Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Naples - UNTUK mendapatkan barangan yang diingini pelbagai cara dilakukan . Parahnya , mahasiswi undang-undang di University of Naples Federico II nekad menjual foto - foto bogel dirinya agar boleh membeli skuter baru .
Mahasiswi berdarah Itali bernama Mary ini memaparkan iklan di laman Facebooknya dengan menutupi wajahnya memegang sebuah kertas berisi tulisan .

" Saya bersenang - senang sekarang dengan cara ini , kerana di masa depan saya melihat mencari pekerjaan akan sangat sukar , " tulis Mary dalam statusnya di laman Facebooknya , seperti yang dilaporkan oleh Mirror ( 7/12/2013 ) ..

" Mesej ini jelas bukan bererti seolah - olah saya menawarkan seks . Dengan cara ini saya ingin bersenang - senang dengan membuat foto bogel , " ujarnya .

Sementara itu , kerana banyak ibu bapa pelajar yang melaporkannya pihak kakitangan di University of Naples Federico II sedang menyiasat kes tersebut .


Sebahagian orang menganggap bola sepak hanyalah satu permainan . Tapi , anggapan itu tidak berlaku bagi John Jimmy Macharia . Peminat Manchester United asal Kenya itu bunuh diri selepas melihat The Red Devils kalah 0-1 dari Newcastle United di Old Trafford , Sabtu 7 Disember 2013 .

MU harus menelan kekalahan 0-1 dari Newcastle United melalui gol Yohan Cabaye . Ini adalah kekalahan kedua berturut yang dialami pasukan David Moyes setelah sebelumnya juga kalah 0-1 dari Everton di Old Trafford empat hari sebelumnya .

Dua kekalahan berturut MU itu seolah-olah terlalu berat bagi Macharia . Lelaki 23 tahun asal Nairobi itu bunuh diri dengan melompat dari tingkat 7 sebuah bangunan setelah mengetahui Wayne Rooney dan kawan - kawan kalah dari Newcastle .

" Semua saksi mengatakan Macharia bunuh diri kerana MU kalah , tapi petugas masih terus menyiasat maklumat dari orang - orang yang bersamaanya saat kejadian , " ujar Ketua Polis Nairobi , Benson Kibue , seperti yang dilaporkan oleh Standard Digital .

Kibue mengatakan Macharia bukanlah penyokong bolasepak Kenya pertama yang melakukan bunuh diri setelah pasukan kesayangannya menelan kekalahan . Kibue juga tidak boleh memastikan sama ada Macharia bunuh diri kerana terlibat perjudian .

" Ini bukan kali pertama kami kehilangan anak muda kerana bola sepak Inggeris , yang tempatnya jauh dari Kenya . Mereka harus sedar ini hanyalah sebuah permainan , " tegas Kibue .

Kekalahan dari Newcastle membuat MU saat ini berada di kedudukan 9 liga perdana dengan 22 mata . Juara bertahan itu tertinggal 13 mata dari Arsenal di tangga teratas .


Sekarang ini apa yang anda lakukan, anda buat, sedang buat atau akan buat, semuanya anda beritahu. Langsung tiada rahsia. Kiranya semua hal, Facebook destinasi utama anda umumkan. Facebook tempat anda memberi pandangan, perbualan malah berkongsi cerita dan juga berita. Setiap hari anda layari Facebook, mesti anda biasa tengok ragam manusia yang pelbagai di Facebook. Ada yang menjengkelkan, ada yang perahsia sehingga Facebook kosong tiada sebarang info di situ. Dah tahu anti-social, buat apa buat akaun Facebook. Aduhai pelik betul!
 
Kami nak kongsikan 10 jenis manusia paling menjengkelkan di Facebook. Ini tiada kena mengena antara satu sama lain, ianya sekadar hiburan semata-mata. Tapi jika anda terasa mungkin anda salah seorang!

1) Seorang yang sentiasa update status. Kiranya manusia jenis ini seorang yang ketagih nak update status, ke mana, buat apa, dengan siapa, semuanya mahu diberitahu. Tahukah anda ada orang yang tak ambil kisah pun tentang status yang anda update malah menyampah lagi ada. Langsung tiada rahsia.

Sebagai contoh: ‘Hari ini teringin nak makan ayam masak lemak cili api’. Ataupun ‘rasa nak potong rambut hari ini’…Macam-macamlah lagi dekat Facebook.

2) Seorang yang sentiasa check-in @ check-out tempat/traveller. Individu jenis ini hanya gunakan Facebook untuk beritahu di mana mereka check-in atau check-out sesuatu tempat. Lebih-lebih lagi jika mereka sedang bercuti, fuiyo penuh dengan news feed.
Sebagai contoh: Check-in di hotel sekian.

3) Seorang yang sentiasa muat naik gambar anak/baby mereka yang baru lahir. Masalahnya, kerap sangat muat naik gambar sampai orang menyampah.

4) ‘The Masterchef Wannabe’. Ada individu seperti ini, teruja untuk muat naik gambar mereka masak. Pagi petang siang malam dengan gambar masakan. News feed penuh dengan gambar masakan.Yang tiada kena mengena jadi rimas pula.

5) Manusia yang ketagih dengan game di Facebook. Semua game di Facebook mereka main, Candy Crush, Farmville, Mafia Wars. Malah ada yang sampai minta nyawa atau bagi notification dekat orang yang tiada kena mengena dengan game pun.

6) Manusia yang selalu minta ‘friend-request’. Mungkin mereka kawan lama anda yang inginkan talian persahabatan bercantum semula. Mereka ingin berkawan dengan anda sehingga gambar masa muda masih dalam simpanan.

7) ‘Self Promoter’. Individu jenis ini sangat menyakitkan hati. Sentiasa tag nama anda pada bisnes peribadinya. Anda jadi rimas dan menyampah pula. Kalau remove tag takut kecil hati pula tapi kalau setiap barang yag dijualnya ditag nama anda. Melampau pula.

8) Pasangan bercinta. Mereka langsung tiada rahsia malah yang agak privasi juga mahu dikongsikan pada semua. Gambar peribadi, masalah cinta semua mahu dikongsi. Contohnya: ‘Rindunya dekat si polan – letak gambar sekali’

9) Individu yang suka kongsi maklumat. Seorang yang sangat intelektual, gunakan Facebook untuk berkongsi berita, cerita menarik.

10) Individu yang suka ‘like’. Anda letak status atau kongsi apa-apa pun, individu tersebut hanya sukakan like tanpa berkata sesuatu. – Wanista

Nampak gayanya sebahagian pengguna P1 Wimax sudah begitu marah dan tension dengan tindak-tanduk penyediaan perkhidmatan internet itu sampai mereka mewujudkan satu page khas di facebook bagi berkongsi pengalaman dan rasa marah.
Page itu boleh dilayari di sini P1 Wimax Sucks.

Satu hal antara pengguna dan syarikat itu.

Hal yang kedua ialah apakah peranan aktif yang dimainkan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam hal ini.

Lojik akal memperlihatkan dengan jelas bahawa sudah tentu tahap menyampah dan tension pengguna P1 Wimax sampai ke tahap tak tahu nak luah kat mana sehingga terpaksa buat page FB.

Sudah tentu ramai yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya di hati mereka. Takkan suka-suka nak buat page camtu.

Cubalah nilai antara aduan yang dibuat di page berkenaan di mana pihak P1 pun harus lihat apakah ia benar atau salah faham;


 salam.kes sy pulak lastmonth kereta kena rompak.laptop n p1 brdband yg ada dlm kereta pun sekali kena angkut…baru pakai 3 bulan,kontrak 2 tahun…..dah buat police report copy,by hand hantar ke p1 jalan templer, mintak replacement for the brodband..tp peg kat cs kaunter mintak settle payment RM 578..dahle xboleh bg broadband baru, even dah ade police report..not that i sengaja bg perompak curik brdband tu??klau hilang kes kite buat hilang lain la kisahnye kan…ni siap nak denda rm200,brdband 399…….then i chose to stop the contract..kena byr jugak 700……..then dia ugut nnt name kena blacklist dgn CTOS…….then balik office, tgk emel, die hantar bil payment rm958++………..wth??p1 mmg sucks.so now i nak report kat tribunal pengguna..any of u penah report kat tribunal pengguna tak??

Lagi aduan;
saya juga mangsa p1 ni.. Baru2 ni dpt la mesej yg nama dah disenaraihitamkan. Masa mula2 saya ingat lagi salegirl tu beritahu kalau blacklist pun hanya dengan p1 kalau kita x bayar. Dulu langgan p1 dengan bayaran RM49 sebulan. Tp kenapa current bil saya ni rm999? Mohon penjelasan.

Lagi;
Tq admin for approval.. Well mcm korank aku pon kene jugak tp lom terminate lagi. Skrg ni dlm proses nk terminate cuma isu aku ialah apa yg dibayar tak berbaloi. Byr bln2 119 utk 4mbps tp tak pernahnya dpt, busuk2 dpt 1mbps atau below.. tp banyaknya salu x dpt laaa.. reception mmg sgt trok, jrg jumpa dye pergi 2mbs.. tu bangang ke pandai tuh P1 menipu org!??? Komplen dh banyak kali, buat troubleshoot pon bnyk kali tapi hasil ttp sama. Aku manage utk dpt approval utk waive pen…

Lagi;
p1max memang sux,,saya ada hutang dengan aeon. dan motor. tapi baru berapa RM saja.
  tapi dengan P1max . hutang mengalahkankan beli motor.
sedar2 dah 3k . nak buat pinjaman bank boleh keluar penyata hutang dengan p1max

BOIKOT p1max!! puck u p1max. srry admin . sekadar nak meluah perasaan

Lagi;

nak Tanya : last 2 weeks dapat msg dari P1 kate Nye kene clearance kan outstanding balance Rm1.1k untuk clearkan nama dari CTOS.
  saya dah setahun lebih tak guna p1, lepas kontrak tamat, then bila call customer service, dia kata akaun dah cancel sbb tamat kontrak. tup tup, dapat msg tu.
  saya ingat mmg salah saya sbb tak pergi center isi form utk tamatkan kontrak ke ape ke..
  tp tadi baru tahu, yang ramai dapat kes mcm nie.
Soalan Nye.. : perlu ke bayar 1k tu?
* btw, thanks approve admin..

Sebenarnya bertimbun luahan perasaan pengguna di page itu… jadi kalau ada orang yang prihatin di SKMM dan P1 Wimax … sila la ambil tindakan yang perlu. Di atas adalah contoh aduan yang memperlihatkan rasa marah pengguna.

Kisah-kisah seperti lagenda yang membabitkan tentang jelmaan haiwan ada yang menganggap ia sekadar satu cerita dongeng. Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang satu cerita yang dipercayai kisah benar. Di mana ia berlaku, tiada sebarang maklumat yang diterima. Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya. Kisah ini merupakan seorang bayi yang telah bertukar menjadi seekorbuaya. Apa yang peliknya, buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Jom layan gambar di bawah ini

Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.
Aku nak bercerita pasal pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Aku ambil kisah ini daripada seorang teman di Twitter. Begini kisahnya.



Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja. Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.

Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah


keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian , wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.

Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia, hehe) Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu. Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain.Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.




Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula. Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.

Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya, menandakan dia tidak nampak televisyen.


Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturnan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Nampak tak, walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaga.








Malu dapat. Aib pun dapat. Sakit ahti jangan cakap la. Sedih lagi. Dengan family lagi. Adik beradik lagi. Sedara mara lagi. Kawan2 lagi. Silap2 hari bulan boleh jadi kes bunuh diri kalau provokasi demi provokasi dilakukan terhadap gadis ini. 

Ini la masalahnya. Ikutkan kata ahti, akhirnya badan yang merana. Ikutkan nafsu, lepas dah putus cinta habis segala bagai rahsia terbongkar.. aduhai.. ketika ini di laman2 sosial tengah berbicara isu gadis bernama Fatihah. Siapa dia neh? Malas la aku nak share gambar dia. Dia neh pun sedang trauma. Tak pasal2 jadi mangsa. Yelah, yelah aku bukan nak bekap bab maksiat tue. Tolong la faham sama. Tapi aku cakap dia neh pun mangsa keadaan juga beb. Cuba bagi ruang sikit. 

Ikut dari cerita dia kat bawah neh, kes neh berpunca dari boifren dia neh hah..

Lihat laporan polis neh beb ;



Kena ugut bunuh. Bersama setiap hari. Malang betul dapat kenal lelaki gila. Lepas tue lelaki gila tue buat hal. Apa yang lelaki ini buat beb?

1. Bercinta dengan wanita bernama Fatihah.

2. Tatau la jadi apa kan, tetiba je lelaki neh create account facebook. Then upload gambar2 dia dengan gambar2 fatihah. Yang jadi citer tue, gambar2 dia sedang beromen pun ada. Tatau la sebelum ke selepas ke apa ke. Yang pasti gambar2 tak elok tue pun dia pergi sebarkan sekali.

3. Sah2la nak bagitau bahawa dia dah tidur dengan perempuan tue. So dia taknak la mana2 lelaki mendekati perempuan tue lagi. Nak calarkan maruah perempuan tue le konon nya..

4. Then menyamar sebagai Fatihah. Komen bukan2. Aku nak letak gak komen2 tue kat sini, tapi masalah nya komen2 tue di attachkan sekali dengan gambar maksiat.. tak jadi aku nak letak weh. Cuma dalam komen2 tue ada la yang dia neh cabar jabatan agama untuk tahan dan hukum mereka berdua.. dan dia kutuk JDT sekali. Haha.. macam celake. Tetiba JDT plak jadi mangsa.

5. Mungkin ini berpunca dari perhubungan dorang yang dah putus.. aku check2 juga fb yang ex dia create tue.. fuhhh start dari tahun lepas lagi dah ada. Kalau nak di ikutkan, gambar tue citer gambar tahun lepas. Yang dia uploadkan tue.. fulamakk.. jangan2 memang dia lama upload di facebook dan set privacy. Hanya dia je boleh tengok ke apa ke.. then bila dah putus, dia set kepada public pula. So sekarang semua orang boleh tengok. Memang gile laki neh.

Aku bukan nak bekap perempuan neh. Aku tengok kes Fatihah neh boleh dijadikan pengajaran kepada perempuan2 di luar sana. Lainkali jangan sesekali buat maksiat kawan2. Sorok2 pun jangan. Apatah lagi terang terangan. Sekali dapat boifren gile meroyan macam kes Fatihah neh mana nak letak muka? Mak bapak pula macam mana? Sedih mereka tahu tak. Sedih2 Fatihah, sedih lagi family dia. Lebih2 lagi mak dia. Mungkin Fatihah rasa ahh aku yang paling malu di dunia neh tapi sebenarnya mak yang melahirkan itu yang rasa lebih malu..  mohon sangat Fatihah minta maaf pada ibu sendiri..  dengar citer, kes neh akan dibawa ke mahkamah. Saman malu gamaknya kepada keluarga lelaki yang buat onar neh..

Dan kepada Fatihah pula. Jadikan ini pengajaran. Tapi ini bukan penamat kehidupan. Kalau ikut aku, aku nya pemikiran simple jek. Benda dah jadi kan. Ko taubat sudah. Dan teruskan hidup macam biasa. Orang nak kata biar depa kata sebab orang ada mulut ma. Lama kelamaan orang akan berhenti mengata dan mengata orang lain pula sebab story baru masuk setiap hari ma. Kes ko akan hilang dan tutup begitu saja. So ko jangan risau. Cuma ko kena tabahkan ahti ko bilamana ko keluar rumah, orang mungkin akan pandang semacam. Lelaki2 gatal mungkin akan mendekati ko dan mula la bagi ayat mengedik. Nak test la apa la. Dan anggap ko macam pelacur. Tapi still ko kena tabahkan ahti ko. Kuatkan semangat. Jika ko ada keinginan untuk berubah, bertaubat, insya-Allah ruang dan peluang untuk ko sentiasa ada. Janji ko ada keinginan nak menjadi semakin baik. Cuma ko kena bersabar sedikit la dalam masa terdekat neh.. sebab isu neh masih baru lagi kan. Itu je la nasihat yang aku boleh bagi. Dan ingat, jangan sesekali ulangi benda macam neh dengan mana2 lelaki kecuali suami kamu yang sah, Fatihah. Ingat tue..

WALAUPUN bukan beragama Islam, seorang model seksi, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.
Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.
Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.
Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum.
Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu.
Di bawah ini penulis kongsikan gambar-gambar dua zaman berbeza Felicia buat tatapan pembaca semua.
FELICIA3
FELICIA4
FELICIA5
FELICIA2
FELICIA1
FELICIA

Walaupun sudah menjelaskan dirinya tidak pernah bercinta dengan jejaka kacak yang merupakan peninju Muay Thai itu, nama Tasha Shilla sekali lagi menjadi perhatian apabila dikatakan dia dan lelaki tersebut, Hans bercumbuan mesra di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tasha sekeras-kerasnya menafikan perkara tersebut kerana mustahil untuk dirinya berkelakuan kurang manis di hadapan umum sebegitu.
“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Kalau mustahil dilakukan di hadapan umum, adakah perilaku kurang manis ini tidak mustahil dilakukannya dalam keadaan tertutup?
Hmm, macam-macam hal..
Kalau sebelum bagi kenyataan tu, fikirlah dulu baik buruknya kerana awak tu selebriti, yang secara tidak langsung segala perlakuan dan tingkah laku anda mungkin dicontohi oleh peminat-peminat tegar anda.

Jika sebelum ini nama Yana Samsudin kerap kali digosipkan menjalinkan hubungan istimewa dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
Kali ini, Yana dikatakan intim dengan seorang pemain hoki kebangsaan yang beberapa tahun lagi muda usianya daripada Yana iaitu Fitri Saari.
FITRI
Menerusi laporan Bi-Pop hari ini, kedua-dua figura ini saling mengagumi kehebatan diri di lapangan masing-masing.
Malah, Yana juga dikatakan pernah dilihat berada di stadium hoki di Ipoh dan Kuantan untuk menyaksikan ‘temannya’ itu beraksi.
Selain itu, Fitri juga pernah menghadiahkan kayu hoki berwarna merah jambu kepada pelakon berusia 29 tahun itu.
Wah, kalau betul bercinta, memang taste Yana pun lebih kurang Tasha Shilla yang lebih menggemari ahli sukan menjadi kekasih hatinya.

Akibat kemalangan yang kecil, seorang lelaki hampir menjadi mangsa jenayah selepas dua orang lelaki cuba mencuri keretanya.
Derick Chong berkongsi pengalamannya diserang dua suspek lelaki pada 5 Disember lepas pada waktu tengah malam di Seri Petaling, Kuala Lumpur di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC).
Ketika itu Derick dalam perjalanan ke Bukit Jalil.
Menurutnya, sebuah kereta telah melanggar bumper keretanya dari belakang.
Derick keluar dari keretanya kerana pemandu kereta di belakang mahu berbincang dan menawarkan bayaran menyelesaikan kemalangan itu.
“Ketika kami berbincang, lelaki itu mengeluarkan pisau dan parang. Saya terus melarikan diri kembali ke kereta dan lelaki itu memecahkan cermin tingkap kereta saya dan cuba mematikan enjinnya namun saya berjaya melarikan diri,” katanya.
Derick berkata terdapat dua lelaki di dalam kereta itu dan memandu sebuah Honda City berwarna perak keluaran tahun 2008 atau 2010 dengan nombor pendaftaran WUM 1979.
Jika anda terlibat dalam kemalangan dan pemandu atau penunggang lain yang turut terlibat dilihat seperti mencurigakan, jangan keluar dari kereta dan pandulah ke kawasan yang lebih ramai orang.
Lebih elok, pandu kereta anda ke balai polis dan selesaikan segala perkara berkaitan kemalangan itu di sana. – MYNEWSHUB.MY

