Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


ENTAH kenapa sekarang ramai sangat manusia yang ringan mulut memaki-hamun anggota keselamatan yang sedang menjalankan tugas.
Menerusi perkongsian beberapa portal tempatan, seorang isteri kepada anggota polis trafik meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas suaminya digelar ‘anjing sapu jalan’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ia berlaku sewaktu anggota polis itu sedang menyapu kaca-kaca yang berterabur di atas jalan bagi memudahkan laluan pengguna lain.


GEORGETOWN – Dua peniaga hari ini menafikan dakwaan mereka terlibat dalam kes anggota Unit Rondaan Bermotosikal Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang meninggal dunia selepas motosikalnya dirempuh kereta penjenayah di Parit Buntar, Perak 26 Mei lepas.
Peniaga pakaian, Azhar Ramli, 40, berkata beliau berada di rumahnya di Taman Cenderawasih, Butterworth dekat sini ketika kes itu berlaku dan terkejut apabila diberitahu gambarnya tersebar meluas di laman sosial sebagai suspek yang dikehendaki polis sehari selepas kejadian.
“Adik ipar (lelaki) saya yang beritahu. Dalam Whatsapp dan Wechat pun orang ada sebar juga. Paling menyedihkan ialah apabila pengguna facebook dan bloggers hentam, maki hamun dah ugut kami macam-macam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu peniaga barangan lusuh Mohd Nizam Ali Hassan, 39, berkata walaupun laporan polis telah dibuat pada 27 Mei lepas gambar mereka terus dikongsi pengguna laman sosial dan masih menerima komen negatif berunsur ugutan sehingga ke hari ini.
Beliau berkata hidupnya kini tidak tenteram dan bimbang keselamatan keluarganya terancam apabila gambar yang tersebar turut mempunyai alamat lengkap rumahnya.
Pada 28 Mei lepas, Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan menafikan pihaknya ada mengeluarkan gambar dua peniaga berkenaan dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan terlebih dulu.
Azhar dan Mohd Nizam berkata mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan hairan bagaimana boleh dikaitkan dengan kes itu sedangkan mereka mendakwa tidak pernah memiliki kereta Toyota Wish seperti digunakan penjenayah terbabit.
Mereka berdua turut meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat penglibatan pihak polis sendiri dalam penyiaran gambar berkenaan dan mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi sedemikian boleh didedahkan sewenang-wenangnya. – BERNAMA

Sesuatu yang luar biasa bagi sebuah perkahwinan - perkahwinan Fatma Ulanova dan Jamal Sirakov Rybnovo di kampung gunung Bulgaria, yang tergolong dalam kumpulan etnik Pomaks yang menganut agama Islam, terkenal dengan majlis perkahwinan yang unik, kebiasaannya hanya pada musim sejuk. 

Gadis Pomaks yang berkahwin mengikut tradisi berabad-abad lamanya di kampung mereka: dengan mata tertutup, muka di make up putih dengan tebal dan perhiasannya, pakaian terang dan dengan karangan bunga kertas di atas kepalanya.

Perkahwinan tempatan begitu penting bagi penduduk kampung, walaupun sanak saudara yang bekerja di luar negara, datang untuk menonton majlis tersebut.

















Petaling Jaya: Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, pagi tadi.

Tinjauan wartawan Harian Metro ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.
Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia (perkahwinan) akan dilangsungkan pada hari ini dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber.


Kuala Penyu: Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah simen di Kampung Kebunau, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 1.20 pagi itu, mayat Aliaha Jalal, 49, dan anak perempuannya Mariani Usaini, 22, ditemui di ruang tamu rumah mereka. 
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 1.26 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

"Sebaik tiba rumah berkenaan sudah terbakar dan anggota bomba segera memadam api terbabit daripada merebak ke rumah bersebelahan.

"Api kemudian berjaya dikawal pada jam 2.19 pagi dan pemeriksaan mendapati terdapat dua mangsa rentung di ruang tamu rumah berkenaan.
"Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. 

Menurutnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Biarpun sudah bercinta lebih dari tujuh tahun dan berkahwin lebih setahun, suami kepada seorang wanita di Singapuran enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya.
Wanita itu, Chua Soo Fong, 47, mendakwa suaminya lebih berminat kepada harta bendanya dari dirinya, sehingga sanggup memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari mengadakan hubungan seks, memetik laporan portal Stomp.
Menurut laporan laman portal Lianhe Wanbao, lebih mengejutkan selepas memfailkan penceraian pada Februari 2011 Chua mengetahui bahawa suaminya itu sebelum itu merupakan seorang wanita.
Dari laporan mahkamah, ia menyebut suaminya, Chai Woon Wuy, 51, telah menjalani pembedahan menukar jantina, dan kemudian mengakui pada isterinya bahawa dia tidak boleh memberikan zuriat dalam perkahwinan mereka.
Pasangan itu bertemu di internet pada tahun 2002 dan telah mula tinggal bersama ketika menjalinkan cinta.
Dalam masa tujuh tahun, Chua berkata dia dan pasangannya itu hanya bercium dan tidak langsung menjalankan hubungan intim biarpun sebumbung.
Selepas berkahwin pada 2009, pasangan mula memberikan alasan mengelak seks. Chai akan memberikan alasan letih, tidur di ruang tamu dan juga ada ketika sampai ke tahap tidur di bilik ahi keluarganya.
“Dia pernah menyuruh saya mencari orang lain untuk mengadakan hubungan seks,” katanya.
Chua berkata ada satu ketika, dia hendak membeli sebuah apartment berharga SD$730,000 Dolar Singapura di bawah namanya sebagai rumah mereka pada tahun yang sama, tetapi Chai meminta menjadi pemilik bersama sebagai salah satu syarat berkahwin dengannya.
Manakala melalui laporan Shin Min Daily News pula, isterinya berkata suaminya itu kerap meminjam wang daripadanya dan juga membuat pinjaman daripada bank bernilai SD$80,000 Dolar Singapura.
Biarpun telah bercerai, mereka berdua masih perlu menghadapi prosiding saman berkaitan kes aset.
Sementara itu, bagi pihak Chai pula, dia sudah kehilangan rasa kasih ke atas isterinya selepas melihat masa depan mereka bakal menjadi malang selepas berkahwin.
Dia juga sudah tidak merasakan isterinya mempunyai penampilan yang menarik dan berkahwin dengan Chua hanya kerana rasa simpati dengannya.
“Ketika saya bercinta dengannga, saya hilang kerja saya, selepas kami berkahwin, dia berubah menjadi agresif, mengherdik saya di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah saya,” katanya

Pelakon Fizo Omar menafikan isterinya, Mawar Abdul Karim sedang hamil berikutan ramai pihak yang salah faham dengan kapsyen gambar yang dikongsikannya baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Fizo mengatakan “kapysen itu disalah faham. Saya tak ada niat apa-apa. Maksud saya future mother itu bukanlah sekarang tapi pada masa hadapan bila rezeki itu tiba”.
“Kalau betul Mawar mengandung, saya akan buat declaration terang-terangan dan bukannya melalui hint. Apapun saya anggap segala komen daripada pemint itu sebagai doa,” katanya memetik Ohbulan.
Fizo sebelum itu berkongsi gambar dirinya bersama Mawar dan ibu Fizo dengan keterangan gambar berbunyi, “mothers day celebration with my lovely mum and future mother madam rose”.
Untuk makluman anda, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijab kabulkan pada 10 November tahun lalu di kediaman Mawar yang terletak di Country Heights Kajang. 

Fesyen kimono nipis Nad Zainal yang mengejutkan - Pelakon Nad Zainal sememangnya terkenal dengan sikap comelnya walau apapun mimik muka yang digayakan beliau. Samada marah, cedera, sedih, sayu atau gembira, bekas kekasih Azman Kombos itu tetap comel dan jelita. Baru-baru ini, Nad Zainal telah berkongsi beberapa keping fotonya mengenakan pakaian kimono yang nipis. Penampilan beliau dengan pakaian itu amat mengejutkan dan terlalu menyerlah. Mari layan gambar-gambar beliau di bawah untuk korang membuat penilaian sendiri lebih lanjut.






Kupang: Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melAahirkan cicak tokek (gecko), lapor media semalam.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.
Sumber berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam,” katanya.

Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.

Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.
“Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek,” katanya.

Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.

Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah bertapa beberapa lama,” katanya.
Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah ‘anak ketiga’ pasangan terbabit.- Agensi

Shanghai: Polis China menahan enam suspek yang membelasah hingga mati seorang wanita di restoran makanan segera hanya kerana mangsa enggan mendedahkan nombor telefon bimbitnya.
Agensi berita Xinhua melaporkan, wanita terbabit bertengkar dengan enam individu - termasuk seorang remaja - sebelum dia dipukul dengan teruk. 
Xinhua melaporkan, kejadian berlaku di bandar Zhaoyuan di wilayah Shandong pada petang Rabu lalu. 

Sumber berkata, enam individu itu dipercayai anggota sebuah kultus dikenali sebagai Quannengshen (Gereja Tuhan Maha Kuasa) dan dalam misi mencari ahli baru.

Kumpulan ajaran keagamaan itu sudah diharamkan kerajaan pada pertengahan 1990-an.

Gambar yang beredar di media sosial menunjukkan wanita terbabit berkemeja-T putih serta berseluar biru tertiarap dan berlumuran darah. 

Xinhua melaporkan, mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. 

Sumber berkata, suspek terdiri daripada sepramh lelaki, dua anak perempuan, seorang anak lelaki serta dua wanita. 

Juvana itu pula adalah budak lelaki berusia 12 tahun. - AFP

Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.

Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu - Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.

Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.
Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.

Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.

Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.

“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini. 

“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.

“Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.

Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.

Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.

Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.

Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.

Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.

Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.

Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi