Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Inilah Koleksi Foto Artis Panas Indonesia Era 80-an Sampai Sekarang. Memang tiada bezanya pun, dulu dan sekarang tetap seksi dan bukan menjadi satu isu besar. Tak macam Malaysia, Artis era 80-an yang seksi dilupakan tapi artis era sekarang, seksi sikit dah heboh satu Malaysia.

Ineke koesherawaty




Ayu Azhari





Meriam Bellina



Malfin Syahna



Kiki Fatmala



Febby LAwrance



Sally Marcellina





RAhma Azhari



Berikutnya Artis Panas Masa Kini




Nikita Mirzani



Cynthiara Alona



Five-V



Yeyen Lidya



Dewi Persik

Justin Timberlake

Ibu saudara kepada bintang Hollywood Justin Timberlake dilaporkan telah ditangkap mencuri wang berjumlah USD64,000 (RM202,581) daripada kediaman kedua ibu bapa penyanyi popular itu.

Justin Timberlake1

Jane Harless, 53, telah ditahan di Shelby County, Tennessee selepas polis menemui bukti dia telah memalsukan 100 cek untuk dirinya sendiri.

Menurut laporan rasmi, difahamkan Jane menulis cek untuk dirinya sendiri dan meniru tandatangan abangnya, Paul iaitu bapa kepada Justin sejak 2011 sehingga kini.

Kegiatannya terbongkar selepas polis berjaya menemui bukti yang mensabitkan dirinya dengan kesalahan tersebut.

Biasanya, minggu-mingu akhir sebelum melahirkan anak dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu mengandung untuk berehat selain menjauhkan diri daripada melakukan aktiviti berat.

Namun, berbeza dengan Lea-Ann Ellison, 35, yang dijangka akan melahirkan anak sekitar dua minggu lagi apabila beliau melakukan senaman angkat berat pada fasa akhir itu.

Wanita yang berasal dari Los Angeles itu berkata, beliau percaya bahawa mengandung bukanlah satu penyakit.

Memetik laporan Mirror, rutin senaman yang biasa dilakukan oleh Lea-Ann berasaskan program latihan yang dijalankan oleh akademi polis, unit khas tentera, pakar seni mempertahankan diri dan atlet profesional.

Gambar yang telah dimuat naik oleh wanita itu di laman Facebook mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai bahaya senaman berkenaan untuk wanita mengandung.

Komen daripada Evan Kennedy: “Ini merupakan cara terbaik untuk kehilangan bayi anda”.

Pada masa yang sama, tindakan Lea-Ann mendapat sokongan dari Charlotte Schwartz: “Anda boleh lakukan apa sahaja semasa mengandung kecuali jika doktor mengatakan sebaliknya”.

Bagaimanapun, wanita itu nampaknya tidak terjejas oleh kritikan negatif yang diterima, sebaliknya membalas: Saya berterima kasih dengan semua yang memberi respon positif! Yang membenci akan tetap membenci dan tidak mengapa. Hidup saya bukan hidup mereka!”.
Miley Cyrus

Penyanyi Miley Cyrus kembali mencetuskan kekecohan apabila tampil tidak berbaju menerusi kulit hadapan album terbarunya, Bangerz.

Cyrus hanya menutup payudaranya yang terdedah dengan lengannya selain menyuruh peminat menentukan di antara empat pilihan gambar mana yang sesuai dijadikan sebagai imej untuk album terbarunya itu.

Sejak akhir-akhir ini, Cyrus dilihat seperti sengaja meraih publisiti murahan apabila berbogel menerusi muzik video lagu terbarunya berjudul Wrecking Ball selain beraksi erotik dalam dalam sebuah majlis anugerah, baru-baru ini.

Mungkin Cyrus perlu memikirkan sejenak mengenai imejnya yang kini sudah tercalar teruk sejak putus tunang dengan pelakon Liam Hemsworth yang dikatakan menjadi penyebab dirinya beraksi liar sejak akhir-akhir ini.
Black

PETALING JAYA – Bulan madu pasangan pengantin baharu iaitu Black Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi terganggu gara-gara kedua-dua mereka mengalami keracunan makanan ketika berada di Pulau Langkawi.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, mereka telah ditahan di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.

“Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, kejadian berlaku selepas mereka menikmati makanan laut sejurus sampai di pulau peranginan itu pada malam Rabu lalu.

Kata Black, dia dan isterinya mula mengalami cirit-birit pada keesokan paginya sebelum ia melarat sehingga petang dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

“Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, kejadian itu tidak menggagu percutian bulan madu mereka malah mengeratkan hubungan suami isteri yang baharu terjalin selama seminggu.

“Saat-saat begini mengeratkan kami dan ia tidak menggagu langsung dan hari ini (Jummat) keadaan kami sudah kembali pulih dan kami mahu bersiar-siar di pulau ini,” jelasnya.

Tambah Black, dia dan Naquia akan berada di Pulau Langkawi sehingga Sabtu (esok) sebelum berangkat ke Korea Selatan pada Isnin depan. – mStar Online
Nora

Seperti yang diketahui ramai, hubungan rapat di antara pelakon comel Nora Danish dengan anak kepada Menteri Pelancangon dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Nadeem Nazri kini bukan lagi menjadi rahsia.

Terbaru, Nadeem dilihat menemani Nora dan ahli keluarganya pulang ke kampung halaman ibu aktres itu yang terletak di Myammar.

Kepulangan Nora adalah untuk memberi penghormatan terakhir kepada moyangnya yang telah meninggal dunia baru-baru ini selain melawat neneknya yang menetap di sana.

Sebelum ini, Nora dan Nedim pernah bercuti di Bali selain sentiasa menghabiskan masa bersama-sama seperti yang diperlihatkan di laman Instagram milik Nora.

Anak-anak mereka iaitu Putra Rayqal Ramli dan Dre Dre juga sudah semakin mesra di antara satu sama lain disebabkan hubungan yang dijalinkan oleh ibu bapa mereka.

Nora 1
Nora 2
Nora 3
Nora 4
Nora 5
Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir MasKelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ayahnya berketurunan Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Dia merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor.

Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa, Lara dan Kau Yang Terindah. Filem lakonannya ialah Azura (versi baru), Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.








jentik2

Ini adalah sebuah klip dari rakaman kamera video tertutup (CCTV) yang telah disiarkan kembali oleh sebuah stesyen televisyen tempatan.

Menurut penjelasan di Youtube, kejadian dikatakan berlaku Selasa lalu (17 September) dan melibatkan dua individu yang disyaki Pegawai Kesihatan yang datang membuat pemeriksaan berkaitan pembiakan nyamuk aedes di kawasan industri Bahau, Negeri Sembilan.

Kalau dilihat kepada rakaman di bawah, pada saat ke 6 video itu, memang kelihatan tangan wanita itu seperti memasukan sesuatu ke dalam tangki yang ada.

Mengikut pemilik kedai berkenaan, wanita itu telah memasukan jentik-jentik.

Mungkin kedua pegawai berkenaan telah meminta duit kopi untuk mengelakkan diri daripada mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis berkenaan.

Perkara ini perlu disiasat secara rapi dan mendalam serta tindakan tegas perlu diambil jika benar kedua pegawai berkenaan bertindak seperti itu.