SEORANG lelaki berusia 60 tahun dari Australia kini menanggung derita kerana terdapat satu ketumbuhan misteri di perutnya yang semakin membengkak.
Segala-galanya bermula apabila lelaki itu, John Macdonald meminum beer daripada sebuah tin yang telah terjatuh di dalam sungai.
Beberapa jam selepas itu, dia telah jatuh sakit sehingga terpaksa melalui empat pembedahan serta mengambil ubat antibiotik tetapi keadaan perutnya yang bengkak masih tidak menunjukkan sebarang perubahan untuk mengecut.
Beliau ketika hari kejadian sedang memancing di Sungai Brisbane.
“Saya ingin bercerita kepada dunia dan berharap ada seseorang di luar sana yang boleh menjawab segala misteri dan merawat saya untuk kembali pulih,” katanya.



Pelakon Neelofa mengakui dia berkawan rapat dengan penyanyi rap Caprice tetapi menafikan mereka berdua pernah bercinta.
Ini kerana, sebelum ini Caprice pernah terlepas cakap di program Melodi bahawa kelancarannya dalam bahasa Melayu adalah disebabkan bercinta dengan Neelofa pada satu ketika dahulu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Neelofa berkata kepada portal Gua, “kami memang sudah lama berhubungan rapat. Malah, huubngan rapat tersebut masih kekal ke hari ini. Tapi tidaklah sampai ke tahap bercinta”.
Neelofa juga memuji Caprice yang dikatakannya sangat kuat berusaha untuk menempatkan diri dalam bidang seni suara setanding dengan penyanyi-penyanyi rap yang lain.
Dalam perkembangan lain, pelakon kelahiran Kelantan ini akan terbang ke Los Angeles pada awal Januari depan bagi mendalami ilmu lakonan di New York Film Academy (NYFA).
Sebelum ini, pelakon Liyana Jasmay juga pernah mengambil langkah yang sama untuk memantapkan lagi bakat lakonan yang dimilikinya.

NEW DELHI – Seorang pekerja rel memotong telinga bosnya gara-gara berang apabila tidak dibenarkan bercuti, semalam.
Pembantu Jurutera Chamundeshwari Electricity Supply Corporation, C Swamy berkata, BN Venkatesh naik angin dan menyerang ketuanya selepas diminta menangguhkan cutinya sehari.
Katanya, cuti Venkatesh terpaksa ditangguhkan sehari kerana syarikat berkenaan menghadapi masalah kekurangan pekerja.
“Venkatesh mengeluarkan sebilah pisau dari kocek seluarnya sebelum menyerang dan memotong secebis telinga Swamy.
“Dia juga menendang mangsa di dada serta perut,” katanya.
Akibat serangan nekad itu Swamy terpaksa mendapat rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital tempatan.
Ventakesh bagaimanapun menyerah diri tidak lama selepas kejadian dengan mendakwa Swamy mempersendakan kastanya ketika dia meminta cuti. – Agensi
SURGERY

