Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MAKIN gila! itu ayat paling sesuai  untuk menggambarkan pelacur kelas atasan yang menggelar dirinya sebagai Zara XXX ini.
Apa tidaknya, gara-gara berang dituduh menfitnah selepas menyebarkan gambar seorang pelanggan yang dikenali sebagai Dato’ Y, Zara memilih untuk mengambil tindakan lebih ekstrem.
Tidak gentar dengan akibatnya kelak, Zara sekali lagi dilihat menyebarkan gambar Dato’ Y namun edisi lebih mengejutkan di mana Zara merakam aksi Dato’ Y yang sedang enak tidur setelah mendapatkan perkhidmatannya dipercayai di sebuah hotel mewah.
Menurutnya, beberapa gambar itu adalah ‘bukti paling kukuh’ bagi menutup mulut-mulut orang ramai yang mempertikaikan pendedahannya selama ini.
Add caption

Dalam pada itu, Zara sempat mengugut Dato’ Y di akhir status, meminta pelanggannya itu melunaskan baki hutang selepas mendapatkan perkhidmatan seksnya yang bernilai RM10, 000.
Tidak tahu apa yang ada dibenak fikiran wanita ini tapi dia sememangnya berani dan tidak kisah melondehkan aib pelanggan demi mendapatkan hutang tertunggak.
Senang cakap, demi duit wanita ini sanggup melakukan apa sahaja!
Bukti paling jelas, dia tidak habis-habis mempromosikan perkhidmatan seksnya secara terang-terangan dan menyebarkan pelbagai gambar lucahnya bagi menarik pelanggan.
Paling menyedihkan, jabatan agama masih terus berdiam diri membiarkan Zara bermaharajalela sebagai ‘pelacur popular’ tanpa mengambil sebarang tindakan.

SEBELUM ini tumpuan masyarakat dunia telah diberikan kepada seekor kucing digelarGrumpy Cat kerana memiliki raut wajah yang pemarah.
Gambarnya mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial kerana keunikan dimiliki kucing bernama Tardar Sauce itu.

Namun, nampaknya populariti Grumpy Cat ini bakal dicantas oleh seekor anjing yang memiliki raut wajah pemarah sama seperti kucing itu dan digelar sebagai Grumpy Dog!
Unik tak anjing ini? Anjing yang diberi nama Earl kini viral dan mendapat perhatian pengguna media sosial selepas gambarnya tersebar.
Pemiliknya, Derek Bloomfield menyatakan anjing itu berada dalam keadaan sihat sama seperti anjing lain cuma raut wajahnya sahaja yang menggusarkan setiap orang yang melihatnya.


Earl yang berusia 5 bulan merupakan anjing baka Puggle iaitu campuran Pug dan Beagle. Walaupun kelihatan sentiasa marah, anjing itu dikatakan sangat ramah dengan haiwan lain.

tak tahu apa yang ada di benak fikiran gadis bertudung ini, namun apa yang dilakukan benar-benar memalukan dan mengejutkan.
Mana tidaknya, tanpa mengenal erti malu gadis ini sanggup berbogel dan merelakan tubuh badannya menjadi kanvas bagi melakarkan seni airbrush buat tontonan umum.
Padahnya, tak pasal-pasal aksi daring telanjang bulatnya itu tersebar menjadi viral dan perbualan hangat di media sosial.

Difahamkan, gadis yang menawarkan perkhidmatan model bogel ini merupakan seorang mahasiswa di sebuah kolej yang terletak di Kuala Lumpur.
Ada juga sumber yang mendakwa dalam menjalani kehidupan seharian sebagai gadis manis bertudung bagi menyembunyikan perangai liarnya itu. Sejauh mana kebenaran, tidak kami dapat pastinya.
Entah di mana silapnya, hilang semua budaya-budaya timur yang diterapkan oleh nenek moyang dan yang tinggal hanya budaya barat semata-mata.
Apa yang menyedihkan, permasalahan akidah gadis tersebut yang terlalu berani tanpa mengenal dosa pahala sekali gus mencemarkan imej agama Islam.
Nampaknya isu masalah sosial benar-benar berada pada tahap kritikal. Diharap, moga-moga gadis ini segera bertaubat dan menghentikan perbuatan tidak bermoralnya ini.