Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Di saat nama pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira dikaitkan dengan Shahir juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), bekas suaminya Engku Emran telah memuat naik gambar mereka keluar bersama. Engku Emran telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Erra, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka pada Rabu di laman Instagram miliknya. 

Sebaik sahaja bekas suami Erra itu memuat naik gambar-gambar tersebut, ramai peminat telah memberi maklum balas yang berbeza-beza. Ada yang suka dengan tindakan Engku Emran itu, tidak kurang juga yang kurang senang dengan perkara itu dan menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya bersama bekas isteri. 




Tambahan pula semua pihak sudah maklum tentang usaha Engku Emran untuk memenangi semula hati Erra Fazira supaya kembali ke pangkuannya. Gambar tersebut dimuatnaik Emran ketika menemani anak tunggal mereka itu mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu. 

Apapun ia merupakan salah satu langkah yang baik. Buat apa nak bermusuhan, lagipun Erra dan Emran mempunyai anak hasil perkongsian hidup mereka. Walau sudah berpisah, tanggungjawab kepada anak tetap mereka kena laksanakan.

INDIANAPOLIS - Sebuah kereta remote control raksasa mengejutkan pejalan kali di pusat bandar Indianapolis, Amerika Syarikat (AS). Sebabnya, kereta berwarna kuning itu boleh berubah menjadi robot seperti filem Transformer.

Seperti diberitakan Huffington Post, Jumaat (30/5/2014), ciptaan kereta transformer ini didokumentasikan ke dalam video dan disebar ke YouTube pada 29 Mei 2014.

Video yang berjudul "Actual Real Life Transformer Spotted In Downtown Indianapolis" ini memperlihatkan beberapa kereta remote control berwarna kuning berubah bentuk menjadi sebuah robot. Namun, video berdurasi 28 saat tersebut masih belum diketahui pembuatnya.

Editor senior bidang teknologi dari media The Huffington Post, David Freeman, berkata kereta unik ini dapat digambarkan sebagai pengubah pada kehidupan nyata.

SUSULAN video kejadian buli melibatkan beberapa pelajar perempuan yang kami kongsikan sebelum ini, satu kenyataan berkaitan telah dikeluarkan menerusi Facebook rasami Polis Diraja Malaysia, hari ini.
Ia berbunyi:
“Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.
ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
2 JUN 2014″

Pada masa yang sama, gambar jelas wajah dua pelajar yang turut terlibat dalam rakaman kejadian itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial.


SEORANG maut selepas kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki bertembung  Nissan Almera di KM2.5 SETIA ALAM KE BUKIT RAJA
Kereta Toyota Alphard dipercayai dipandu dengan laju dan gagal dikawal lalu melanggar kereta Nissan Almera.
Laporan penuh menyusul…
 



Gara - gara berhubungan seks dengan seorang pekerja seks komersil yang mempunyai HIV, ratusan pelajar disyaki dijangkiti virus tersebut .

Peristiwa ini terjadi di Israel . Malapetaka itu bermula selepas seorang pelajar berhubungan intim dengan pelacur tersebut . Tindakannya merakam dan menyebarkan kepada rakan - rakannya telah menyebabkan ramai pelajar  melakukan hubungan terlarang tersebut . Apatah lagi hubungan seks itu dilakukan secara percuma .

Salah seorang mangsa mengatakan bahawa dia merasa tidak punya pilihan selain untuk tidur dengan pelacur yang tidak meminta wang mereka  selain semua rakan - rakannya tidur dengan pelacur itu "

Aksi ini akhirnya berakhir di balai polis dan wanita tersebut ditahan oleh polis kerana berhubungan seks dengan ratusan kanak-kanak lelaki di bawah umur tersebut .

Kanak-kanak itu semua di bawah usia 14 tahun dan wanita itu sedang disiasat oleh polis selepas sekumpulan ibu bapa membuat aduan tentang dirinya. Dia kini menghadapi tuduhan merogol kanak-kanak.

 
Sumber: tribunnews.com

Seorang pengantin wanita di Tennessee, Amerika Syarikat dikecam hebat oleh pengguna media sosial berikutan tindakannya melekatkan bayi perempuannya di gaun perkahwinannya, baru-baru ini.
Shona Carter-Brooks bagaimanpun mempertahankan tindakannya itu di Facebook dengan menyatakan anaknya, Aubrey yang baru berusia sebulan dilindungi dan gaunnya telah diubahsuai untuk meletakkan anaknya di situ.
Namun, ramai kurang menyenangi perbuatannya itu dan beranggapan jabatan kebajikan kanak-kanak mengambil tindakan terhadap perilaku Shona.
Shona turut mendedahkan gaun putih meleretnya itu direka pereka gaun perkahwinan terkenal Hollywood, Vera Wang dan anaknya selamat dalam pakaiannya itu kerana ‘dilindungi Christ’ sepanjang majlis itu berlangsung. 

Sebelum ini Izara Aishah memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang sangat berahsia mengenai kisah cintanya.
Namun, baru-baru ini, pelakon berusia 22 tahun itu mengakui dirinya sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang dikenali sejak dari alam persekolahan.
Walau bagaimanapun, nama Izara secara tiba-tiba dikaitkan dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid.
Mengulas lanjut mengenai itu, Izara menafikan mereka bercinta dan hanya mengatakan Adib merupakan kenalan lamanya.
“Saya sudah lama kenal Adib dan kebelakangan ini memang saya selalu keluar dengan kawan lama termasuklah Adib. Memandangkan beliau cukup popular dan dikenali, maka tak hairanlah ada pihak yang cuba ada-adakan cerita yang tak betul. Kami hanya sekadar kawan lama,” katanya memetik Berita Harian.
Kalau betul bercinta pun apa salahnya, sebab dua-duanya pun nampak macam serasi bersama je kan. Tak gitu? 

Pendatang tanpa izin atau pendatang haram merupakan golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara secara haram. Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki negara tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama.

Terdapat beberapa cara pendatang haram menceroboh masuk sesebuah negara. Antaranya:

1.Melalui sempadan – pencerobohan ini berlaku bagi negara-negara yang mempunyai sempadan daratan atau sungai dengan negara jiran.

2.Melalui perairan – pendatang haram memasuki sesebuah negara dengan menaiki kapal yang kemudiannya berhenti di persisiran (tidak berlabuh) dan para penumpangnya pendatang haram akan berenang untuk tiba di pantai atau daratan.

3.Melalui pintu utama – pendatang haram memasuki sesebuah negara sebagai pelancong. Namun mereka kekal tinggal di negara tersebut melebihi tarikh visa yang diberikan.

4.Melalui perkahwinan.
Tetapi teknik luarbiasa pendatang asing masuk ke Amerika melalui sempadan Mexico-US.

Jom saksikan foto-foto menarik dibawah ini.

















Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada menyatakan kanak-kanak dari umur 0-2 tahun tidak sepatutnya didedahkan pada teknologi, 3-5 tahun dibenarkan hanya sejam sehari, dan 6-18 tahun hanya dua jam sehari.

Bagaimanapun, kanak-kanak dan remaja dibenarkan menggunakan gajet oleh ibu bapa mereka pada jangkamasa 4-5 kali ganda dari yang disyorkan, dengan kesan yang serius dan mengancam nyawa.

Seorang pakar terapi pediatrik, Cris Zone menyarankan agar kanak-kanak bawah 12 tahun dilarang sama sekali bagi menggunakan gajet. Beliau memberikan 10 sebab:-

1. Perkembangan otak

Di antara 0 – 2 tahun, saiz otak kanak-kanak membesar tiga kali ganda dan terus berkembang hingga berusia 21 tahun (Christakis 2011). Perkembangan awal otak ditentukan oleh rangsangan alam sekitar, atau kurang rangsangan alam sekitar. Rangsangan kepada otak yang berkembang yang disebabkan pendedahan keterlaluan kepada teknologi (telefon bimbit, Internet, iPad, televisyen) telah dibuktikan berkait rapat dengan kekurangan fungsi dan perhatian dalam melakukan sesuatu, kognitif lembap, pembelajaran terjejas, peningkatan kepada perlakuan mengikut emosi dan kurang kebolehan untuk mengawal selia diri, contohnya mengamuk (Small 2008, Pagini 2010).

2. Perkembangan fizikal terbantut

Menggunakan gajet mengurangkan pergerakan, yang boleh menyebabkan perkembangan terbantut. Seorang dari tiga kanak-kanak kini memasuki sekolah dalam keadaan perkembangan terbantut, memberikan impak negatif pada pencapaian akademik dan literasi (HELP EDI Maps 2013). Pergerakan fizikal meningkatkan perhatian dan kebolehan belajar (Ratey 2008). Penggunaan teknologi untuk kanak-kanak bawah 12 tahun cenderung untuk menyebabkan kerosakan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Rowan 2010).

3. Obesiti Epidemik

Permainan video dan televisyen berkait dengan peningkatan kadar obesiti (Tremblay 2005). Kanak-kanak yang dibenarkan menggunakan gajet dalam bilik tidur mempunyai 30 % lebih bukti yang mereka obes (Feng 2011). Seorang dari empat kanak-kanak Kanada dan seorang dari tiga kanak-kanak AS obes (Tremblay 2011). 30% dari kanak-kanak obes akan mendapat kencing manis, dan individu obes mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat serangan strok dan jantung di awal usia, memendekkan jangka hayat (Center for Disease Control and Prevention 2010). Disebabkan obesiti, kanak-kanak abad 21 mungkin menjadi generasi pertama yang akan mati dahulu sebelum ibu bapa mereka (Professor Andrew Prentice, BBC News 2002).

4. Kurang tidur

60% ibu bapa tidak mengawal selia penggunaan teknologi oleh anak-anak mereka, dan 75% anak dibenarkan penggunaan teknologi dalam bilik tidur (Kaiser Foundation 2010). 75% kanak-kanak dari usia 9-10 tahun tidak cukup tidur sehinggakan memberi impak negatif kepada pencapaian akademik (Boston College 2012).

5. Penyakit mental

Penggunaan teknologi secara keterlaluan diimpikasikan sebagai penyebab kepada peningkatan kes kemurungan di kalangan kanak-kanak, kebimbangan, gangguan ikatan kekeluargaan, autisme, gangguan bipolar, psikosis dan kelakuan kanak-kanak bermasalah (Bristol University 2010, Mentzoni 2011, Shin 2011, Liberatore 2011, Robinson 2008). Satu dari enam kanak-kanak di Kanada telah didiagnosis mengalami masalah mental, dan kebanyakannya mengambil ubat psikotropik (Waddell 2007).

6. Keagresifan

Kandungan media yang ganas boleh mengakibatkan keagresifan pada kanak-kanak (Anderson, 2007). Lebih ramai kanak-kanak didedahkan dengan insiden keganasan fizikal dan seksual dalam media masa kini. “Grand Theft Auto V” mendedahkan kanak-kanak kepada perlakuan seks, pembunuhan, rogol, penyeksaan dan pencacatan secara jelas, begitu juga kebanyakan filem dan rancangan televisyen. AS telah mengkategorikan keganasan dalam media sebagai risiko kesihatan orang ramai kerana impak kasual kepada keagresifan kanak-kanak (Huesmann 2007). Terdapat peningkatan laporan media tentang kanak-kanak yang dikurung atau diasingkan dalam bilik khas kerana keagresifan yang sukar dikawal.

7. Demensia Digital

Kandungan media yang terlalu pesat boleh menyumbang kepada defisit perhatian, serta kurang kepekaan dan memori kerana otak memangkas trek neuron kepada korteks hadapan (Christakis 2004, Small 2008). Kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian tidak dapat belajar.

8. Ketagihan

Apabila ibu bapa lebih mendekatkan diri mereka kepada teknologi, mereka menjauhkan diri dari anak-anak. Apabila tidak wujud ikatan dengan ibu bapa, anak anak mengikat diri mereka kepada gajet, yang boleh mengakibatkan ketagihan (Rowan 2010). Satu dari 11 kanak-kanak berumur 8-18 tahun ketagih teknologi (Gentile 2009).

9. Pengeluaran radiasi

Pada Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan telefon bimbit (dan kebanyakan gajet tanpa wayar) sebagai risiko kategori 2B (agen kanser berkemungkinan) disebabkan oleh pengeluaran radiasi (WHO 2011). James McNamee dari Healh Canada pada Oktober 2011 mengeluarkan amaran menyatakan “kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada pelbagai agen berbanding orang dewasa disebabkan otak dan sistem imuniti mereka sedang berkembang, jadi risikonya tidak sepatutnya sama antara orang dewasa dan kanak-kanak (Globe and Mail 2011). Pada Disember 2013, Dr. Anthony Miller dari Sekolah Kesihatan Orang Ramai Toronto mengesyorkan yang berdasarkan kajian terbaru, pendedahan frekuensi radio patut di klasifikasikan semula sebagai 2A (agen kanser yang berkemungkinan besar), bukan 2B (agen kanser yang berkemungkinan). Akademi Pediatrik Amerika memohon untuk penilaian semula tentang pengeluaran radiasi EMF dari alatan teknologi, sambil merujuk kepada tiga sebab yang berkaitan impak kepada kanak-kanak (AAP 2013).

10. Tidak dapat dikekalkan


Cara kanak-kanak dibesarkan dan diberi pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak boleh lagi dikekalkan (Rowan 2010). Kanak-kanak ialah masa depan kita, tetapi tidak ada masa depan untuk kanak-kanak yang menggunakan teknologi secara berlebihan. Satu pendekatan berpasukan perlu dan penting untuk mengurangkan penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak.


Shah Alam: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong. 

Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit. 

Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis


“Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek.

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.


Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.

"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.



"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor.

Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.

Qingdao (China): Seorang lelaki mengalami masalah penglihatan selepas menghabiskan masa terlalu lama menghantar pesanan ringkas telefon bimbit dalam gelap.
Lelaki tidak dikenali berusia 26 tahun itu mendakwa, dia mula melihat ‘cahaya’ depan matanya selepas beberapa jam menggunakan WeChat.
Sumber berkata, lelaki terbabit tidak henti-henti menggunakan telefon pintarnya di mana saja dia berada, sama ada di pejabat, di atas katil dan dalam gelap.

Bimbang dengan apa yang berlaku, dia mendapatkan rawatan doktor.
Malangnya, ia terlambat kerana doktor mengesahkan retina kirinya terpisah sepenuhnya.

Lelaki itu menjalani pembedahan kecemasan dan mungkin bernasib baik jika penglihatannya kembali pulih.

Pakar mata Yu Bin berkata, walaupun kes itu dianggap ekstrem. Dia juga berkata, pemisahan retina kerap berlaku dalam dalam kalangan orang lebih tua.
“Bagaimanapun umur purata pesakit berubah kerana aktiviti melampau telefon berkenaan dipelopori orang lebih muda,” katanya. - Agensi

Tokyo: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun selepas dia ‘mendedahkan’ dirinya di depan seorang remaja sekolah di tepi jalan di wad Edogawa, Sabtu lalu.
Menurut jurucakap polis, Akira Imazu dituduh melakukan perbuatan keji depan khalayak umum.
Stesen televisyen Asahi melaporkan kira-kira jam 8 pagi 21 Mei, Imazu mendedahkan dirinya di hadapan seorang remaja perempuan yang menunggang basikal ke sekolah.

Polis berkata, pekerja industri perkhidmatan makanan dan minuman itu membuat lubang di celah kelangkang seluarnya sebelum keluar melakukan perkara itu.
“Saya memang sentiasa seronok mendedahkan bahagian itu kepada remaja perempuan. Saya melakukannya selama 10 kali tahun ini seorang diri,” katanya ketika ditahan polis. - Agensi

Klang: Tindakan seorang lelaki duduk mencangkung di tepi landasan kereta api mengundang padah apabila mangsa terjatuh sebelum digilis komuter hingga mati, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa Lim Yeong Kak, 29, dilihat duduk di kawasan menunggu di Stesen Komuter Telok Pulai di sini, sebelum dirempuh gerabak komuter dari arah Pelabuhan Klang menuju ke ibu negara itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa mengidap sawan dan berkemungkinan terjatuh akibat penyakit dialaminya.

Katanya, polis sudah mendapatkan keterangan beberapa individu termasuklah isteri mangsa.
“Isteri mangsa memberitahu, suaminya itu sudah beberapa kali terbabit dalam kemalangan disebabkan penyakit sawan dialami. Bagaimanapun, polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Husin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebuah jentera bomba bersama lima anggota dikejarkan ke stesen berkenaan bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
“Ketika ditemui, bomba mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di tangan. Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilihat duduk mencangkung di kawasan menunggu di stesen itu.

“Mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik ketika bersama penumpang lain di stesen berkenaan. Bagaimanapun, mangsa dikatakan jatuh mendadak ke atas landasan ketika komuter tiba di stesen itu,” katanya.
Hussin berkata, walaupun komuter berkenaan tidak dipandu laju, mangsa didapati maut akibat patah tulang dan kecederaan parah di tangan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.


Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Xpe..
nanti aku nk repot polis.


Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.