Inilah yang dikatakan jodoh.
Walaupun mengetahui wajah sebenarnya isterinya sebelum pembedahan kosmetik dilakukan, seorang doktor pakar bedah plastik di Korea dikatakan telah tertawan hati dengan pesakitnya itu sendiri.
Gadis tersebut, Huyn Jang Jin telah ditaja oleh pihak universitinya untuk melakukan pembedahan plastik di wajahnya selepas rupanya yang dikatakan menyerupai lelaki sering kali diejek dan dibuli oleh orang-orang di sekelilingnya.
Sebaik sahaja melakukan pembedahan itu, doktor yang ditugaskan melakukan perubahan terhadap wajahnya itu dikatakan telah jatuh hati dan terpesona dengan ‘kecantikan’ yang dimiliki oleh Jang Jin.
Kiranya doktor itu berpuas hati dengan hasil kerjanya sendiri kan..
Sungguh ironi sekali kisah cinta mereka ini.
SURGERY1
SURGERY3
SURGERY4
SURGERY5

Subang Jaya: Angkara menegur suami yang malas bekerja, seorang wanita menerima padah apabila dibelasah, disepak terajang dan ditampar lelaki terbabit.
Bukan itu saja, wanita berusia 19 tahun yang mendirikan rumah tangga hampir setahun itu dikatakan sering menjadi mangsa amarah suaminya berusia awal 20-an. 
Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Putra Heights wanita terbabit dipercayai menegur suaminya yang bekerja sebagai penyelia itu kerana sudah tiga hari tidak bekerja. 

“Berikutan teguran itu, suami mangsa dikatakan tidak puas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Gagal mengawal marah, lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa dengan segera keluar dari rumah sebelum dinasihati keluarga supaya membuat laporan polis. 
Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Heights kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi. 



SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.
Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.
Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu AFP.

“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.

“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.

Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan, termasuk ambulans terbakar di jalan.

Wartawan AFP yang berada di kawasan itu pula melihat tingkap kenderaan polis dan ambulans dipecahkan. - AF

Kuala Lumpur: Western Union Company (WU), peneraju dalam perkhidmatan pengiriman wang sedunia, mempunyai bilangan pengguna terbesar di Malaysia berbanding dengan negara lain di Asia Pasifik sejak 2012 sehingga kini.
Pengarah Urusan Western Union Malaysia, Chew Mei Ling berkata, pihaknya percaya melalui saluran yang betul yang disediakan untuk pengguna memudahkan lagi proses pengiriman wang.
Beliau berkata, Malaysia melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang berkesan untuk menjalankan pengiriman wang yang sah dan mudah sejak penguatkuasaan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB) 2011.
“Kami memuji usaha Bank Negara dalam pemodenan perkhidmatan pembayaran wang melalui peningkatan akses dan kawalan untuk pengguna di Malaysia, termasuk pekerja asing dan peniaga.
“Rangka kerja baru lesen MSB telah memperbanyakkan lokasi pemindahan wang yang berdekatan dengan tempat tinggal dan tempat bekerja akan menggalakkan orang ramai menggunakan saluran sah dan boleh dipercayai untuk pengiriman wang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Malaysia adalah kuasa besar di rantau ini kerana mempunyai 2.6 juta pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara jiran dan seluruh Asia Tenggara melalui perkhidmatan pengiriman wang.

MELAKA: Semua 13 anggota pelatih komando yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki dipukul ribut, di perairan Melaka, kelmarin, ditemui selamat kira-kira 1.19 pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Kundur, Pantai Puteri, kira-kira 1.19 pagi tadi.
Malam tadi, 13 anggota tentera dilaporkan dikhuatiri lemas berikutan bot dinaiki hilang ketika mereka menjalani latihan asas komando mendayung ke Pulau Nangka, kelmarin.
Difahamkan, ketika kejadian bot dinaiki mereka bersama empat bot lain dalam perjalanan dari pesisir pantai Sungai Udang ke pulau berkenaan.

Dipercayai kira-kira jam 9 malam, kumpulan terbabit dilanda ribut serta ombak besar dan hanya tiga bot dinaiki seorang pegawai dan 35 anggota berjaya menyelamatkan diri dengan mendarat di Pulau Upeh, di sini, kira-kira jam 12.30 malam.

