Kupang: Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melAahirkan cicak tokek (gecko), lapor media semalam.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.
Sumber berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam,” katanya.
Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.
“Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek,” katanya.
Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.
Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah bertapa beberapa lama,” katanya.
Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah ‘anak ketiga’ pasangan terbabit.- Agensi
No comments
Post a Comment