Gelagat Dan Kelakuan Pelik Pemandu Bas Awam Di China..Rasanya Korang berani naik tak bas mereka ni..macam mana kalau kemalangan nanti...aku rasa mereka ini kerja 24 jam sebab itu x sempat untuk buat apa yang mereka inginkan sehingga terpaksa lakukan ketika memandu 

















Pengantin
China – Seorang wanita yang menghabiskan masa selama dua tahun terbaring di atas katil hospital akibat koma, akhirnya menghembuskan nafas terakhir selepas mesin sokongan hayat dipadamkan.
He Jingjing meninggal dunia sejurus sahaja dia dikahwinkan dengan tunangnya, Lu Lai.
Detik-detik terakhir He Jingjing itu dilakukan dalam suasana yang penuh pilu di hadapan Lu Lai dan keluarganya.
He Jingjing dan Lu Lai, berasal dari Guangdong dan mula menjalin hubungan pada 2011.
Kedua-duanya bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan di Guangzhou, dan baru membeli rumah namun kegembiraan itu berakhir selepas He Jingjing jatuh sakit ketika sedang bekerja.
Dia kemudiannya koma ketika dalam perjalanan ke hospital dan sejak itu tidak pernah sedar lagi.
Pada hari dia meninggal dunia, keluarganya berkumpul di sisi He Jingjing sambil menyambut hari jadi ke-28 wanita itu, bersama kek dan satu majlis kecil iaitu majlis perkahwinannya.
Kini selepas dia meninggal dunia, organnya akan didermakan kepada mereka yang memerlukannya.
Dalam pada itu, Lu Lai berkata, isterinya itu akan sentiasa berada dalam hatinya.
“Saya gembira kerana isteri saya akan menolong orang lain menerusi pendermaan organ badannya. Dia akan sentiasa berada dalam hati saya dan akan selalu merinduinya walau apa jua berlaku,’’ katanya.
Menceritakan kisah isterinya dengan lanjut, Lu Lai berkata, pada hari kejadian, isterinya sedang sakit namun dia enggan berhenti bekerja.
“Saya menerima panggilan dia telah rebah di depan komputernya dan telah dibawa ke hospital. Ketika dalam perjalanan ke hospital, pernafasannya telah berhenti dan terpaksa diberikan rawatan lanjut.
“Doktor memaklumkan isteri saya mengalami kerosakan otak dan tiada apa yang boleh kami lakukan,’’ katanya.
Hanya di Jepun :
Seorang selaki telah menjemput seorang gadis dan dua orang kawannya ke majlis perkahwinannya. Yang peliknya tiga orang itu adalah gadis dalam 'Video Game'. Lelaki itu juga sediakan tiga kerusi pada sebuah meja untuk tiga orang kawan 'video game' nya ini.



1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.


Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.

2. Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.


Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.

3. Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.


Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah pada remaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.

4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).


Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.

5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.


Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelahmenemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.
Raeford (Carolina Utara) – Seorang wanita dituduh mengadakan seks dengan anjing sementara suaminya, anggota tentera di Fort Bragg merakam adegan itu.
Pasangan itu turut memuatnaik rakaman itu di Internet, kata polis.
“Wanita itu melakukan seks dengan anjing sama seperti yang anda boleh bayangkan dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang wanita,” kata Ketua Polis Raeford Franklin Crumpler kepada akhbar Huffington Post.
Ruben Chance James Fox dan isteri, Amber Nicole Fox, masing-masing 23, dihadapkan ke mahkamah kelmarin selepas ditangkap Isnin lalu.
Mereka berdepan dengan tuduhan melakukan seks dengan haiwan dan bersekongkol untuk mengedarkan bahan lucah. Amber juga berdepan dengan tuduhan tambahan – melakukan jenayah yang bertentangan dengan tabiat semula jadi.
Kumpulan Humane Society mendedahkan perbuatan suami isteri itu kepada unit jenayah siber Jabatan Polis Fairfax County di Virginia yang kemudian menghubungi pihak berkuasa Raeford selepas alamat IP komputer itu mengaitkan pasangan suami isteri berkenaan dengan video terbabit. – Agensi

Pesalah ini François Bertillon yang baru saja berusia 23 bulan telah ditangkap oleh polis. Ini kerana telah melakukan satu kesalahan yang kecil iaitu menggigit semua buah pear dari satu bakul tanpa kebenaran.