Kehilangan kesemua pelatih komando itu kemudiannya disahkan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau yang dihubungi dipetik berkata 13 anggota pelatih komando berkenaan sedang menjalani latihan mendayung.

Menurutnya, gerakan mencari anggota terbabit dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, jurucakap di Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan 13 anggota tentera di perairan Selat Melaka dan Pasukan Penyelamat Di Air dihantar ke lokasi untuk mencari dan menyelamatkan mangsa.

Brasilia: Ratusan remaja miskin Brazil - sesetengahnya semuda usia 11 tahun menjadi tempat pekerja pembinaan stadium Piala Dunia 2014 memuaskan nafsu masing-masing.
Menurut siasatan media kadang-kadang ada bas dipenuhi kanak-kanak dilihat memasuki bandar raya Sao Paolo dipercayai untuk dijadikan pelacur.
Sumber berkata, kanak-kanak terbabit biasanya diambil dari pelbagai petempatan miskin di seluruh Brazil.


Setiausaha Kehakiman Sao Paulo, Eloisa de Sousa Arruda berkata, kerajaan memang bimbang dengan keadaan itu.

Katanya, remaja perempuan dari Congo dan Somalia turut dikesan tiba lapangan terbang antarabangsa di Sao Paulo.
“Dipercayai mereka dibawa ke sini oleh sindiket mafia Russia,” katanya.


Menurut Eloisa kerajaan bimbang kanak-kanak terbabit sebahagian daripada ‘tsunami’ pelacur dikuasai kumpulan dadah, rangkaian pemerdagangan manusia, malah mafia Rusia.

Katanya, mereka menyasarkan pengunjung asing yang bakal datang ke Brazil untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Jun depan. 

“Kekurangan sokongan politik juga menyukarkan perbuatan itu dibendung, malah remaja terbabit mencari pelanggan tanpa berselindung walaupun ketika itu ada polis membuat rondaan,” katanya.

Siasatan media mendapati pelanggan biasanya dibawa ke hotel murah atau ke bilik tidur mereka di kawasan miskin yang digelar favela.

Sementara itu penduduk setempat berkata, ramai gadis mereka dipaksa melacur oleh kumpulan penjenayah.

Seorang daripada pelacur itu, Poliana, 14, berkata, dia menjual tubuh ketika pekerja pembinaan berehat pada waktu makan tengah hari. 

Caj yang dikenakan kadang-kadang serendah RM13. 

Poliana - yang kelihatan seperti gadis biasa, kecuali perutnya yang hamil - berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada buruh binaan Arena Corinthians. 

“Saya mula melacur pada malam kematian ibu saya. 

“Memang sebelum itu saya ada memikirkan melakukannya, tetapi apabila ibu mati saya hilang arah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah lalu saya terus ke stadium mencari lelaki yang mahukan seks,” katanya.

Menurutnya, ramai lagi gadis dari kawasan miskin turut melacur, malah ada yang baru berusia 11 tahun.

“Selalunya saya yang paling tua. Bila Piala Dunia bermula, ramai lagi yang akan datang.

“Semua menganggap mampu membuat duit lebih dengan begitu ramai pelancong,” katanya.

Seorang lagi remaja, Thais, 16, yang juga penagih dadah berkata, dia mengenakan bayaran antara RM20 dan mampu melayan sehingga 15 pelanggan sehari.

“Hampir semua pelanggan saya buruh binaan.

“Pelanggan tiada masalah membuat bayaran, tetapi kadangkala mereka melayan saya dengan teruk.

“Apa boleh saya buat? Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan saya perlukan wang,” katanya. 

Menurut siasatan Majlis Bandar Raya Sao Paulo, buruh binaan di stadium itu ditemui bapa ayam yang menawarkan khidmat seks dengan gadis muda.

Malah, 57 peratus daripada pekerja ditemui mengakui pernah menggunakan khidmat pelacuran kanak-kanak.- Agensi