SEBELUM ini tumpuan masyarakat dunia telah diberikan kepada seekor kucing digelarGrumpy Cat kerana memiliki raut wajah yang pemarah.
Gambarnya mula tersebar dan menjadi viral di laman sosial kerana keunikan dimiliki kucing bernama Tardar Sauce itu.
Namun, nampaknya populariti Grumpy Cat ini bakal dicantas oleh seekor anjing yang memiliki raut wajah pemarah sama seperti kucing itu dan digelar sebagai Grumpy Dog!
Unik tak anjing ini? Anjing yang diberi nama Earl kini viral dan mendapat perhatian pengguna media sosial selepas gambarnya tersebar.
Pemiliknya, Derek Bloomfield menyatakan anjing itu berada dalam keadaan sihat sama seperti anjing lain cuma raut wajahnya sahaja yang menggusarkan setiap orang yang melihatnya.
Earl yang berusia 5 bulan merupakan anjing baka Puggle iaitu campuran Pug dan Beagle. Walaupun kelihatan sentiasa marah, anjing itu dikatakan sangat ramah dengan haiwan lain.
No comments
Post a Comment