaan jalanan yang cukup sibuk pada waktu puncak.
Otis bingung bagaimana masyarakat ketika ini dapat melakukannya begitu sahaja dengan mudah. Namun, warga emas ini bertekad untuk tetap berfikiran positif kerana sedar dunia berubah sepanjang dia dikurung di penjara.
“Saya ingat ramai orang ini menjadi ejen CIA kerana pada zaman saya, itulah yang sering dipakai ejen rahsia di telinga mereka ketika bekerja. Ketika saya melihat dengan lebih dekat, baharu saya menyedari, itu adalah headset,
“Juga sesuatu yang berkaitan gajet dengan apa yang namanya disebut iPhone itu,” cerita Otis sambil mengimbau pengalaman lucu kali pertama semasa dia masuk mengunjungi sebuah pasar raya di kawasan kejiranannya.
Lelaki kulit hitam ini mendakwa dia melihat begitu banyak jenis makanan dan minuman berwarna-warni yang belum pernah dilihatnya selama hidup. “Susah untuk memilih yang mana satu akan saya beli,” ujar beliau.
Otis kemudian dengan sedih turut bercerita bahawa hal yang paling sukar baginya adalah ketika ia kehilangan hubungan dengan semua ahli keluarganya sendiri, yang kali terakhir melawatnya di penjara ialah pada 1998 lalu.
“Susah bagi saya kehilangan ramai insan yang saya amat cintai semasa zaman muda. Saya merindukan diri mereka, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mencarinya. Saya kini tiada orang yang boleh diajak untuk berbicara.
“Kita tahu bahawa kadang-kala kita harus mengabaikan hal-hal yang sudah terjadi pada masa lalu. Kemarahan akan menghalang proses kemajuan. Saya berusaha melihat ke depan untuk terus bertahan di dunia ini,” tuturnya.
Dia dihukum pada usia 25 tahun kerana kesalahan cuba membunuh seorang pegawai polis dan ketika dibebaskan, pihak penjara memberinya wang saku sebanyak AS$40 (RM170), dua tiket bas dan kad pengenalan milik dirinya.

Seorang lelaki berusia 57 tahun bertindak menelefon bomba memaklumkan dia mahu terjun dari tingkat 15 sebuah apartmen di Bandar Hilir, Melaka, kelmarin.
Lelaki yang merupakan bekas anggota tentera ini menelefon bomba kira-kira jam 12 tengah malam selepas dia gagal menghubungi isterinya.
Difahamkan, bapa kepada tiga anak ini berbuat demikian kerana mempunyai krisis rumah tangga dan berasa sunyi selepas isterinya berusia 50-an tidak pulang ke rumah.
Timbalan Penguasa Bomba (Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, selepas dimaklumkan, sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Respon Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu bersama 15 anggota termasuk unit khas dikerah ke lokasi kejadian.
Menurutnya, lelaki itu berjaya diselamatkan selepas dipujuk hampir tiga jam dengan kerjasama polis, ahli keluarga dan pengurusan bangunan berkenaan.
“Ketika proses memujuk, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan kepada isterinya, selain memarahi tiga anaknya. Operasi menyelamat tamat pukul 2.40 pagi,” katanya. 

Sinar Harian